Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 25 Januari 2011

Berhias Untuk Siapa



Lamaaaa!!! menghadap cermin.
Kumat-kamit, kumat kamit bibir meratakan lipstik yang baru diletak tadi.
Okey dah cantik.

Pandang kening kejap, okey, dah dipantis halus
Dah digariskan melengkong macam bulan sabit
Senyum sendiri - puas

Lamanya berdandan. Pandang atas, pandang bawah, baju dah cantik.
Tudung pun dah sesuai dengan warna baju, kelip kelap batu permata ditudung.
Senyum lagi - Puas.

Sut, sutt, sembur minyak wangi. Mahal minyak wangi ni, dari luar negara.

Satu hari ada kawan kata "berhias, berhias juga, jangan sampai tabarruj sudah".

Tabarruj? Salah ker seorang wanita bersolek dan berwangi-wangian. Tak terniat dihati nak menarik perhatian sesiapa. Apa lagi lelaki. Cik Abang sayang dah ada di rumah. Bersolek, berketerampilan cantik dan berwangi-wangian sekadar untuk sedap mata orang yang memandang, tak kira lelaki atau perempuan. Sembur minyak wangi pula supaya bila berdekatan dengan orang, tidak terhidu aroma yang kurang menyenangkan. Tapi bolehkah berhias cara ini dalam Islam.



Sebenarnya tak ada larangan seorang wanita bersolek. Malah ia memang harus rapi dan bersih. Itulah seorang muslim. Tapi untuk siapa berdandan, untuk apa memakai wewangian yang menyengat? Itulah yang secara tak sadar kita lakukan.

Dah fitrah wanita suka berhias. Meski pun ia fitrah namun apa yang dilakukan wanita dlm berhias hendaklah terhindar, terjauh, serta terjaga dari tabarruj. Ada juga yang kata nawaitul kena betul. Bagi wanita bersolek dan juga bergaya tidak mengapa jika ia hanya dengan niat keatas si suami.

Allah ada berfirman "Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berhias, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

7 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

terima kasih atas info ini..semoga kita tidak berlebih-lebihan khususnya dalam soal menghias diri ini..lelaki pun sama jugak..bile pakai baju jenama cikit, kasut jenama cikit dan riak..nauzubillah...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Menjauhkan diri dari fitnah dunia itulah sebaiknya..

Miecyber berkata...

Janganlah bila keluar rumah jer ber make up tetapi bila kat rumah..sempundai jer...


Jet Li jadi warga Singapura

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Bersolek pada yang berhak.

Tapi kebersihan dan kerapian perlu di mana-manakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Akak sihat, terima kasih. Semoga Abd Razak juga berada dalam sihat sentiasa.

Yer betul tu, elakkan selagi termampu mana yang dilarang oleh syariat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Selalu kejadian sebaliknya berlaku. Akak tak kata orang, akak pun termasuk dalam golongan tu juga. Cuba berubah sedikit-sedikit.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Biarlah kita tidak berhias untuk orang lain kan.