Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 26 Februari 2011

Langkah Yang Semakin Dekat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Lebih 50an tahun yang lalu
Tapak demi tapak
Langkah demi langkah
Ku teruskan perantauan

Suka Duka, Onak Duri
Datang dan pergi
Namun kaki ku melangkah jua
Meneruskan takdir
Kerana itulah ketentuanNYA

Hari ini
26 Februari 2011
Ku teruskan langkah ini
Langkah yang semakin dekat
Kearah Menemui MU

Harapan dan doa
Semoga ketenangan, rahmat
dan belas kasih MU
Yang dikurnia selama ini
Terus dilimpahkan kepada ku

10 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Selamat hari lahir, semoga diberkati usia oleh-Nya. Ameen.

Panjang atau pendek usia itu tiada beza apa-apa melainkan diisi dengan amal ibadah kepada-Nya.

Semoga kita semua mendapat tempat di sisi-Nya dengan cara bertaqarrub ke arah-Nya. Ameen ya Rabbal A'lameen.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Didoakan semoga kakak dilimpahkan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran, kak! Moga hari-hari yang mendatang dihiasi dengan amal soleh dan semoga Allah kurniakan kakak kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sentiasa diberikan kekuatan dalam mengharungi kehidupan ini dan semoga hari-hari akan datang memberikan kebahagiaan buat Ani. Selamat meraikan hari ulang tahun kelahiran dan semoga bahagia dunia dan akhirat.. amiin

aby berkata...

salam k hanim,

selagi kita masih bernafas, kudrad masih ada, gunakan masa yg ada bagi menambah bekalan utk hari kemudian...

selamat menyambut hari kelahiran ...
semoga k hanim sentiasa dalam kerahmatan allah swt ...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih atas ucapan dan doa Ros pada akak. Semoga kita semua di bawah lindunganNYA selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Abd Razak,

Terima kasih doakan akak. Itulah yang akak pohon setiap masa semoga diberi kesihatan yang baik dan ingatan yang kuat supaya akak boleh beramal kepadaNYA dengan sempurna.

Akak doakan semoga Abd Razak juga sentiasa dalam keberkatanNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Terima kasih doakan saya. Saya juga sentiasa berharap dan berdoa semoga akak diberikan kesihatan dan keberktan hidup olehNYA.

Semoga dengan kesihatan yang baik kita boleh melakukan apa yang disuruhNYA dengan lebih sempurna.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Terima kasih atas doa dan ingatan wak untuk akak.

Akak harap wak sekeluarga pun sentiasa di bawah lindunganNYA. Semoga kita sama-sama menjadi hamba yang baik sehingga ke akhir hayat kita.

Hasfazilah berkata...

Salam kenal,
Kita berkongsi tarikh lahir, walaupun berlainan tahun. Semoga Allah memberkati hidup kita semua. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Hasfazilah,

Terima kasih sudi singgah blog akak ni. Semoga kita saling mengenali InsyaAllah.

Walau dah terlewat 2 orang, akak ucapkan selamat hari lahir pada Hasfazilah, semoga diberkati Allah