Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 30 Januari 2011

Makan Limau



Makin hampir nak tiba Tahun Baru China, saya perasan limau-limau
madrin ni makin manis. Dulu semasa baru-baru dijual, buahnya agak masam.

Ada orang kata makan limau ni boleh membuatkan kita batuk. Jadi sapa-sapa yang batuk, kena tahan keinginan nak makan limau ni. Saya perhatikan orang batuk akan makin kuat batuknya bila makan limau ni.

Saya perasan sejak akhir-akhir ni sakit lutut saya pun rasa macam bertambah.
Mungkin sebab saya makan limau mandrin ni. Walaupun saya suka sangat makan limau ni, saya kontrol juga makan ambik sebiji dua saja. Kalau saya tak makan, sapa nak makan limau ni kerana hari-hari ada saja limau ni dirumah, sama ada orang beri atau dibeli.

10 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Beri pada saya je ... :) :) :)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan dalam redha Allah..

Di rumah nipun ada limau .. jiran sebelah bagi.. begitulah setiap kali raya cina... tapi seperti Ani juga.. pandang-pandang jeling-jeling je.. sbb sdg berusaha keras nak turunkan berat badan... dah agihkan juga separuh..

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
limau kan masam, walaupun masih manis...

kalau kita sakit sendi2 ke, jangan makan limau atau benda2 masam sebab ia akan mempercepatkan proses sakit tu bertambah2 teruk...

macam org sakit gastrik, jangan makan benda2 masam, nti bertambah teruk...

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Limau banyak vitamin C. Itu kata pakar kesihatan. Kalau makan terlebih banyak pun kurang elok juga.

Makan ala kadar. Kalau dah banyak sangat, tak ada orang lain nak bantu makan, kenalah makan juga selain kongsikan dengan tetangga.

TQ

Abd Razak berkata...

السلام عليكم

Moga Kak Ani sihat hendaknya..

Kena control jugalah tu kak! Saya pun suka juga tapi tak berani makan banyak sebab saya ada gastrik..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ros,

Semoga Ros berada dalam keadaan sihat.

Itulah ros kalau dah beri sekotak besar itulah masaalahnya.

Nak bagi pada jiran segan pulak macam kita pulak sambut raya cina. Dulu masa kerja pun macam ni jugak, hari2 member bangsa cina bawa limau.

Raya limaulah dibuatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah.

Amin, terima kasih atas doa kak werdah kepada saya dan semoga kak werdah juga dalam keadaan sihat.

Tulah yer kak, makan apa pun biar berpada jangan berlebih kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Ros,

Tulah lutut akak ni dah makin sakit bila berjalan. Maklumlah tiap kali ke dapor, ada jer limau tu he he.

Kena ada disiplin diri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam P&P

Besederhana dalam apa hal pun jalan terbaik kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Gastrik pun sakit bila kena. Anak kak ani ada sorang mengidap gastrik. Nasib baik dia ni kurang makan buah2an, dia makan durian jer