Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 31 Mac 2011

Hujannyaaaaaa!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hari Ahad lepas saya balik ke Dungun atas beberapa urusan. Berlepas dari sini jam 4 petang. Sebaik tiba di sana lebih kurang jam 11 malam kami tiba di Dungun disambut dengan hujan yang mulanya rintik-rintik kemudiannya diikuti dengan angin yang bertiup kuat disamping hujan yang semakin lebat.

Keesokannya dalam keadaan hujan yang sekejap sidang (rintik-rintik) sekejap lebat, saya cuba juga untuk ke pasar untuk membeli sedikit barang-barang terutamanya keropok sebab stok di rumah dah habis.

Sayangnya bila tiba di kawasan pasar, saya tak dapat turun dari kereta, hujan makin lebat. Akhirnya kami balik semula ke rumah adik melalui jalan pantai. Sengaja nak tengok keadaan pantai dan laut. Selalunya hujan yang lebat dan berterusan berhari-hari ni cuma berlaku di musim tengkujuh iaitu antara bulan November hingga Januari tapi sekarang dah tak tentu hala dibuatnya.

Ada yang kata mungkin ini kesan tsunami yang melanda Jepun.






Ombak yang kuat dan bergelora


Tiba di rumah adik, duduk jerlah dalam rumah. Tak dapat nak ke mana-mana. Kejap-kejap keluar tengok air yang mula bertakung di depan dan keliling rumah. Cepat betul air berkumpul. Terfikir juga dalam hati mungkin akan banjir, risau juga.







Begitulah keadaan alam sekarang ni. Dunia dah semakin tua.

22 ulasan:

si para para berkata...

betul tu kak..kat dungun hujan lebat.ada kawasan yang banjir. tapi dah surut dah..

dunia dah hampir rebah.

maiyah berkata...

assalam..

mmg risau, klau sy yg kene bnjir mna nk lri huhuu

mohdandmeriam berkata...

salam nim..memang sekarang ni hujan dah tak ikut musim..dah pelik ya.
selalunya bulan 3 dan 4 tak hujan,panas kan..diKB pun sentiasa hujan..muram hari,muran juga hati makcik.

kakpah berkata...

memang cuaca tak menentu. kejap hujan.. kejap panas. Tadika kpah sukan ahad ni. Pohon pada Allah cuaca baik pada hari itu..

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
ujan rahmat tu kak...

semua tempat dah mcm tu...

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
sekarang ni kat pahang tempat kami ni pun,
hujan kat tempat kami pun tanpa diduga,kan,risau sebab belakang rumah kami ni ada sungai utama....banjir besar pernah berlaku di sini.

a kl citizen berkata...

Harap-harap tidak berpanjangan, kesian orang2 yang tak dapat mencari pendapatan waktu hujan

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga kakak sihat hendaknya..

Ada malware attack kak! Masuk jer terus keluar warning ini.

Warning: Visiting this site may harm your computer!
The website at kerdipanrohani.blogspot.com contains elements from the site www.wakjeng.net, which appears to host malware – software that can hurt your computer or otherwise operate without your consent.

Miecyber berkata...

Lebat jugak gayanyer...

Proton Pesona terbakar

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Para,

Tulah takut juga rasanya bila hujan lebat macam tu yer.

Biasanya kalau hujan jenis tak berhenti 2 hingga 3 hari ni, hujannya tidak lebat begitu. Mudah2an mereka yang terlibat dengan banjir tabah dengan kesusahan yang diuji.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

InsyaAllah, Allah melindungi semua hambanya. Semoga Maiyah sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Doa saya semoga akak sihat. Maklumlah hujan-hujan ni kadang tulang sendi semua sengal.

Bila hujan ni lutut saya pun buat hal juga.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Dunia dah tua. Dah tak terikut peraturannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Mudah2an hujan membawa rahmat pada kita dan pada yang terkena banjir tu, Allah menguji kesabaran mereka dan menguji perasaan belas kesian kita kepada mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Nampaknya di Pantai Timor dan Utara yang menerima curahan hujan berlebihan. Semoga mereka yang kena banjir tu sabar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

Semoga mereka ni sabar dan Allah memberi mereka rezeki dari sumber lain pula.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Seronok nampak Abd Razak berblog semula.

Terima kasih beritahu kak hanim. Dah dua tiga hari benda ni ada. Malam ni tidor lambat cuba cek widget satu persatu. Sehingga masa menaip ni nampaknya dah tak keluar lagi warning tu. Harap2 menjadi.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Akak dah cuba buat widget yang diagak membawa malware tu. Sehingga masa menaip ni nampaknya warning tu dah tak keluar. Mudah2an berjaya mengcleanknnya.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum:)

MOga akak sihat2 di sana:)

Bila hujan tak menentu sebegitu..ditambah dgn lebatnya hujan..memang agak risau di hati..
bukkanya apa..bila mengenangkan iklim yang tidak menentu musimnya..

sahromnasrudin berkata...

ASSALAMUALAIKUM..

takut tgk ombak tue..belah pantai barat takla setinggi itu ombaknya kan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Mudah2an Allah lindungi kita semua dari bencana yang berlaku di negara2 jiran kita.

Semoga sis tinie sekeluarga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Ombak dari gambar tu kira kuranglah tingginya, kalau di bulan tengkujoh tinggi lagi dan lautnya berubah dari biru menjadi warna 'teh tarik'.