Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 13 Februari 2011

May I Help You



Setiap kali naik kereta dengan budak-budak 2 orang tu, mesti dia orang pasang Radio Era.

Di Radio Era ni ada satu rancangan yang dinamakan "May I Help You". Rancangan ni diwaktu pagi dan pengacaranya 3 orang, salah seorangnya ialah "Aznil Nawawi". Mungkin rakan blogger ada dengar rancangan ni, sama ada ketika di ke udara ataupun diulang siarannya di antara program-program lain.

Salah seorang DJ rancangan ni akan menelefon seseorang. Menurut mereka pemanggil-pemanggil Radio Era akan memberikan nombor telefon kawan-kawan mereka untuk dikenakan. Maka DJ berkenaan akan menelefonlah orang yang telah dipilih. Menyamar sebagai seseorang dan akan bercakap dalam bahasa English dengan 'slang'nya. Maka orang yang dipanggil tu akan terkial-kiallah menjawab dalam bahasa English juga kerana menyangka orang yang memanggil tu tak tau berbahasa melayu, kesian

Saat inilah saya selalu terasa malu sangat. Saya kesian pada orang yang dipanggil kerana dia tak tahu percakapan dia dirakamkan dan seluruh Malaysia boleh dengar kesilapan mereka bercakap dalam bahasa English tu. Mereka ditertawakan kerana tak pandai bercakap bahasa English dengan betul.

Saya rasa perkara ni tak patut dilaku. Tak baik mentertawakan orang di atas kelemahan mereka. Selain untuk gelak2 saya tak nampak apa faedahnya.

17 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga Kakak Ani sihat hendaknya..

Saya dengar banyak radio buat begitu suka mengenakan orang. Perkara tu patut dihentikan dan tidak kena dengan adab dan akhlak yang ajar oleh Rasulullah s.a.w.

Mohamad berkata...

Kalau niat untuk memalukan memang tidak patut.. Banyak cara lain boleh dilakukan untuk menarik minat orang mendengarnya...

Miecyber berkata...

Betul apa yang Kak Nim cakap tu...

Parah diserang harimau

Insan Marhaen berkata...

IM lebih suka dengar klasik FM mutakhir ini. tak banyak merapu macam sinar FM.

aby berkata...

salam k hanim,
baru ni ada dengar yg aznil pekena seorg mak andam laki2. kesian mak andam tu dgn broken englishnya dia bersungguh promote kerja, sedangkan aznil cuma sekadar main main jer ...
wak sesekali ada juga dengar..
tp, wak lebih suka dengar celoteh KE,SY dan krill, dari Sinar FM, tk kering gusi dengar celoteh depa ..
sementara menunggu copong ditukar ke my all time faberet DJ ..
sape lagi klu bukan abby F ..
he..he..

kakpah berkata...

salam,
betul tu ani. tentu orang itu malu tambah lagi kalau ada rakan setempatnya sama-sama mendengar. Mau taknak keluar rumah.
Tak baik buat macam tu..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak

Semoga Abd Razak dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.

Sememangnya program2 begitu dipantau. Membuat sesuatu untuk mentertawakan orang adalah satu perbuatan yang ditegah dalam syariat kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Mohamad,

Setuju dengan cikgu, carilah sesuatu yang berfaedah. Kalau tau orang kita ramai yang lebih dalam bahasa English cuba buat program 'belajar bahasa Englis' ker seperti satu ketika dulu ada program radio mengenai belajar bahasa asing.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Okey, setuju kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Akak sebenarnya kalau dengan 'Abang' kami akan dengar Radio Klasik atau IKIM. Tapi kalau dengan 2 orang tum masuk jer radio terus 'Era'.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Tulah wak, kak ani pulak yang malu setiap kali mendengar orang2 yang dipanggil tu bercakap. Seram sejuk kita. Kesian kat orang tu. Tak senonoh sungguh kawan2 dia yang mencadangkan nama-nama mereka.

Wah, Abby fana sentiasa dalam ingatann haa. Tak apa 'Dian' faham tu wak. Akak pun suka juga dengar celoteh 'Abby' ni. Tapi SY suka ubah2 suara jadi 'orang lain' terutama jadi nyah tu tak berkenan sikit.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumunssalam Kak Pah,

Rasanya patut dihentikan program macam tu, suka mempermainkan orang.

Saya pernah dengar 'Farah Fauzana' kena 'maki' dek pendengar yang dia nak 'hangit'kan dalam program 'hangit' di Radio Hot FM. Marah betul orang tu, lepas tu terus line diputuskan.

Kamsiah berkata...

salam
kdg2 terdengar jugak masa dlm keta..kalau kt umh mmg tak pasang radio...rancangan panggilan hangit ,kan...
kalau saya yg terkena...bkn takat hangit...hangus terus...

Kamsiah berkata...

dulu kat tv..rancangan Wakenabeb...tak tau skrg ada lg ke tak...seronok mereka mengenakan dan memalukan org...

Kakzakie berkata...

Apa tujuan rancangan itu? Kakak tak pernah dengar maaf. Tak baik malukan org.

p/s: telefon mainan anak bila tekan button akan ada bunyi "May I help you."

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Rasanya tak pernah kak dengar rancangan ni.. memang kesihanlah kepada yang terkena..

ferry berkata...

kesian orang tu..nanti malu kena ejek je..