Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 24 Disember 2010

Tahniah Calon PMR 2010



Saya tumpang gembira bila mendapat tahu 30,863 calon PMR mendapat A dalam semua subjek. Wah tahniah!, tahniah pada semua mereka ni.

Nak ucap tahniah juga pada guru-guru yang telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu yang ada untuk melihat anak bangsa berjaya.

Tahniah juga kepada ibubapa di atas pengorbanan dari segala segi, duit ringgit, tenaga dan yang paling penting 'doa' supaya anak berjaya. Berbaloilah nampaknya semua usaha dan doa selama ini.

Kepada anak-anak yang tidak mendapat semua A pun tidak bermakna mereka kurang bijak cuma kadang-kadang masa dan keadaan juga memainkan peranannya. Apa pun semoga terus berusaha dan berjaya dalam SPM pulak.

AWARD DARI SIS TINIE




Award yang cantik di atas tu adalah pemberian Sis Tinie dari Blog Cetusan Minda. Terima kasih Sis Tinie sudi memberikan award yang cantik ni kepada saya.

Sambil tu nak ucapkan tahniah juga kepada Sis Tinie kerana dah ada 200 orang rakan blogger yang mengikuti blog Sis tinie. Blog yang cantik dan banyak petua-petua serta maklumat-maklumat yang berguna sentiasa tertera di blog Cetusan Minda. Begitu juga gambar-gambar yang dimasukkan di blog tersebut juga cantik-cantik belaka. Semoga terus berjaya dan semoga ukhwah antara kita semua berkekalan selama-lamanya.

Khamis, 23 Disember 2010

Janganlah Marah



Salah ker kalau kita merasa marah.

Marah adalah salah satu dari fitrah manusia. Dari semenjak kecil lagi fitrah ni dah ada pada setiap orang. Perasaan marah bukan tak berguna. Ada gunanya, cuma marah biarlah secara wajar. Perasaan ini sangat berguna untuk menjaga maruah diri, agama dan negara. Kalau orang dah menceroboh maruah kita, keluarga kita, kita masih juga bersabar tanpa rasa marah sikit pun, hai!! silap-silap kita dianggap pengecut dan dayus kerana kita sabar tidak kena pada tempatnya.

Sungguhpun sikap marah tu dah fitrah kita sebagai manusia tapi seboleh-bolehnya kita jangan biarkan marah menguasai diri. Selalunya seorang pemarah mudah sangat tersinggung. Kawan-kawan tersilap cakap atau bergurau pun boleh menjadikan kita marah. Apa yang dibimbangkan, takut-takut perasaan marah yang disimpan akan bertukar menjadi dendam dan akan membawa padah pada kita sendiri dan pada orang yang kita marah.

Kemarahan yang tidak dapat dikawal juga merupakan salah satu sifat tercela pada kita. Rasulullah s.a.w begitu melarang umatnya menghias diri mereka dengan sifat marah. Sabda Baginda, maksudnya "Dari Abu Hurairah bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w "berikan wasiat kepada aku", Sahut Nabi "Janganlah engkau marah". Kemudian orang itu mengulangi beberapa kali, Sabda Baginda "Janganlah engkau marah" - HR:Bukhari.

Hadisnya ini menunjukkan betapa pentingnya mengawal kemarahan. Kita juga boleh kehilangan kawan, rumahtangga porak puranda dan yang paling ditakuti hubungi silatulrahim sesama islam akan terjejas.

Sebolehnya kita kawallah perasaan marah kita tu. Mengawal perasaan marah memerlukan kesabaran. InsyaAllah ianya boleh dikawal dengan mengikuti beberapa cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah. Dari Abu Dzar al-Ghifarri, beliau berkata bahawa, maksudnya Baginda Rasulullah pernah berkata kepada kami, "Apabila marah seseorang kamu yang sedang berdiri, maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya, kalau masih belum juga hilang, maka hendaklah ia berbaring."

Rasulullah juga ada bersabda, maksudnya, "bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu, maka hendaklah ia berwuduk".

InsyaAllah dengan mengikuti apa yang diajar oleh Rasulullah, kita sama-sama mencuba mengawal perasaan marah, tapi bukan menghapuskannya kerana perasaan marah ini juga perlu ada pada kita.

Kita juga kena ingat bahawa setiap kelemahan dan kesilapan yang berlaku pada kita adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah hingga lupa diri.

Kita kena ingat orang lain juga seperti kita tidak suka dimarah kalau pun kita bersalah. Berbanyak-kanlah beristighfar. itulah senjata orang2 mukmin.

Rabu, 22 Disember 2010

Aduhai Harrier....



Wah cantiknya toyota harrier. Saya nak beli ker. Hajat ada, tapi......... Bak kata orang nafsu ada, kemampuan tak ada.

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal kereta toyota harrier. Tapi nak cerita tentang salah seorang pemilik kereta ni.

Bila fikir-fikir rasa kesian. Kesian pada orang yang membuat dan orang yang kena buat (wah macam belajar bahasa pulak).

Alkisahnya, pagi tadi saya ke Pejabat TNB untuk bayar bill eletrik bulan ni. Selalunya saya bayar secara 'online' tapi bulan ni memandangkan lambat sikit bayar, takut kena potong bekalan pulak, jadi saya bayar terus di pejabat TNB, Shah Alam.

Nasib baik disini ada kaunter bayaran 'drive through' (betul tak ejaan ni). Jadi rajinlah juga tolong bayar bill TNB sebab tak perlu turun kereta. Hemm itulah bodi makin tembam ni. Malas nak bergerak. Lagi pun alasan yang samalah. Sakit lutut.

Ok nak sambung cerita yang membabitkan toyota harrier ni. Tadi masa tiba di TNB, ada 3 buah kereta beratur dilaluan 'drive through'. Jadi saya yang ke-4. Bergerak-bergerak akhirnya, saya sudah berada di belakang kereta yang sedang membayar bill. Tiba-tiba saya dengar ada orang hon, saya tengok ke belakang, sebuah kereta toyota harrier hitam sedang menghimpit dan menghon saya supaya lebih kedepan untuk membolehkan dia mencelah 'in between' kereta saya dan kereta volvo di belakang saya.

Pemandunya seorang lelaki melayu berkaca mata hitam. Saya diam jer tak bergerak. Jahat jugak tu. Geram bila orang potong que. Lepas tu kedengaran bunyi hon-hon bertalu-talu dari belakang. Bila kereta depan bergerak keluar dari laluan, saya terus bergerak ke depan menghampiri kaunter bayaran. Ketika itu, saya jeling ke belakang, saya nampak kereta toyota harrier tu meluncur menghimpit di belakang kereta saya.

Sementara menunggu bayaran bill saya selesai, saya terbaca ditingkap kaunter tu satu notis tertulis 'orang yang potong que tidak akan dilayan'. Begitulah lebih kurang. Sebagai orang melayu dan beragama islam saya rasa malu dengan perangai pemandu harrier tu. Tak malunya 'selfish' macam tu. Tak 'gentleman' sungguh.

Bila urusan pembayaran selesai, saya bergerak dari situ. Hon-hon dari kereta yang beratur makin kuat bunyinya. Saya tak tahu apa berlaku selepas itu.............. Saya rasa kerani dikaunter bayaran tu pun tak berani nak 'tidak akan dilayan' tuan punya harrier tu, mungkin free jer kena maki.

Semoga Allah berikan kesedaran dihati hamba Allah itu..........Amin

Saya terus bergerak ke Masjid Negeri untuk mendaftar kelas Bahasa Arab Lanjutan selama setahun lagi yang tarikh tutup pendaftaran pada 24 Disember 2010. Dah penghujung tahun 2010.

Ahad, 19 Disember 2010

Mencintai Tak Bererti Kita Memiliki


Janganlah kau angkuh melaungkan
Si dia kepunyaan mu
Atau kau kepunyaan si dia
Kerana hakikatnya
Kita tidak pernah memiliki sesiapa
Walau sekeping hati seorang insan
Tidakkah kau sedar
Hukum alam menyatakan
Mencintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
Berlakon di pentas dunia
Dan bertopeng menutup rahsia
Tetapi hati
Tidak pernah berdusta pada empunya
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
Mungkin si dia melafazkan
Ungkapan cinta pada mu
Tetapi hati dan perasaannya
Tidak pernah berniat begitu
Dia hanya berselindung
Di sebalik sejuta alasan
Dan kau
Begitu jujur dan setia mencintainya
Sehingga terlupa
Hukum alam menyatakan
Mencintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya
"Aku tidak pernah memiliki diri mu"
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku"
Mengertilah
Kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
Kecuali Dia
Dia mengasihi hamba-Nya
Dia memiliki hamba-Nya
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali



Nukiran Blog Tatapan Rohani

Khamis, 16 Disember 2010

Penawar Dari Makanan

Bila masak kari atau masak asam, terbayang sayur bendi yang segar dan begitu sedap dimasukkan dalam kuah asam atau kuah kari kitakan. Begitu juga bila goreng mee atau bihun sedap kalau dimasukkan daun kucai. Bila masak sayur campur, lobak dan brocoli selalu dicampur sekali bersama sayur-sayur yang lain. Begitu juga dengan strawberi, kita menikmati rasanya yang masam manis, tapi sedikit yang tahu ianya juga berkhasiat.

Rupanya sayur-sayuran dan buah-buah ni selain mengandungi zat-zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan ia juga boleh jadi penawar kepada sesetengah penyakit.

Maklumat ini saya temui ketika mebelek sebuah buku lama yang saya temui dalam almari buku dirumah. Barulah saya tahu rupanya sayur-sayuran yang selain sedap dimakan ni juga boleh menjadi penawar yang baik bagi sesetengah penyakit. Maha Kaya Allah menjadikan semua ciptaanNYA berguna kepada satu sama lain.


Lobak Merak - Bersihkan Sistem Penghadaman


Lobak merah sedap dimakan sebagai ulam atau dimasak. Selain sedap ia juga mempunyai banyak khasiat, contohnya ia baik untuk penglihatan kita. Ia juga baik untuk diet kita seharian bagi memastikan kesihatan kita kekal di tahap yang uptimum. Lobak merah mengandungi serat dan karotena iaitu sejenis vitamin A yang boleh membersihkan sistem penghadaman serta membuang lemak dengan cepat.


Brokoli - Memudahkan Pernafasan


Berdasarkan kajian oleh penyelidikan dari Universiti California, brocoli boleh melindungi saluran pernafasan daripada alergen dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem antikeradangan semula jadi. Ia juga mengandungi vitamin C dalam jumlah yang lebih banyak daripada jeruk. Kandungan kalsium brokoli juga lebih besar dibandingkan segelas susu, dan brokoli juga mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum.


Pisang - Redakan Stress


Pisang boleh meredakan stress. Bila rasa tertekan cuba makan sebiji pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14g gula, sebiji pisang boleh mengenyangkan kita disamping meningkatkan paras gula dalam darah. Ia juga mengadungi 30% daripada jumlah vitamin B6 yang diperlukan tubuh dalam sehari yang membantu otak merembeskan serotonin iaitu hormon yang membolehkan kita menghadapi krisis dengan tenang.


Strawberi - Ubat Luka Dan Kudis


Strawberi selain dari mempunyai rasa yang sedap ia juga boleh digunakan dalam perubatan tradisional . Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik untuk menjaga kesihatan kulit. Daunnya boleh direbus dan diambil air rebusannya untuk digunakan bagi mencuci dan mengubati kudis ataupun luka. Daun strawberi yang telah direbus boleh ditampal kebahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.



Kucai - Ubati Masalah Wanita


Daun kucai mengandungi vitamin B, C, korotena dan komponen belerang yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Kucai selain boleh dimakan sebagai sayur daunnya juga boleh ditumbuk lumat dan dicampur air panas lalu diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut


Bendi - Bantu Perkembangan Otak


Bendi mengandungi 2% protin, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.

Rabu, 15 Disember 2010

Eh Kau Buek Apo!!



Pagi tadi, pagi-pagi lagi kami dah tercegak didepan Pejabat Penghataran Barang KTM di Kelang. Sekembalinya dari situ, Tiba di Shah Alam, kami 4 bercucu singgah di Restoran Jayati untuk sarapan pagi. Semenjak cuti sekolah ni, tiap-tiap pagi Izati dan Eresya dihantar oleh mamanya kerumah saya.

Sedang menikmati makanan tiba-tiba ada orang tepuk belakang hasben saya. Bila hasben saya dongak jer, wah gelak besar dia, terus bangun dan bersalam. Yang perempuan datang kearah saya dan menghulur salam. Mereka berempat semuanya.

Seperti biasa soalan cepu mas pun terkeluar "buat aper sekarang". Jawapan suami saya juga macam biasa "macam nilah, jalan-jalan, makan". Mereka semua gelak, saya sengeh jerlah kerana tak berapa kenal mereka tapi dah agak mesti member hasben saya. Akhirnya mereka duduk di meja bersebelahan meja saya. Sambil makan sambil bertanya khabar kawan-kawan yang lain. Begitulah biasanya. Kadang-kadang ada kisah sedih, ada kawan dah meninggal, kawan sakit tenat dan ada juga kawan ni nak kawinkan anak dan macam-macam lagi cerita sensasi mereka.

Selalunya sesi jumpa kawan lama ni akan berakhir dengan 'siapa belanja siapa'. Selalunya tengok siapa yang selesai makan dulu, selalunya orang itulah yang akan belanja. Itu yang buat suami saya tak sedap nak selalu ke sini, bukan sayang nak belanja orang tapi tak seronok dibelanja selalu.

Mereka belanja kami mungkin kerana kami dah pencen Sedangkan dia orang masih bekerja. Untuk mengelak dibelanja, selalunya kami makan segera dan bayar cepat. Pada masa yang sama belanja mereka pulak. 'Give and take' kata orang putih. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki mereka dan rezeki kami.

Sesi pagi ni berakhir dengan kami pulak di'belanja' oleh mereka. Makan dengan cucu-cucu mana boleh makan cepat. Macam-macam kerenah dan kehendak mereka nak kena layan. Terima kasihlah belanja kami.

Macam lyric lagu Ito ni. Seronok bunyinya bila dia jumpa kawan lama.

Khamis, 9 Disember 2010

Salah Ker Aku


'monk' hisap rokok, sumber google


Hari Ahad minggu lepas, sedang saya makan tengahari bersama hasben disalah sebuah restoran di Kompleks PKNS, saya didatangi oleh seorang Tok Sami (monk) meminta saya memberi sedikit sumbangan. Itu fahaman saya melalui 'body language'nya yang menadah mangkok tu, sedangkan bahasa yang diucap sepatah haram pun saya tak faham.

Saya tak beri pun 'derma' pada dia. Sebab saya tengok satunya dia bukan orang melayu/islam, dia pulak 'monk' melalui pakaiannya. Dia pun pakai pakaian bersih dan elok dan yang paling mustahak saya tak tahu sama ada dia meminta untuk mengisi perutnya atau mengisi tabung 'agamanya'. Jadi daripada hati berkata-kata saya buat keputusan tidak mahu 'beri' sesen pun.

Bukan saya kedekut. Saya pernah beri 'derma' kepada orang yang berpakaian begini bila dia beritahu saya dia lapar. Jadi saya beri kepada 'orang ni' atas dasar kemanusiaan kerana dia lapar, bukan untuk 'tabungnya'.

Ada juga saya terbaca tak lama dulu dalam sebuah akhbar, tapi dah lupa nama surat khabar tu, Persatuan 'monk' Malaysia ada menyebut yang ramai ahli mereka ni mengambil kesempatan untuk meminta 'derma'. Jadi betullah apa yang saya buat.

Yang nak saya ceritakan ialah, selepas melihat saya tidak respon pada si'monk' ni, orang disebelah saya, mungkin sekeluarga, emak bertudung labuh, ayah berkupiah, telah berbisik sesama mereka, yang dapat saya dengar dengan jelas, satu persatu perkataan yang dipertuturkan. Si ibu berbisik kepada anak lelakinya yang paling besar (dalam usia awal 20'an)

"beri, beri, sediakan duit, beri pada orang tu",

Dan saya nampak si anak cepat-cepat sediakan duit beberapa ringgit di atas meja menunggu si'monk' yang masih berada dekat meja saya tu datang ke meja mereka.

Mungkin si'monk' tu nampak reaksi mereka. Dia terus beredar ke meja berkenaan. Tiba jer di meja tu, si anak terus memberi duit yang telah disediakan.

Perbuatan ini menjadikan saya keliru. Tidak wajarkah tindakan saya tidak memberi apa-apa kepada si'monk' tu. Saya tidak mahu memberi kerana tidak mahu bersubahat dengan penggunaan duit yang saya 'dermakan' itu. Saya merasa tidak wajar 'menderma' pada si'monk' ni. Saya tak kedekut atau terkilan kalau 'derma' tu jatuh pada orang 'muslim'. 'Muslim' tu jujur atau tidak dengan alasan yang diberi, biar Allah yang menentukan.

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1423



Assalamualaikum pada semua rakan blogger yang sudi singgah di sini. Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga Allah melimpah rahmatnya kepada kita semua tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Maaf andai ada yang tersinggung hati rakan-rakan ketika kita sama-sama memeriahkan blog-blog kita.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dapat saya berblog hari ini setelah agak lama tidak kembali kesini. Banyak berlaku perkara-perkara yang telah tidak memberi ruang kepada saya untuk berblog. Maaf saya pohon pada rakan-rakan blogger kerana sudah lama tidak menziarahi rumah rakan-rakan semua.

Masa berlari begitu pantas. Kini kita berada di hari pertama bulan Muharram 1432H. Bulan Muharam sebagaimana kita tahu merupakan permulaan bagi Kalendar Hijriah. Alhamdulillah syukur di atas pemberian Allah Subhanahuwataala kerana mengizinkan kita bernafas lagi di bulan yang mulia ini.

Nampaknya bertambahlah setahun lagi usia kita. Semakin dekatlah masa kita akan dijemput menemuiNYA. Syukur, Allah masih memberi kita ruang dan kesempatan untuk kita bertaubat, memperbaiki kesalahan yang kita perbuat dan menambah amal sholeh kita sebagai bekal menghadapNYA.

Sedangkan ada antara mereka yang kita kenali dan kasihi sudah tidak ada lagi di bersama kita menyambut Maal Hijrah tahun. Walaupun begitu diingatan masih terpahat wajah sahabat handai, saudara mara yang dekat dan jauh yang telah hidup bersama kami pada tahun-tahun yang lalu. Terbayang diruang mata gurau senda, senyum tangis ketika bersama mereka. Masih terdengar nasihat dan pujukan yang pernah menenangkan hati ketika sedang berduka dan ketika musibah menimpa. Mereka sudah dijemput menghadap Pencipta kita, Allah Suhanahu wa ta’ala. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka ini.

Petang semalam, Alhamdulillah saya diberikan ruang dan kesempatan oleh Allah untuk bersama umat islam yang lain mengaminkan doa akhir tahun dan awal tahun yang dibuat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau yang lebih dikenali sabagai Masjid Negeri.

Selepas sholat asar telah diadakan Forum Perdana yang ahli panelnya terdiri dari orang-orang yang dikenali dalam masyarakat kita. Diforum tersebut ahli panel telah mengingatkan semula tentang peristiwa-peristiwa penting bagi umat Islam terutamanya sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. dari kota Makkah al-Mukarramah ke kota Madinah al-Munawwarah yang akhirnya telah membawa kepada kecemerlangan umat Islam.

Antaranya peristiwa-peristiwa penting yang terjadi dalam bulan Muharam:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.


Selepas sholat isyak dilancarkan program 'Maal Hijrah 1432' peringkat negeri Selangor yang dirasmikan oleh Adinda Sultan Selangor. Acara ini sebenar tidak ada dalam pengetahuan saya. Dan acara kemuncak ialah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor yang dianugerahkan kepada Yang Mulia Dato' Dr. Harun Din.

Selamat menjalankan ibadat dalam bulan yang mulia ini seperti Sabda Rasulullah SAW;

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa. Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka Allah anugerahkan pahala 10000 ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10000 syuhada (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10000 pahala Haji dan Umrah. Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka Allah melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut. Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram".

Rasulullah saw juga ada bersabda maksudnya “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)