Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 16 Mac 2011

Menguap dan Bersin Dalam Islam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Menguap Ini adalah aktiviti yang biasa kita lakukan dalam kehidupan kita seharian. Menguap adalah respon tubuh kita di saat kita kekurangan oksigen atau mengantuk karena keletihan. Paru-paru kita akan menghirup udara sebanyak-banyaknya untuk mengambil oksigen dengan cara menguap. Walaupun ia merupakan aktiviti harian yang tidak boleh ditahan, ianya akan menjadi lebih baik jika kita dapat melakukakannya bersesuaian dengan sunnah yang disabdakan Rasulullah SAW.

Rasulullah S.A W. ada bersabda "Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang bersin dan sangat benci terhadap orang menguap. Oleh itu apabila seseorang bersin, hendaklah dia menyebut: Alhamdulillah. Dan wajiblah setiap individu muslim yang mendengarnya menjawab pujian tersebut. Ada pun menguap itu adalah dari syaitan, jadi hendaklah dia menutupnya sekadar yang boleh. Sebaliknya apabila seseorang itu menguap dan menyebut "haaargh' (tidak tutup mulut), ketika itu syetan akan ketawa berdekah-dekah melihat keadaan itu hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Sementara itu dalam Sahih Muslim pula ada menyebut sebuah hadis dari Said al Khudri r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda, maksudnya:
Apabila seseorang dari kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan kerana syetan akan masuk (kedalamnya andaikata tidak ditutup)"

Menurut al Hafiz Ibu Hajar pula:
Boleh jadi yang dimaksudkan dengan perkataan kemasukan syetan kedalamnya ialah perihal kemasukan secara hakikat, memandangkan keupayaan syetan itu sendiri sebenarnya mampu berlari dalam saluran darah anak-anak Adam. Akan tetapi kemampuan itu terbatas selagi seseorang itu sentiasa berzikir kepada Allah. Oleh itu seseorang yang menguap dengan tidak menyebut nama Allah akan membuka peluang syetan membolos masuk ke dalam"



Sebagaimana menguap, begitu juga dengan bersin. Bersin adalah respon tubuh kita yang secara automatik terjadi bila hidung terasa gatal atau kita alergik pada habuk atau virus yang menganggu hidung. Bersin bermanfaat untuk membuang virus dari dalam hidung, selain itu bersin juga berfungsi untuk mendorong sumbatan atau sesuatu yang menyebabkan gangguan pada hidung.

Cerita tentang bersin pula, kawan saya pernah bertanya "kenapa kita mesti mengucapkan Alhamdulillah bila kita bersin". Sambil gelak seorang kawan lain jawab, "mestilah ucap 'Alhamdulillah' lepas bersin, cuba kau bayangkan engkau nak bersin tapi tak jadi, tak ker siksa, tercungap-cungap hidung, ternganga-nganga mulut, bila dapat bersin, huuh, alangkan nikmatnya".

Dalam islam bersin pun ada tata caranya. Sebuah hadits dari sahabat Ali bin Abi Thalib Radliyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kalian bersin, hendaklah mengucapkan alhamdulillah, dan hendaknya saudaranya mengucapkan untuknya yarhamukallah. Apabila ia mengucapkan kepadanya yarhamukallah, hendaklah ia (orang yang bersin) mengucapkan yahdiikumullah wa yushlihu balaakum (artinya - Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).” (Hadits Riwayat Bukhari.)

Jadi kesimpulannya bila menguap mintalah perlindungan dari Allah dan bila bersin hendaklah kita memuji Allah Subhanahuwataala.

20 ulasan:

kakpah berkata...

salam ani.
benci dengar orang menguap lepaskan bunyi yang kuat. Tak sopan betul...
Apatah lagi kalau diikuti dengan mulut terlopong tidak ditutup dengan tapak tangan.

Insan Marhaen berkata...

bersin memang best. lega...

menguap pula tak best. tak bermaya...

tapi kalau tak menguap bila masuk waktu tidur, tak da ummphh...

semua tu penting la kerana kita ni manusia..

ummu berkata...

assalamualaikum kak ani
entry akak ni mengingatkan pengalaman saya sewaktu mengajar anak2 murid saya membaca Quran, selalunya cepat benar mereka menguap. klau subject lain, kurang sikit kadar kecepatan menguapnya tu.
terima aksih atas perkongsian akak ni ya

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak,

Teringat dulu masa kakak kecik ada lagu jawa dinyanyikan oleh embah (datuk) kakak seperti bila melihat cucunya bersin; yarhamkumullah-yarhamkillah, ahlamdulillah, syukurillah.... panjang lagi lagunya....

Kalau menguap pun sama ada lagunya. Malu nanti ada yg ketawa pulak.

Sesungguhnya Islam banyak adab-sopan yg telah diatur.

Ati Masrif berkata...

alhamdulillah

dapat ilmu di sini..

bila bersin tak jadi..
mmg rasa geram saje :)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Mungkin ini kali akhir kak coretkan di ruang ini.

Semoga Ani sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah.

Jika Ani ingin berhubung dengan kak ini emel kak : werdahalim@yahoo.com

InsyaAllah ikatan ukhwah berkekalan.Amin.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Terima kasih atas info yang brguna ni...Tapi paling tak suka kalau tgk orang bersin dan mnguap tak tutup mulut...

zue berkata...

klu di tmpt kerja...waktu ptg2 le kuat menguap...lepas makan mengatok jadinya.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

trime kasih atas info ini..memang ia bermanfaat kerana ramai yang seolah-olah kedengaran suara apabila ia menguap...

si para para berkata...

dari sekecil kecil perkara hingga sebesar besar benda. semunya di terangkan dan di ajar..
cuma kita tidak ikut...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Itulah orang selalu usik "nanti masuk lalat". Rupanya bukan lalat saja yang masuk tapi juga sidia tu.....

Kunang-Kunang berkata...

Betul tu IM,

Bersin kalau tak jadi, mahu ternganga2. Nak kena pulak gerudi dengan benda2 lembut supaya boleh lepas bersin tu. Siksa.

Semua yang Allah buat ada kebaikannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Ummu,

Wah kalau mengaji quran lagilah dikacaunya kita. Mata bagai dijahit tak boleh buka.

Samalah bila kita dengar ceramah agama, sakitnya hati, malu pada orang sekeliling, sekejap menguap, sekejap menguap, hingga berair2 mata menahan ngantuk.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Ramai antara kita yang tak tahu tentang adab orang bersin ni.

Baguslah kazakie dari kecik dah diasuhkan cara yang betul.

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah Ati, jika ianya memberi sedikit manfaat kepada orang yang membacanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Saya doakan akak beroleh segala kemudahan dengan apa yang akak lakukan dalam hidup. Sesekali kalau akak free, singgahlah yer.

InsyaAllah saya akan hubungan akak diemail address akak tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Bersin terutamanya kalau tak menutup mulut selain tidak cantik, ianya juga boleh menyebarkan virus/kuman kpd orang sekeliling.

Kunang-Kunang berkata...

Zue, orang kata pagi2 jangan makan nasi lemak, nanti mengantuk.

Makan nasi lemak waktu petang saja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Sama2lah kita amalkan apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. InsyaAllah semoga hidup kita diberkati Allah,

Kunang-Kunang berkata...

Para.

Islam agama yang meliputi segala keperluan. Cuma kita sebagai penganutnya antara ambik berat atau tidak apa-apa yang diajar tu.