Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 12 Januari 2011

Jam Terbesar Di Kota Makkah

Semasa blog walking dari satu blog ke satu blog pagi tadi, saya jumpa artikel yang saya rasa agak menarik ni.



Jam yang terbesar di dunia yang terletak di kota makkah telah mula berfungsi pada awal Ramadhan. Kerajaan Arab Saudi berharap ianya akan menjadi masa rasmi kepada penduduk islam dunia. Jam tersebut telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Raja Abdullah Bin Abdulaziz Al Saud 1 minit selepas jam 12 pagi pada hari pertama ramadhan.



Jam tersebut mempunyai 4 muka dan setiap muka berukuran 43 meter. Setiap muka jam tersebut juga mempunyai ukuran diameter 6 kali lebih besar dari London’s Big Ben. Ianya terletak 400 meter diatas bangunan pencakar langit yang dikatakan bakal menjadi hotel yang kedua tertinggi di dunia.

Lebih 90 juta keping kaca berwarna digunakan untuk menghiasi setiap muka jam tersebut yang turut dihiasi dengan kalimah ‘Allah’. Ianya dapat dilihat di setiap sudut bandar Makkah.

Jam tersebut bakal menjadi landmark bagi 7 menara kompleks raja abdulaziz yang dibina oleh syarikat Saudi Binladen Group. Menurut media tempatan projek menara jam tersebut menelan kos belanja $3 billion. Projek ini adalah sebahagian dari usaha membangunkan kota makkah untuk memberi keselesaan kepada pengunjungnya. Hampir 3.5 juta umat islam saban tahun melawat kota makkah bagi menunaikan haji

Apabila masuknya waktu solat cahaya bewarna hijau dan putih akan berkelip menandakan masuknya waktu solat. Cahaya berkenaan boleh dilihat sejauh 30km. Projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam masa 3 bulan dari sekarang.

20 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Semoga sihat dan dalam redha Allah.

Ada terbaca juga dari banyak blog..

Diberitakan juga bahawa; Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

endiem berkata...

terima kasih kongsi maklumat..

Miecyber berkata...

Satu mercu tanda yang hebat...


Karikatur

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga kak ani sihat hendaknya di sana..

Terima kasih berkongsi matlumat ini..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..cantik temphlate baru nie..lebih soft dan cool je

aby berkata...

salam k hanim,

tu yg dikategorikan kejadian manisia sebagai khalifah utk memakmurkan bumi.
memperguna teknologi utk kebaikan umat. bukan sahaja utk generasi sekarang malah generasi akan datang ..

si para para berkata...

sangat hebat dan bermanfaat....
teringin nk jejak kaki ke sana...

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
sy dah tengok gambar nih, tapi tak tau storynye...

waahh...hebat btul...
teringin nak pegi mekah...

Insan Marhaen berkata...

bagus idea ni..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Terima kasih Kak Ani.

1st time tengok dan baca pasal ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya ada juga dengan cerita tentang jam ni melalui cerita dari ustaz yang mengajar di masjid.

Mengetahuinya secara detail baru nilah pertama kalinya.

Kunang-Kunang berkata...

Kalau tak salah saya, kata orang kontraktor yang mendapat kontrak pembinaan jam ini dari negara dari sebelah eropah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah. Bertambah sihat cuma perlu berjaga2 sikit dan terpaksa ambik lebih sikit food supplement untuk menguatkan ketahanan badan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Sahrom,

Terima kasih, sempena tahun barulah ni, buat rumah baru.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Itulah tujuan manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di dunia ini.

Semoga khalifah2 ini tidak hanya tahu membinasakan dunia sebagaimana dibimbangi oleh malaikat, tapi juga menjaganya sebaik mungkin.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

InsyaAllah, mudah2an sampailah hajat para tu untuk menjejaki tanah berkat Mekah Almukarramah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

InsyaAllah, akan sampailah juga hajat untuk ke sana tu. Berdoalah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Mudah2an ia memberi manfaat kepada seluruh umat islam di dunia ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azrin,

Terima kasih sudi singgah. Alhamdulillah jika info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Endiem,

Sama-sama.