Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 7 Januari 2011

Tak Sedar Mereka Dah Besar

Pagi tadi seawal 7.30 pagi saya dah bersarapan. Tujuannya untuk ke UIA Gombak nak berjumpa dengan Salam.



Semenjak keluar hospital, ini jerlah sarapan yang saya boleh ambik. Roti yang disapu dengan mentega 'dorina' dan air teh kosong. Sabar jerlah. Nak buat macam mana.

Saya sepatutnya berkurung di rumah selama 14 hari. Hari ini saya tawakkal keluar dari rumah nak ikut hasben saya ke UIA Gombak untuk berjumpa Salam. Salam tak dapat balik minggu ni sedangkan banyak dokumen-dokumen penting perlu dihantar pada dia.

Untuk cepat sampai ke Gombak dan bagi mengelakkan trafik jem, kami menggunakan Lebuhraya Duke dari Lebuhraya Bukit Raja. Alhamdulillah memang tak jem.




Lebuhraya Duke yang sunyi pagi tadi


Sebenarnya Salam baru sebulan lebih belajar di sini selepas tamat Matrikulasi UIA di Petaling Jaya. Tulah banyak perkara lagi yang perlu dilakukan.


Asrama Pelajar Lelaki



Asrama Tempat Salam Tinggal


Tiba di Kampus UIA, saya jumpa Salam dalam kereta saja. Itu pun sekejap saja. Sebenarnya dia minta abahnya jemput dia pagi tadi untuk balik ke rumah, dan petang ini menghantarnya balik ke Asrama, "nak jumpa mama, Alam tak jumpa mama lagi semenjak keluar hospital". tapi abahnya tak kelapangan petang ni, jalan mudah saya ikut abahnya untuk jumpa dia

Semenjak keluar hospital, baru ni jumpa Salam. Semasa saya sakit hari tu dia dan sakinahlah yang uruskan saya di hospital sehingga selamat masuk wad. Kebetulan hari tu abahnya pun kurang sihat. Bila nampak dia orang boleh uruskan hal-hal begini baru sedar, dah besar rupanya mereka ni. Saya saja yang selalu tak percayakan mereka. Selalu merasa mereka belum matang walaupun dua-dua dah belajar di universiti. Bila mereka memandu kereta saya tak yakin, saya selalu rasa lebih baik saya yang pandu. Begitulah kita sebagai mak agaknya, selalu nampak anak kita kecik lagi.

26 ulasan:

Mr.IX berkata...

nak tinggal jejak sini yer...semoga anda n keluarga bahagia selalu....

Salam blogwalking sini dengan sukahati-nya.....Jemputlah singgah ke blog saya gak yer....

Latest entry :
Jom Baca Cerpen Sulung karangan Blogger Ixbarr Sini..

\^__^/

white rose berkata...

Assalamualaikum kak ani...
urm...semoga kak ani cepat2 sembuh yaa...

mak sy pun masuk hospital bln 11 aritu...dekat seminggu juga...

mak tak sehat, pun mcm kak ani ni...
masih tak percaya anak2 buat keje2 umah...

endiem berkata...

Semoga salam berjaya dan kak ani sihat selalu

Miecyber berkata...

Semoga Salam suksess dalam pengajiannya...


Isreal gunakan burung hering sebagai pengintip

Pn Kartini berkata...

Salam my dear sis Ani:)

Moga akak dah bertambah sembuh dan sihat seadanya...:)
Take care yaa sis..:)

si para para berkata...

mungkin tu tanda kasih dan sayang seorang ibu...
semoga kunang kunang sekeluarga sehat dan ceria selalu..

btw ada tag utk anda..
sila la ambik kalau tak keberatan

Mohamad berkata...

Salam..
Begitulah rasa kita dengan anak2.. bukan tak percayakan mereka tetapi rasa kasih dan sayang mengatasi segalanya...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga bertambah pulih kesihatan Ani.. Benar kan, masa cepat berlalu dan anak-anak semakin dewasa..

Semoga semuanya baik-baik.

ummu berkata...

assalamualaikum kak anim
jaga kesihatan baik2 tau.memang kena makan roti kalau baru2 keluar ward,saya pun disember lepas 'sibuk' di hospital sampai tak sempat nak blogwalking ke blog kawan2,just update je.
Dah besar dah Salam.sekejap jer kan amsa berlalu,kan kak.bagai terimbau kenangan kenangan silam anak2 waktu mereka bayi...
entry akak ini mengingatkan kenangan zaman belajar saya di UIAM.:)thankas kak,terubat rindu di hati pada bumi yang benyak mengajarku erti kehidupan.
Bicara Hati IBu

a kl citizen berkata...

sama je kita sebagai emak ni kan kak ani. moga terusan sihat kak ani

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Moga kakak terus bertambah sihat..

Take care kak!

Kunang-Kunang berkata...

Mr. Ix,

Terima kasih. Saya pun ada singgah di blog awak. Bagus blognya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Ros,

Kasih seorang ibu sentiasa melindungi anaknya sehingga terlebih lindung pulak...........

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem,

Terima kasih, doakan saya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Itulah juga doa kami semua, semoga Salam dipermudahkan dalam pelajarannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Terima kasih doakan akan. InsyaAllah mudah-mudah2an Allah berikan kak ani kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

Kasih ibu pada anak menjadikan perasaan ingin melindungi sentiasa ada.

Tentang, InsyaAllah bila lapang akan ambik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Mohammad,

Betul tu cikgu, demi anak semua sanggup kita lakukan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Yerlah kak, anak-anak dah membesar dari hari ke hari. Sayang sebagai ibu kadang2 kita terlupa yang mereka ni dah besar panjang.

Mungkin kalau dah bekerja baru dirasakan besar,

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Ummu,

Akak last ke UIA masa UIA sedang dalam pembinaan.

Sekarang, wah dah tersergam indah kampus tu. Bangunannya baru2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Cikgu Normah,

Terima kasih atas doa cikgu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Terima kasih atas doa kawan2 termasuk dari Abd Razak juga.

aby berkata...

salam k hanim ...
bile anak2 dah besar tu bermakna,
kite pun kian berumur ....
apetah lg klu cucu makin membesar ..
lg berumaur la kite ..
tk gitu k hanim ..
apepun harap k hanim dah sihat sepenuhnya ...

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

Moga sihat sentiasa hendaknya. Ameen.

Begitulah hakikat dunia, pendek sebenarnya. Istilah dunia itu sendiri juga jika ditelusuri dari istilah arabi juga membawa makna 'dekat'.

Selain melihat pembesaran orang lain (anak-anak) kita juga kekadang tidak sedar bahawa diri kita juga sudah semakin berusia.

Semoga dengan usia yang ada kita semakin dekat pada-Nya. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Setuju sangat dengan catatan wak tu.

Memang dengan meningkat usia anak dan cucu yang bertambah, dekatlah sudah hayat kita akan berakhir di dunia ini.

Cuma sentiasa berdoa semoga umur yang panjang ini dapat akak pergunakan pada jalan yang berfaedah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Ros,

Terima kasih atas peringatan Ros.

Dengan kesakitan yang kian bertambah di jasad dari hari ke hari memang sangat menginsafkan.

Cuma doa akak setiap masa dengan ujian kesihatan dari Allah ni tidak membantutkan kemampuan untuk beribadah kepadaNYA.