Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 19 Mac 2011

Antara Dua Kisah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Khas Untuk Seorang Teman


Pagi semalam ketika menonton TV3 kalau tak salah ketika rancangan 'Malaysia Hari Ini' saya terpandang Abby Fana sedang menemuramah pelajar dari UIAM. Yang menariknya semua pengacara wanita yang mengendalikan rancangan tu semuanya memakai tudung. Maklumkan kampus UIAM kawasan menutup aurat.

Seronok tengok Abby bertudung, jadi saya snap gambarnya sebab terkenang ada seorang kawan saya sangat meminati Abby. Bukan senang nak nampak Abby bertudung. Jadi pada kawan tu semoga gembira yer dengan gambar-gambar ni.



Jamuan Kenangan


Kawan-kawan sama mengaji


Hari Isnin minggu lepas kami berkumpul di Restoran Makanan Arab di Seksyen 9 Shah Alam. Kami yang dimaksudkan tu ialah kawan-kawan seperguruan yang belajar di Masjid Negeri. Kami jemput ustaz-ustaz yang mengajar kami bersama-sama di jamuan kenangan ini. Tak nak sebut jamuan perpisahan, sebab, InsyaAllah kami akan sentiasa berjumpa lagi walaupun mungkin tidak dalam kelas yang sama.


Makanan yang dihidang, nasi mandi, kebab dan kerabu (salad)


Nasi mandi yang dihidang dalam dulung tu diletakkan di atasnya ayam dan kambing. Kami makan 4 orang sehidang, memang tak boleh habis. Last-last habis makan kami tapow. Nasi baik boleh tapow, kalau tidak sayang.


Yang berkopiah tu Guru Al Quran Kami
Beliau juga Imam Besar Masjid Negeri



Tuan Tanah dan kawan-kawan



Suasana hiasan dalam restoran



Suasana di luar Restoran

20 ulasan:

a kl citizen berkata...

memang manis Abby bertudung...

si para para berkata...

nampak lebih manis dan sopan bila abby dan nurul syuhada nurul ain bertudung.suka tengok.hehe

aby berkata...

salam k hanim,
wak tengok juga,
seminggu ni wak outstationm
banyak melayan TV jer.

bila tengok abby betudung mcm tu..
lagi melekat la mata wak kt TV tu ..
he..he..

suka segmen masa tunjuk depa buat seni khat..

apapun Tq kongsikan kandungan lensa k hanim tu ...

white rose berkata...

assalamualaikum ibu ani...

wah...seronoknya dapat makan2 ye...
sy dengar je cerita mengenai nasi mandi, tapi xpenah rasa pun...

sedap tak ibu?

mengenai Abby Fana tu, manis betul dia bertudung kan...
mudah2an dia diberikan hidayah tuk terus bertudung

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum,

Semoga Kak Ani sihat sentiasa.

Silaturrahim jika dibajai dengan benih keikhlasan pasti akan merimbun daun kebahagiaan. :)

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum....

Tambah cantik Abby bertudung.

Seronok kakak melihat acara makan-makan bersama teman/guru. Terasa ada kasih-sayang terjalin disamping menambah ilmu yg ditimba/diberi.

Banyaknya makanan!!...

zue berkata...

abby fana ni karakter dia ni boleh berubah2..klu di tv bukan main sopan je cuba di radio...ketawanya trlebih sudah. kelakar orgnya...mmg minat.

dah byk betul zue jumpa blog2 kekwn yg gi mkn kat restoren arab ni..nasi mandy...tringin sgt...tapi jauhnya.

intanrh berkata...

salam kak Ani, femes ye nasi arab sekrg ni...even my huby's fren pun dah buka satu restoran makanan arab kat BB...

atie berkata...

salam kak seronoknya dapat gi belajar begitu.....

matahati berkata...

Salam kak..abby nampak tambah cantik bila bertudung, alhamdulillah

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Yang betulnya menutup aurat. Menutup aurat termasuk bertudung, kalau bertudung mungkin tak tutup aurat juga.

Menutup aurat kewajipan setiap umat Islam, lelaki dan wanita. Sedih bila melihat majoriti artis adalah umat Islam dan gaya pakaian amat mengaibkan diri dan agama.

Semoga ada kempen dari pihak tertentu dalam memperbetulkan amalan umat Islam agar sesuai dengan syariat.

TQ

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

Maaf akak lambar respon, badan kurang sihat sejak akhir2 ni.

Si Para-para,

Terima kasih singgah. Sebenarnya kalau orang dah cantik, bertudung lingkup pun kecantikan takkan hilang.

Waalaikumussalam Aby,

Pada hari yang sama akak ke UIA jumpa anak, cadangnya nak singgahlah tengok pameran tu terutamanya 'khat', tapi rupanya untuk TV3 sahaja bukan untuk publik.

Waalaikumussalam White Rose,

Makanannya sedaplah juga pada selera saya. Tapi terpulang juga pada selera masing2kan.

Waalaikumussalam Ros,

Betul hubungan silarulrahim sangat dituntutkan dalam islam. Apa lagi dalam hal-hal yang memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Waalaikumussalam Zue,

Betul tu zue, akak pun selalu juga dengar radio sinar bila dalam kereta. Memang berbeza sangat kerekternya.

Intan,

Kedai ni tuanpunyanya orang arab. Begitu juga pekerjanya. Tuan kedai boleh berbahasa melayu tetapi pekerjanya kurang. Jadi sama ada 'speking' arab atau inglish dan melayu sikit2.

Akak tak taulah beza dengan tempat lain, baru beberapa kali cuba di restoran ini. Hargai fuuuuuh.

Waalaikumussalam Atie,

Alhamdulillah dah syukur sangat Allah berikan saya ruang dan keinginan untuk belajar ke arah itu kerana selama ini akak memang ketinggalan sangat dalam perkara seperti ini.

Waalaikumusalam mata hati.

Terima kasih sudi singgah blog saya ini. Seperti yang akak kata di atas, orang cantik tetap cantik bila bertudung, apa lagi kalau bertudung kerana mengikut apa yang dikehendaki syariat kita.

Waalaikumussalam P&P,

Mudah2an satu hari terbuka hati mereka untuk bertudung mengikut sebagaimana yang dikehendaki dalam agama kita. InsyaAllah. Sama-samalah kita mendoakan mereka dan kita sama-sama mengekalkan apa yang ditetapkan dalam syariat kita.

Miecyber berkata...

Bertudung adalah kewajipan setiap Muslimah..

RAM & ROM

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim,
comelnya Abby, Manis gitu abby bertudung.
wah nasi arab ya kak?mesti sedap kan kak

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak..
Saya tak pernah makan nasi Arab ni...
tentu sedap...

mohdandmeriam berkata...

salam nim..lama kak yam tak singgah sini sebab kurang sihat..kan cantik pakai tudung..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Semoga kita berusaha semampu mungkin menuruti apa yang dituntut dalam agama kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalai Ummu,

Mereka ni tak bertudung mungkin bimbang tidak cantik agaknya kan. Sebenarnya kalau dah cantik lagi nampak ayu dan manis bila bertudung.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Pada rasa kak anilah, nasilah lebih kurang dengan nasi beriani cuma lauk pauknya semua dipanggang tak ada lauk yang bergoreng.

Kebabnya tidak sama dengan apa yang kita nama 'kebab' di malaysia ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam.

Semoga Kak Yam dan Abang Mad sekeluarga sihat.

Semenjak dua menjak ni kak saya juga kurang sihat. Kalau akak perasan, jarang2 juga saya update blog dan berkunjung ke blog kawan-kawan blogger.