Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 24 Januari 2011

Cinta Dan Rajuk



Merajuk!! Penyakit ker, entahlah.

Merajuk. Siapa-siapa pun pernah merajukkan. Lelaki atau perempuan, tua atau muda. Isteri merajuk dengan suami, emak merajuk dengan anak dan begitulah sebaliknya.

Kenapa merajuk. Orang merajuk kerana terasa diri tidak dihargai, tidak diberi perhatian. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja. Memberontak dalam diamlah tu.



Masa masih bekerja dulu, selalu dengar kawan-kawan kata, kalau pencen tak tahu macam mana nak duduk di rumah. Mesti selalu bergaduh (bergaduh sayang kot) dengan suami/isteri. Betul ker.

Mungkin rajuk pasangan yang dah berusia disebabkan si isteri atau si suami merasa diri tidak dihargai lagi. Sebenarnya ketika usia menjelang senja hati terlalu sensitif. Selalu mengganggap pasangannya tidak sayang lagi pada dia. Hingga anak-anak pun dirasa tidak menyanyangi dia lagi.

Sedangkan ketika usia dah senja nilah kita patut eratkan berkasih sayang dengan pasangan kita. Kita tak tahu berapa lama lagi kita dapat hidup bersama. Jadi semasa masih dapat memandang wajah masing-masing ni, sayangilah pasangan kita.

Merajuk sayang tak aper, jangan berpanjangan. Tidak baik pada kesihatan yang memang dah sedia menunggu berbagai penyakit. Sabar banyak-banyak ketika rasa nak merajuk. Ingat Allah.

26 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Muda2 memang manis kalau merajuk dgn pasangan masing2..especially bila di pujuk
Saya elakkan kecil hati/merajuk2 nih, sebab buang masa, lebih baik sayang menyayangi antara berdua.

endiem berkata...

sesekali kena merajuk juga... bukan apa nak test.. kalau kena pujuk tu masih lagi sayang. Tapi janganlah merajuk terus kalau kena pujuk tu.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..:)

Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam hubungan kita dengan keluarga atau kawan-kawan..

si para para berkata...

merajuk tu perlu..
tanda kita ada hati dan perasaan..
tapi mesti ada yang sudi memujuk..
si pemujuk tu kena sedar tugas dia..
kena pujuk si perajuk..
bila dah berjaya di pujuk,
mesti akan rasa keakraban hubungan makin bertambah..

err betu ke ni kunang kunang..

Miecyber berkata...

Merajuk lama lama tak elok...

UMP : Perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos

kakpah berkata...

pssttt.. ani,
umur dah hujung hujung ni mudah sangat hati ni nak terasa. cakap silap siiiiiikit jer dah mula rasa nak merajuk. kpah la tu...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marina,

Sebenarnya merajuk ni siksa juga jiwa kita dibuatnya. Lebih2 lagi kalau orang yang kita rajin tu buat tak reti jer.

Akhirnya pujuk diri sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem,

Wah ini mesti pemujuk yang baik. Tak semua orang arif bab pujuk memujuk ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Itu yang orang tua pesan, merajuk pada yang sayang. Merajuk pada yang tak sayang, doklah pendam perasaan sorang.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

Pendek kata sebelum merajuk, pastikan ada pemujuknya kan.

Jangan rajuk membawa parah dahhhh

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Tak bertegur sapa 3 hari berdosa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Merajuk manja tu kak pah.

Dah2 berusia ni, elok juga kalau merajuk sesekali supaya orang tau pulak yang kita ni masih ada hati dan perasaan.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Benar Ani, rasanya semua orang pernah merajuk.. Kadang-kadang kakpun ada juga rasa nak merajuk, tapi bila difikirkan akhirnya kita juga yang merana maka tak perlulah merajuk.. ambil yang positif..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

sesekali merajuk takpe kot..tambahkan kemesraan..selalu sangat tak bagus la kan, kak..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Merajuk untuk bermanjalah tukan.

Betul tu, kalau kerap sangat merajuk, boring jugak yer. Tapi test market sesekali tak aper.

zue berkata...

asalamualaikum k.kunang2,
1st time singgah sini..blog yg cantik.

nak komen pasal merajuk ni..suami zue ni klu brgaduh dan merajuk mmg parah kami sekluarga di buatnya...sbb seolah2 kesalahan tetap dibelah zue aje dan akhirnya x mahu pjg2 citer..zue slalu mengalah dan memujuknya demi anak2.

aby berkata...

salam k hanim

"sedangkan ketika usia dah senja nilah kita patut eratkan berkasih sayang dengan pasangan kita. Kita tak tahu berapa lama lagi kita dapat hidup bersama. Jadi semasa masih dapat memandang wajah masing-masing ni, sayangilah pasangan kita."

satu ayat yg sangat memukau ...
sangat setuju dgn kata2 tu

apapun,
kekadang boleh di datangi perasaan buruk sangka yg boleh timbul rajuk merajuk ...

ummu berkata...

assalamualaikum kak anim,
kalau saya majuk,en hubby buat derk jerk,last2 anak yang pujuk,:).
berbicara ttg dunia bersara, baru semalam ibu saya call, cadngkan saya hantar anak sulong saya dengan ibu,ibu nak jaga anak saya, kata ibu,dari melayan merajuk baik jaga anak saya.duhai gitulah cinta ibu bapa saya.

si para para berkata...

betul tu...
last..tiap apa yang kita buat kena berpada pada..
islam pun sarankan kita supaya bersederhan...

:)

Kakzakie berkata...

Salam...

Kakak kalau merajuk diam je. Sebab kalau cakap rasa tambah sakit. Nanti bila dah sejuk baru boleh bercakap (banyak syaitan manggoda sebenarnya). Org lelaki memang tak pernah merajuk (iman kuat agaknya). Huhuhu....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zue,

Terima kasih sudi jengok blog akak ni.

Betullah cara zue buat tu, kadang2 demi anak2 dan kedamaian rumahtangga kita ibu ni selalu korbankan perasaan sendiri asalkan anak kita gembira.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

Besederhana adalah jalan terbaik kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Akak yang dah berusia ni selalu berfikiran begitu. Kadang tu nak merajuk, kesian pulak tengok abang tu.

Lagi pun kalau merajuk pun jangan harap dia pujuk. Lagi sakit hati, baik jangan merajuk, buat selamba jer. Elakkan bergaduhm tertekak sikit2 tak aper, he he

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ummu,

Betul tu ummu, merajuk tak ada orang nak pujuk, lagi sakit hati. Rasanya dari merajuk, mana yang rasa tak puas hati beritahu saja.

Biar dia faham hati kita kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Akak setuju dengan Kakzakie.

Kadang2 kalau bercakap bila hati sedang marah, bimbang pulak kata2 kita tu melukakan hati dia. Elok diam dulu.

Tapi bila diam nanti dia kata kita merajuk pulak

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Sebenarnya kalau nak ikut merajuk hati memang banyak perkara, tapi macam kak werdah kata, merajukkan menyesakkan dada kita saja.

Baik anggap sesuatu tu sebagai Allah uji perasaan kita sajerlah.