Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 23 April 2011

Alkisahnya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Tengahari semalam saya ke PPUM untuk ambik ubat ulangan bagi penyakit-penyakit tegar saya ni. Sekarang ni Alhamdulillah bagi kita yang ada penyakit tegar ni tak payahlah lagi beratur panjang untuk ambik ubat ulangan di Farmasi PPUM macam dulu.

Sekarang ni PPUM dah menyediakan perkhidmatan 'booking' ubat pada tarikh yang kita memerlukannya. Kita boleh ambil sebulan sekali, 2 bulan sekali dan bila-bila saja yang kita perlukan. Pada tarikh yang ditetapkan kita cuma pergi ke Pharmcare di PPUM untuk mengambil ubat kita. Apa yang dah saya lalui tak sampai 10 minit kita dah dapat ubat kita.

Saya dah guna kemudahan ni dah hampir setahun lebih. Kita juga boleh minta Pharmcare poskan ubat-ubat kita melalui Poslaju. Sebagai pesakit tegar, perkhidmatan ni sangatlah dipuji kerana tidaklah kita menunggu lama macam dulu.

Itu cerita semalam, ni nak hal beberapa hari lalu semasa melalui Lebuhraya KESAS dalam perjalanan balik dari rumah adik di Cheras, teringin nak makan satey kajang, kami pun singgah di R & R Awam Besar. Di sini ada kedai (panggil kedai ker) yang menjual satey kajang,



Tapi sebaliknya berlaku, sebaik membelok masuk kawasan R & R Awan Besar mata terpandang sebuah bangunan bersebelahan surau. Kami berhenti di depan bangunan tu. Rupanya sebuah restoran yang menjual anika lauk untuk makan tengahari..... menurut tuan punya restoran tu, mereka buka 6 hari seminggu kecuali hari Jumaat. Bermula dari pagi hingga jam 5.00 petang.


Lauk pauknya beranika. Disediakan juga 'ayam kampong goreng". Digoreng bila kia order. Dalam gambar ni cuma sebahagian yang dapat saya ambik gambar lauknya. Segan pulak nak ambik gambar dekat-dekat. Tapi pada orang macam saya ni, banyak mana lauk pun, lauk kesukaan cuma ikan bakar, ayam kampong goreng dan ulam-ulam. Harga untuk makan tengahari kami berdua hari tu termasuk air minuman sebanyak RM17.00.


Saya rasa tempat ni sesuai untuk makan bersama keluarga. Tempatnya juga selesa, bersih dan luas.

8 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani,

Doa mengiringi moga kak ani bertambah sihat. Dah boleh makan-makan tu sihatlah kan. Ubat tu sebagai usaha saja.

Bagus juga PPUM ada sediakan perkhidmatan yg memudahkan seperti itu...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Mudah2an Ani bertambah baik kesihatan. Kak belum lagi menggunakan kemudahan pos ni.

Miecyber berkata...

Canggihlah perkhidmatan hospital sekarang...

Projek Pintar MAS

Insan Marhaen berkata...

ubat satu bab. makan, bab yang lain pula, ya..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Alhamdulillah kak ani macam nilah. Buat masa sekarang selain sakit yang biasa tu, lututlah yang selalu memberi masaalah. Ujian Allahlah tu.

Terima kasih doakan akak. Semoga kakzakie juga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak juga sihat. Saya Alhamdulillah macam biasa.

Saya pun belum cuba ubat secara pos tapi yang saya buat secara 'booking' dulu mengikut tarikh yang wajar.

Kunang-Kunang berkata...

Mie, sekarang hospital2 kenalah fikir cara yang boleh memudahkan pesakit. Maklumlah tak semua orang mampu ke hospital swasta, jadi hospital2 Kerajaan sentiasa sesak.

Kunang-Kunang berkata...

IM, itulah kan, cerita hal ubat lepas cerita pulak hal makan.

Makan ni perlu jugak IM.