Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 5 Januari 2011

Al Kisah Pada New Year's Eve



Assalamualaikum kepada semua yang singgah di blog saya ni. Mudah-mudahan ada yang singgah. Hii

Mungkin agak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru pada rakan-rakan bloger semua. Tapi tak aperlah, semoga di tahun baru ini, kita semua diberikan Allah keberkatan dan kasih sayangNYA sebagaimana tahun-tahun yang terdahulu.

Di mana saya pada New Year's Eve baru-baru ni??.

Allah menguji saya lagi diambang tahun baru 2011. Saya terlantar dalam wad di salah satu Pusat Perubatan di Shah Alam.

Alkisahnya, dua tiga hari sebelum tu, saya dah demam-demam dan selsema serta batuk-batuk. Malas nak jumpa doktor. Jadi saya ambik saja ubat demam, ubat selsema dan ubat batuk yang sedia ada di rumah. Dan demam tu pun sekejap hilang, sekejap datang balik. Begitulah sehingga 3 hari.

Masuk hari ketiga demam, saya tak tahan lagi. Akhirnya saya ke Pusat Perubatan yang selalu saya kunjungi bila sakit di Shah Alam ni. Kata doktor, saya kena selsema yang teruk. Saya diberi ubat demam, ubat selsema, ubat batuk dan antibiotik untuk selama 3 hari. Pesan doktor "3 hari tak baik datang balik".

3 hari berlalu. Sepanjang 3 hari itu, demam, selsema dan batuk tidak berkurang malah makin teruk diikuti seakan-akan saya terkena asma. Dada terasa panas dan sakit bila batuk. Genap 3 hari pada tarikh doktor pesan tu, iaitu pada pagi 31 Disember 2010, saya sekali lagi ke pusat perubatan tersebut. Ketika ini, saya dah seakan-akan sesak nafas. Periksa punya periksa, termasuk x-ray. Doktor kata 'jangkitan kuman di paru-paru". Masuk wadlah saya.

Di wad macam-macam 'test' dibuat. Keputusannya 'gula tinggi, bp tinggi, dan paru-paru dijangkiti kuman yang no 6 teratas merbahaya. Tak payahlah saya sebut kuman tu. Mulai saat itu, tangan, lengan menjadi mangsa untuk diambik darah, dimasukkan ubat dan macam-macam lagi. Aduss, sakitnya Allahlah yang tahu, tapi nak buat macam mana sabar sajalah. Begitulah saya selama 5 hari.

Akhirnya Alhamdulillah, tengahari semalam, berbekalkan antibiotik, saya dibenarkan balik. Pesan doktor yang sedikit melemahkan semangat saya "untuk tempoh 2 minggu, puan tak boleh ke tempat 'public' sebab ketahanan badan puan terlalu rendah. Nanti puan akan dihinggapi penyakit-penyakit lain pula."

Pada Allah saya memohon, semoga Allah berikan saya kesihatan dan semangat untuk meneruskan hidup yang masih tersisa ini. Aminnnnnnnn

Rasanya saya tahu di mana saya dapat 'jangkitan kuman ini'. Bila saya sihat betul-betul nanti akan saya coretkan di sini. Nampak benar ketahanan badan saya terlalu rendah.

Oh ya, semasa saya di wad, saya dapat tahu anak Aby juga bermalam di hospital kerana anak bongsunya terkena serangan asma. Semoga anak Aby bertambah baik sekarang.

15 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam, Get well soon yea..

endiem berkata...

Salam... semoga sihat selalu.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Moga kakak sihat hendaknya masa ni. Moga dengan ujian itu terhapuslah segala dosa-dosa kakak...

Berihatlah ya kak!

Miecyber berkata...

Semuga Kak Nim pulih segera...


Presiden Mahmoud Ahmedinejad lelong kereta peribadi demi rakyat

aby berkata...

salam k hanim,
semoga k hanim cepat sembuh. fitrah manusia yg sakit adalah sebhagian dari kehidupan.
wak pun tido kt wad pd malam ahad dan malam isnin tu. mcm k hanim tulis, hero wak kene ashma lg. jenuh juge berjaga ke wad tu, wad kanak2 yg hampir semua yg temankan anak2 yg ade kt sane adalah ibunye, tp anak wak, yg teman adalah ayahnye ..alhamdullillah semlm anak wak dapat bersekolah ...

apepun get well soon ....

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Kak tertanya-tanya juga kenapa lama Ani tak menulis.. Semoga Ani diberikan kekuatan dan kesembuhan yang tidak ada sakit lagi.. Amiin

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marina,

Terima kasih sudi singgah dan terima kasih doakan saya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem,

Terima kasih di atas doa tu untuk saya. Semoga Allah juga memberi kesihatan yang baik kepada endiem sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah dan banyak perubahannya walaupun badan masih terasa lemah sedikit.

Itulah juga doa saya semoga sakit yang diberi menjadi kifarah pada dosa-dosa saya.

Semoga Abd Razak juga berada dalam keadaan yang sihat juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Terima kasih di atas doa Mie.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Begitulah kita. Perjalanan kehidupan yang telah Allah tentukan dan atur untuk kita.

Alhamdulillah anak wak dah ke sekolah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak berada dalam kesihatan yang baik.

Ketika diuji Allah dengan sakit ni sebenarnya banyaklah juga perkara yang dirancangkan tertangguh.

Semoga Allah tabahkan hati saya.

Miecyber berkata...

Harap harap Kak Nim bertambah sihat ari nie...

Talian Nur

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie, InsyaAllah

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak...

Saya doakan akak gar sejahtera selalu. Sentiasa mendapat rahmat-Nya. Semoga ujian yang datang itu boleh membenihkan kesabaran di hati kita.

InsyaAllah kesabaran itu akan menjadikan kita lebih dekat dan akrab dengan-Nya.