Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 27 Januari 2011

Jangan Tinggalkan Dia Sendirian



Semalam bila terbaca kisah seorang ibu yang baru bersalin di Kampong Jawa, telah menikam bayi yang baru dilahirkannya sehingga mati mengingatkan saya kisah-kisah yang mak saya pernah ceritakan pada saya.

Ketika saya dalam pantang, malah ketika mengandungi lagi, mak selalu pesan, jaga pantang dan jangan susah hati. Orang dalam pantang kalau selalu susah hati boleh kena 'meroyan. Merbahaya. Mak saya kata, orang yang kena meroyan ni boleh buat apa saja termasuk bunuh babynya sendiri. Sebab itu ibu dalam pantang tidak boleh ditinggalkan sendiri dengan babynya.

Jadi adakah apa yang berlaku di Kampong Jawa tu akibat 'meroyan'. Maklumlah keadaan siibu itu sendiri kalau mengikut laporan akhbar memang kehidupan yang menyedihkan. Ada suami pun bekas banduan dan telah meninggalkan dia menyara sendiri anaknya. Mungkin kerana kesempitan hidup juga menjadikan dia sendiri melakukan kerja yang tidak dizinkan agama untuk menyara hidup.

Dalam masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Ia boleh terjadi kepada sesiapa saja sama ada wanita biasa atau wanita profesional. Orang Melayu pula percaya selain disebabkan masalah tekanan perasaan dalam atau selepas pantang ia juga kerap kali dikaitkan dengan masalah gangguan makhluk halus atau melanggar pantang.

Dari sudut perubatan, gila meroyan atau nama saintifiknya ‘postpartum psychosis’ sebenarnya lebih kepada masalah tekanan perasaan, keletihan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga.

Saya terjumpa satu artikel tentang meroyan ini. Antara kandungannya ialah pendapat Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ahmad Hatim Sulaiman, yang berkata masalah tekanan perasaan yang dihadapi wanita selepas bersalin ada tiga peringkat.

“Hampir 40-50 peratus daripada wanita yang bersalin akan mengalami masalah tekanan perasaan peringkat pertama dikenali sebagai ‘postpartum blues’. Ia masalah tekanan perasaan yang ‘mild’ dan biasanya akan sembuh sendiri.

“Gila meroyan adalah masalah tekanan perasaan sama ada peringkat pertama, kedua atau ketiga boleh dialami semua wanita tanpa mengira bangsa. Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami gila meroyan tidak pernah mengalami sebarang perubahan mood sebelum hamil.

“Gila meroyan boleh terjadi seawal dua minggu selepas melahirkan. Ia boleh menyebabkan wanita sentiasa paranoid dan berhalusinasi. Selain itu dia akan hilang selera dan sukar tidur malam.

Sesuatu yang paling ketara dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya,” katanya.

Wanita yang menghadapi penyakit ini, kata Dr Ahmad Hatim, sangat berbahaya jika dibiarkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana selalu merasakan anak itu bukan anaknya.

Selain itu dia juga berupaya mencederakan diri atau membunuh diri. Pada peringkat ini, rawatan sangat diperlukan."

Kesimpulannya pada ibu-ibu mengandung kalau boleh senang-senangkan hati ketika dalam pantang, jangan ikutkan masaalah yang dihadapi. Kepada orang yang menjaga ibu-ibu yang dalam pantang, seboleh mungkin jangan tinggalkan siibu dengan anaknya sendirian tanpa pengawas.

7 ulasan:

zue berkata...

assalamualaikum kak,
amalan org tua2 dulu mmg betul kena nak jaga masa dlm pantang..begitu juga mkan x leh sebarangan.

aby berkata...

salam k hanim ...

kpg jawa ...
adus ... tempat aby tuh ..
kt umah sune terkejut bile dengar dari kmpg jawa.

selau crite pelik dengar jadi kt gannu ..
kali ni di kmpng sendiri ...
hu..hu..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Kak Ani,

Kakak ipar kawan pun kena macam ni.

Anak yang dilahirkan dah masuk U pun dia masih macam tu... lebih banyak termenung dan duduk diam aja.


Alhamdulillah suami dan anak-anak yang lain menjaga dia dengan baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zue,

Tulah jangan pandang remeh pendapat orang tua, mereka berkata berdasarkan pengalaman dan penglihatan mereka

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam,

Kampong Jawa tu tak jauh juga dari Shah Alam.

Eh eh selalunya berlaku di Terengganu???. yer ker wak

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Reen,

Kesian yer. Nasib baik suami dan keluarga memahami situasi beliau.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan dalam redha Allah.

Benar yang Ani paparkan ni.. bila susah hati dalam pantang akan dapat penyakit ni. Jika lambat dapat rawatan dapatlah gila jika tak mungkin berakhir kehidupan.

Mudah2an ramai berpengeatahuan tentang ini dan dengan itu boleh mengambil langkah-langkah tertentu. insyaAllah