Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 7 Februari 2011

Dimana Pekerti Mu Wahai Anak



Lama saya wajah renung wajah dia.

Namun dia tidak menoleh kepada saya.

Dalam hati berkata. "Takkan tak cam aku".

Kadang-kadang itulah yang terjadi bila kita berkumpul ramai-ramai dikalangan saudara saudara jauh dan dekat. Macam-macam perangai sanak saudara yang kita nampak, terutama golongan remaja.

Bila berjumpa dengan kawan-kawan dia boleh pulak bersalam, berpeluk mesra, (kita cerita sesama jenislah yer). Tapi keadaan ini jarang terjadi bila bertemu saudara mara terutama golongan 'mak-mak' ni. Kecik hati pulak kita rasa.

Apa salahnya bila berjumpa saudara mara apa lagi mereka yang datang dari jauh dan bertemu hanya sesekali, hulurlah tangan mu kepada dia, senyumlah, tak mahu peluk pun tak aper. Mungkin kalau peluk orang-orang tua ni, bimbang-bimbang berbau busuk pulak. Perbuatan bersalam sudah cukup mengbuat hati orang-orang tua ni gembira kerana tahu bahawa sanak saudaranya masih menghormati dia.

Nilai-nilai yang indah dan sifat-sifat yang tinggi tersebut akan membawa kebahagiaan dan kedamaian. Juga, dapat mengusir kesedihan dan keresahan yang ada.

Allah pun ada berfirman dalam surah Hud: ayat 114 “Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk”

Jadi, belajar-belajarlah menghulur salam kepada sanak saudara dan sahabat handai bukan saja mengeratkan silatulrahim antara keluarga malah mendapat pahala dan menghapuskan dosa.

10 ulasan:

Kakzakie berkata...

Salam kunang-kunang,

Mengajar anak menghormati org tua mestilah sedari kecil. Kalau silap kena tegur pada masa yg sama agar dia tahu kesilapannya. Masa kecil kalau ditegur waktu sama tak apa tapi kalau dah besar dah lewat...

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kak ani sihat hendaknya..

Hendaklah kita sentiasa menghormati orang yang lebih tua dari kita.

atie berkata...

salam kak ani...

anak2 sekarang nie kalau tak di suruh tak di buat..... ajaran ibu bapa perlu kalau tak rosak lah ahlak... anak2 sedara kekadang mak sedara sakit pun buat dek je kata nak menjenguk tel pun tidak..... is..... itulah dunia kalau hanya mengejar kebendaan tanpa fikir perasaan org lain mereke fikir hidup untuk diri sendi sudah cukut tanpa menghiraukan org lain....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Setuju sangat dengan pandangan kakzakie tu. Anak-anak ni kena ditegur dan diingatkan selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak

Akak sihat. Diharap Abd Razak begitu juga.

Sekarang ni banyak anak-anak yang lupa bagaimana nak menghormati orang yang lebih tua sebab dah rasa diri cukup ilmu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Setuju dengan Atie. Kita sebagai ibubapa kena ingatkan mereka selalu supaya mereka tahu membawa diri di mana mereka berada.

Kita kena suruh atau ingatkan apa yang patut mereka buat bila bertemu saudara mara.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sihat di sana.

Itulah yang kita harapkan supaya anak-anak kita menjaga tatasusila, berkenalan sesama saudara mara.. bukan tertumpu kepada sesama baya sahaja..

Miecyber berkata...

Zaman dah berubah Kak Nim....

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Kunang-Kunang berkata...

Salam Kak Werdah,

Itulah yang kita bimbang kak. Pelajaran tinggi tapi kita bimbang sopan dan pekerti jauh ketinggalan.

Kunang-Kunang berkata...

Betul Mie, jangan perubahan zaman dijadikan sebab untuk mengubat pekerti kita.