Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 22 Januari 2011

Cerita Di Hari Jumaat

Semalam, Hari Jumaat, lebih kurang pukul 6.50 pagi saya, hasben dan Sakinah dah bergerak menuju Ampang. Sekarang ni pukul 6.50 pagi masih gelap. Maklumlah waktu subuh pun dah pukul 6 lebih.

Kami kesana pagi-pagi buta tu kerana nak agakkan masa yang diambil untuk Sakinah travel dari Shah Alam ke Ampang, khususnya ke Pusat Perubatan Gleneagles Intan. Sakinah kena praktikal kat situ selama 3 bulan.

Kami melalui Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Perjalanan dari Shah Alam hingga ke Cheras, lancar. Masuk jer sikit ke Lebuhraya Lingkaran Tengah, sangkut, jem tapi bergerak perlahan. Alhamdulillah lebih kurang pukul 7.40 kami dah tiba di tempat yang dituju.

Saya rasa, Sakinah kena bergerak dari rumah seawal 6.30 pagi untuk tiba disana sebelum jam 8.00 pagi.

Petang Jumaat pula, kami ke Hospital Putrajaya. Nak jumpa orang baru.







Cucu saudara sebelah hasben saya. Baby lelaki. Tahniah Mad dan Ja. Selepas menunggu lebih kurang 5 tahun, syukur Alhamdulillah, akhirnya doa yang dipanjatkan pada Allah termakhbul.

Semoga Ja yang masih berada di Wad (tak apa nama wad tu)cepat sihat. Dia masih di situ kerana tekanan darahnya masih tak stable. Tak dibenarkan sesiapa menziarahinya melainkan suaminya sekejap-sekejap. Jadi kami cuma dapat melawat baby jerlah.

Mungkin petang ni saya ke sana lagi. InsyaAllah.

13 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Kak Ani,


comelnya...
geram betul bila nampak baby ni..



Alhamdulillah.. tak sia-sia sabar menunggu..

Insan Marhaen berkata...

entah bagaimanalah rasa dapat cucu?

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Tahniah.. dapat cucu saudara.. semoga jadi insan yang membahagiakan ayahnda bonda... amiin

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Harap Kak Ani sihat dan ceria selalu.

Alhamdulillah, saya juga dapat anak saudara baru 17 hb baru2 ni. Anak sulung kepada adik saya yang kedua.Rasa nak terbang je balik tengok baby, tp tiket mahal.

InsyaAllah pada bulan 6 nanti adik pertama saya pula akan melahirkan anak kedua.

Tahun ini rezeki turun mencurah-curah. Mak saudara saya yang sudah 7 tahun berkahwin (kalau tak silap) juga bakal menimang cahaya mata. Begitu juga dengan sepupu, anaknya yg pertama sudah pun 17 tahun, bakal menimang anak kedua.

Alhamdulillah,alhamdulillah...syukur pada-Mu ya Allah.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..:)

Moga kak ani sihat hendaknya..

Tahniah dapat cucu saudara yang baru..

fArAh nAbiLA berkata...

comeynyer sppu saya.. beleh nak ambik gambar ni??

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azrina,

Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Bersyukur di atas pemberiaanNYA

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Bestnya tak boleh nak cerita. Hanya mereka yang dah menjadi nenek dan dato' saja yang memahaminya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Alhamdulillah, Syukur di atas kurnian ini.

Alhamdulillah dan tahniahlah kepada semua yang Ros sebutkan itu. Kita tumpang gembira.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak Werdah juga sihat.

Seronok tengok wajah gembira menyambut kedatangan seorang anak yang dah lama ditunggu.

Syukur, Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Terima kasih atas doa kepada saya.

Terima kasih juga bagi pihak anak saudara saya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Nabila,

Ambiklah, Kak Ja dah ada di Wad biasa sekarang. Tapi tak taulah mungkin dah keluar hari ni.

ummu berkata...

assalamualaikum kak ani
comelnya cucu sedara akak dan suami.
tahniah erk.
bertambah besar ahli keluarga akak