Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 26 April 2011

Hanya Mampu Marah Dalam Hati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Dari anjung rumah saya, saya sering nampak pemandangan begini. Taman Permainan tu kedudukannya betul-betul dikelilingi oleh rumah-rumah kediaman. Mereka yang berkelakuan begini tak segan pun. Mereka bukan sekadar duduk berdua-duan tapi melebihi dari itu.

Hati sering rasa tercabar dan malu dengan perlakuan anak remaja kita yang beragama islam. Ditegur atau dilarang, lari sekejap. Lepas tu ada lagi. Ibarat mencurah air di daun keladi.

Kesian mak ayah yang ditipu. Mereka mungkin menyangka anak-anak ni ada aktiviti sekolah atau beriadah dengan kawan-kawan. Yang kesalnya sigadis tu rela diri diperlakukan begitu.

Tak tau kemana perginya sifat malu mereka, sedangkan sifat malu itu sebahagian daripada iman sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

“Malu itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sifat malu menurut hadis di atas adalah malu kepada Allah SWT apabila melakukan maksiat. Usahkan malu kepada Allah yang mereka tidak nampak di depan mata, kami yang terconggok ni pun mereka tak malu. Jika sekiranya tidak lagi memiliki sifat malu di dalam sanubari maka mereka akan mudah terpengaruh dengan gaya hidup yang boleh meruntuhkan akhlak.

34 ulasan:

Otromen Taro berkata...

Kesian ibu bapa mereka...

Robot ada perasaan

zue berkata...

bila melihat perlakuan anak2 remaja ni...naik bimbang dibuatnya..semoga anak kita jgnlah buat mcm tu.

anitaare berkata...

sy x rasa nk marah tp rasa sedih dgn situasi ini..sedih krn anak bangsa kita yg berperilaku sebegini..
betullah kata kak..kesian ibubapa mereka ni..ya Allah berikan hidayah pada mereka ini agar kembali ke jalan yang benar..Amin

Pn Kartini berkata...

...bila nafsu serakah menguasai diri...dosa diketepikan...
nikmat sementara yang merosakkan akhlak diagung2kan...
:(

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum Kak Ani

Apa yang berlaku memang menyedihkan. Kalau di tempat terbuka, sudah begitu...macamana agaknya di tempat tertutup. Ya Allah sudah terbalik dunia sekarang.

Kalau Kak Ani berpakat dengan jiran-jiran laporkan kepada pihak yang sepatutnya macamana? Sekadar cadangan dari saya.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Memang menyakitkan mata memandang, mungkin AJK Taman Perumahan di situ boleh berbuat sesuatu.

kakcik berkata...

Ngilu hati bila membayangkan itu adalah anak sendiri! :(

si para para berkata...

betul tu kak...
malu itu sebahagian daripada iman.
bila iman tu nipis senipis kulit bawang..maka berlakulah perkara seperti itu...

hilang rasa malu..

semua tu tanda dunia akhir zaman..
dan kita memang benar benar berada di zaman terakhir itu...


lihat pemimpin kita... isterinya adakah menutup aurat..
di manakah rasa malu dia dan malu kita sebagai rakyat yang memilih pemimpin sedemikian rupa...


ketua ke syurga, insayaallah anak buahnya ke syurga...
kalau ke neraka, pasti kita di tarik sekali ke sana..



mintak dai jauhkan dari semua itu...





maaf kalau saya ada salah tulis kak..saya budak baru belajar.

:)


maaf jugak sebab lama tak datang sini..
harap kak sehat dan cerai selalu...

si para para berkata...

emm..kak, tak ada orang jaga ke kat kawasan tu...

Kunang-Kunang berkata...

Atromen,

Tulah mendidik anak di zaman ini mungkin lebih mencabar dari zaman dulu-dulu.

Kunang-Kunang berkata...

Betul zue, akak tulis N3 ni pun bukan nak mengata sekadar menyatakan kembimbangan hati. Maklumlah kita pun ada anak2 lelaki dan perempuan.

Semoga allah lindungi kita semua dari perlakuan yang tidak baik ini.

Kunang-Kunang berkata...

Ita, memang sedih lihat anak-anak bangsa kita berkelakuan begitu.

Nak salahkan ibubapa pun tidak boleh juga, mereka tak apa anak mereka buat.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Sis Tinie,

Ini semua terjadi mungkin disebabkan kita tak berani nak menegor walaupun anak jiran kita sendiri. Masing2 pegang perinsip "jaga tepi kain sendiri".

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Ros,

Sebenarnya kawasan perumahan akak ni berdekatan dengan masjid. Dari rumah akan jalan kaki tak sampai 10 minit.

Ada juga sesekali orang-orang jabatan agama datang, tapi tak taulah apa tindakan seterusnya. Yang heran tu sekeliling tu semua orang yang selalu berulang alik ke masjid.

Akak selalu nampak perkara ni diwaktu tengahari atau di pagi hari dalam jam 10.00 keatas. Masa ni kebanyak penghuni rumah tak ada di rumah bekerja. Akak yang pencen ni yang nampak.

Malam tak taulah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat. Sayangnya di kawasan perumahan saya ni kak terlalu 'tidak menjaga tepi kain orang'.

Kawasan berdekatan masjid tapi nampaknya tak ada aper pun tindakan yang dibuat.

Orang2 yang buat perangai tu saya perhatikan bila ditegur mereka akan lari menghala keluar dari kawasan perumahan kami. Maknanya budak2 luar.

Kunang-Kunang berkata...

Betul kakcik, saya sendiri tak tau nak buat aper.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Terima kasih lapangkan masa singgah sini.

Mungkin sikap 'jangan jaga tepi kain orang menjadi perkara begini terjadi'. Kalau kita tegor silap2 kita pulak menerima bahananya. Jadi kami mengharapkan pihak berkuasalah yang mengambil tindakan.

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] berkata...

Assalamualaikum dari PCL,

bila nampak mereka berpacaran maka automatik teringatkan lagu Anna Rafali & Suhaimi Meor Hassan...

...nasihat/report pd jabatan yg berkenaan je kak !

Ati Masrif berkata...

salam kak,

masa cuti di PD last yr
kita pernah nampak remaja ni
siap pasang khemah di tepi pantai..bermalam lagi

kita pun panggil pengawal kat hotel
suruh buat laporan...geram betui!

mohdandmeriam berkata...

Assalamualaikum Nim..memang menyakitkan hati perangai muda mudi seekarang ni..entah dimana mereka letak perasaan malu mereka,malah ada yg bangga dapat berkelakuan begitu..ya peliknya ug gadisnya bertudung...inilah contoh duania akhir zaman...minta dijauhkan anak cucu kita..

Syimama berkata...

salam.. melintas disini, terpanggil untuk turut berkata2. Sebagai ibu, memang kita jadi marah, geram dan kecut perut, mengenangkan anak2 yang sedang meningkat remaja khususnya.

Membentras sendirian tidak berkesan, jika org lain tidak bekejasama.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Malu sebahagian dari iman. Kalau dah tak malu, maknanya tiada keimanan atau sebahagian iman itu.

Ramai yang menyalahkan ustaz ustazah dalam bab iman. Ibubapa juga berperanan. Tapi yang paling penting usaha diri sendiri agar hidayah iman itu datang dan 'melekat' dalam diri.
Bukan sekadar ucapan di lidah, tapi kena amalkan.

Semoga mereka mendapat hidayah Allah.

TQ

nur berkata...

AsSalam kak ani..
Pengaruh tak baik ada di sekeliling.. sumbernya datang dari banyak pintu.. anak2 sekarang terlebih ke depan dek kemudahan ada di hujung jari. Yang elok, yang tak elok tinggal pilih je..Talipon sume kat tangan.. kita dulu mana ada kemudahan yang berlebih2 ni.. contoh kalu naik bas express nak balik kolej, kira terus lost contact le ngan parent.. nanti tunggu sampai hostel pagi esoknya baru cari public fon kol gitau selamat sampai.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Scenario yg ada dimana-mana sekarang kak ani. Dekat tempat perumahan kakak pun sama. Bila kena marah AJK surau dia lari tapi tengah malam dtg lagi. Sampai org rukun tetangga sekarang kena jaga taman permainan kerana nak pantau benda-benda ini juga selain pencuri...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Memang lagu tu kena sangat dengan keadaan semasa. Lagu nasihat yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Memang senerio macam ni jadi kita serba salah terutama kalau anak-anak kita ada bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Kak Yam,

Silap2 tegur kita pula dibahasanya, jadi tulah yang kami biarkan pihak berkuasa yang bertindak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

Terima kasih sudi singgah dan jadi rakan blogger akak.

Gejala sosial macam tu susah nak cakap, apa yang boleh kita buat, nasihatlah anak-anak ajer nampaknya dan berdoa semoga mereka tidak terikut2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P&P

Susah nak tegor dia orang ni. Ada kawan saya tegur, budak lelaki tu cakap "Mak Chik jaga anak mak chik dah lah, tak payah jaga kita orang".

Kunang-Kunang berkata...

Nur,

Memang betul semua teknologi canggih tu selain memberi faedah pada kita, keburukan pun ada jika kita tidak tau mengambil yang baik dan membuang yang buruk.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Ditempat saya ni tak ada rukun tetangga. Tu yang susah tu, kita nak lapor pada pihak berkuasa pun, buatnya dia orang datang mereka dah tak ada.

Segala kemudahan di taman2 permainan kanak-kanak ni selalu disalahgunakan. Kita pun segan nak bawa anak-anak kecil ke situ sekarang ni.

kakpah berkata...

salam ani,
penah kakpah naik komuter. dahlah berdiri takde tempat duduk, budak dua ekor yang duduk depan kakpah asek melese pegang2, peluk2..
eee.. tumbuh bulu satu badan kakpah ni. kmdian kpah cakap;
bebulu mata makcik ni. awak ni orang islam kan.
dia angguk2 dan terkebil2 mandang kakpah.
kpah cakap lagi, awak ni tak malu ke buat perangai macam ni. dah lah depan orang ramai pulak tu. kesian kat mak bapak awak. bawak2 la betobat...
terus dorang terdiam. agaknya tak sangka ada makcik yang berani tegur depan halayak macam tu. orang kiri kanan semua dengar.
padan muka...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah.

Solutelah dengan kak pah.

Saya hari tu masa nampak dia orang, mulut rasa nak pekik dari rumah nak beritahu dia orang yang kami nampak apa yang dia orang buat, tapi tak ada keberanian. Bimbang kot esok, habis pulak tayar kereta bocor.

Ayie berkata...

Aiiyoo... memalukan islam laa.. Harap tudung je pakai, tapi akhlak, ya rabbi..