Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 23 Januari 2011

Singgah Kat Pak Tam



Dalam perjalanan balik dari hantar Salam ke UIA semalam teringin nak lunch di Selayang Baru, Restoran Pak Tam.

Tak sangka pulak rupanya bahang taipusam masih ada. Bermula dari Sri Gombak sehinggalah hampir sampai ke Restoran Pak Tam, jalan sesak. Apa nak buat, nak patah balik, dah tak boleh. Jadi teruskanlah.





Sampai di Restoran Pak Tam, punyalah ramai orang.

Di sini lauk beranika jenis. Tapi dalam banyak2 tu akhirnya ni saja yang terasa nak makan. Selera orang tua.


Sotong masak sambal, sayur pucuk ubi dan
terung goreng ikan bilis



Lawannya Ulam pucuk putat dan jantung pisang celur,
pari panggang cicah budu


Minum Air kosong jer.

18 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kak ani sihat hendaknya..

Belum pernah lagi merasa budu, teringin nak merasa lom kesampaian lagi..:)

Ros Illiyyuun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ros Illiyyuun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

Semua hidangan tu saya makan tau... kecuali pari saya tak suka :)

iBu...gUru berkata...

salam kak ani
samala kita ...... semasa melawat my bujang kat UIA terperangkap dalam kesesakan jalan sempena perayaan Thaipusam ..... boring x tau nak cakap.........

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..sy pernah dua kali ke restoran itu..besar restorannya kan..dia sseorang usahawan yg sgt berjaya

endiem berkata...

nampak gambar dah berselera..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Selain lutut akak ni, yang lain Alhamdulillah.

Budu dulu2 sedap, sekarang kurang sebab dah dikomersilkan. Dulu selalunya isteri2 nelayan yang buat sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Sekarang ni itulah menu kak ani suami isteri, sotong tu kebetulan jer, sebab nampak macam sedap bila dimasak sekor2 macam tu. Selalunya kami makan ikan bakar (panggang) saja dan sayur.

Lauk2 lain tu dah kurang selera.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IbuGuru,

Nasiblah kan. IbuGuru agaknya terpaksa melepasi Batu Caves tu kan, tempat yang paling sesak.

Saya pulak masa datang melalui Lebuhraya Duke, masa balik sebab konon nak ke Restoran Pak Tam tu terpaksa lalu juga depan Batu Caves tu, nasib baik kami ambik jalan atas, jalan bawah lagi teruk sesaknya.

Lagi kalau lalu situ, seram juga tengok 'benda' yang tinggi berkilauan tu. Bukan main lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Di Restoran ni terlalu banyak lauknya, sampai tak tahu apa nak makan, lebih-lebih lagi akak tak berapa suka kalau lauk2 berempah/berkari, tapi seronok tengok banyak.

Rasanya pun okey jugaklahkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem,

Lauk di sini memang terlalu banyak, saya ambik sotong sebab dia masak stail kita orang pantai timur, yang lain tu semua berempah.

Ikan bakarnya tak boleh lawan ikan bakar 'Tanjung Lumpur'.

si para para berkata...

sedapnya lauk...
tapi lauk ulam kg memang tak boleh lawan..
hmm mengidam pulak nk makan nasik kat kampung..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Dah lama kak tak jenguk pak Tam.. dulu-dulu suami ada sekali sekala bawa bila balik dari mana-mana tempat rawatan..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

Rasanya dibandar ni lagi senang nak cari lauk2 kampong berbanding bila kita di kampong sendirikan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Sesekali segala tukar selera yer kak.

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
saya pun senang air kosong je.
kalau lain2, tak berapa kena oulak dgn perut.aduhai baiknya akak, selalu menziarahi anakanda.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Air kosong ni bagus cuma kadang2 tu tekak teringin sangat nak air manis, tapi takut gula naik, tahan jerlah.

Tak taulah kami suami isteri ni, setiap kali anak belajar dan tinggal jauh dari kami, setiap hujung minggu kami akan jumpa mereka. Kalau lebih dari sorang, kami akan bagikan sorang pada hati Sabtu, sorang pada hari Ahad.