Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 16 April 2011

Bolehkah DiLupakan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



14 April, 11.00 malam, saya telefon A. Esok 15 April birthday dia. Bila di sebelah sana jawab "hello",
saya terus kata "happy birthday walaupun awal setengah jam".
Tiada jawapan dari sebelah sana, saya tunggu. Akhirnya saya dengar ada suara orang menangis dalam suara perlahan. Saya terus tunggu.
"Terima kasih mama", jawab A macam sebak.
"Kenapa menangis" tanya saya.
"Sedih Mama",
Sebenarnya saya pun sedih, tapi saya kuatkan hati. Saya pujuk dia.
"Jangan sedihlah, kami semuanya sentiasa sayangkan A. Mama tak ke sana sebab mama tak berapa sihat".



4 tahun dah waktu berlalu. 27 Mei ni genap 4 tahun. Kami tetap sayangkan A sama seperti ketika arwah Iskandar masih ada. Bila dengar dia sakit, hati saya sedih dan bimbang. Saya sayangkan dia kerana dialah orang yang pernah membahagiakan arwah. Sekarang saya kurang mengunjungi dia kerana ada orang kata "Kesian dia, kau jangan rapat sangat dengan dia, nanti sampai tua dia tak kawin". Saya tak tahu nasihat itu betul atau salah. Doa kami anak beranak semoga A berjumpa dengan orang yang boleh menyayangi dan membahagiakan dia.

Semalam 15 April, saya dan hasben serta Salam ke pusara arwah Iskandar. Memandangkan sakit kaki saya membataskan pergerakan saya, rasanya saya dan hasben dah lebih kurang 3 bulan tak ke tanah perkuburan itu. Dzulkarnain adik arwah adalah pergi sekali sekala dalam tempoh tu.

Ketika menyusuri lorong menuju pusara arwah, saya perhatikan ada beberapa pusara yang dah ditumbuhi rumput dan pokok-pokok kecil di atasnya. Sebak pulak rasa hati bila terfikir "agaknya kubur Iskandar macam nilah".



Alhamdulillah tiba di pusara arwah Iskandar, kuburnya masih seperti ketika kali terakhir kami datang dulu. Pokok bunga pecah periok merah yang saya tanam dulu dah agak tinggi dan berbunga lebat.


Semasa kami membaca yassin saya juga terhidu bau harum bunga melor yang berkembangan di atas pusara arwah. Tak sangka pokok yang tidak dijaga tu subur dan berbunga. Pokok-pokok bunga ini saya tanam ketika hati sedang sedih sehari selepas arwah disemadikan di sini.

Batu-batu sungai yang kecil di atas pusaranya bersih dan tak ada sehelai daun kering pun di atasnya. Daun-daun kering tu jatuh ditepi pusara di atas rumput mutiara yang saya tanam di tanah keliling pusara. Pusara arwah kami hanya pagari sekelilingnya dengan papan kayu jengal yang tingginya tidak sampai 1 kaki. Batu nesannya saya hanya letak dua biji batu sungai.

Selesai membaca Yassin, kami bersihkan persekitaran pusaranya. Saya potong dahan-dahan kecil pokok bunga pecah periok dan bunga melur supaya ia rendang dan tumbuh tunas baru.

Walau hanya pusara yang kami kunjungi, hati saya rasa tenang. Kami beredar dari situ bila matahari dah makin terik. "Assalamualaikum anak ku, mama, abah dan adik balik dulu, kalau mama sihat, mama datang lagi".

Tentang tanam pokok di atas kubur ni, ada pelbagai pendapat. Ada kata tak boleh, ada kata boleh. Yang kata boleh mengatakan yang pokok-pokok ni akan sentiasa bertasbih selagi dia hidup memandangkan atas kisah Nabi Muhammad S.A.W. ada meletakkan dahan tamar di atas pusara seseorang dizamannya.

27 ulasan:

iBu...gUru berkata...

assalamualaikum kak ani........ al-fatihah untuk arwah ....... kita akan menyusul ...... sebak baca en3 ini, teringat kenangan indah bersama mereka yg mendahului kita..... al-fatihah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IbuGuru,

Kak Ani pun kadang2 cuba melupakan kenangan-kenangan yang terlintas di fikiran, kalau ikutkan kenangan-kenangan tu, nanti menangis.

Tapi doktor ada pesan, jangan cuba lupakan kenangan yang terjadi dalam hidup kita, dibimbangi kita akan menjadi seorang yang pelupa.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamulaikum :)

Semoga ruh al-marhum ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.Ameen.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih atas doakan Ros untuk al-marhum.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
mmng sukar untuk mmbuang ingatan dan kenangan bersama trsayang.....biarkan ia disudut hati kecil kita .....
Cuma kita jgn terlalu ikut perasaan..Semoga akak sntiasa tabah dan sabar...
Al-Fatihah utk arwah...smoga arwah d tmpatkan dlm golongan orang2 yg beriman...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Terima kasih atas doa MP.

Itulah juga doa kak ani sentiasia untuk arwah.

iza berkata...

Assalam...
Al-Fatihah utk arwah..
bila baca kisah ni terkenang pula arwah abah...pusaranya jarang dilawati krn terlalu jauh...

p/s: patut la saya dah jadi pelupa skrg ni sebab cuba hapuskan kenangan silam dari minda...

Insan Marhaen berkata...

IM pun dah lama tak ziarah pusara abah...

Miecyber berkata...

Al Fatihah untuk Arwah Iskandar...

Kera serang bayi

Miecyber berkata...

Al Fatihah untuk Arwah Iskandar...

Kera serang bayi

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati dan diredhai Allah. Juga semoga segala urusan bekas menantu Ani sentiasa dipermudahkan Allah.

Pn Kartini berkata...

Al-fatihah ..Moga roh arwah dicucuri rahmatNya...Amin

p/s:
......mengingatkan diri pada arwah ayahanda jua......
rindu nan menebal..

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum.

ada getar dlm hati saya bila baca entry ni sbb nama saya juga iskandar.

Al-Fatihah, moga arwah dicucuri rahmat oleh-Nya.

a kl citizen berkata...

Moga roh iskandar tenang bersama roh orang soleh yang lain

Sedih kak baca entri ni

putrylady berkata...

Assalamualaikum kak ani,
saya baru je balik dari kg...
Bila baca n3 ni, terus menitik airmata...
Teringat rumah di kg yang hilang seri...
Al -Fatihah untuk muslimin dan muslimat semuanya...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Iza.

Terima kasih sudi singgah disini.

Memang mengenang orang yang dah tak ada didunia ini semakin lama masa berlalu semakin rindu di hati kita.

Alfatihah untuk arwah abah Iza. Kenangan yang datang bersama orang yang dah tiada, dilayan sepintas lalu sajalah.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Kalau dekat ziarahlah selalu pusara orang tua kita, selain melepaskan rindu kita diberi ganjaran pahala.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Terima kasih doakan arwah Iskandar. Tentu Mie masih ingat peristiwa tu kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Terima kasih doakan arwah anak saya. Iskandar meninggal ketika berusia 26 tahun. Gadis tu ialah tunangnya yang tinggal beberapa bulan lagi tarikh pernikahan mereka. Apa nak buat jodoh mereka tak ada.

Selepas ketiadaan arwah Iskandar, dia meminta saya menjadikannya anak angkat, sebab katanya supaya saya masih kekal ada 5 orang anak. Kami sekeluarga dan saudara mara yang mngenalinya memang sayangkan dia. Keluarganya juga dah jadi macam saudara sendiri.

Itu saya lakukan demi arwah iaitu dengan mengekalkan hubungan silatulrahim dengan orang-orang yang pernah datang dalam hidup dia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga sihat sejahtera sekeluarga.

Terima kasih sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan doa untuk kami.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Shameel,

Yer kebetulan nama serupa. Arwah anak saya nama penuhnya Dzul Iskandar.

Itulah ketentuan Allah kepada dia. Dijemput mengadap penciptanya dalam usia yang masih muda.

Kami kena tabahkan hati menerima ujian Allah yang amat getir ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Norma,

Terima kasih sudi sedekahkan Alfatihah untuk arwah.

Memang setiap kali terkenangkan dia, hati akak jadi tak tentu. Sehingga sekarang kalau tak kuat, air mata masih keluar bila rindu sangat2 pada dia.

Akak selalu pujuk hati sendiri, Allah berikan akak 5 anak, Allah ambik balik satu. Akak kena redha mengembalikan arwah kepadaNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Putrylady,

Terima kasih sudi singgah blog kak ani. Semoga putrylady dan 2 putra sihat sentiasa.

Kak Ani masih ingat ketika Putrylady baru kehilangan bonda tersayang. Menitis air mata kak ani bila membaca N3 rindu Putrylady pada bonda kerana kak ani boleh merasai bagaimana rindu pada orang yang tak mungkin kita bertemu lagi.

Semoga Allah sentiasa merahmati hidup Putrylady sekeluarga.

Kalau free, singgahlah di sini selalu. Kita boleh berceria macam dulu.

p@kcikLie berkata...

Assalamualaikum Kunang2,

mengingatkan sy pd arwah adik sy yg kembali kerahmatullah sebulan yg lalu...

sama2 sedekahkan alfatihah. Semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman.

Che Mid berkata...

Al-fatihah untuk arwah anakandamu dan juga arwah anakanda ku Firdaus yang meninggal pada 2006. Kita sama-sama kehilangan anak lelaki yang sangat2 kita kasihi. semoga rohnya aman di sana. Amin

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P@kcikLie,

Takziah kepada keluar P@kcikLie sekeluarga dan Alfatihah untuk roh arwah adinda P@kcikLie.

Saya ada terbaca di blog P@kcikLie mengenai adik lelaki yang koma di hospital K Terengganu (Hospital Sultanah Zaherah, maaf kalau silap nama). Tapi saya tak tahu susulan dari N3 tu, saya ingat beliau dah pulih.

Itulah tanda Allah sayang pada kita, jadi diujiNYA kita.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Terima kasih atas doa Alfatihah kepada arwah anak saya. Alfatihah juga dari saya untuk anak lelaki Che Mid.

Semoga roh mereka di masukkan dalam golongan orang2 yang solihin dan sodhigin.