Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 28 April 2011

Maafkan Kami

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Bawah meja makan dah 2 kali saya sapu. Sambil menyapu mata liar mencari. Tapi tak jumpa. Saya sapu pulak di bawah sofa di ruang tamu. Tak ada. Jengok pulak atas kabinet tv. Tak ada. Boleh dikatakan semua tempat yang kemungkinan ada, saya dah cari. Tapi benda yang dicari tak juga jumpa. Dah beberapa kali saya naik turun ke atas dan kebawah rumah saya ni, mencari.

Ya Allah macam mana ni. Susah hati saya. Di luar rumah terdengar bunyi besi-besi berlaga makin kencang. Tentu jiran saya yang nak buat kenduri kawin anaknya hari Sabtu ni dah mula nak pasang khemah. Macam mana ni. Trooper hasben saya, masih tercongok di tepi jalan di mana khemah nak di dirikan. Nak buat macam mana kuncinya tak jumpa. Kunci spare dah lama tak jumpa cari.

Kunci di mana kau kunci. Sambil mencari saya membaca surah Ad-Dhuha. Kawan saya kata, kalau barang hilang sambil cari bacalah surah Ad-Dhuha. InsyaAllah.

Kami telefon Dzulkarnain di pejabatnya sebab malam tadi dia orang terakhir guna trooper abahnya tu. Dia jawab, dia letak kunci di tempat biasa. Saya cari lagi ditempat 'biasa', walaupun entah untuk kali ke berapa, tapi tak ada.

Telefon menantu perempuan saya, isteri Dzulkarnain, dia kata tak ada. Telefon sakinah, sakinah tak jawab. Telefon pulak menantu lelaki. Manalah tau kot-kot dia ternampak kunci tu malam tadi masa dia datang sini. Jawapannya negatif juga. Tak nampak.

Aduss, saya, hasben dan salam mencari bagai nak rak, bak kata orang putih 'high and low'lah. Nampaknya kena tunggu Dzulkarnain balik.

Kesian jiran saya tak dapat nak mulakan pasang khemah pada masa yang dirancang. Sebenarnya kami tak tahu dia nak pasang khemah hari ni. Kalau tau, siang-siang kami dah parking jauh-jauh. Rasa bersalah sangat pada jiran saya.

Jam 5.00 petang menantu perempuan saya telefon, dia kata kunci tu ada dalam beg tangan dia. Kami suruh dia balik cepat kalau boleh. Hai, tak tau nak cakap apa.

Ketika saya menaip N3 ni masih terdengar 'tum tang, tum tang' di luar rumah. Besok kenalah minta maaf dengan jiran saya, semoga dia faham. Kami tak sengaja.

12 ulasan:

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

sy pun pernah gak hilang sekejap kunci umah..menggagau jugaklah cari nasiblah ada jiran..try kunci umah dia bolehlah bukak..kebetulan..terimakasihlah pada jiran..
jiran akak mesti faham kan..nak buat camne kenalah minta maaf..benda nak terjadi kan kak..mungkin itu peringatan pada kita agar dimasa depan lebih berhati-hati

aby berkata...

salam k hanim,
esok hari kenduri,
masa salam tu bagi tebal sikit,
boh nama kt hanim kt dalam sarung angpow tu ..
pasti dia maafkan punya ..

mohdandmeriam berkata...

assalamualaikum nim..hehe tersenyum kak yam membacanya..pernah terjadi pada kak yam..kereta terpaksa disimpan disekolah..esoknya suruh poreman tukar kunsi baru..melayang duit..bila dekat nak balik,datanglah guru sebelah petang menghulurkan kunci kereta..padahal dah telefon tanya sebab dia datang bercakap dgn kakyam..mana tau dia terambil..mula2 geram juga tapi bila fikirkan Allah nakk menguji kita...

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak Ani.
:)
Moga akak sekeluarga sihat2 di sana:)

aduhaii...memang mati akal jugak dibuatnya bila time2 tak jumpa kunci atau barang2 sewaktu dgnnya kann..
pernah dulu sakan tercari2 kunci umah.dengan mulut aisha pok pek pok pek..leter kat abgnya konon abgnya laa ltk merata2...tup2...hehehe...jumpa dalam bekas mainan dia...!!!Si aisha rupanya buat main!!!uhhhh!!...:):):)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ita,

Itulah, kita ingat di usia akan dan abang saja yang pelupa benar, maklumlah umur dah nak maghrib, rupa anak-anak yang muda-muda pun pelupa.

Abah dia orang selalu bising, dia ada orang pelupa ni sebab tak ada sistem. Tapi kadang2 dia pun lupa jugak, terutama hilang spek. He he.......

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Kebetulan hari dia buat kenduri ni akak tak ada. Akak nak ke Sabah, cuti-cuti malaysia. Kebetulan tikit dah lama book. baru terima kad jemputan.

Hari ni akak akak jumpa dengan mak dan ayah pengantin beritahu. Tentang bersalam tu, kena tebal jugak kot sebab kita sorang jer. He he tak boleh nak berselindung dengan orang lain punya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam.

Semoga kak yam sekeluarga sihat.

Betul tu kak yam, Allah nak menguji kita supaya kita lebih berhati-hati.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sis tinie,

Begitulah kita nikan. Kesian abang aishah yer, kena leter.

He he kak ani sekarang ni semakin pelupa, kadang2 naik sakit hati dibuat.

Kamsiah berkata...

salam
laaa..dlm handbag rupanya...nak 'marah' pun tak guna,kan hehe..menantu sendiri

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Betul tu, nak marah pun tak guna. Dah lupa nak buat macam manakan. Allah pun tak marah kalau dah lupa, jangan sampai lupakan dia sudah... He he.

Ini pengajaran juga pada budak2 ni, lain kali sebelum cari betul-betul, jangan terus kata tak ada atau tak tau.

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum kak ani,

Tak salah anak/family kak ani juga kerana tidak diberitahu awal oleh jiran. Kakak rasa jiran kak ani dah lebih maklum tak mungkin kak ani sengaja....

Ayie berkata...

haiz.. Kunci kunci.. Kadang kadang memang jadi masalah kalau salah letak kunci.. ^^