Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 10 Mac 2011

Cerita Di PPUM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Gambar Google

Machine MRI macam nilah yang digunakan
kepada saya- tapi orangnya taklah seksi gitu, he he


Assalamualaikum pada semua kawan-kawan yang berkunjung ke blog saya ni. Alhamdulillah sekarang ni keadaan saya adalah kurang sakitnya. Tak tahu untuk berapa lama kerana hari tu saya hanya diberi ubat penahan sakit. Saya sangat berharap semoga rasa lega ini berpanjangan.

Saya sangat terharu dan sangat berterima kasih atas doa kawan-kawan semua kepada saya. Allah sajalah yang membalas budi dan ingatan baik kawan-kawan semua. Saya doakan juga semoga hidup kawan-kawan semua sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Pagi tadi dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari lebih saya berada di Unit MRI, PPUM. Sebagaimana saya diberikan apoinmen untuk membuat MRI hari untuk sakit kaki saya ni.

Jam 10 pagi tadi, saya mula menjalani 'scan' ni. Prosesnya mengambil masa 45 minit. Mungkin ada kawan-kawan yang dah mengalami keadaan ini. Pada saya ini adalah pertama kali. Ada rasa takut sikit ketika scanning tu sedang dilakukan. Saya tak boleh bergerak, kalau bergerak kena buat balik. Jadi saya pastikan saya tidak tertidor, bimbang kalau tertidor, tanpa sedar saya bergerak. Kena buat balik.

Nak menghabiskan masa 45 minit dan tidak boleh bergerak dengan pandangan mata yang terbatas, saya cuba hiburkan hati saya dengan berzikir dan berdoa sedaya yang saya boleh. Itulah saja cara terbaik pada fikiran saya.

Keputusannya hanya akan dapat diketahui 2 minggu lagi bila saya berjumpa doktor. Mudah2an saya okey.

Selain berubat di hospital ni saya juga ada minta air penawar pada ustaz, mudah-mudahan sakit ini dihilangkan Allah dari saya.

19 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kak dah masuk mesin ni 4 kali dah, kali pertama Februari 2004 di hospital Sentosa.. kali kedua pun di hospital yang sama iaitu pada Februari 2006.. kali ketiga Mach 2008 di hospital Pusrawi.. dan April 2009 di hospital Ampang..

Yang akhir tu jangkanya untuk buat pembedahan lagi sekali di HKL, tetapi tak teruskan sebabnya dah buat pembedahan di Pusrawi tapi tak berjaya.

Masa kat dalam tiub tu agak lama lebihkurang setengah jam.. bising.. dipakaikan ke telinga macam headphone.. kalau di Sentosa dia orang .pasang lagu.. lagu oh carol.. lagu omputih lama-lama je..bersilih ganti.. takyah lah pasang lagu.. takleh concentrate nak zikir.. kat Pusrawi n hospital Ampang ni tak de lagu.. alhamdulillah.. dapatlah baca Fatihah.. bismillahillazi.. lailaahailla anta.. dan macam-macam lagi tapi kadang2 fikiran melayang juga.

Didoakan semoga Ani diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.. amiin

endiem berkata...

semoga sihat selalu.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Saya doakan agar kesihatan Kak Ani sentiasa baik dari sehari ke sehari. Ameen.

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum kak,

Kalau di KPJ johor kena masuk dalam tong. Kepala kena kepit kiri-kanan sebab tak boleh gerak. Tapi result dapat on the same day. Pengalaman masa hantar anak kerana selalu sakit kepala dan sakit perut memanjang.

Semoga kakak sabar dgn ujian Allah ini ye. Sementara tunggu result banyakkan berzikir waktu rehat. Makan dulu ubat yg dibekalkan. Insya-Allah setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Kamsiah berkata...

salam
mmg berada dalam dewan...dewan bedah ke...dewan bersalin ke..kat hospital..
sesuatu yg menakutkan..ngeri...

kuatkan semangat...ingat bahawa jika kita ditimpa ujian mcm ni..
ada org yg lbh dasyat lagi diuji ALLAH...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak berada dalam sihat.

Masa saya buat MRI di ppum tu, ada juga bunyi2, tapi bukan musik. Bunyi2 yang ding dong2, dan macam-macam tapi saya try ignored dia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Endiem,

Terima kasih atas doa endiem pada kak ani. Doa akak juga untuk endiem sekeluarga semoga berada dalam kesihatan sentiasa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih doakan akak yer Ros. Semoga Ros juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Oh rupanya scan kepala tu pun dinamakan MRI juga yer. Akak pernah buat sekali semasa selalu sangat sakit kepala dalam beberapa tahun lepas. Masa tu buat di KPJ Shah Alam (dulu dikenali sebagai SMC Shah Alam)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Yer betul tu Kam. kalau kita fikir diri kita saja memang kita rasa kitalah yang malang, tapi bila kita tengok orang lain, sakit kita tu berapa percent saja dibanding dengan mereka.

Akak pun jenis yang entah dah berapa kali masuk Dewan Bedah, sekarang ni sejak berumur ni, naik ngeri dah takut bila sebut kena bedah. Kalau boleh tak naklah lagi melaluinya.

aby berkata...

salam k hanim,
harap k hanim diberi kesihatan utk dapat melakukan ibadat spt sedia kala.
anak sulong wak pun ke PPUM 3 hari lps, rawatan susulan selps rawatan pertama bulan lps.
di syaki ulcer dalam perut..

tu yg wak selalu marah kt dia,
makan cili kuat sangat, sedari kecik lg dah jadi pemakan cili yg kuat ....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Terima kasih doakan akak. Semoga anak wak juga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

Dapat tahu lebih awal senang kita bertindak. Kalau dah terlambat tu susah sikit. Itulah dugaan hidup kita yer wak.

Sihat lama diberinya, tapi bila sikit diberi kesakitan, kita mengeluh, apa nak buat dah lumrah kita sebagai manusiakan.

Insan Marhaen berkata...

ibu_suri semasa rawatan stroke tak dapat nak check dengan MRI kerana kos yang tinggi.

si para para berkata...

semoga kak sehat seperti sedia kala..
sakit satu ujian dan rahmat..
sabar dan berdoa..
:)

lama tak singgah sini..

intanrh berkata...

Salam Kak Ani, bila kita sedang sakit, barulah kita rasa macam2 kan. Sy selalu macam tu kalau sedang sakit. Harap2 segalanya berjalan dengan baik, kak. Banyak dugaanNya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Akak tak tau berapa kos MR sebab guna kak pencen abang.

Mudah2an ibusura sentiasa sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Para. Akak pun lama tak singgah blog kawan2. Semoga sari dua ni dapat menziarah blog2 kawan2 seperti biasa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,

Lama kita tak pegi mari yer intan.

Itulah dugaan Allah pada kita semoga kita juga diberi kesabaran dalam menempuh dugaan ini.

ummu berkata...

assalamualaikum kak ani
bising tak ya masa akak masuk mesin MRI tu?
saya mula2 dulu rasa gayat je masa masuk dalam tu.lama-lama dah biasa cuma akdang2 tak tahan bunyi bising tu