Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 14 Februari 2011

Makanan Panas atau yg Sejuk

Artikel ni saya petik dari Blog Ustazah Azimah. Semoga menjadi renungan kita bersma yer.



Kebanyakkan kita suka makanan yg panas..betul tak? tapi mari sama-sama kita lihat contoh yang Rasullullah saw berikan pada kita sebagai contoh ikutan.

Diriwayatkan bahawa Sidatina Asma r.h.a, puteri Syaidina Abu Bakar r.a..selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebih dahulu sehinggalah hilang kepanasannya.

Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasululullah saw bersabda: “Sesungguhnya cara itu lebih besar keberkatannya” (Riwayat ad-Darimi)
Selain dari itu sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a juga menekankan sedemikian: “Tidak aku menjamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu.” (Riwayat al-Baihaqi)

Itulah cara sunnah Nabi saw ketika baginda hendak makan. Baginda tidak pernah menjamah makanan ketika ia masih panas.

Tidak ramai diantara kita yg tahu bahawa menikmati makanan ketika suam atau disejukkan terlebih dahulu mengandungi penuh keberkatan dan diberkati disisi Allah swt.

Ini bukanlah beerti makanan yg panas tidak boleh dimakan tetapi bimbang boleh terjadi kecederaan seperti melecur lidah dan lain-lain, selain itu memakan makanan yg masih panas meluap-luap itu kurang keberkataannya.

Dengan sedikit catatan ini mampu membantu kita semua memilih makan yg mempunyai keberkatan disisi Allah swt .

Wallahu’alam

22 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kunang-kunang,

Kalu hendak makan makanan yg panas kena kipas dan jangan ditiup. Meniup makanan/minuman yg panas juga makruh. Itulah sebabnya sunat menanti sehingga ia sesuai untuk disuap ke dalam mulut. Wallahu'alam..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

trime kasih atas info..memang ia bermnafaat..semoga ia menjadi amalan kita selepas ini

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat di sana dan semoga kita dapat mengamalkan sunnah nabi ini.. lagipun seperti terlalu gelojoh bila meniup-niup makanan yang panas.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kak ani sihat hendaknya..:)

Setiap perbuatan Rasulullah s.a.w semuanya mendatangkan contoh yang baik dan rahmat untuk sekalian alam..

JunAina berkata...

salam perkenalan...

biarlah apa yang kita lakukan walaupun sekecil mana penuh dengan keberkatan...

Miecyber berkata...

Insya Allah, saya nak ikut sunnah Rasullulah S.A.W seperti yang Kak Nim sarankan..

Bahana Valentine Day

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Terima kasih Kak Ani.

InsyaAllah akan dipraktikkan selepas ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Selamat Menyambut Maulidul Rasul.

Memang nampak tak sabar sangat kalau kita meniup makanan yang panas terutama kalau didepan umum.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Selamat Menyambut Maulidul Rasul. Semoga Abd Razak sihat,

Semua perbuatan yang dilakukan Rasulullah dan apa juga makanan yang baginda makan memang membuat kebaikan di sebalik semua itu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Selamat Menyambut Maulidul Rasul.

Semua sunnah Rasulullah mengandungi kebaikan kepada kita yang mengikutinya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Selamat Menyambut Maulidul Rasul.

Kesopanan Rasulullah memang bagus untuk kita ikuti. Cuma kadang-kadang bila kita terlalu terikut2 cara barat kita rasa cara Rasulullah ketinggalan zaman.

Makan makanan yang panas dari segi kesihatan pun tidak elok sebab boleh menyebabkan berlakukan kanser mulut. Itu apa yang saya bacalah. Dan sebab itu kaum cina ramai yang kena kanser mulut kerana kalangan mereka ni memang pantang makan benda tak panas.

Kunang-Kunang berkata...

Salam JunAina,

Terima kasih sudi singgah di sini.

Keberkatan dari Allah yang amat kita harapkan dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Alhamdulillah semoga apa yang Mie cita-citakan tu dapat dilakukan.

Mie, satu lagi sunnah Rasulullah yang Mie belum buat, ehem, ehem bila lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen,

Selamat Menyambut Maulidul Rasul.

Semoga Allah permudahkan segala yang kita berhasrat untuk melakukannya. Siapa lagi orang yang patut ditauladini selain Rasulullah.

Insan Marhaen berkata...

rata rata suhu badan kita 25 darjah C. makan yang panas atau terlalu sejuk akan merosakan ezim dalam mulut..

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
betul tu kak apa yang ditulis oleh ustazah azimah.
semoga kita mengambil iktibar dari itu.
terima kasih atas motivasi dan komen mmbina akak di blogspot ummu.
selamat mneyambut maulidur rasul untuk akak sekeluarga.akak pergi ke UIA ke cuti maulidurrasul ini?sekian wassalam

si para para berkata...

dari sekecil kecil benda kepada sebesar besar perkara nabi ajar kita..
tapi kita jarang ikut...
bab makan...kalau kita ikut betul betul insyaallah kita di jauhkan dari penyakit..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussala IM,

Jika kita mengikut cara makan Rasulullah rasanya tak adalah ramai orang yang obes, pengidap kencing manis atau darah tinggi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Para,

Kesan dari kemewahan hidup kita seringkali lupa cara makan yang diajar oleh Nabi dan akibatnya macam-macam penyakit yang kita tanggung.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Selamat menyambut maulidur Rasul juga kepada ummu sekeluarga,

intanrh berkata...

salam kak ani, sy mmg suka makanan suam...klu panas sgt tak leh nak makan plak...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,

Lamanya kita tak bersua di alam maya yer. Semoga Intan dan anai2 sihat.