Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 29 September 2010

Cerita Disebalik Ria Raya


Senja Di Teluk Cempedak


Seperti beberapa tahun yang lepas hari Raya sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, kami sekeluarga akan menyambutnya di Shah Alam dulu. Maklumlah sekarang kami dah ada satu generasi lagi.

Begitu jugalah dengan raya tahun ni. Raya ke-3 baru kami empat beranak balik ke dungun untuk bertemu sanak saudara di sana. Nampaknya kemeriahan raya tahun ini tergugat sedikit bila Allah menguji saya dengan kesihatan yang kurang baik.

Pada hari ke-2 di dungun, kaki kanan saya berdenyut-denyut, bengkak kemerahan dan sakit bila saya nak berjalan. Saya gagahkan juga bertemu saudara mara dan kawan-kawan mana yang termampu. Tapi pada sebelah petangnya, kaki saya makin bengkak dan sakit. Malamnya kaki saya tetap berdenyut diikuti oleh demam. Saya demam dengan mengigil kesejukan seolah-olah orang kena demam malaria. Nasib baik ubat demam/ubat selsema sentiasa saya bawa kemana saya pergi untuk digunakan sesiapa saja bila perlu.

Esoknya, hari ke 3 di Dungun kaki makin bengkak dan merah, demam masih berterusan sedang ramai lagi saudara mara dan sahabat handai yang tak sempat saya kunjungi. Memandangkan keadaan saya dah begini, suami saya ajak kami balik ke Shah Alam hari itu juga. Kira-kira jam 10 pagi kami berlepas dari dungun.

Malangkan diepanjang perjalanan dari dungun sehingga ke Kuantan, kaki saya berdenyut2 dan demam menggigil masih berterusan. Akhirnya saya rasa dah tak tahan lagi nak tunggu hingga tiba di Shah Alam, maklumlah saya ada diabetes dan darah tinggi. Bimbang terjadi lebih teruk.

Kami singgah di Pusat Perubatan Kuantan (KFC). Setelah berjumpa doktor, saya diberitahu bahawa daging di betis saya terkena 'infection' dan perlu mengambil 'antibiotic' 3 kali sehari selama 3 hari. Tak perlu masuk wad. Boleh berulang alik, jam 8.00 pagi, 4.00 petang dan 12.00 tengahmalam iaitu 8 jam sekali. Terpaksa akur. Bermalamlah kami di salah sebuah hotel di Kuantan yang berdekatan dengan KMC untuk memudahkan kami ke sana 3 kali satu hari untuk diinjek ubat. Nasib baik selepas mendapat satu injection 'antibiotic', demam saya kebah dan denyut di kaki berkurangan walaupun bengkak dan kemerahan masih kekal.

Selama 3 hari di Kuantan saya berjalan (berkereta) di persekitaran bantar Kuantan untuk makan dan melepaskan jemu dengan tangan seperti di bawah



Anak perempuan saya kata "mama, nanti orang ingat mama lari dari hospital". Kebetulan masa tu kami sedang berjalan-jalan berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan.




Dipinggir Sungai Kuantan



Pantai Teluk Cempedak



Orang sakit di Teluk Cempedak


Pada hari Ke 3 di Kuantan saya bergerak balik ke Shah Alam dan dirujuk untuk sambung rawatan di Pusat Perubatan Shah Alam (SALAM). Sekarang ni ada perubahan dan Alhamdulillah.

Pada Isnin lepas sekali lagi jantung saya berdenyut kencang. Tak terkata saya bila menerima khabar besan saya, iaitu bapa kepada menantu perempuan saya dipatuk ular kapak ketika membersihkan kebunnya. Dalam keadaan diri yang tak berapa sihat ditambah dengan suami saya yang sedang merening 'gout'nya kami pergi juga ke Taiping. Menantu lelaki saya yang memandu kereta. Anak dan cucu semua ikut sekali. Tiba di Taiping, Alhamdulillah dapat tahu besan saya beransur baik.

Pada hari kedua selepas melawat besan di hospital dan dapat tahu dia dah dibenarkan balik kerumah, kami pun memutuskan untuk pulang ke Shah Alam. Sebelum bergerak balik lebih kurang jam 3.00 petang, kami singgah makan kue teow yang fames di Taiping iaitu kue teow Doli. Pada saya tak adalah istimewa sangat rasanya. Sama saja dengan kue teow yang dimakan di tempat saya ni.


Dalam Restoran Doli


Gambar-gambar yang sempat di ambik ketika menunggu breakfast di coffee house di Taiping Golf Resort, Bukit Jana. Saya akan menginap di sini bila ke Taiping, suka dengan persekitarannya yang menghijau dan jauh dari kebisingan.


Boringlah tu



Lambatnya



Sabar tunggu akhirnya tiba jua


Dengan suka duka dan sakit pening ujian Allah ini dalam masa orang lain sedang bergembira semoga menjadikan saya orang yang lebih tabah di masa akan datang.

Selasa, 28 September 2010

Antara Takdir Dan Usaha



Qadha ertinya ketetapan.

Qadar ertinya Takdir, nasib ataupun untung diri.

Salah satu Rukun Iman ialah Qadha dan Qadar. Ia adalah ketetapan Tuhan mengenai nasib manusia sejak azali lagi sama ada termasuk dalam golongan orang yang beruntung ataupun sebaliknya.

Bila sebut tentang takdir mesti timbul pertanyaan tentang apa gunanya usaha jika takdir telah menentukan sesuatu kejadian itu. Sebenarnya kita tidak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita sama ada kita tergolong dalam orang yang baik-baik atau sebaliknya. Oleh itu kita serahkan segalanya kepada Allah disamping kita berusaha ke arah kebaikan supaya kita ditakdirkan sesuai dengan fitrah kita.

Berkaitan dengan qadha dan qadar, Rasulullah SAW bersabda seperti berikut:

”Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan, yaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia.” (HR.Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud).

Berdasarkan hadits ini tahulah kita bahwa nasib seseorang manusia itu telah ditentukan Allah sejak sebelum ia dilahirkan. Walaupun begitu ini tidak bererti bahawa kita hanya menunggu saja untung nasib kita tanpa berusaha dan ikhtiar. Manusia tetap berkewajipan untuk berusaha, sebab keberhasilan tidak datang dengan sendirinya. Dalam Surah Ar-Ra'd ayat sebelas Allah ada berfirman:

Maksudnya: Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Banyak dalil-dalil yang menyuruh kita berusaha dan bekerja dalam mengisi takdir yang telah ditentukan Allah SWT. Antaranya seperti Firman Allah dalam surah Al-Jumu'ah, ayat 9-10. Maksudnya:

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi mu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak supaya kamu beruntung."

Kepercayaan kepada takdir atau ketentuan Allah SWT tidak menghalang kita untuk berusaha kerana ketentuan Allah itu ada yang mempunyai syarat dan ada pula yang mutlak. Di antara yang mempunyai syarat umpamanya, hasil usaha manusia itu sendiri, jika ia berbuat baik ia akan mendapat hasil yang baik dan jika membuat aniaya dan ingkar perintah Allah, maka Allah tidak akan memberi keselamatan ke atasnya. Firman Allah dalam Surat Az-Zumar ayat 18-19, maksudnya:

"Iaitu orang-orang yang mendengarkan kata dan diturutinya mana yang paling baik. Itulah orang-orang yang dipimpin Allah dan itulah orang-orang yang berakal. Adakah orang yang sudah semestinya berlaku atasnya hukuman Tuhan (dapat ditolong)? Dapatkah engkau membebaskan orang yang di dalam neraka"

Ada juga ketentuan Allah yang tidak ada hubungannya dengan usaha manusia. Misalnya mengenai ketentuan umur, tempat meninggal dunia dan sebagainya. Tidak ada orang yang tahu di mana dan bila dia akan meninggal. Ini ketentuan Allah yang wajib kita percaya.

Seseorang yang tidak percaya takdir Allah, hatinya akan gelisah dan cemas terhadap kematian yang akan dihadapinya. Manfaat percaya kepada takdir Allah SWT:

Orang yang beriman, ia akan hidup tenteram, tidak merasa takut kerana sudah mengetahui bahawa takdir Allah itu pasti akan berlaku atas dirinya;

Orang yang beriman tidak akan merasa sedih atas segala keinginan yang tidak tercapai sebab ia tahu, perkara itu tidak ditakdirkan Allah untuk ia memperolehinya;

Orang yang beriman tidak akan merasa terlalu gembira atas segala yang diterimanya, baik berbentuk harta, anak maupun kekuasaan keana ia merupakan takdir Allah untuk dirinya. Ia hanya bersyukur dengan kurnia Allah tersebut;

Orang yang beriman akan mengerjakan sesuatu yang dibolehkan atau yang diperintahkan kepadanya dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dengan hati dan perasaan yang tenang;

Orang yang beriman mengetahui, segala kejadian dan peristiwa itu terjadi menurut ketentuan Allah SWT, Maka ia mencari jalan yang akan membawanya ke arah kebaikan dan menghindarkan diri daripada bahaya dan kerugian.

Surah Al-Fajr, ayat 27-30 maksudnya : "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diridhai-Nya. Maka masuklah kedalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam sorga-Ku.

Ahad, 19 September 2010

Tak Macam Sekala Lagi



Susahkah Mefahami
Yang Seorang Ini
Keadaan Macam Tak Sekala Lagi
Kehendak Hayat Deras Terjadi
Berarus Laju Bersama Hari

Daya Lengoh Bila Berdiri
Melangkah Sederap
Ada Duri Dikaki
Sendu Hiba Berulit Hihati
Setianya Alam Pada Janji

Putaran Masa Menuntut Janji
Riang Dibibir, Diqalbu Sepi
Keadaan Tak Macam Sekala Lagi
Redha Dihati Takdir Menguji
Yang Tersurat Akan Terjadi

Jumaat, 10 September 2010

Diri Yang 'Diterlupakan'



Mula-mula sekali nak ucap selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua rakan-rakan blogger yang singgah di sini.

Dua tiga hari ni saya menyaksi satu iklan raya oleh Produa yang ditayangkan di TV. Dialog dalam iklan ni begitu menyentuh hati saya. Antara pelakonnya ialah Zulkifli Zain (orang tua).

Iklan ni mengesahkan tentang seorang pemuda menaiki bas dan menegur seorang lelaki yang sudah berumur. Antara dailog yang menyentuh perasaan saya ialah apabila lelaki yang sudah berumur itu memberitahu dia hendak menziarah isterinya. Katanya ia akan melawat isterinya setiap hari dan beliau juga akan membawa makanan untuk isterinya itu. Katanya isterinya tak sihat dan ditempatkan di bawah jagaan seseorang. Isterinya sakit alzheimer.

Lalu pemuda itu bertanya "Isteri Pak Cik ingat Pak Cik".

Lelaki itu menjawab "walaupun dia tidak ingat kepada Pak Cik lagi, Pak Cik selalu ingatkan pada dia".

Saya rasa beratnya penanggungan perasaan dan sedihnya hati bila diri dilupakan dalam erti kata "lupa yang sebenarnya" oleh orang yang pernah kita sayang dan pernah menyanyangi kita. Kita sudah hilang terus dari ingatannya. Kita sudah jadi orang asing. Sedangkan dahulunya itulah orang yang disayangi dalam hidupnya dan hidup kita.

Penyakit Alzheimer ialah penyakit yang seringkali dikaitkan dengan golongan dewasa akhir (apabila mencapai umur 65 tahun ke atas). Ia merupakan sejenis penyakit otak yang secara perlahan menyebabkan individu tersebut hilang intelek, memori dan kesedaran serta kebolehan untuk mengawal funsi badannya.

Dalam tahap akhir ia boleh menyebabkan paralisis dan masalah pernafasan (pneumonia) serta tingkahlaku seperti kebudak-budakkan. Simptomnya yang paling jelas adalah apabila kehilangan memori terutamanya mengenai perkara yang baru berlaku, senang marah, tidak dapat duduk diam dan gagal membuat keputusan yang mudah.

Terdapat pelbagai hipotesis tentang sebab terjadinya penyakit Alzheimer. Antaranya adalah disebabkan oleh pengumpulan Amyloid Protein yang terhasil daripada APP yang seterusnya membawa kerosakkan kepada bahagian otak yang lain.

Individu yang mengalami penyakit ini memerlukan pemerhatian 24 jam. Selalunya mereka ditempatkan ke Pusat Penjagaan yang dikhaskan untuk penyakit Alzheimer. Keadaan ini adalah kerana mereka sendiri tidak dapat mengenal ahli keluarga masing-masing dan tidak boleh makan tanpa pertolongan.

Terdapat 3 teori utama yang menerangkan sebab berlakunya proses penuaan. Teori-teori berikut ialah seperti berikut :

Teori Genetik

Teori ini menyarankan bahawa proses penuaan wujud oleh kerana kerosakkan atau perubahan dalam maklumat genetik yamg terlibat dalam proses pembuatan protein sel. Contohnya, Teori Ralat Penuaan ( Theory Error ) menyarankan bahawa proses penuaan disebabkan oleh pengumpulan ralat yang terlibat dalam pemindahan maklumat dari molekul DNA kepada hasil protein.

Teori Sel Bukan Genetik

Teori ini menyarankan bahawa perubahan yang terbentuk dalam protein sel selepas ia dibina. Perubahan tersebut menyebabkan sesetengah daripada sel mati disebabkan peningkatan usia. Contohnya, Teori Perlucutan ( Deprivation Theory ) mengatakan bahawa penuaan disebabkan oleh perubahan vaskular yang kekurangan zat dan oksigen.

Teori Fisiologi

Teori ini menyarankan bahawa proses penuaan disebabkan oleh ketidakfungsian sistem organ atau kerosakkan dalam mekanisme kawalan fisiologi. Contohnya, Teori Stres ( Stress Theory ) menyatakan bahawa disebabkan oleh pengumpualn stres dalam sepanjang zaman kehidupannya. Di mana setiap stres dikatakan meninggalkan kesan dan lama-kelamaannya apabila terkumpul akan meninggalkan kesan negatif dalam sistem badan.

Semoga Allah menjauhkan penyakit ini dari kita supaya dengan ingatan dan kesihatan yang baik memudahkan kita beramal di usia senja.

Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat."

Esok 1 Syawal 1431 akan menjelang. Jadi InsyaAllah, jika Allah panjangn umur kita, kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa esok. Sempena Hari baik bulan baik ni kepada semua kawan-kawan yang singgah di sini dan kawan-kawan yang saya pernah singgah di blog masing-masing. Saya dengan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan menghulur salam memohon maaf atas segala kesilapan semasa berblog.

Sama-samalah kita menghidupkan malam raya ni dengan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran kita atas kurniaan Allah disamping bergembira mengikut landasan-landasan yang dibenarkan agama kita.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan selamat Hari Raya Kawan-kawan. Kad-kad raya yang cantik ni saya turunkan di sini, antaranya:


Kad dari Sahrom



Kad dari Atie



Kad dari Endiem



Kad dari Sis Tinie



Kad dari Abd Razak



Kad dari Jinggo



Kad dari Intan



Kad dari LF



Kad dari Tuan TJ



Kad dari White Rose



Kad dari Aby



Kad dari Ros Illyyuun



Kad dari Penjejak Maya



Kad dari Ummu Masyitah



Kad dari Ummzaid



Kad dari Mujahidin Cyber


Mohon maaf saya lambat mengambil kad-kad ni memandangkan saya jarang dapat berblog memandangkan keadaan yang tidak berapa mengizinkan.

Hari Terakhir Ramadhan



Abu Hurairah menyatakan :
Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan,
dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup
segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari,
Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi


Mohon ampun dan maaf dari saya untuk
semua yang sudi singgah. Selamat menjalankan
ibadah di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan
ini bukan Ramadhan terakhir bagi saya.


Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur oleh Allah Subhanahuwataala hingga ke hari ini, iaitu hari terakhir kita berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan segala ibadat yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah. Dan InsyaAllah jika dipanjangkan lagi usia kita berayalah kita esok. Semoga kita sempat bertemu lagi di bulan Ramadhan berikutnya.

Jumaat, 3 September 2010

Hidup Tanpa Kepuraan



Alhamdulillah hari ni dah 24 hari kita berpuasa. Tak lama lagi bulan Syawal pula akan menjengok kita semua.

Dibulan yang penuh keberkatan ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai kisah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW menjalani kehidupan baginda. Maklumat ini saya petik dari kandungan buku yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang bertajuk "Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad".

Sebagaimana kita tahu Nabi Muhammad menjalani kehidupan tanpa mengejar kemewahan dan kesenangan. Baginda juga orang yang kuat beribadat tanpa mengharapkan kemewahan dan kesenangan dunia.

Cara baginda menjalani kehidupan dan cara baginda beribadat yang mengatasi orang lain itu menjadi bukti bahawa baginda tidak berbohong dengan agama yang dibawanya. Antaranya:

Bengkak Kaki Kerana Beribadah

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim - Aisyah menceritakan. Nabi bersembahyang malam sehingga bengkak kedua belah kakinya, Aisyah berkata "Mengapakah kekanda melakukan ini, ya Rasullullah, sedangkan Allah mengampunkan dosa-dosa kekanda yang terdahulu dan kemudian?". Baginda menjawab "Tidakkah sepatutnya aku menjadi hamba yang bersyukur?".

Menggantikan Solat Sunat Yang Tertinggal

Imam Muslim menceritakan daripada Aisyah, Nabi Muhammad menggantikan solat malam beliau walaupun ia tidak diwajibkan apabila beliau tidak dapat menunaikannya atas sebab-sebab tertentu. Berkata Aisyah, "Nabi Muhammad, apabila beliau tertinggal solat malamnya kerana sakit ataupun seumpamanya, beliau mengantikannya pada siang harinya dengan bersholat sebanyak 12 rakaat

Berpuasa Setiap Bulan

Imam An-Nasai meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas mengenai puasa sunat yang Nabi Muhammad sentiasa lakukan. Beliau berkata "Nabi Muhammad tidak pernah berbuka puasa pada hari-hari 13, 14 dan 15 setiap bulan sama ada dalam keadaan musafir ataupun tidak.

Iktikaf pada Akhir Bulan Ramadhan

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, "Nabi Muhammad, apabila tiba sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan beliau mengejutkan isteri-isterinya daripada tidur supaya mereka bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah dan beliau menguatkan ikatan tali pinggangnya".

Sentiasa Memohon Keampunan

Imam Bukhari meriwayatkan Nabi Muhammad sentiasa memohon keampunan Allah sebagai lambang kerendahan diri beliau pada penciptanya. Beliau bersabda "Wahai manusia bertaubat dan minta ampunlah daripada Allah. Sesungguhnya aku beristighfar sehari semalam sebanyak seratus kali

Harta Peninggalan Yang Tidak Seberapa

Imam Bukhari meriwayatkan daripada saudara lelaki Ummul Mukminin Juwairiyah binti Harith yang bernama "Amri bin Harith mengenai harta peninggalan Nabi Muhammad semasa beliau wafat.

Beliau berkata, "Semasa Nabi Muhammad wafat, beliau tidak meninggalkan walaupun satu dirham. Beliau juga tidak meninggalkan walaupun seorang hamba lelaki ataupun perempuan. Beliau sekadar meninggalkan seekor keladai, sehelai pakaian perang dan sebidang tanah kecil yang kemudiannya disedekahkan"

Pemimpin Yang Sederhana

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas mengenai kisah Omar yang memasuki bilik Nabi Muhammad semasa beliau menziarahinya, Omar berkata "Aku duduk dan melihat tanda tikar pada badan Nabi Muhammad. Aku ternampak segenggam gandum dan sekeping kulit tergantung. Aku pun terus menangis.

Terus Nabi Muhammad bertanya, "Wahai Ibn Khattab, mengapa kamu menangis?" Aku menjawab. "Mengapa tidak ya rasul Allah. Aku ternampak bekas tikar kasar di badan mu dan aku melihat harta mu hanyalah sekadar apa yang aku lihat sekarang. Bayangkan Maharaja Rom dan Maharaja Parsi yang hidup dalam kelazatan, sedang kamu adalah Nabi (hidup seperti ini). Nabi Muhammad terus bersabda, "Wahai Ibn Khattab kamu tidak reda bahawa bagi kita akhirat dan mereka dunia?"


Nabi Tidak Mencintai Emas Dan Perak

Nabi Muhammad tidak berminat mengumpul harta benda demi kesenangan peribadi beliau. Imam Thabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Saad. "Pada suatu hari beliau sakit dan pada masa itu beliau mempunyai emas sebanyak tujuh dinar, lalu diberikannya kepada Aisyah supaya diberikan kepada Ali dan disedekahkan."

Nabi Tidak Pernah Kenyang

Nabi Muhammad tidak pernah kekenyangan dalam hidup seperti diriwayatkan oleh Imam Tarmizi daripada Anas bin Malik, "Tidak pernah Nabi Muhammad bersantap di atas meja dan tidak pernah beliau memakan roti halus, iaitu daripada jenis tepung yang baik, sehinggalah beliau wafat"

Nabi Menjahit Kasut dan Baju Sendiri

Antara amalan Nabi Muhammad di rumah adalah menjahit pakaian beliau sendiri. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada Aisyah yang bermaksud "Nabi menjahit sendiri kasut dan bajunya yang koyak"

Anti Nepotisme

Nabi Muhammad tidak mengamalkan nepotisme dalam pemerintahan beliau. Anak, isteri dan saudara mara tidak diberikan keutamaan bagi mngaut keuntungan duniawi apatah lagi memperalatkan baginda.

Tiada Pengecualian Dalam Hukuman

Nabi Muhammad tidak pilih kasih apabila melaksanakan hukuman. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, Nabi Muhammad berkata "Sesungguhnya sudah hancur mereka yang sebelum kamu kerana sekiranya orang-orang berpangkat daripada kalangan mereka mencuri dan mereka biarkan. Tetapi sekiranya yang mencuri itu daripada kalangan orang-orang bawahan, mereka menghukumnya. Demi Allah, sekiranya anak Fatimah mencuri aku akan potong tangannya"

Seksaan Digandakan Ke atas Keluarga Nabi

Menjadi isteri-isteri Nabi Muhammad bukanlah tiket bagi melakukan sesuka hati. Sebaliknya, penghayatan berpandukan syariat lebih dituntut ke atas mereka. Andai kata mereka dengan sengaja melakukan perbuatan-perbuatan keji, Allah gandakan seksaan ke atas mereka.

Ini berpandukan surat Al-ahzah ayat 30 yang bermaksud "Wahai isteri-isteri Nabi Muhammad, sesiapa antara kamu mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya dilipatgandakan seksaan ke atas mereka dua kali ganda. Dan yang demikian itu mudah bagi Allah".

Nabi Muhammad dan Keluarga Haram Menerima Zakat

Berpandukan hadis riwayat Muslim daripada Abdul Mutallib bin Rabi'ah yang bermaksud, Sesungguhnya harta zakat tidak halal bagi Muhammada dan keluarga Muhammad"

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsi sebagai menambah pengetahuan kita mengenai junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Rabu, 1 September 2010

Malam Rahsia



Assalamualaikum pada semua yang sudi singgah di Blog saya ni. Selepas agak lama tidak mencatatkan apa-apa disini, akhirnya Alhamdulillah dapat juga saya kembali ke sini.

Dah 22 Ramadhan rupanya hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Akhirnya kita dah tiba pada 10 hari terakhir ramadhan. Semoga di 10 hari terakhir Ramadhan ini Allah kurniakan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita beribadat dengan lebih baik lagi.

Bila dah tiba 10 hari terakhir Ramadhan, mesti kita sangat-sangat mengharapkan dapat bertemu dengan malam Al-Qadr. Malam yang mana Allah telah sengaja merahsiakan dari pengetahuan kita. Ia dirahsiakan daripada kita sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya dengan terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat.

Allah berfirman dalam Surah Al Qadr (Ayat 1-5): “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar”


Surah Al-Qadr


Sama-samalah kita berusaha mencari reda Allah dengan meningkatkan pencarian pahala yang berlipatganda seperti yang Allah SWT janjikan. Di malam Al-Qadar ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Di malam itu juga ibadat seorang hamba Allah digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ke 3)

Allah juga akan memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat pada malam berkenaan seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan
pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan oleh Ibnu umar ra. bahawa Rasulullah saw juga bersabda:

"Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir."

Malam Al-Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Kesimpulannya memandangkan Malam Al-Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan sama-samalah kita mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya Allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.