Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 10 Februari 2011

Hotel Tepi Sungai

Sakit tangan menekan telefon cuba booking hotel di Kota Bharu. Jawapan dari setiap hotel "semua penuh". Macam mana ni. Saya ke sana kerana menghadiri perkahwinan anak saudara sebelah suami. Akhirnya saya dapatlah juga 2 bilik di sebuah hotel berhadapan dengan Sungai Kelantan. Senang hati. Sapa kata Kelantan mundur.

Dua hari di Kota Bharu. Malam pertama menginap ditempat yang telah dibooking awal-awal oleh adik ipar iaitu di Kubang Kerian. Malam kedua kami menginap di hotel yang telah saya book dari Shah Alam lagi.




Pemandangan sungai kelantan waktu
senja di depan hotel tempat menginap







Menunggu makan yang dipesan tiba, marah ker!!
di Food Court depan hotel


Hari kedua di Kota Bharu selepas kenduri anak saudara kami ke Pengkalan Kubor, jalan okey tak jem, tapi orangnya terlalu ramai. Akhirnya kami memutuskan untuk ke Rantau Panjang

Kami ke Rantau Panjang menyusuri sungai Golok. Askar ramai berkawal di kawasan yang kami lalu. Sepanjang perjalanan kami tak bertemu sebuah kereta pun ataupun penduduk disitu. Tiba di persimpangan antara Rantau Panjang dan Pasir Mas baru kami bertemu dengan orangramai. Takut pun ada. Sebenarnya kami tak tau jalan tu menyusuri Sungai Golok, kami cuma ikut Papan Tanda Arah saja.

Di Rantau Panjang pun ramai orang. Tiba di sana badan dah letih, akhirnya beli makanan ringan saja. Mood nak shopping dah hilang, cuaca panas dan orang terlalu ramai. Dari Rantau Panjang kami tiba di Kota Bharu selepas 3 jam perjalanan. Jem yang teramat.

Sebelum balik ke Dungun pada hari ketiga, kami singgah sekejap di Pasar Siti Khadijah. Saya ke sana sebab nak beli serunding daging/ayam.






Di Pasar Siti Khadijah



Di Beca berhias di Kota Bharu


Kami juga singgah sekejap di Pantai Cahaya Bulan. Tiba di sana cuaca terlalu panas. Akhirnya singgah minum air kelapa di gerai berhampiran dan makan 'ikan goreng celup tepung di situ.


fishball, ikan celup tepung, udang celup tebung,
ketam celup tebung dan sotong celup tepung


Dari PCB kami terus pulang ke Dungun melalui jalan pantai, tak berani nak lalu jalan persekutuan, bimbang jem. Tapi melalui jalan pantai pun kami memakan masa 10 jam untuk sampai ke Dungun. Selain jem di sepanjang perjalanan, di Kuala Terengganu juga jem teruk.

36 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

situasi sama mcm kat melaka..penuh time CNY ari tue huhhhh

Kakzakie berkata...

Salam Kerdipanrohai,

Walau penat tapi hajat tercapai jua. Kalau tak jalan langsung tak tahu.

Sicomel tu penat menanti makanan lambat sampai ye...

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam

dah 10 tahun dah tak jalan2 kat Kelantan ni, mesti dah banyak perubahan :)

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Pernah 2 kali ke Kota Bahru tapi tak berkesempatan untuk mengelilingi bandarnya..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom.

Saya juga pernah kena ketika ke Melaka. Kereta jem teruk. Hotel tak ada, akhirnya saya ke Port Dickson, nasib baik di sana ada hotel.

Sejak tu tak berani lagi nak ke Melaka bila ada apa-apa perayaan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

itulah. Sebenarnya saya dah banyak kali Kelantan, khasnya Kota Bharu, tapi baru ni saya terkena teruk macam ni.

Serik tu tidaklah untuk kesana lagi tapi kena tengok masa bukan orang bercuti ramai macam ni.

barang pun mahal. satu sen tak boleh kurang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mohamadazhan,

Terima kasih sudi singgah.

Kalau nak ke sana rasanya jangan masa cuti perayaan macam ni. Teruk.

Pegilah masa tenang2 sikit.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Saya pula kalau ke Kota Bharu selain jalan-jalan, saya akan ke Pengkalan Kubur untuk beli pinggan mangkok, yang agak berbeza harganya kerana ia kawasan bebas cukai.

Di rantau panjang pada saya hanya ada barang-barang dari siam. Saya suka juga ke Pasir Mas, sebab barang yang dicari di Rantau panjang harganya lebih murah di Pasir Mas.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Kelantan pun maju macam negeri lain juga. Tapi dek kerana ada yang 'dengki' maka pelbagai tohmahan yang kita dengar, yang menggambarkan kemunduran dan kemiskinannya.

Rindu nak jenguk Kelantan.

TQ

Miecyber berkata...

Jauh Kak Nim berjalan....

Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion

kakpah berkata...

salam ani.
kakpah dah banyak tahun tak ke kb. Rindu pulak. Agaknya dah bertambah banyak perubahan.
Lenkali kalau nak duk hotel kena booking awal. seminggu atau lebih awal.. kalau last minute memang macam tu tambah2 pulak kalau cuti panjang. nasib baik dapat kan..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan dalam rahmat kasih sayangNya.

Masa ke Husm kali pertama tu kak bermalam di Hoter Tepi Sungai (Riverside).. sampai malam pagi dah gerak ke hospital..

Memang seronok bila ke Kota Baharu jika dapat berjalan.. Masa bekerja dulu selalu juga ke sana bermesyuarat.. bila dah sakit ni berjalanpun tak dapat lihat keluar kereta sebab seat terpaksa dibaringkan.

Makananpun berbaloi kan..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P&P,

Kota Bharu memang pesat pembangunanna. Bayangkan walaupun banyak hotel yang dibina tapi masih tidak mencukupi bila musim cuti atau perayaan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Jauh perjalanannya. Tak aperlah asalkan boleh mengembirakan sanak saudara.

Apa lagi pengantin lelaki tu dilihat membesar sendiri depan mata walaupun anak saudara suami. Ikatan kekeluargaan sebelah suami sangat rapi seperti adik beradik sendiri. Rasa seperti anak sendiri yang kawin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Saya tak book hotel awal2 tu sebab masih berteka teki sama ada nak ke dungun sahaja atau pegi sama ke Kota Bharu memandangkan kesihatan yang tidak berapa ni.

Tapi memandang Allah memberikan kesihatan yang agak baik akhirnya diputuskan kami ikut sekali ke Kota Bharu, itu yang menjadikan last minit booking.

Saya pun jenis fussy sikit tentang hotel terutama bila bawa anak-anak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat sejahtera.

Mungkin akak maksukan 'Grand Riverview hotelkan. Saya tinggal bersebelahan dengan hotel tu.

Tulah kak, dalam sakit2 lutut pun berjalan jugak perlahan2, itu yang tak ada mood nak shopping semasa di Rantau Panjang tu. Tambah pulak orang terlampau ramai.

Satu hari kalau diizinkan Allah saya akan ke sana lagi.

MulutPayau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MulutPayau berkata...

Assalamualaikum KK..

Wah!!!!seronoknya dtang klantan yer..
Time cuti mmng ramai orang di RP dan PK..saya sndiripun walau dop d Kelate..takkan brknjung ke tmpat trsebut time cuti..Nak ke Kb pun tak brminat kalau time cuti..jem terukkk..

zue berkata...

as-salam,
jiran depan umah zue gi antar anak dia menikah dgn org kelantan masa raya cino..dia org gi lah kuala kubu..mmg jem teruk katanya akhirnya dia org x pegi sbb dah x sanggup nak menempuh jemm.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zue,

Akak pun pegi juga ke Pengkalan Kubur, orang terlalu ramai, terpaksa tinggal kereta di luar kawasan bebas cukai tu berjalan kaki masuk ke dalam, memandangkan akak ni sakit lutut, kami batalkan nak masuk ke situ.

Pn Kartini berkata...

Salam my dear sis..Kak Ani..:)

MOga akak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dilindungiNya selalu..Amin..:)

Akak...tinie memang suka suka sangat ke KB ..:):)best kan:)

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
hotel yang akak ceritakan ni
ada juga saya nampak, tak berkesempatan lagi ke sana.cuti CNy baru ni memang busy..baik jalan raya,hiway dan hotel.

terima kasih ya kak ani,
klik sini,January Top Commentors

aby berkata...

salam k hanim,
seronok berjalan masa cuti2 ...
banyak bawak keropok balik sini?

nampak abg man sihat ..
kirim salam kt dia ya ...

mohdandmeriam berkata...

salam nim..wah ke KB tak beritau..kalau tak boleh menginap di rumah tamu kak yam yg ala2 kampung tu..hehe..lain kali beritau ya dapatlah kita berjumpa.

si para para berkata...

bukannya tiada bangunan tinggi tinggi yang di namakan mundur..dan bukan kerana megahnya pencakar langit di katakan maju dan moden..

semoga semuanya berjalan lancar di sana....

:)

Insan Marhaen berkata...

masa pi KB dulu, IM tak jumpa hotel ni. memang kelantan lain dari negeri lain..

Kamsiah berkata...

apa yg doborong di PSR CT Khadijah...rambang mata ,kan..tgk tudung..kain pasang...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Akak sebenarnya dah banyak kali ke Kota Bharu dan setiap kali ke KB mesti ke dua2 tempat shopping tu. Tapi selalui akak make sure tak ke sana musim perayaan.

Tapi memandangkan anak saudara kawin terpaksa juga ke sana dan kebetulan menantu akak pulak tak pernah ke sana, tu yang extended satu di satu tu dan pegi ke dua2 tempat tu.

Lain kali kalau nak pegi lagi kena pastikan tidak dimusim sebok.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zue,

Memang betul, musim perayaan, memang teruk.

Kak ani kesana Pengkalan Kubur pun pandang jer dari luar pagar terus balik.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sis Tinie,

Akak Alhamdulillah selain dari sakit lutut tu. yang lain okey.

Semoga Sis Tinie sekeluarga pun begitu juga yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaimussalam Ummu,

Memang, kali ni teruk betul jemnya. bayangkan akak dari Kota baru ke Dungun 10 jan, dungun ke Shah Alam 12 jam. Naik kaku pinggan.

Yang nak gelak tu, jem dari KB ke Dungun tu yang akak nampak semuanya orang kita, tak ada pun China. Hai 1 Malaysia sungguh.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Nak cerita pasal keropok pun geli hati. Akak beli keropok lekor di Batu Rakit, akak beratur rasanya lebih dari 1 jam untuk beli keropok.

Masing-masing (dengan cakap semua orang Terengganu) jarang yang beli rm10, kebanyaknnya, minima rm20, dan ada yang akak dengan rm100.00 Kami saling memandang bila dengar rm100.00 sebab tak tau bila giliran kami pulak. Akak pulak nak beli rm10 jer, tapi tiba di depan penjual tu tersebut rm20.00.

Keropok keping pulak merata akak cari du dungun, termasuk di pasar dan digerai2 keropok di dungun, cuma tinggal bakul jer, keropoknya tak ada, akaknya keropok hapak pun habis.

Akhirnya beli sikit dikedai dekat rumah adik ipar, tapi harganya mahallah. Beli melepas harap kata orang.

Abang man okey selain gout dia. Terima kasih wak bertanya khabar, dengar wak ke penang yer, makan angin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Semoga akak Sihat sentiasa.

Sebenarnya saya ada bertanya pada adik ipar sama ada dah ada tempat semasa di KB, rupanya dia dah book Pusat Belia di Kubang Kerian. Kami book satu bangunan atas bawah.

Masa cari hotel untuk 1 malam tambahan teringat juga homestay kak yam, tapi memandangkan waktu yang terdesak, terfikir mungkin rumah kak yam dah penuh.

InsyaAllah kak yam panjang umor kita jumpa yer.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Memang betul. Dari segi pelancongan rasanya Kelantan berjaya menarik pelancong.

Hotelnya pun sederhana harganya. Yerlah nak yang banyak star pun ada, nak yang sederhana star pun ada, okeylah tukan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Mungkin hotel ni baru siap, dia terletak di Plaza Pelangi. Sebenarnya semasa akak book tu, bilik -bilik selain bilik standard semua dah habis.

Memandangkan hanya hotel tu yang ada bilik, standard pun standardlah. Mula2 bila dengar pihak hotel kata bilik standard tak ada tingkap risau juga, tapi bila dah masuk ke biliknya, Alhamdulillah, biliknya okey, bersih, ada peti ais kecik (macam bilik lain) dan siap dengan breakfast dan welcome drink di Lounge (betul tak ejanya tu) di hotel berkenaan.

Disepanjang tebing sungai Kelantan diletakkan meja-meja makan dan kita boleh order makanan dari coffee house yang berderet-deret bersebelahan hotel. Seronok.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Akak ke pasar siti Khadijah beli serunding jer. Itu pun kena naik tingkat 1, akak tak naik tempat jual tudung dan kain baju di tingkat 2 sebab lutut ni tak boleh tahan mendaki.

Menantu dan anak kak ani jer yang naik. Memang katanya tudung cantik2 dan harga berpatutan.