Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 19 Januari 2011

Ampunkan Aku



Ya Tuhan
Limpahkanlah Hatiku
Dengan Belas Kasih MU
Pada Waktu Siang Dan Malam
Juga di Pagi dan Petang
Silih Berganti

Tidak Terlewat Dalam Hatiku
Waktu Aku Tidur Atau Jaga
kecuali Mengingati Nama MU
Antara Nyawa dan Nafasku

Kau telah masukkan Kedalam hatiku
Sebuah Gagasan
Bahawa Engkau Maha Suci

Telah Banyak Dosa Ku Perbuat
Dan Engkau Maha Mengetahui
Namun
Pada Saat Petang Menjelang
Dan Pagi Pun Datang
Aku Masih Juga Membuat Dosa

Pimpinlah Aku Ya Tuhan
Ke Jalan Yang Telah Ditempuh
Oleh Hamba-hamba MU yang Sholeh
Dan Jangan Sesatkan Aku
Dalam Mengikuti
Jejak Agama MU

Bimbinglah Aku Di Dunia Ini
Juga Di Akhirat Kelak
Cerahkanlah Wajahku
Pada Saat Orang-orang Bermuka Masam


24 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

MOga kakak sihat hendaknya..

Indahnya doa permintaan Imam As-Syafiee

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
terharu sy baca doa ni...

smoga kak ani sehat sejahtera & sediakala seperti selalu...

sy nak copy doa nih ye kak ani...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah, terima kasih atas doa Abd Razak tu, Amin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Alhamdulillah, akak dah beransur sihat.

Silalah copy. Kita kongsi bersama.

Miecyber berkata...

Aaaminn...

BlackBerry halang laman web lucah di Indonesia

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Doa merupakan senjata orang yang beriman. Perbanyakkan doa agar diri sentiasa dekat denganNya.

TQ

si para para berkata...

kata kata yang indah,
dari hati yang cerah.

mohdandmeriam berkata...

Asmlkm Nim,agak lama kakyam tak singgah,lapppy buat hal..apa khabar didoakan nim sihat selalu.Terima kasih berkongsi doa tu,bolehlah kita ikut kan..

kakpah berkata...

amin......
Sebelum tidur kita berdoa supaya sebaik mata celik keesokan harinya jika dipanjangkan umur, kita tidak membuat sebarang dosa sehingga mata pejam kembali keesokan malam. Tapi ada masanya kita buat juga kesalahan samaada sedar atau tidak.
YaAllah..pimpinlah kami sebelum kami pergi menghadapMU.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

InsyaAllah, Allah makhbulkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaalaikumussalam P@P.

Doa boleh menghindarkan sesuatu yang telah ditakdirkan. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Kata-kata yang lahir dari orang yang bijak dan beriman, memang indah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Saya Alhamdulillah. Mudah2an kan yang dan abang mad sihat juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Betul sekali apa yang Kak Pah coretkan tu. Kadang2 kita membuat dosa tanpa kita sedar. Mudah2an Allah mengampunkan dosa yang tak disengajakan tu.

Insan Marhaen berkata...

tumpang mengaminkan.

Kamsiah berkata...

salam
ALLAH maha pengampun lg maha penyayang...selagi kita tak menyekutukanNYA...INSYA ALLAH dia akan memberi ampun...\
Nabi yg maksum pun sentiasa memohon keampunan..apatah lg kita yg bergelumang dosa setiap hari

kakcik berkata...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Indahnya doa ini.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

sy aminkan doa kak ini..semoga segalanya dipemudahkan

Kakzakie berkata...

As-salam...
Syukur menikmati bait-bait indah...

Kakak sedang dlm proses membaca buku novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib - Imam Syafie Pejuang Kebenaran (RM 24/-) Sangat indah bahasa puisinya pun ada.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Chik'

Terima kasih sudi singgah blog saya.

Semoga ikhwah kita berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Terima kasih aminkan doa kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Yer Allah sentiasa mengampunkan kita hambanya selagi kita memohon ampun dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang bertentangan dengan suruhannya.

Semoga kita semua dalam rahmatNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Kakzakie,

Terima kasih sudi singgah di blog akak ni. Semoga ukhwah sesama kita berpanjangan.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Sungguh indah bahasa doanya.. semoga kita dapat mengikutinya dalam bredoa dan dapat khusyuk.. amiin