Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 13 Januari 2011

Kembong, Cencaru, Sawi & Kailan


"Belikan Mama ikan kembong, mama nak bakar"

Sekembali anak saya dari kedai, hepi jer dia kata, "ma, nah ikan kembong, besar-besar"

Tengok-tengok, erm nak marah siapa, salah saya atau salah anak saya



"ini bukan kembong, ini cencaru", jawab saya

"sama jer muka dia ma, cencaru tak boleh bakar ker"

"Boleh" jawab saya dengan rasa terkilan, tapi tak tunjukkan muka terkilan tu pada dia.

Begitulah sering berlaku sejak akhir-akhir ni. Semenjak saya tak berapa sihat ni saya sering suruh dia ke mini market dekat rumah untuk beli lauk pauk.

Tapi sayangnya, sering tak dapat apa yang dipesan. Bukan dia tak pernah tolong saya di dapur, dia rajin tolong saya memasak, tapi memang silap saya, saya tak pernah beritahu dia nama ikan-ikan yang saya masak. Yang pasti ayam dia kenal.



Sayur-sayur pun jadi masalah juga. Suruh beli kailan, he he dia bawa balik sawi. Bila kata "ni bukan kailan, ni sawi". Mesti ada jawapan dia, "nah Ma tengok dalam handphone ni rupa dia sama jer", sambil tunjuk gambar kailan dalam h/set dia. Rupanya dah google cari rupa kailan, tapi silap juga.


Di dapur pun sering juga terjadi keadaan ni masa dulu-dulu, sekarang dah kurang sikit. Bila suruh ambik lengkuas, dia tanya macam mana rupa lengkuas. Begitulah juga kalau suruh ambil halia atau kunyit.

Inilah masaalah bila anak selalu di asrama agaknya. Terlalu kesuntukan waktu nak ajar semua tu.

Mana satu asam gelugor (asam keping), mana satu asam jawa!!!!!!!!!.

Award Dari "Syair Si Para-Para"


Banyaknya Para dapat award. Jadi saya ambik satu jerlah yer Para. Terima kasih.



Terima kasih juga kepada Para kerana tagkan saya untuk Jalan-jalan Cari Makan. Nampaknya saya ambik gambar jerlah yer Para.

21 ulasan:

piewahid berkata...

jenjalan ziarah kak ani,
moga sentiasa tabah.

p/s sampai sekarang saya sendiri masih keliru dgn nama ikan dan burung sbb muka lebih kurang je dan tak ada nama mcm kita. limah, dollah, sudin dsbnya, kan senang...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kak duk senyum sorang-sorang ni.. ingat anak kak je macam ni (anak lelaki) tak tahu jenis ikan dan sayur kemudian malu nak bertanya.

endiem berkata...

banyak perkara yg perlu belajar, bukan takat belajar sekolah saja... tapi rumah tangga pun kena tahu jugak.

Marina Monroe berkata...

Tak per, InshaAllah, slow2 lah, nanti tahu lah dia..

Miecyber berkata...

Kak Nim,pembantu Kak Nim tu masih dalam proses pembelajaran lagi tu..


Tahap kesihatan dan kepantasan berjalan

aby berkata...

salam k hanim ..

bab pegi pasar ni,
tugas wak sedari mula kahwin sampailah sekarang ..
so.. bab ikan dan harga harga nye memang cukup arif .. tu yg klu gi pasar kt stadium wak tau perbezaan harga ..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Alhamdulillah dapat singgah di blog akak ni.

Semoga Pie berada dalam sihat.

Ha ha memanglah mereka tu semuanya seiras, cuma bentuk badan jer yang berbeza.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya selalu juga ditanya oleh budak2 muda bila di kedai jual ikan/sayur2an tentang satu2 ikan atau sayur.

Ada sekali tu, gadis muda tanya "Mak Chik mana satu daun sup, mana satu daun sadri."

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem,

Betul2, kena seimbang. Barulah cemerlang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marina,

Mudah2an begitulah. Nak kena diasuh selalu ni. Maklumlah budak2 sekarang asyik dok mengadap buku jer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Hi hi, betul tu Mie, kena kursus lagi ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Baguslah wak pandai ke pasar. Ianya menyenangkan kita juga, bila orang rumah tak dapat ke pasar.

Sekarang semenjak tak berapa boleh berjalan jauh ni, kak ani dah lama tak ke pasar tani dekat Stadium Shah Alam tu. Dulu rajin juga, selalunya ke sana untuk beli pokok2 orkid atau baja.

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...

masa sy kecik2 pun sy sukar nak bezakan yg mana 1 sayur2 & ikan2...

alhamdulillah, berkat slalu ikut abah ke pasar, tau la yg mana 1 ikan fresh & ikan bela...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kadang saya pun tersilap antara kembong dan selar. Tengiri isi putih dan tengiri isi biasa

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Harap2 begitulah juga, semoga bila dia makin dewasa, dia akan tahu apa yang sepatutnya dia tahu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Abd Razak,

Apa nak buatkan. Perlahan-lahan dia kena belajar mengambil berat semua perkara2 yang mungkin pada dia tak berapa perlu tahu masa sekarang.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani

Moga kesihatan akan kembali baik.

Alhamdulillah, saya tiada masalah untuk mengenali jenis ikan.

Sudah biasa diperkenalkan oleh emak sewaktu dulu. Kalau tak silap saya, ikan pertama yang saya mudah ingat ialah selayang (orang luar panggil sardin) sbb ikan ini bertulang belakang, tulang belakangnya tak sama dengan selar dan ikan-ikan lain.

Alhamdulillah, sayur mayur juga tiada masalah, cuma nama jenis-jenis sawi je saya tidak ambik cakna :)

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ros,

Alhamdulillah akak dah bertambah baik. Dengan izin Allah, setelah ambil vitamin dan lain-lain food supplement, rasa segar sikit badan.

Itulah sebenarnya, kata kita tak berapa ambik cakne bila diberitahu. Jadi bila ada keperluan, itu yang menggelabah.

intanrh berkata...

salam kak ani, bkn budak2 je yg tak kenal benda2 ni sume tp org beso pun ada jg gitu he3

Kunang-Kunang berkata...

Salam Intan,

Lamanya tak saling singgah menyinggah antara kita. Rindulah.

Akak tak pandai nak tinggal komen di blog intan. Baru-baru ni ada cuba, boleh tak.

si para para berkata...

hehe ambik semua tak pe..
benda tu kan utk di kongsi. hehe

err sebenarnya sama je kot.
saya pun jadi gelabah bila mak suruh pg beli ikan.sayur.hehe sama je dgn ank pn. mgkin silap sendiri. pndai makan je.tapi tiap kali pg pasar tnya jurujual tu dulu.baru tak silap.hehe