Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 3 Mac 2011

Arthritis Tulang Belakang???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



gambar dari google


Dah 3 kali saya terkena serangan sakit kaki di sebelah kiri yang amat sakit ketika bangun tidor di waktu pagi. Sakitnya bermula dari panggal peha hingga ke buku lali. Saya tak mampu nak berdiri dan nak duduk pun sakit. Cuma baring saja yang melegakan rasa sakit ni. Ketika baring pun saya tak boleh bengkokkan kaki, seolah-olah dari lutut kebawah ditahan tak boleh bergerak.

Kali pertama saya kena sakit ini kesakitannya menyerang selama lebih kurang setengah jam. Selepas disapu dengan minyak panas. Ia lega. Kali kedua serangan mengambil masa lebih lama dari kali pertama.

Serangan yang paling teruk berlaku hari Isnin minggu lepas. Ketika itu saya berada di salah sebuah Pusat Perubatan di Shah Alam ni menemani anak saya Zulaikha yang membawa anaknya terkena demam dan asma mendapatkan rawatan.

Ketika nak bangun untuk bergerak balik, tiba-tiba saya rasa saya tak mampu berdiri. Kaki kiri saya tiba-tiba tidak boleh mengampu badan saya lagi. Saya rasa sakit yang amat sangat bila saya cuma berpijak dan berjalan. Saya duduk semula sambil mengurut kaki kiri saya. Tapi saya gagal juga untuk berdiri.

Selepas menunggu lebih kurang setengah jam, dengan berpaut pada anak saya, saya mengheret kaki menuju ke kereta yang anak saya dah letak berdekatan dengan pintu keluar Pusat Perubatan.

Di rumah saya baring saja dan untuk pergerakan yang dekat pun saya terpaksa berpaut pada dinding terutama untuk urusan ke bilik air dan berwuduk. Kaki kiri langsung tak boleh bengkak. Tegak saja. Sholat pun terpaksa duduk di kerusi. Keesokkan harinya memandangkan saya tak boleh berdiri apa lagi berjalan dengan betul, saya gagahkan juga diri berjumpa doktor. Doktor beri ubat tahan sakit.

2 hari saya terbaring. Masuk hari ketiga, baru boleh bangun dan berjalan perlahan. Hari Khamis minggu lepas saya ke PPUM, apoinmen dengan doktor untuk darah tinggi dan diabetes saya. Saya ceritakan pada doktor masalah saya.

Jadi semalam 2 Mac saya ke PPUM lagi untuk bertemu doktor yang dirujuk. Saya di x-ray. Keputusannya, kata doktor, ada tulang tumbuh di tulang belakang saya di sebelah bawah tulang belakang. Pendek cerita kata doktor 'arthritis'. Adakan ini Arthritis tulang belakang?. Belum pasti.

Minggu depan saya kena buat MRI ataupun 'magnetic resonance imaging' untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit saya ini.

Dan pagi ini kira-kira jam 5.30 pagi ketika hendak bangun dari tidor, saya kena lagi sekali. Tapi sakitnya tidak separah dulu dan disaat saya menaip ni ada lagi rasa sakit sikit-sikit.

Doakan saya tidak di peringkat yang merbahaya dan dipermudahkan Allah segalanya.

28 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Pertama kali saya dengar perkara ni. Tak boleh nak bayangkan sakitnya yang kakak alami...moga Allah permudahkan segalanya..

endiem berkata...

Assalamualaikum..
Semoga sihat selalu dan jangan buat kerja yang berat berat, mengangkat barang berat.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Sangat terasa sakitnya Ani.. semoga segera ada penawarnya.

Ini maklumat yang kak petik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1212&pg=kn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2010

2. Ankilosing spondilytis - merupakan sejenis artritis yang menjejaskan tulang belakang. Simptom termasuk kesakitan daripada leher hingga ke bahagian tulang bawah. Sakit tulang belakang jenis ini menjejaskan hingga 0.1 hingga 0.5 peratus orang dewasa. Biasanya kerap berlaku di kalangan lelaki berusia antara 20 hingga 30an. Ia jarang berlaku di kalangan wanita dan jika ada sekali pun, tidak begitu serius.

Mudah2an tidak bertambah mudarat.. amiin

Miecyber berkata...

Semuga Kak Nim tak apa apa...

Kapsul gelatin babi

iBu...gUru berkata...

salam kak ani ........moga kak ani cepat sembuh... banyak kan berehat moga kak ani sentiasa dalam perlindungan NYA

Kamsiah berkata...

salam
dapat dibayangkan betapa sakitnya...sbb bila kaki 'krem' pun sakitnya teramat sgt...
Arthritis tulang belakang...ni pertama kali dgr..hai mcm2 penyakit yg tak pernah didengar ni..

Othman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Othman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum kak,

Kesiannya....penyakit kalau nak datang senang saja. Tanpa sign pun boleh jadi merebak. Kalau bangun pagi mesti rasa termat sakit sebab sudah relax lama.

Sabar ye kak. Kami semua mendoakan moga ada ubat penyembuhnya. Ada baiknya kak kena banyak relax dulu.

zue berkata...

betul kata kakzakie tu...setiap penyakit mesti ada ubatnya.

banyakkan bersabar ya..

ummu berkata...

assalamualaikum kak ani
semoga Allah beri kekuatan pada kak ani menempuhi dugaan ini
ianya memang sakit kak.
dan smeoga keadaan akak tidak menjadi semakin parah

anismi berkata...

Salam kak ani,

Sabar itu adalah separuh daripada imam...kuat dan cekal sungguh kak ani dalam menempuh dugaan ini.. walaupun dalam kesakitan, masih sempat lagi untuk menulis.... semoga mendapat kesihatan yang baik dan sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi..

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.

Semoga Pn. tabah menghadapi ujian Allah.
Semoga cepat sembuh. Amin.

TQ

Insan Marhaen berkata...

IM selalu doakan rakan rakan IM sihat.

ibu_suri juga mutakhir ni selalu mengadu sakit peha..

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam kak,

moga cepat sembuh ya, sabar atas ujian :)

Kunang-Kunang berkata...

Ustaz Abd Razak,

Terima kasih doakan akak yer. Kak ani juga terperanjat rupanya tulang belakang pun ada Arthritis.

Kena tabahkan hati ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Endiem,

Terima kasih atas nasihat tu yer. InsyaAllah akan cuba mengawalnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Terima kasih berikan link tu. Saya dah ke sana dan baca artikelnya.

Sekarang ni dengan izin Allah sakitnya dah kurang. Ini mungkin disebabkan saya mengambil pain tahan sakit yang doktor beri untuk selama 10 hari.

Esok saya kena buat MRI tu.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie. Semoga Mie juga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IbuGuru,

Terima kasih atas doa IbuGuru. Semoga IbuGuru sekeluarga juga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Itulah memang sakit. Sekarang ni krem kaki pun kerap berlaku dan mengambil masa yang lama untuk otot2 tu kembali relax.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Terima kasih atas doa Kakzakie pada akak. Mudah2an kesakitan yang dah beransur hilang ni berpanjangan walaupun selepas ambik ubat. Sebab akak tau ubat yang doktor beri tu hanyalah pain killer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zue,

Itulah juga doa akak. Allah pun dah kata semua penyakit ada ubat melainkan mati. Mudah2an kesakitan ini tidak berpanjangan dan ada jalan keluarnya.

Akak sdg berikhtiar juga bertemu ustaz. Kita berusaha duanya sekali.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Semoga Ummu sihat. Allah menguji kita dengan pelbaga cara. Mudah2an Allah beri ketabahan pada kami sekeluarga.

Terima kasih atas doa Ummu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Anismi,

Semoga Anismi sekeluarga berada dalam kesihatan dan keberkatan sentiasa.

Terima kasih atas doa Anismi pada akak yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P&P,

Terima kasih doakan kak ani. Semoga P&P dan keluarga juga sentiasa di bawah lindunganNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Terima kasih doakan kawan2 walaupun kita tak pernah saling kenal secara nyata.

Akak juga doakan IM sekeluarga terutama Ibu Suri diberi kekuatan menerika segala dugaan Allah ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mohamad,

Terima kasih doakan kak ani. Semoga Mohamad sekeluarga juga berada dalam keberkatan dan diberikan kesihatan yang baik.