Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 16 Januari 2011

Kerana Pulut



Pagi tadi kami breakfast di salah satu restoran feveret di Shah Alam. Semenjak tak sihat ni, inilah pertama kali ke sini.

Wah, ada pulut kuning dan rendang. Feveret ni. Tapi orang kata makan pulut boleh melemahkan badan dan tidak bagus untuk orang-orang yang tak sihat. Terutama bagi ibu-ibu sedang mengandung. Tak tau sejauh mana kebenaran kata-kata tu. Mungkin terpulang kepada penerimaan badan masing-masing. Jadi saya jamah sikit sajerlah.

Tapi ada juga yang cerita tentang 'advantage'nya. Mereka kata kalau rajin makan pulut boleh menghaluskan kulit. Kulit jadi cantik macam kebanyakan orang Siam. Orang siam suka makan pulut. Wallahu’alam betul tidaknya… tu yang saya dengar la.

Masa kecik-kecik dulu, sebagai sarapan pagi, saya suka sangat makan pulut digaul dengan kelapa. Kelapa tu pula dimasukkan sedikit garam dan gula. Untuk menyedapkan lagi pulut gaul kelapa ni, dimakan pulak dengan ikan panggang.

Sehingga sekarang pulut gaul kelapa dengan ikan panggang masih menjadi kegemaran orang-orang ditempat saya. Kalau rasa teringin, saya masak juga masakan ini. Selalunya saya akan lawan dengan ikan terobok panggang.

PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan

Makan daging
Memakai haruman
Kerap mandi
Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

Banyak berkelamin (bersetubuh)
Selalu cemas
Banyak minum air ketika makan
Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

Duduk mengadap kiblat
Bercelak sebelum tidur
Memandang yang hijau
Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

Memandang najis
Melihat orang dibunuh
Melihat kemaluan
Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

Tidak banyak berbual kosong
Rajin bersugi (gosok gigi)
Bercakap dengan orang soleh
Bergaul dengan para ulama

4 Cara Tidur

1. Tidur para Nabi - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit danbumi.
2. Tidur Para Ulama'& Ahli Ibadah - Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur Para-para Raja Yang Haloba - Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur Syaitan - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

13 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam, salah satu makananan kegemaran auntie adalah pulut..

kakpah berkata...

semalam kakpah jamu staff dengan pulut kuning dengan rendang. Saja.. sempena kelahiran cucu. Tapi kakpah sendiri tak berani makan banyak. Ambil sikit je sebab macam yang ani cakap tu lah.. takut lemah-lemah. Orang dah baya2 kita ni kena jaga2 gak pemakanan.

Miecyber berkata...

Saya pun suka makan pulut...

Tips berguna mengenai kesihatan..thanks Kak Nim


Persib Bandung nak beli Safee Sali

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sihat dan dalam redha Allah...

Asalnya semua makanan baik jika diambil secara sederhana.. ikut qadar/sukatan yang telah ditetapkan untuk kita.. tapi yang jadi mudarat tu bila kita ambil berlebihan.

Insan Marhaen berkata...

wow..pulut memang kegemaran IM walaupun selepas itu IM akan drive long distance

luahfikiran berkata...

SALAM,
OH, BANYAK TIPS YANG DIBERIKAN. YANG BARU DENGAR PUN ADA. TKASIH

endiem berkata...

Salam..
tq .. keran kongsi maklumat dan tip.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Semoga kakak sihat hendaknya..

Saya memang suka makan pulut tapi pernah terbaca ianya boleh menggemukkan badan...

sahromnasrudin berkata...

assamualaikum kak..sy tak berapa gemar pulut..berangin kan..makan nasik juga yg sedap hehehehehe

si para para berkata...

pulut biasa akan melemahkan badan..tu orang tua2 cakap.hehe

tu pulut gaul nyor kan.hehe
teringat masa sekolah dulu.
ada satu tempat.bawak duit seringgit.
panjat pagar asrama semata mata nk makan pulut gaul nyor.
pulut 50sen..air teh o panas 30sen. kerepok 20sen.
tapi skrng dah x boleh.
semua harga barang dah mahal2..
kenangan tetap menjadi kenangan.hehe


empat perkara yg patut kita amal..

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam

Marina - Terima kasih singgah. Saya pun suka makan pulut.

Kak Pah - Best yer dapat jamu staf tanda kesyukuran. Semoga cucu kak pah sihat selalu.

Mie - samalah kita, pulut salah satu kegemaran. Tapi masa dulu tak jadi apa-apa makan banyak mana pun pulut, mungkin masa tu masih muda.

Kak Werdah - Alhamdulillah saya sihat. Semoga kak werdah begitu juga.

Betul tu kak, bersederhana dalam segala hal termasuk makan adalah cara terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam:

IM - mengantuk yer. He he jadi kena tengok hari cuti baru boleh makan pulut yer

LF - Alhamdulillah jika info ini memberi manfaat kepada kita

Endiem - sama-sama.

Abdul Razak - Betul juga, makan pulut boleh gemak sebab dia jenis berkanji, mesti kaborhairatnya tinggi.

Sahrom - Memang ada orang kena makan nasik walaupun sudah makan benda2 lain. Macam kak ani, mesti makan nasi dalam sehari walaupun sedikit.

Para - memang inilah pulut gaul nyor. Sedapnya kalau pulut tu dapat dimasak dengan air kelapa muda dan kelapanya kita parut untuk makan dengan pulut tu.

Di sini susah nak dapat kelapa muda untuk diparut makan dengan pulut, paling boleh pun beli kelapa parut di kedai dan minta diparut yang atas saja (yang putih).

nafiqah berkata...

Salam kak, akak makan kat mana tu? Punyailah saya scroll tp x jumpa pon. Hehe. Semoga akak sihat selalu.