Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 23 Februari 2011

Mimpi Dari Allah Atau Dari Syetan




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Salam semua. Dah beberapa hari saya tak menulis di blog ni. Keadaan kesihatan tidak berapa mengizinkan. Sekarang Alhamdulillah dah okey sikit. Saya doakan semoga rakan-rakan blogger semua berada dalam kesihatan yang baik.

Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai mimpi. Memandangkan semua antara kita mesti pernah bermimpi, saya rasa menarik juga jika kita mengetahui serba sedikit mengenai mimpi. Penulis artikel ni orang yang saya kenali. Jadi, saya sangat berharap jika penulisnya membaca N3 saya ni, beliau mengizinkan saya paste artikelnya di blog saya ni.



Di dalam Jami' As-sahih Imam Bukhari, beliau telah memperuntukkan satu tajuk khusus mengenai mimpi di bawah tajuk 'Kitab At-Ta'bir. Beliau telah mengemukakan 99 hadith mengenainya. Antaranya ialah:

Hadith dari Abi Qatadah:
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, manakala mimpi yang bukan2 pula daripada syaitan. Sesiapa di kalangan kamu bermimpi melihat sesuatu yg dibencinya, hendaklah ia ludah ke sebelah kirinya sambil memohon perlindungan Allah, nescaya syaitan tidak dapat memudaratkannya."

Hadith dari Abu Said Al-Khudri:
"Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yg disukainya, ia dari Allah kerana itu hendaklah ia memuji Allah dan sunat memberitahu kepada orang lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi dengan mimpi yg dibencinya, ia dari syaitan. Hendaklah ia berlindung dari ALlah dari kejahatan dan tidak menceritakannya kepada orang lain. Mimpi itu tidak dapat memudaratkannya."

Penerangan saya menjuruskan mimpi orang awam, dan bukan mimpi nubuwwah. Mimpi hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita amaran

Pertama: Mimpi yg baik hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita amaran bagi memantapkan lagi hati orang mukmin dan menguatkan lagi semangat mereka. Ia bukanlah satu dadah yg boleh diambil oleh sesetengah mereka yg bersifat negatif untuk dijadikan sumber pergantungan yg rapuh, melarikan diri dari realiti, enggan berjihad, dan enggan berdepan dengan kezaliman dan kegelapan.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak pernah melihat mimpi lebih dari berita-berita yang menggembirakan, setelah itu mereka terus menggerakkan strategi dan jihad melalui jalan yang telah dirancang, tanpa sedikitpun merasa lemah, berat apatah lagi untuk mencuaikan sunnah-sunnah Allah.

Kedua: Mimpi tidak boleh diambil kira sebagai hujjah syarak dan tidak boleh dijadikan hujjah bagi menunjukkan harusnya melakukan atau meninggalkan sesuatu. Begitu juga ia tidak boleh diambilkira bagi menunjukkan sesuatu tegahan atau perkara sunnat. Ini adalah kerana beberapa sebab yakni:

* Syarak telah menetapkan dalil-dalil yg menjadi sumber hukum hanyalah Al-kitab, as-sunnah, ijmak dan qiyas yg sah.

* Sumber mimpi adalah berbagai-bagai; ada yg datang dari Tuhan yang Maha Pemurah, ada yang datang dari nafsu, dan ada yang datang dari bisikan syaitan. Maka, kerana tidak dapat membezakan mimpi yang manakah datang dari Allah, dari nafsu atau bisikan syaitan, tidak boleh mimpi dijadikan sebagai hujjah syarak. Sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda S.A.W: "Mimpi ada 3 jenis: mimpi datang dari ALlah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yang datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dalam mimpi."

* Orang yang tidur bukanlah ahli untuk menanggung sesuatu beban. Ia tidak terjamin dapat mencatatkan apa yang ada dalam mimpi, kerana itu hukum taklif diangkat darinya.

* Kebanyakan mimpi berlaku di sebalik zahirnya. Ia biasanya merupakan lambang-lambang dan isyarat-isyarat yang tidak mampu diselami kecuali segelintir manusia sahaja seperti Nabi Yusuf A.S. Siapa dari kalangan manusia biasa yang mampu menta'birkan mimpi raja mesir yg melihat lembu kurus menelan lembu gemuk dan tangkai-tangkai gandum sebagaimana yang dlakukan oleh Yusuf A.S

Persoalan mimpi oleh Imam As-Syatibi di dlm kitab Al-I'tisam:

Selemah-lemah hujjah golongan ahli bid'ah ialah hujjah yg menyandarkan amalan-amalan mereka kepada mimpi. Mereka menerima dan menolak sesuatu berasaskan mimpi. Mereka menegaskan mereka bertemu dengan orang salih. Ia berkata kepada kami: "Tinggalkan ini, amalkan yg ini." Perkara ini banyak berlaku kepada kelompok yang suka mengikuti resam sufi.

Kadang2 sesetengah mereka mendakwa: "aku bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W: Baginda bersabda kepada ku begini-begini, Baginda memerintahkan kepada ku begini-begini, lalu beramal ia dengan apa yang dimimpinya itu tanpa melihat kepada batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Orang seumpama ini jelas tersalah langkah kerana mimpi selain daripada nabi S.A.W tidak mensabitkan sebarang hukum-hukum syariat. Jika hukum-hukum syariat mengharuskan, bolehlah ia mengamalkannya. Jika tidak, wajib ditinggalkan dan berpaling darinya. Faedah mimpi hanyalah menunjukkan berita-berita yg menggembirakan sahaja atau amaran secara khusus.

Sebaliknya, faedah hukum hakam tidak begitu sebagaimana yg dinukilkan olh Al-Kinani. Katanya: Aku bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W, lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, sila doakan kepada Allah supaya tidak mematikan hati aku. Sabda baginda (di dalam mimpi tersebut): "Ucapkanlah setiap hari sebanyak 40 kali kalimah -Ya hayyu ya qayyum la ila ha illa anta-." Ini adalah satu ucapan yg baik dan tidak diragui kesahihannya. Keberkesanan zikir menghidupkan hati yang mati adalah benar di sisi syarak.

Bagaimana mengetahui samada mimpi itu berita mengembirakan/amaran atau mimpi nafsu dan syaitan?

Garis panduan ini telah ditunjukkan oleh Al-Allamah Ibn Qayyim. Ujar beliau: " Kebenaran mimpi bergantung kepada sejauh manakah benarnya orang yg bermimpi itu sendiri. Orang yang paling benar mimpinya ialah orang yang paling benar percakapannya."

Al-Qardhawi menambahkan kenyataan Ibn Qayyim: "Hendaklah ia sentiasa bersifat benar, memakan makanan halal, menjaga segala suruhan dan larangan, tidur dlm keadaan suci sambil mengadap kiblat dan dalam berkeadaan zikir kpd Allah sehingga lena."

25 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..trime kasih atas info ini...ada org kata kalau mimpi kena patuk ular, ada sihir nak datang pd kita..betul ke???

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Akak kalau mimpi dipatut ular ker atau digigit binatang ker, selalu nak sakit. Tak kira sakit apa, kadang2 demam yang teruk.

Sebab tu akak pun amalkan kalau mimpi buruk, bila terjaga akak akan meludah (tanpa keluar air liurlah) ke sebelah kita dan baca "La haula wala kuuwataillah nillan hil'azim. Wahllah wa'llam. Dan selalunya elak menceritakannya pada orang.

a n a s t a s y e a berkata...

Ehh .. bukan ke kalau mimpi dipatuk ular tu tanda jodoh dah nak sampai. Emm .. yang mana betul ye! Banyak sangat versi! Konfius =)

anastasyea's latest post .. Streetstrider | Lebih rela jalan kaki.

zue berkata...

bila kita ingatkan sesuatu mmg boleh bawa ke dlm tidur.

maiyah berkata...

assalam.. trm ksh info yg berguna.. :)

Kunang-Kunang berkata...

Anastasyea,

Kata orang kalau orang bujang, mimpi patut ular tanda ada orang berkenan dan nak meminang.

Tapi pada orang yang dah bekeluarga lain maknanya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Zue,

Apa yang teringat di bawa ke alam mimpi ertinya mimpi dari kita sendirilah tu kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Terima kasih sudi singgah blog kak ni ni.

Alhamdulillah jika ia dapat memberi manfaat pada sapa2 yang membaca blog ni

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Adab nak tidur kena jaga betul-betul supaya mimpi yang dari syaitan tidak mengganggu kita, umpamanya mestilah berwudhu' dan berzikir sebelum kita tidur. Pasti dapat mimpi yang indah-indah betul tak Kak!

WaK JeNg berkata...

Assalammualaikum Kak..

Kabare? Lama sudah tak singgah ke sini.. Wak kalau bab mimpi nih tak pernah ingat langsung.. Mungkin sindrom pelupa tuh ada kot.. hehehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Assalamualaikum kak.

saya pernah mimpi yang menakutkan. Saya terjaga dan tidur semula. Peliknya mimpi yang sama bersambung-sambung sehingga tiga kali.
memang menyeramkan.


*saya pernah buat entri mengenai ni. Dah setahun berlalu tapi tak tahu apa maksudnya mimpi ni.

atie berkata...

mimpi hanya mainan tidur............semoga semuanya membawa kebaikan...... kerana segalanya datang dari Allah SWT... semoga akak sihat dan bahagia selalu...

♥ manje ♥ berkata...

assalamualaikum kak...

mudah2an kita cuma dapat mimpi yg indah2 sahaja... jaga diri baik2... moga sentiasa sihat yea =) ~

Miecyber berkata...

Semuag kita mendapat mimpi baik selalu....

Vaksin HIV berjaya di India

Miecyber berkata...

Semuag kita mendapat mimpi baik selalu....

Vaksin HIV berjaya di India

Kakzakie berkata...

Kalau boleh tak nak mimpi. Rasa macam tak cukup tidur lagi-lagi kalau tidur lewat.

Terima kasih N3 ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Betul tu!! sebelum tidor elokkan lakukan apa yang saudara Abd Razak sebutkan tu.

Seperti bila nak tidor mengucap 2 kalimah shahadah, lepas tu baca Al fatihah diikuti ayat Kursi dan 3 Kul. Baca Basmalah 21 kali. InsyaAllah akan dilindungi dari perkara2 yang tidak baik semasa tidor.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam WI,

Saya juga lama tak singgah ke Blog Wak selepas mencuba beberapa kali dahulu tapi tak boleh masak. Maaf yer Wak.

Kata orang kalau kita bermimpi dan bila terjaga kita lupa akan mimpi tu, itu tandanya mimpi yang tak ada makna apa-apa. Mainan tidur.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen,

Akak kalau mimpi yang tak elok dan menakutkan, bila terjaga akak cuba elakkan tidor terus, akak akan bangun dan berwudhuk. Baca apa yang patut baru tidur.

Mimpi yang menakutkan ni boleh membuat kita letih lesu di pagi hari kerana tak cukup tidor.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Alhamdulillah macam nilah keadaan kesihatan, kena menjaga makan minum selalu.

Semoga Atie sekeluarga juga berada dalam kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Manje,

Alangkan nikmatnya orang yang tidak bermimpi bila dia tidor. Dengan itu ia mendapat tidor yang cukup.

InsyaAllah, cuba menjaga kesihatan akak sebaik mungkin. Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Mie,

Begitulah harapan kita semua, ingin segala yang baik2 saja kan.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Kakzakie,

Betul tu, tidor yang lena tanpa diganggu mimpi kita akan mendapat tidor yang cukup.

Dengan tidor yang cukup badan pun sihat.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga beroleh kekuatan dan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam limpahan rahmatNya.

Mudah2an kita sentiasa dapat mengingatiNya dan mengamalkan apa yang Ani komen di atas ketika ingin melelapkan mata. Jadi jika bermimpipun pasti yang indah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Sentiasa diingatan saya dan sentiasa berdoa agar kak werdah berada dalam kesihatan yang baik.

InsyaAllah yang baik itu sebolehnya kita amalkan.