Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 16 November 2010

Sebatan Syariah

Jom kita kongsi pengalaman dari seseorang yang menyaksikan sendiri apa yang diceritakan di bawah ini. Saya telah meminta izin dari beliau untuk saya kongsi pengalaman beliau yang dicatatkan dalam blognya dengan kawan2 blogger semua.



"Banyak kali dah,cubaan untuk hadir melihat sendiri sebatan kepada pesalah jenayah syariah khususnya kesalahan minum arak telah terhalang. Selalunya ada je halangan seperti tugas ditenpat lain , sebatan tak jadi ataupun hukuman dsebat ditukar kepada hukuman lain.Hari ini,bersama hakim yang menjatuhkan hukuman,kami menyaksikan sendiri hukuman dijalankan di Penjara Penur.

Sekitar jam 9.45 pagi, kami sampai dan terus dibawa ke bilik Pengarah Penjara (Tn Abu), sedikit perkenalan dan menulis buku lawatan, 10 minit kemudian terus di bawa ke tempat sebatan,semua pelawat dikehendaki menyerahkan apa jua(termasuk beg duit, HP, dan lain-lain ditempat simpanan selamat penjara.Setelah proses tersebut kami terus masuk(bilik khas sebatan) dan duduk serta di beri taklimat ringkas. Di sana beberapa pegawai bertugas telah bersiap sedia,seorang Dr perubatan juga ada,dan telah memeriksa kesihatan pesakit dan pesalah disahkan sihat untuk jalani hukuman,kelihatan juga tukang sebat dengan lenggangan rotan tersarung kain warna hitam

Tepat jam 10 pagi, pegawai penjara melaporkan kepada Pengarah dan mohon keizinan untuk memulakan hukuman. Pesalah telah dibawa kehadapan,ditanya butiran ringkas data-data peribadi, setelah itu pesalah dibawa ke tempat sebat(tanpa diikat), berpakaian lengkap penjara, tangan dipegang oleh pegawai bertugas(takut dia guna untuk menahan sebatan),dan pandangan kepada penyebat dihalang.Badan dibongkokkan sedikit. Pegawai penjara memulakan arahan dengan menyebut jumlah sebatan(6 kali sebatan),dan hayunan dimulakan dengan hayunan yang ringan,tanpa melepasi bahu,serta sebatan dikenakan dibelakang pesalah 6 kali berturut,adalah sikit bunyi syuut ,sebatan syariah sememangnya jauh lebih ringan dari sebatan jenayah sivil. Pesalah kemudian sekali lagi diperiksa oleh Dr, kemudian dibebaskan.Kelihatan 6 rotan begitu ringan sekali hukumannya,malah lebih ringan dari `public caning` dek Guru Besor masa bebudak dulu hehehe

Kemudianya,tukang sebat dipanggil ke meja tetamu,dan kami meneliti sendiri rotan yang digunakan,hanya sebesar rotan yang dipakai oleh Tok Guru Ngaji Quran masa kecik dulu. Lebih kecil dari kelingking hehehehe. Rotannya licin (walaupun ada ruas) dan hujungnya di ikat rapat supaya tak pecah..simple je.. Kemudian kami beredar ke Kantin untuk makan minum..Tq Pihak Penjara, Pendakwaan JAIP.

Patutlah Allah dan Rasulnya menetapkan hukuman antara 40 sebatan ke 100 kali sebat,bukan sesekali mendera tapi untuk mendidik. dan merasakan sedikit kesakitan untuk pengajaran diri pesalah.Mudahan hukuman yang tidak setimpal ini pun, mufdahan menjadi detik pengajaran untuk berubah kepada pesalah tersebut. Aku mencadangkan pada penjara supaya pakaian yang dipakai oleh pesalah semasa sebatan di nipiskan lagi heheheheh. Penjara juga telah menyediakan penyebat wanita disemua penjara di Malaysia,dan hukuman akan datang aku cadangkan dibuat didewan besar atau Penjabat Mahkamah ini..pihak Penjara bersedia melakukan dimana saja arahan mahkamah untuk menyebat pesalah.

Tempat sebatan Sivil(pesalah diikat)-kena ikatlah kalau tidak lari berganti-ganti mamat tu



Cara Sebatan Sivil





So lihatlah perbezaannya..............makanya dimana justifikasi bantahan oleh NGOS. terhadap sebatan syariah(maaf tiada gambar-) melainkan hanya berdasarkan andaian, kejahilan dan rasa benci pada syariah itu sendiri. Itulah gambaranya sekadar untuk berkongsi dan mengembangkan fakta dan kenyataan bahawa sebatan syariah bukanlah seperti yang difikirkan oleh segelintir orang kat Malaysia ni.WA

*gambar-gambar ini diambil dari www.corpun.com.

Lusa Aildiladha



Get more Aidil Adha: Click here



Assalamualaikum rakan-rakan semua. Lamanya saya tak kembali ke sini. Memandangkan Aidiladha makin hampir saya jengok rumah ni dan singgah sekejap di rumah-rumah rakan-rakan serta blogger lain untuk membaca berita dan cerita dari kawan-kawan semua.

Sekarang ni, sahabat handai kita, saudara mara kita sedang wukuf di Arafah. Oleh itu marilah kita meriahkan suasana Aidiladha dengan takbir dan syukur kepada Allah SWT yang memberikan kejayaan kepada umat Islam menunaikan ibadah haji serta mengimbas kembali detik-detik pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya Nabi Ismail ketika diberi dugaan yang sangat berat dari Allah SWT lalu kita muhasabahkannya ke dalam diri kita.

Disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha untuk semua rakan blogger. Semoga Aidiladha kali ini dapat meningkatkan lagi cahaya keimanan kita seterusnya mendapat keberkatan/kemulian dari Allah dunia dan akhirat. Amin.

Khamis, 4 November 2010

Tak Betul Ker!!!



Hari ni satu hari yang memenatkan. Hari yang menguji kesabaran dan kelaparan.

Tadi jam 3.30 petang baru saya tiba di rumah. Pagi tadi jam 6.45 pagi saya dah bergerak dari Shah Alam menuju PPUM untuk temujanji dengan doktor.

Tiba di sana seawal 7.30 pagi. Iaitu mendapat nombor 26. "wah boleh balik awal ni". Seronok saya. Tunggu punya tunggu, jam 11.00 pagi nombor masih tak naik. Pelik. Terfikir mungkin doktor saya belum sampai.

Pesakit yang datang kemudian dah ramai masuk jumpa doktor. Dalam dok berkira-kira dan tertanya-tanya tu terdengar nama di panggil. Tak terus menyahut, nak dengar nurse tu panggil nama ayah dulu, takut silap orang. Bila tak ada orang respon, nurse tu panggil lagi nama beserta bintinya. Oh betullah saya.

Rupanya nurse tu nak tunjuk cara-cara menjaga kaki untuk pengidap diabetes. Sambil-sambil tu saya tanya jugak kenapa dah 2 jam lebih menunggu, nombor saya belum naik. Dia kata nanti dia tolong semak. Semak punya semak rupanya folder saya belum sampai.
Sabar jerlah, ujian untuk saya.

Selesai mendengar ceramah nurse tentang penjagaan kaki, nama saya dipanggil untuk jumpa doktor.

Begitu begini, mana menunggu ubatnya, mana membeli ubat yang tak ada di farmasi PPUM,jam dah pukul 1.30 tengahari. Semenjak pagi satu makanan tak masuk dalam perut. Nasib baik tak hypo.

Sebelum balik, di bangunan letak kereta, ada 'food court'. Makanlah juga mengalas perut. Masukkan jer makanan, perut terus buat hal. Cepat-cepat saya tuju ke tandas yang berdekatan.

Ketika nak masuk tandas, ternampak seorang lelaki cina dalam lingkungan usia 40an sedang mencuci tangan di sink tandas berkenaan. Berdetak di hati "eh aku silap ker", saya dongak pada pintu tandas tu, "eh betul, tulis tandas perempuan". Saya terus tunggu di luar tak mahu masuk sebab saya fikir mungkin orang itu sedang membaiki tandas. Tapi smartnya dia berpakaian, orangnya nampak 'educated'. Tak aperlah fikir saya, saya tunggulah sehingga dia keluar dulu.

Tak berapa lama lelaki tu keluar dan bertanya pada saya "eh tak betul ker", saya faham maksudnya, saya tunjuk pada tanda di pintu sambil senyum. Dengan malu-malu dia beritahu saya "minta maaf". Saya angguk.

Selesai urusan di tandas, saya keluar. Saya nampak lelaki cina tadi. Dia mendekati saya dan berkata "puan, saya minta maaf tadi, saya rasa saya dah tengok betul2. malu saya." Saya jawab "tak aper, dah tersilap, mungkin 'skirt' perempuan dalam gambar tu kena kembangkan lagi supaya lebih jelas gambar 'perempuan". Dia angguk dan berjalan beriringan dengan saya sehingga saya tiba ditempat bayar parking kereta dan dia terus menuju ke arah Klinik Keluarga setelah memberitahu saya dia hendak beredar.

Pengajarannya, walaupun 'emergency', masih kena berhati-hati, bukan saja di jalanraya tapi di mana-mana saja.

Rabu, 3 November 2010

Bencana Letusan Gunung Merapi dan Tsunami




Gunung Merapi


YOGYAKARTA: Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau.

Letusan baru itu dilaporkan ketika Indonesia turut bertungkus lumus menangani kesan tsunami dengan dua bencana itu mengorbankan hampir 500 penduduk menyebabkan tentera turut membantu.

Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu.

Penduduk yang berada di khemah perlindungan sementara beberapa kilometer jauhnya turut lari mencari tempat lebih selamat selepas Merapi meletus lagi diikuti letupan kuat, kata Subrandrio, pegawai pemantau Merapi.

Gunung itu banyak kali meletus sejak dua abad lalu. Pada 1994, 60 orang maut manakala 1,300 terbunuh dalam letusan pada 1930 yang memusnahkan lebih 24 kampung.

Kerajaan juga meningkatkan tahap berjaga-jaga membabitkan 21 gunung berapi lain yang menunjukkan peningkatan aktiviti termasuk gegaran dan muntahan debu hitam sejak dua bulan lalu, kata pakar gunung berapi, Syamsul Rizal.

Seorang lagi pegawai, Gede Swantika berkata adalah biasa tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi ditetapkan lima hingga 10 kerana sesebuah gunung berapi itu mungkin meletus dalam tempoh dua minggu.

Katanya, pegawai yang memantau aktiviti gunung berapi mengesan lebih banyak tempat menunjukkan aktivisi seismik lebih tinggi.

“Kita akui ini suatu yang luar biasa kerana membabitkan lebih 20 gunung berapi pada satu masa. Kami perlu terus memantau tetapi saya tidak boleh kata atau ramal mana satu akan meletus. Kami hanya dapat kesan coraknya,” katanya lagi.

BANTUAN TERSADAI DIPELABUHAN

Di PADANG, pihak berkuasa menafikan laporan bahawa bantuan tersadai di Pelabuhan menyebabkan mangsa tsunami yang terselamat terpaksa mencari tumbuhan liar selepas bencana alam yang membunuh eratus-ratus orang.

Ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa negaranya menerima bantuan asing untuk pembinaan semula kampung yang terjejas, ada laporan menuduh kerajaan merancang untuk menempatkan semula penduduk jauh dari kawasan pantai.

Mangsa yang terselamat dalam kejadian tsunami setinggi tiga meter di Pulau Mentawai, barat Sumatera mengadu bahawa bantuan terlalu perlahan tiba kepada mereka manakala pekerja bantuan berkata koordinasi adalah terlalu lemah.

Tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu meranapkan kira-kira 10 kampung, memusnahkan sekolah, masjid dan rumah tradisional di kawasan pedalaman dan pantai yang popular di kalangan peluncur asing.

“Penangguhan disebabkan keadaan cuaca buruk. Tetapi sekarang kami sudah tiba ke kawasan terjejas dan bantuan dihantar walaupun ia gak terbatas,” katanya.












Gambar keadaan Selepas Letupan Gunung Merapi



Mbah Maridjan penjaga kunci Gunung Merapi
ditemui mati dalam bersujud mengadap kiblat



Mbah Maridjan penjaga kunci Gunung Merapi
semasa hidupnya