Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 14 Ogos 2010

Kasih Sayangnya Berbeza



Hari ni diam tak diam dah 4 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Orang-orang yang nak balik beraya di kampong mungkin dah mula merancang perjalanan masing-masing. Mana yang ada kereta berkeretalah mereka balik nanti. Mana yang guna kenderaan awam, mungkin dah mula tempah tikit agaknya.

Bila menjelang syawal ni mesti ada yang gembira dan ada yang sedih. Tak kiralah ibubapa atau anak-anak. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk merasa sedih dan gembira dihari yang sepatutnya semua orang bergembira.

Kebetulan beberapa minggu lepas saya ada menonton satu rancangan di tv iaitu kalau tak silap saya program 'Islah'. Saya sangat tertarik dengan isu yang dibawa oleh Datuk Hassan Mahmud. Beliau bercakap mengenai kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak. Memandangkan saya sendiri pun ada anak-anak yang remaja dan yang dah berkeluarga, saya rasa kandungan ceramah beliau telah mencelikkan mata dan hati saya tentang betapa kadang-kadang kita tak perasaan yang kita telah melukai hati anak-anak kita tanpa kita maksudkan.

Kata Ustaz Hassan, selalunya pilih kasih berlaku bila anak-anak dah dewasa. Jauhkanlah sikap pilih kasih antara anak-anak kita. Kalau ketika mereka masih kecil dulu, kasih sayang kita kepada mereka sedikit pun tiada berbeza kenapa bila mereka dah dewasa, kasih sayang kita berbelah bagi. Semasa mereka kecil, kita sedaya mungkin cuba memenuhi semua kehendak anak-anak. Kasih sayang kita kepada mereka sama saja, pada along, angah dan yang bongsu tanpa kita bezakan mereka.

Pilih kasih berlaku mungkin tanpa di sedari. Bila anak-anak telah dewasa, perjalanan hidup mereka mungkin tidak sama. Ada yang senang dan ada yang susah. Ada ibubapa yang menunjukkan kasih sayang yang lebih kepada anak-anak yang senang lenang hidupnya memandangkan mereka nilah selama ni yang banyak membantu dia. Sedangkan anak yang kurang bernasib baik dan tidak sekaya yang lagi satu ini diketepikan. Kita kena ingat walaupun anak-anak kita lahir dari perut yang sama, takdir perjalanan hidup mereka mungkin tidak sama.

Contohnya yang sulong dan yang tengah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan yang bagus serta bergaji besar, kita beri mereka layanan istimewa. Ini kerana ibu dan bapa telah dilimpahi Along dan Angah dengan wang ringgit. Sayangnya nasib sibongsu tidak sama dengan nasib Along dan Angah memandangkan si bongsu kurang maju dalam pelajaran. Jadi tinggalkan si bongsu di kampong melakukan kerja-kerja kampong. Si bongsu mungkin tidak mampu mencurahkan wang ringgit kepada ibubapanya tetapi dialah yang banyak menyumbang tenaga menjaga ibubapa ketika abang dan kakak mereka jauh diperantauan mencari kehidupan.

Setiap kali Along dan Angah balik, Bongsu diketepikan. Siibu akan masak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga along dan angah. Si bongsu dan keluarga seolah-olah tidak ujud di situ. Dia dilupakan seolah-olah dia tidak pernah berbakti kepada ibubapanya selama ini. Kalau musim buah pula, siibu akan menyimpan buah-buah yang bagus untuk keluarga Along dan Angah.

Sikap pilih kasih ini akan menimbulkan perasaan dendam, dengki dan benci dihati anak-anak yang kurang bernasib baik. Anak-anak ini akan berdendam dengan ibubapanya. Akan benci pada adik beradiknya yang lain. Akibat merajuk mungkin akan menjauhkan diri dari ibubapa dan adik beradiknya.

Perasaan ini akan menimbulkan akibat yang buruk kepada ibubapa. Anak-anak yang tinggal jauh dari ibubapa mula merasa malas nak balik kampong walaupun pada hari raya. Mereka tak mahu melukai hati sendiri. Apa lagi jika sudah ada keluarga. Dia bimbang anak-anaknya mungkin akan dibezakan dari anak-anak abang dan kakaknya yang lebih disayangi ibubapanya. Lama-lama sianak langsung tak balik kampong.

Perasaan dendam juga mungkin menjadikan anak-anak langsung tak nak ambil tahu hal ibubapanya. Di hatinya mungkin berkata biarlah adik-adiknya yang lebih disayangi yang menjaga ibubapanya.

Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya menghulurkan kasih sayang dan menjalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin semasa kita membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan, kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Janganlah kita pilih kasih, kerana kita tidak tahu anak yang mana yang akan mendoakan kita nanti bila kita sudah tidak ada di dunia ini. Sebagai ibu bapa, sayangilah anak-anak kita agar mereka juga menanam sifat kasih sayang itu dalam jiwa mereka.

Bila kita membesarkan anak-anak kita, ketahuilah kita bahawa itulah tanggungjawab kita kepada mereka. Janganlah besarkan anak-anak dengan mengharapkan perbuatan itu sebagai satu pelaburan di mana kita mahukan ganjarannya satu hari nanti. Percayalah, kasih sayang itu akan datang kepada kita kalau itu yang kita hulurkan kepada orang lain, tak kira sama ada anak kita atau anak orang lain!

Selasa, 10 Ogos 2010

Turun Naiknya Iman


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu".

Walaupun iman naik dan turun, ia tidak boleh dibiarkannya. Ia hendaklah diperbaharui dengan beberapa cara antaranya

menghadiri majlis ilmu

tilawah dan tadabbur Al-Qur'an

berusrah, sentiasa bermuhasabah

beristiqamah melakukan kebaikan atau berkumpul
dengan orang-orang soleh dan sebagainya.


Beberapa tanda menunjukkan iman kita mula turun, antaranya:

Terjerumus dalam kemaksiatan itupun dalam maksiat-maksiat kecil yang kita lakukan seperti mata kita lihat, apa yang telinga kita dengar, apa yang kaki dan tangan kita lakukan, dan apa yang mulut kita bicarakan.

Tidak tekun dan malas beribadah. Solat dibuat tidak tepat pada waktunya dan tidak membaca al-Qur'an atau pun solat-solat sunat duha, witir, tahajud dan sebagainya.

Pudarnya ikatan silaturahim dan lemahnya ikatan ukhwah Islamiyah. Tidak suka menziarahi saudara mara dan sahabat handai.

Sibuk dengan urusan duniawi hinggakan sampai tak ada masa solat berjemaah bersama keluarga atau solat berjemaah di masjid.

Banyak alasan apabila diajak kepada program tarbiyah dan majlis ilmu.

Tidak suka mengajak yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Antara Penyebabnya

Jauh dari suasana keimanan (seperti Pengajian dan berkumpul dengan orang2 sholeh)

Jauh dari pelajaran dan teladan yang baik.

Jauh dari menuntut Ilmu syari'ah.

Berada di lingkungan yang penuh maksiat.

Tenggelam dalam kesibukan duniawi.

Panjang angan-angan.

Berlebih-lebihan dalam hal tidur, makan dan tertawa.

Kita patut bersyukur jika Allah s.w.t masih mengingatkan kita disaat iman kita sedang turun. Kita masih sedar dan ingat. "Ya Allah imanku sedang turun. Segala puji bagi Engkau ya Allah yang telah mengingatkan aku, aku harus kembali kejalan-Mu aku tidak boleh larut dengan suasana jahiliyah. Engkau yang mengawal hati ini Ya Allah, maka sentiasa tetapkanlah aku di jalanMU."

Ahad, 8 Ogos 2010

Berfikirlah Sejak Bangun Tidur



Tidak memerlukan keadaan yang khusus bagi seseorang membolehkan ia itu berfikir. Bahkan bagi orang yang baru saja bangun tidur di pagi hari pun terdapat banyak sekali hal-hal yang dapat mendorongnya berfikir.

Terpampang sebuah hari yang panjang dihadapan seseorang yang baru saja bangun dari pembaringannya di pagi hari. Satu hari dimana rasa letih atau mengantuknya telah hilang. Ia telah bersiap sedia untuk memulakan hariannya. Ketika memikirkan perkara ini, ia teringat sebuah firman Allah:

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha."(QS. Al-Furqaan, 25: 47)

Setelah membasuh muka dan mandi, ia merasa benar-benar segar dan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya. Sekarang ia mula berfikir tentang berbagai persoalan yang bermanfaat untuknya. Banyak lagi perkara lain yang lebih penting yang harus difikirkan selain hanya memikirkan tentang makanan apa yang akan dimakannya untuk sarapan pagi atau pukul berapa ia harus berangkat dari rumah.

Pertama sekali, ia harus fikirkan bahawa adalah satu keajaiban yang luar biasa apabila ia mampu bangun pada pagi esoknya dengan keadaan diri seperti hari-hari sebelumnya sedangkan ketika tidor pada malamnya ia tidak sedar apa-apa. Dia dapati jantungnya masih berdegup, ia dapat bernafas, bercakap dan dapat melihat alam sekeliling. Padahal ketika ia pergi tidur pada malamnya, tidak ada jaminan baginya bahawa semua hal ini akan kembali seperti sediakala di pagi harinya. Tidak pula ia mengalami apa-apa musibah pada malam itu. Misalnya, berlaku bencana alam yang dapat meragut nyawanya.

Ia juga berfikir kemungkinan ia mengalami masalah dengan tubuh badannya sebaik saja bangun tidor. Contohnya sakit yang luar biasa pada kepalanya dan lain-lain. Namun tak satupun perkara ini terjadi dan ia bangun tidur dalam keadaan selamat dan sihat. Memikirkan semua itu menjadikan ia berterima kasih kepada Allah atas kasih sayang dan penjagaan yang diberikanNya.

Memulakan hari yang baru dengan kesihatan yang sempurna menunjukkan bahawa Allah memberikan ia kesempatan untuk dipergunakan sebaik mungkin bagi mendapatkan keberuntungan yang lebih baik di akhirat. Bila mengingatkan semua ini, jadi sepatutnya ia harus menghabiskannya hari itu dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah.

Titik awal dalam mendapatkan keredhaan Allah ialah dengan memohon kepada Allah agar memudahkannya dalam mengatasi apa jua masalah. Doa Nabi Sulaiman adalah tauladan yang baik bagi orang-orang yang beriman: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh"(QS. An-Naml, 27 : 19)

Bagaimana kelemahan manusia mendorong seseorang untuk berfikir?. Tubuh manusia yang sangat lemah ketika baru bangun dari tidur boleh mendorong manusia untuk berfikir: setiap pagi ia harus membasuh muka dan menggosok gigi. Sedar akan hal ini, ia pun merenungkan tentang kelemahan-kelemahannya yang lain. Keharusannya untuk mandi setiap hari. Penampilannya yang akan nampak begitu mengerikan jika tubuhnya tidak ditutupi oleh kulit ari, dan ketidakmampuannya menahan rasa mengantuk, lapar dan dahaga. Ini semua bukti-bukti tentang kelemahan dirinya.

"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (QS. Ar-Ruum, 30: 54)

Bagi orang yang telah lanjut usia, bayangan dirinya di dalam cermin dapat menimbulkan berbagai fikiran dalam benaknya. Ketika menginjak usia dua dekad dari masa hidupnya, tanda-tanda proses penuaan telah kelihatan di wajahya. Ketika di usia 30'an kedut-kedut kulit mula kelihatan di bawah kelopak mata dan di sekitar mulutnya. Kulitnya tidak lagi mulus dan licin sebagaimana sebelumnya. Perubahan bentuk fizikal terlihat di sebahagian besar tubuhnya. Ketika memasuki usia yang semakin senja, rambutnya memutih dan tangannya menjadi rapuh.

Bagi orang yang berpikir tentang hal ini, usia senja adalah peristiwa yang paling nyata yang menunjukkan sifat fana dari kehidupan dunia. Ini mencegahnya dari kecintaan dan kerakusan pada dunia. Orang yang memasuki usia tua memahami bahawa detik-detik menuju kematian telah dekat. Jasadnya mengalami proses penuaan dan sedang dalam proses meninggalkan dunia ini. Tubuhnya sedikit demi sedikit mulai lemah walaupun rohnya tidaklah berubah menjadi tua. Sebahagian besar daripada manusia ketika mudanya, ia akan merasa sangat terpukau oleh ketampanan dirinya ataupun ada juga yang akan merasa rendah diri bila wajah mereka tidak tampan atau cantik.

Proses penuaan adalah bukti nyata bahawa kecantikan atau keburukan adalah sifat sementara penampilan seseorang. Sedangkan yang akan dinilai dan dibalas oleh Allah ialah akhlaq yang baik serta komitmen yang diperlihatkan oleh seseorang kepada Allah.

Setiap saat ketika menghadapi segala kelemahannya, manusia akan berfikir bahawa satu-satunya Zat Yang Maha Sempurna dan Maha Besar serta jauh dari segala ketidaksempurnaan adalah Allah, dan iapun mengagungkan kebesaran Allah. Allah menciptakan setiap kelemahan manusia ada tujuan ataupun maknanya. Antara tujuannya adalah supaya manusia tidak terlalu cinta kepada kehidupan dunia, dan tidak terpedaya dengan segala yang mereka ada dalam kehidupan dunia. Seseorang yang mampu memahami hal ini dengan berfikir akan mengharapkan agar Allah menciptakan dirinya di akhirat kelak bebas dari segala kelemahan.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Kebahagian Abadi



SYUKUR, SABAR, TAUBAT

Al Qoyyim mengatakan bahawa tanda kebahagian ada 3:

Pertama - Syukur ketika mendapat nikmat. Syukur terbina di atas 5 perinsip:

* Ketundukan orang yang bersyukur kapada yang memberi nikmat
* Rasa cinta kepada yang memberi nikmat
* Mengaku adanya nikmat yang diberikan
* Memuji orang yang diberi nikmat
* Tidak mengguna nikmat dalam hal yang tidak disukai oleh pemberi nikmat

Kedua - Sabar Ketika Menerima Dugaan. 3 rukun kesabaran jika kita mampu melaksanakannya dengan benar, dugaan InsyaAllah berubah menjadi sebuah kenikmatan:

* Menahan hati untuk tidak berasa marah terhadap ketentuan Allah
* Menahan lisan untuk tidak mengadu kepada makhluk
* Menahan anggota tubuh untuk tidak melakukan hal yang tidak
dibenarkan ketika terjadi musibah

Ketiga - Bertaubat ketika melakukan kesalahan. Jika Allah menghendaki seorang hamba untuk mendapat kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan akhirat, Allah pasti memberikan taufik kepada diri hambanya untuk bertaubat.

Kata Hassal al-Bashri "Carilah kenikmatan dan kebahagiaan dalam tiga hal, iaitu dalam sholat, berzikir dan membaca Al-Quran. Jika kalian dapatkannya maka itulah yang diinginkan, jika tidak kalian dapatkan dalam tiga hal itu masa sedarilah bahawa pintu kebahagian sudah tertutup bagimu"

-

Khamis, 5 Ogos 2010

Sahur Oh Sahur - Rahsia Mu



Hari ni dah 5 Ogos yang bersamaan 24 Sha’aban. InsyaAllah panjang umur, hari Rabu minggu depan kita mula berpuasa.

Bila mula berpuasa bermulalah juga amalan bersahur. Tak semua orang suka bangun untuk bersahor. Contohnya saya, masa muda-muda dulu, terutamanya ketika menyambung belajar selepas SPM dan tinggal di asrama, malasnya nak bangun sahor. Selain dari rasa mengantuk, rasa macam tak berbaloi nak bangun pun ada kerana lauk nasinya tak sedap. Dan ada juga kawan-kawan masa tu tak nak bersahur kerana nak diet. Makan sekali saja iaitu berbuka puasa.

Masa tu kami tak tau betapa bersahur tu salah satu amalan yang penting di bulan Ramadhan. Ada hadis tentang disuruh bersahor di bulan puasa ni antaranya:

Diriwayatkan oleh Bukhari, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan”. Jadi selain mengelakkan perut kosong ketika berpuasa, bersahur juga ada keberkatannya. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah makan sahur”. Begitulah dituntutnya amalan bersahur kerana ianya menjadi perbezaan antara puasa umat islam dengan ahli kitab.

Umat Islam juga digalak melewatkan waktu bersahur, iaitu bersahur semasa menghampiri subuh. Rasulullah saw ada bersabda “sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka puasa.”, hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad.

Penekanan yang dibuat oleh Rasulullah supaya dilewatkan bersahur dan tidak mengabaikannya adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Ada kajian yang dibuat menunjukkan makanan yang paling utama adalah sarapan pagi.

Salah satunya, kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.

Bersahur sangat penting kepada kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun daripada tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Ada satu lagi kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda penyakit anemia (iaitu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Berdasarkan kajian-kajian ini, ia menunjukkan bahawa secara umumnya, bila kita berpuasa dengan mengambil sahur tidak akan mendapat kemudharatan akibat dari puasa yang kita lakukan. Ia juga satu ibadah kerana ia adalah sunnah nabi dan waktu bersahur juga waktu yang dipenuhi keberkatan. Allah juga ada menjelaskan dalam surah Ali-Imran ayat 15 hingga 17:

“Katakanlah, ‘Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya., Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah maha melihat akan hamba-hambanya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa, ya Tuhan kami sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan perliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang bersabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur”.

Rujukan – Quran Saintifik

Selasa, 3 Ogos 2010

Yang Tersirat

Tadi saya singgah di Blog Ustazah Azimah. Saya tertarik dengan 2 tazkirah di N3 beliau. Tazkirah yang saya rasa diolah dengan simple dan santai tapi mengandungi pengajaran yang penting dan melibat hukum yang kadang-kadang kita terlepas pandang dek kerana kita sudah sebati dengan sesuatu yang selalu dilakukan dalam masyarakat kita. Lalu saya ingin kongsikan disini.



PISANG DAN HATI


Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari…

Jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya", beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu", beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• Kita tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

HUKUM SAMBUTAN HARI LAHIR



Yang ni saya tambah sebagai penyeri


Majlis Sambutan Hari Jadi@Lahir dan sewaktu dengannya.. Hukum asalnya ialah harus. Ini bermakna buat tak dapat pahala dan jika tidak buat tidak berdosa.

Ini adalah kerana Nabi saw tidak pernah mengajarkan kepada kita umatnya untuk membuat sambutan atau majlis seperti itu. Dan tidak ada pula NAs Al-Quran atau Hadis Nabi yang menghalang kita dari melakukannya.

Oleh itu bolehlah kita meraikan sambutan ulangtahun kelahiran kita itu..dengan pelbagai cara yang baik dan menjuruskan kita untuk meraih pahala bertepatan dengan peningkatan atau pertambahan umur kita itu. Seperti melakukan solat sunat hajat, memberi makan fakir miskin dan anak yatim, bersedekah sempena hari jadi kita.

Dan berhati2lah kita agar Majlis atau sambutan Hari Lahir kita itu tidak ada unsur2 haram yang akan mengundang dosa iaitu memotong kek yang ada lilin dan meniup lilinnya itu hukumnya haram kerana itu adalah amalan orang kafir. Hadis NAbi saw ” Barang siapa yg meniru gaya atau amalan orang kafir maka mereka itu sebahagian darinya”.

Isnin, 2 Ogos 2010

Periok Kera, Semut Dan Lebah

"Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana."
(QS. Al-Hasyr, 59:24)


Periok Kera Dan Semut




Di dalam kantung tumbuhan ‘periok kera’ (Nepenthes bicalcarata), kita selalu lihat ada koloni semut yang hidup di situ. Walaupun ia merupakan perangkap kepada serangga yang menghinggapinya namun semut bebas bergerak dan mengambil sisa-sisa serangga dan bahan makanan lainnya dari tumbuhan ini.

Mereka saling memerlukan walaupun kemungkinan semut akan dimakan oleh periok kera. Semut boleh membuat sarang dalam periok kera dan akan mendapat makanan dari sisa-sisa serangga yang telah disarin oleh periok kera.. Sebagai balasannya, semut melindungi periok kera dari musuhnya.


Kekayaan Allah semut boleh lolos
dalam periok kera dan tumbuhan perangkap
ini mempedulikan kehadiran semut


Begitulah hubungan kehidupan antara tumbuhan dan semut yang telah diatur oleh Allah. Bentuk anatomi dan fisiologi semut dan tumbuhan inangnya telah dirancang sedemikian rupa untuk memudahkan hubungan timbal balik antara keduanya.

Lebah Madu


Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An Nahl, 16:68-69)



Lebah menjalankan banyak tugas untuk menghasilkan madu. Jadual kerja mereka sangat luar biasa.

Pengaturan kelembapan dan pertukaran udara

Untuk mendapat madu yang baik dan tahan lama kelembapan sarang harus berada pada tahap-tahap tertentu. Pada kelembapan di atas atau di bawah tahap yang ditentukan, madu akan rosak serta kehilangan keawetan dan gizinya. Suhu sarang haruslah 35 darjah celcius selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada tahap tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga pertukaran udara.

Jika hari panas, lebah akan mengatur pertukaran udara di dalam sarang. Jalan masuk sarang dipenuhi lebah. Sambil menempel pada kayu, mereka mengipasi sarang dengan sayap. Dalam sarang yang baku, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain. Lebah pengatur pertukaran udara yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang. Pertukaran udara ini manfaatnya adalah untuk melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.

Penataan kesehatan

Keupayaan lebah untuk menjaga mutu madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas sahaja. Malah di dalam sarang juga terdapat jaringan pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala kemungkin yang berlaku sesuatu perkara yang boleh menimbulkan berkembangnya bakteria. Tujuan utama penataan ini adalah menghilangkan benda-benda yang mungkin menimbulkan bakteria. Prinsipnya adalah mencegah benda-benda asing dari memasuki sarang. Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu benda asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah bertindak untuk mengusirnya dari sarang.


Kehidupan lebah di dalam sarang serta pembuatan
madu oleh mereka sangatlah menakjubkan.
Lebah melakukan banyak "pekerjaan" dan mereka
berhasil melakukannya dengan baik melalui pengaturan
(pengorganisasian) yang luar biasa.


Untuk benda asing yang lebih besar yang tidak dapat dibuang dari sarang, digunakan cara pertahanan lain. Lebah membalsam (embalm) benda asing tersebut. Mereka menghasilkan suatu zat yang disebut "propolis" (yakni, getah lebah) untuk pembalsaman. Propolis mencegah apa pun bakteria yang hidup di dalamnya. Ini menjadikan propolis sebagai zat terbaik untuk pembalsaman.