Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 15 Februari 2011

Nama-nama Rasulullah - Kekasih Allah



Bismillahirahmanirrahim,

Muth'im r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: "Sungguh, aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad, Aku adalah Ahmad. Aku adalah al-Mahi (yang menghapuskan) kerana Allah swt menghapuskan kekafiran melalui diriku. Aku adalah al-Hasyir (yang mengumpulkan) kerana seluruh manusia akan berkumpul di bawah kakiku. Aku juga adalah al-'Aqib (yang mengakhiri) kerana tidak ada lagi nabi setelah ku." (Riwayat Termidzi, Bukhari, Muslim, Darami dan Malik)

Hudzaifah r.a. juga ada meriwayatkan:

Maksudnya: "Saya berjumpa dengan Nabi saw di salah satu jalan di Madinah. Beliau bersabda. "Aku adalah Muhammad. Aku adalah Nabi pembawa rahmat. Aku adalah Nabi (pembuka pintu) tobat. Aku adalah al-Muqaffa (yang dimuliakan). Dan aku adalah Nabi (yang terlibat dalam) perang-perang besar." (Riwayat Termidzi, Ahmad, Ibnu Sa'd dan Ibnu Hibba)

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayangNya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

25 ulasan:

Insan Marhaen berkata...

sedap lagu ni. teringin nak load mp3nya..

atie berkata...

salam ziarah.............

sahromnasrudin berkata...

ASSALAMUALAIKUM KAK..

trime kasih ats lagu yang dititipkan..semoga kak sekeluarga terus dirahmati Allah SWT

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum Kak,
Terima kasih atas lagu ni, saya suka,
malah kebanyakan lagu2 Roslan Midun saya suka.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Saya mula menyukai lagu2 Roslan Madun ni. Saya juga dapatkan lagu ni dalam MP3 melalui Ares

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Alhamdulillah kalau sukakan lagu ni.

Akak sekeluarga sihat, semoga Sahrom sekeluarga juga sentiasa diberkati Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Lipislady,

Terima kasih luangkan masa singgah.

Akak mula menyukai lagu Roslan Madun ni bila mendengarnya dari Pahang FM iaitu lagi lemak manis dan menghilir di Sungai Pahang. Semenjak itu saya cara lagu-lagu Roslan Madun.

Saya mendengar Pahang FM bila dalam perjalanan balik ke Terengganu.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..:)

Rasulullah adalah sumber ilmu, sumber kebahagiaan, sumber kasih sayang, sumber ketenangan, sumber perpaduan, menyempurnakan kehidupan manusia dalam dua negara iaitu negara yang terdekat, dunia namanya dan negara yang jauh, yang kekal abadi yakni Akhirat.

Kakzakie berkata...

Menghayati alnan yg membuat kita insaf dan sedar. Betapa bersyukurnya kita dgn kelahiran rasulullah berbanding zaman jahiliyyah ....

zue berkata...

baru pertama kali dgr dan mmg slama ni mmg x tahu ada penyanyi nama roslan madun.

thank kunang2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Semoga Abd Razak berada dalam keadaan sihat.

Rasulullah tokoh tauladan yang paling terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Sebagai wanita kita sepatutnya bersyukur kerana antara perjuangan besar Nabi Muhammad s.a.w ialah membela dan mengangkat darjat kita sebagai kaum wanita.

Kunang-Kunang berkata...

Roslan Madun ni penyanyi lagu2 rakyat Pahang.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Pertama kali dengar nama penyanyi ni Kak.

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
akak apa khabar? akak sihat ke?
terima kasih ya kak buat entry ni
senang nanti kalau saya nak buat rujukan kepada student saya.
terima aksih juga kerna akak sudi beri komen di dlaam entry2 saya di kedua-dua blog saya itu.

Kamsiah berkata...

salam
semoga kita mendapat syafaat Bgainda disana nanti...

Miecyber berkata...

Rasullullah S.A.W adalh sebaik baik insan di dunia...

Sebab Miecyber's Blog lambat loading sebelum ini...

pak long berkata...

salam buat akak...
moga entri ni jadi panduan diri ini..terima kasih banyak kak

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen.

Dia ni penyanyi lagu rakyat Pahang. Rasanya orang Pahang mungkin ramai yang kenal dia ni, terutama orang 'lama sikit'.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Alhamdulillillah seandainya N3 ni memberi manfaat kepada Ummu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Itulah doa kita semua setiap masa, semoga kita diberikan beliau safaatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Yer Mie, tiada siapa setanding Nabi Muhamad s.a.w. Dialah kekasih Allah dan kekasih kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu (Pak Long)

Lama Pak Long tak kemari. Terima kasih lapangkan masa singgah di blog akak ni.

Terima kasih seandainya N3 ni dapat memberi sedikit manfaat kepada yang membacanya.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan dalam redha Allah.

Semoga kita dapat mengahayati segala yang tersurat dan tetrsirat dalam lagu ini. Selawat serta salam buat Nabi kita Nabi Muhammad saw keluarga serta para sahabat.