Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 14 Januari 2011

Ketawa, Ketawa Juga, Tapi Beringat



Bismillahirrahmanirrahim.....Salam Jumaat

Saya selalu rasa sayu bila mendengar ada isi rumah saya yang ketawa terbahak-bahak bila menonton rancangan tv yang sengaja mengoda orang untuk ketawa. Mereka sering terlupa bahawa gelak ketawa itu dilarang Islam. Semakin kuat hilai tawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan padanya sambil tertawa berbahak-bahak menari-nari untuk melalaikan dia. Jadi berpada-padalah bila geli hati tu.

Kata orang tua-tua, jangan banyak ketawa, nanti menangis. Menurut pandangan Islam pun, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh.

Jadi seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka yang banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga.

Selain itu kita juga dilarang bercerita terutama sesuatu cerita dusta yang boleh membuatkan orang ketawa terbahak-bahak sebagaimana Riwayat dari Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”.

Sebenarnya membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

(a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w

(b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya

(c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya

(d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan dan isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

(f) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin

(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Dengan memikirkan perkara di atas, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

15 ulasan:

endiem berkata...

salam.. bagus nasihat berguna..

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...

subhanallah...
ketawa yg sederhana cukup2 laaa kan kak ani...

Miecyber berkata...

Susah juga nak kontrol ketawa nie..

Blog papar isu penipuan pengguna

a kl citizen berkata...

adoii... terkena sebijik, kak ani... :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem,

Alhamdulillah sekiranya ia memberi feadah kepada kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Ialah bersederhana dalam segala hal adalah lebih baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Yerlah, kadang dah semula jadi macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

N3 sekadar dikongsi bersama.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga kita dapat kawal perasaan kita,dan dapat elak menonoton cerita lawak jenaka.. janganlah kita lupa akan pesanan-pesanan orang-orang terdahulu yang kesemuanya merupakan kebaikan untuk kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Orang dulu2 memesan berdasarkan pengalaman mereka.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

As Salam Kak Ani,


terima kasih kerana berkongsi.

Insan Marhaen berkata...

ketawa pada diri sendiri, sebenarnya...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azrina,

Terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Ketawa banyak, menangis pun banyak nantinya.

si para para berkata...

“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”.

takutnya baca pasal ni..kadang2 ada jgk tulis pasal tu..hmmm


kalau kita tahu apa yg nabi kita tahu, msti kita takkan suka macam sekarang..

dan kalau kita tahu macam mana keadaan di dalam kubur, msti dunia jadi suram..sebab tak ada orang suka/ketawa sebab gerunnya dengar rintihan mereka yang di seksa di sana.