Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 1 Mac 2011

Di Mana Saya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ






Setiap kali saya menyusuri jalan ini, saya rasa seolah-olah saya berada di satu tempat yang jauh dari Malaysia. Penoramanya, orang-orang yang lalu lalang di persekitaran kawasan ini membuatkan saya rasa begitu asing.

Saya kerap berurusan di kawasan ini. Inilah 'little india' yang terletak di bandar Klang. Memandangkan terlalu kerap berulang alik ke sini saya teringin nak kongsi panorama ini dengan rakan-rakan blogger. Saya rasa yang tinggal di Klang tu biasalah tengok suasana begitu.







Deretan kedai yang menjual pelbagai keperluan terutamanya yang saya nampak ialah kedai-kedai yang menjual kain-kain sari yang cantik-cantik. Mungkin di sinilah kain-kain sari yang mahal-mahal dijual.

Ada juga kedai menjual carpet, kain langsir dan keperluan bilik tidur seperti cadar dan lain-lain dipamer dengan cantiknya. Periok belanga, pinggan mangkok semuanya ada dijual di sini. Baju 'bengkali' untuk wanitanya pun banyak nampak dipamerkan. Maaflah yer saya tak tahu nama baju ni orang panggil apa, iaitu, sepasang termasuk, blouse labuh hingga ke lutut, seluar panjang beserta selendang. Biasanya wanita-wanita sikh yang saya nampak memakainya.

Menurut kata kawan saya, kalau nak beli cadar pengantin bolehlah datang ke sini. Banyak pilihan, harganya saya tak pasti. Mungkin satu hari saya nak singgah di sini, mungkin boleh 'window shopping' carpet, kain langsir dan sebagainya. Periok belanga tu rasanya kuranglah berkenan sikit sebab patern 'orang tu' jer nampaknya.

24 ulasan:

kakpah berkata...

salam.
hehe.. ingatkan anie pergi karachi ke hape..
kakpah jarang sampai arah2 sini. Dah lama kot.

kakpah berkata...

ani,
haritu tak datang untuk mengucapkan selamat menyambut hari lahir. Masih belum terlambat untuk belated birthday wish kan?
Semuga sisa usia kita yang ada ini terisi dengan amalan..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Mudah2an Kak Pah, semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang tersasar di hujung jalan selepas diberikan kita arah yang betul untuk di tuju.

Semoga Kak Pah sekeluarga diberkati Allah selalu.

Kak Pah,

Saya ni duduk di Shah, jadi Klang tu dekatlah, itu yang rajin benar ke selalu tu, kebetulan ada urusan.

khai berkata...

Assalamu'alaikum kak.dah lama sy tidak menghala ke jalan tu. Semenjak kembali ke tanah air, lom lagi ada kesempatan meronda Klang. mmg nmpk spt 'little india' kan. tetiba sy jadi 'tingin' nak jenguk jalan tu. he3

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Saya tak pernah ke tempat tu..bulan depan ni boleh jalan-jalan ke situ

Miecyber berkata...

Macam pergi obersilah Kak Nim...

Tatu

kakcik berkata...

Malaysia yang meriah. :)

Ati Masrif berkata...

as salam kak,

salam perkenalan ^___^

ati tak pernah sampai ke sini lagi

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum,

Nampak cantik-cantik kain sarinya. Boleh juga buat baju kurung. Tapi kalau tak tahu memang macam kat India. :)

LIPISLADY berkata...

assalamualaikum,
Kak anie yee nama akak, saya panggil kak anie yee, tengok gambar tu macam berada diindia aja rasanya. Tu kat area2 giant ke kak?

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Khai,

Semoga Khai sekeluarga sihat.

Cuba-cubalah pusing-pusing kat situ mencuci mata.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Akak Alhamdulillah cuma adalah juga sikit-sikit yang tak berapa nak sihat. Semoga Abd pun sihat.

Nak datang ke semenanjong bulan depan. Klang dah banyak berubah sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Aar Mie, obersi merentagi sungai Klang. He he .

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Cumanya sayang beli air sari ini kita rugi 2 meterkan.

Tak tau apa nak buat dengan 2 meter yang dia orang buat letak kat bahu tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Lipislady,

Tu belum tengok orang disekelilingnya lagi. Cara dia orang bawak kereta tak cukup menggambarkan siapa yang bawak kereta. Kena berhati, bersimpang-siur.

Hasben kata, 'ni tempat dia'

en_me berkata...

ingatkan kat jln tunku abd rahman tewwww.. ehehe

si para para berkata...

tak pernah pergi kat tempat tu..patut la dia panggil little india.. memang nampak macam kat india..

shameel Iskandar berkata...

ingatkan kat madras or bombay tadi. mungkin ini penzahiran 1 malaysia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Itulah kemeriahan di Malaysia yang ada berbagai bangsa ni.

Kunang-Kunang berkata...

Salam en-me,

Terima kasih sudi singgah di sini. Apa khabar.

Sekarang ni Briekfield pun 'india kecil'. Banyak india di malaysia.

Kunang-Kunang berkata...

Kelebihan indian di india kecil ni boleh cakap 'melayu'.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Shameel,

Terima kasih sudi berkunjung ke blog akak ni.

Kemeriah 1 malaysia.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

Bulan lepas kak ke Hospital TAR di Klang setelah bertahun-tahun tak ke Klang, tapi tak teringat pula nak singgah ke sini.. insyaAllah akhir bulan ni ke sana lagi.. jika diizinkan Allah apa salahnya meninjaunya kan..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

itula klang..byk sgt org dia..masa sy praktikal kat MPK tahun 2000 dulu selalu solat jumaat kat masjid india..sepatah haram tak faham khutbah depa huhhuhhhh