Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 9 Februari 2011

Renjis Renjis Di Pilin

Bismillahhirahmannirahim


Sirih Junjung Pembuka Kata



3 Februari, kami ramai-ramai berkereta menuju Kota Bharu. Tujuannya menghadiri pernikahan anak saudara sebelah hasben saya.



4 Februari 2011, hari yang mengembirakan keluarga dan warih waroh Cikgu Nawi dan Cikgu Ton kerana mendapat menantu yang comel lote. Begitu juga dengan keluarga Ayah Man dan Kak Mah kerana mendapat menantu yang kacak lawa. Wah isi bakul angkat sendiri ni. Tak aperlah sesekali.

Pernikahan kedua mempelai ni berlangsung pada 3 Februari 2011 di Kubang Kerian, Kelantan. Semoga bahagia ke anak cucu.










Adik-adik dan sepupu pembawa dulang hantaran,
comel-comel belaka


Satu pengetahuan baru yang saya dapat di Majlis perkahwinan di Kota Bharu ni ialah majlis 'bertemu menantu'. Acara berlangsung semasa persandingan berjalan. Keluarga pihak pengantin lelaki (perempuan sahaja) dimulai oleh bonda pengantin lelaki dijemput bersalam dengan pengantin dengan sumbangan sedikit buah tangan kepada pengantin perempuan.

Kami di Terengganu pula majlis bertemu menantu berlangsung selepas pengantin perempuan datang ke rumah suaminya. Majlis ini pun hanya untuk saudara mara perempuan sahaja.

2 ulasan:

ummu berkata...

assalamualaikum kak ani.
memang sepadan bagai pinang dibelah dua,
sama cantik, sama padan.
uniknya adat ini.
terima kasih atas perkongsian akak ini

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ummu,

Sebenarnya di terengganu dan kelantan adat bersanding ni dah agak jarang dilakukan.

Kami tak ada adat tepung menepung tawar dan sebagainya. Cuma buatkan pelamin, pakai pakaian pengantin untuk diambik gambar buat kenangan bersama.