Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 30 Julai 2010

Memaafkan Bermanfaat Pada Kesihatan



Memaafkan seseorang yang pernah menyakiti hati kita memang sukar. Sungguhpun begitu sifat pemaaf adalah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an.

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Mereka mudah marah terhadap apa saja kesalahan yang dilakukan orang kepadanya. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur'an bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji.

"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43)

Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat pemaaf, pengasih dan berlapang dada sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

Para penyelidik percaya bahawa pelepasan hormon stres, keperluan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah dari keping-keping darah yang memacu kepada pembekuan darah menunjukkan bagaimana kemarahan boleh meningkatkan peluang terjadinya serangan jantung. Ketika marah, degup jantung meningkat melebihi paras biasa dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi. Oleh itu kemungkinan terkena serangan jantung amat besar.

Pemahaman orang-orang beriman tentang sikap memaafkan sangatlah berbeza dari mereka yang tidak menjalani hidup sesuai ajaran Al Qur'an. Meskipun banyak orang mungkin berkata mereka telah memaafkan seseorang yang telah menyakiti mereka, namun ianya memerlukan waktu yang lama untuk melepaskan diri dari rasa benci dan marah dalam hati. Sikap mereka menampakkan rasa marah itu.

Di lain pihak, sikap memaafkan orang-orang beriman adalah tulus. Ini adalah mereka tahu bahawa manusia diuji di dunia ini dan belajar dari kesalahan mereka. Mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih dari itu, orang-orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka berada di pihak yang benar dan orang lain salah

Ketika memaafkan mereka tidak membezakan antara kesalahan besar dan kecil. Mereka sedar kadang-kadang seseorang itu tidak menyedari telah menyakiti hati orang lain. Orang-orang beriman juga tahu bahawa segala sesuatu itu terjadi adalah menurut kehendak Allah dan berjalan sesuai dengan takdir yang telah ditentukan. Oleh itu, mereka berserah diri dengan peristiwa ini dan tidak pernah terbelenggu oleh amarah.

Menurut penemuan penyelidikan terbaru, para ilmuan Amerika membuktikan bahwa mereka yang mampu memaafkan adalah lebih sihat baik jiwa maupun raga. Orang-orang yang diselidik itu menyatakan bahawa penderitaan mereka berkurang setelah memaafkan orang yang menyakiti mereka. Penyelidikan tersebut juga menunjukkan bahawa orang yang belajar memaafkan merasa lebih baik, tidak hanya secara batiniah namun juga jasmaniah. Sebagai contoh, telah dibuktikan bahawa berdasarkan penelitian, gejala-gejala pada kejiwaan dan tubuh seperti sakit dada akibat stress [tekanan jiwa], susah tidur dan sakit perut sangatlah berkurang pada orang-orang ini.

Memaafkan, adalah salah satu perilaku yang membuat orang tetap iehat, dan merupakan satu sikap mulia yang seharusnya diamalkan setiap orang

Dalam bukunya, Forgive for Good[Maafkanlah demi Kebaikan], Dr. Frederic Luskin menjelaskan sifat pemaaf sebagai resepi yang telah terbukti bagi kesihatan dan kebahagiaan. Buku tersebut memaparkan bagaimana sifat pemaaf memacu terciptanya keadaan baik dalam pikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya diri dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat dan stres.

Semua penelitian yang ada menunjukkan bahwa kemarahan adalah sebuah keadaan fikiran yang sangat merosak kesihatan manusia. Memaafkan, di sisi lain, meskipun terasa berat tetapi ia terasa membahagiakan. Ia merupakan satu dari akhlak terpuji yang menghilangkan segala kerosakan berpunca dari kemarahan dan membantu orang tersebut menikmati hidup yang sihat baik secara lahir maupun batin.

Namun, tujuan sebenarnya dari memaafkan –sebagaimana segala sesuatu lainnya – haruslah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kenyataan bahawa sifat-sifat akhlak seperti ini telah terbukti manfaatnya secara ilmiah dan telah dinyatakan dalam banyak ayat Al Qur’an. Inilah satu dari banyak sumber kearifan yang terkandung didalamnya.

Khamis, 29 Julai 2010

Pembuka Selera


Nasi Kerabu


Nasi kerabu nilah yang mengisi perut saya setiap hari semenjak dua menjak ni. Kalau tak makan untuk breakfast saya akan makan untuk makan malam.

Untuk breakfast selalunya saya akan ke Restoran Seri TTDI di Taman Tun Dr. Ismail Jaya. Kalau terasa nak makan nasi kerabu pada waktu petang atau malam saya beli di salah satu gerai makan di Seksyen 18. Bila makan nasi kerabu ni terbuka selera pulak. Penangan budu agaknya. Tapi kebanyakan nasi kerabu di sini tidak ada kuah sambal tumis budu. Di sini kebanyakannya bubuh cili source (cili dengan cuka agaknya) dan 'raw' budu.

Menurut kawan-kawan dari Kelantan, mereka kata kalau bubuh cili source (cili dengan cuka agaknya) dan 'raw' budu tu nasi kerabu orang siam. Kalau orang Kelantan mesti ada tumis budu. Saya selalu minta ulam lebih walaupun ulamnya apalah sangat. Banyak kobisnya dengan taugeh jer. Kadang-kadang tu di Gerai Seksyen 18 ada daun kesom dan bunga kantan.

Sekarang saya kurang berselera nak makan nasi dengan lauk. Perut rasa lapar tapi selera tak ada. Tengok makaann rasa teringin, tapi bila makan, suap semulut dua, dah tak nak. Mee, mee hoon atau sewaktu dengannya semua tak nak.

Sekarang saya faham kenapa dulu arwah mak saya begitu susah nak makan. Susah hati kalau dia tak makan, takut kena hypo. Maklumlah dia ada kencing manis. Selalu bergaduh (bergaduh sayang) dengan dia pujuk dia makan.

Di Restoran Sri TTDI tu menjual makanan Kelantan disebelah paginya. Nasi dagang, nasi berlauk dan juga nasi kerabu disamping, nasi lemak, lontong dan roti canai serta mee dan mee hoon (wah iklan free untuk Sri TTDI. Tengaharinya pun meriah juga lauk pauknya.


Laksam


Selalunya kalau saya makan laksam saya tak makan kuahnya, saya cuma ambik laksam dan ulamnya saja dengan garfu. Takut tengok kuahnya yang sangat berlemak tu.

Sabtu, 24 Julai 2010

Filem Madu Tiga


Gambar ini saya yang tambah



Artikel ini saya petik dari Blog "Diari Alam Dan Kehidupan". Setelah mendapat keizinan dari tuan punya blog inilah saya pastekan untuk tatapan dan renungan kita bersama. Saya rasa ianya sangat berguna untuk kita.

Filem Madu Tiga
Sedutan dari Kertas Renungan-2009

Pendahuluan.

Filem Madu Tiga adalah salah sebuah filem yang telah diarahkan oleh Tan Sri P Ramlee pada tahun 1964. Filem bergenre komidi ini diterajui oleh P.Ramlee sendiri sebagai watak utama(Encik Jamil). Beliau mempunyai 3 orang isteri iaitu Zaharah Agus(Latifah) Hasnah(Jah Haji Mahadi) dan Rohani(Sarimah). Filem ini dibuat dalam bentuk hitam putih dan diarahkan oleh beliau pada 12 Feb 1964.

PLOT (berdasarkan klip tayangan)

Watak utama, Jamil, mengahwini tiga perempuan secara rahsia. Isteri pertamanya, Latifah telah dinikahi selama 12 tahun tanpa mempunyai zuriat. Jamil kemudian menikahi Hasnah dan berupaya meyakinkan Hasnah yang mana Latifah telah setuju membenarkan dia untuk menikah lagi satu dengan alas an mereka tidak mempunyai anak. Ayah Latifah(ahmad Nisfu) adalah tuan punya syarikat yang mengendalikan bisnes sewa menyewa bangunan dan rumah sewa. Pengurus syarikat ini adalah Jamil sendiri dimana hubungan antara Jamil dan Ahmad Nisfu bukan sahaja sebagai bapa mentua malah juga sebagai majikanya sendiri. Kemudian, ketika mengumpulkan wang sewa dari penyewa, Jamil bertemu dengan seorang gadis (Rohani)anak kepada salah seorang penyewanya (Pak Ali). Dalam pertemuan pertama tersebut,Jamil telah jatuh cinta dengan Rohani, kemudianya berusaha untuk mengahwininya.

Kritikan Sosial/Isu-Isu Dalam Filem Madu Tiga.

Pemaparan isu perkahwinan dan perceraian,sentiasa menjadi isu dalam filem-filem P.Ramlee. Filem-filem seperti Ibu Mertuaku,Dr Rushdi,Jangan Tinggal Daku ,Keluarga 69 dan sudah tentu bagi filem Madu Tiga. Bagi filem Madu Tiga,isu poligami adalah perkara dominan.Sekalipun sudah hampir setengah abad filem ini dibikin,namun isu poligami didalamnya masih relevan. Oleh yang demikian kertas ini akan memperincikan secara detail isu-isu poligami dalamnya. Selain itu isu perceraian juga ditimbulkan dalam plot cerita ini.

Isu-Isu

Alasan Poligami.

Dalam Filem Madu Tiga, Jamil berpoligami dengan alasan:

a) Isteri (Latifah) mandul,setelah 12 tahun berkahwin masih gagal mendapat cahayamata.

b) Latifah gagal melayani suaminya,Setiap waktu dihabiskan masa di meja mahjong bersama rakan-rakanya dari kaum Cina.

c) Mampu: Jamil mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi untuk berpoligami. Beliau mampu menyediakan setiap isterinya sebuah rumah,sebuah kereta beserta pemandu.

Komentar.

Alasan-alasan berpoligami tersebut menepati apa yang Al-Quran nyatakan :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُو

` kahwinilah kamu wanita yang kamu inginkan,dua,tiga atau empat,kemudian jika kamu merasa takut ( bimbang) tidak dapat berlaku adil hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.'

Adil yang dimaksudkan disini adalah kemampuan memberi nafkah zahir dan giliran bermalam. Dalam Akta/Enakmen Keluarga Islam pada hari ini.Seksyen 23 (5)(UKI):

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, kelemahan jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya,

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut Hukum Syara' ;

Kritikan Sosial

a) Pembohongan dan penipuan.

Seperti memjadi suatu `budaya` penipuan dan pembohongan adalah sebahagian dari amalan berpoligami,menyembunyikan hakikat perkahwinan yang suci adalah satu bentuk penipuan yang nyata dan keji, bila perkahwinan telah dilaksanakan,berbagai kaedah pembohongan dan penipuan dilakukan,pertolongan kawan-kawan rapat,bapa mertua(seperti dalam filem ini),berjaya memperdayakan wanita. Lirik lagu `mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang` begitu dominan dalam masyarakat hingga ke hari ini.

b) Emosi wanita.

Wanita penuh emosi,bila berlaku sesuatu yang selama ini rahsia,perang meletus. Sikap Latifah dan Hasnah yang `berperang`di tengah majlis pernikahan adalah sesuatu yang menjatuhkan martabat wanita yang waras. Ternyata emosi wanita gagal dikawal berlaku sepanjang masa,dalam keadaan masyarakat lama juga dalam dunia moden ini.

c) Sikap lelaki memburukkan isteri dan bercakap kasar.

Suami yang pintar dan berakhlak tidak akan melakukan perkara tersebut,namun realitinya bila bertujuan menjustifikasikan sesuatu tindakan(untuk berpoligami),lelaki sanggup memburukkan isteri yang dikahwini selama berbelas tahun.

d) Mempermainkan perkataan `cerai`.

Demi menyelamatkan diri sendiri, perkataan cerai sering dilafazkan anatar satu sama lain diantara isteri-steri yang dikahwini, sekalipun bertujuan menenangkan keadaan setelah rahsia kahwin lain terbongkar, namun perkataan cerai tak sewajarkan dijadikan wirid harian dalam menyelesaian masalah.

e) Manipulasi kesusahan orang lain.

Sikap Jamil yang memanipulasikan kesusahan Pak Ali, dapat dilihat, dengan sikap berpura-pura membantu Pak Ali apabila melihat anaknya (Rohani) seorang yang cantik menawan. Sebelum itu,tanpa mengira kesusahan Pak Ali, Jamil telah mengarahkan Pak Ali mengosongkan rumah sewa tersebut akibat kegagalan beliau menjelaskan sewa bulanan.

Komentar

Mengikut Akta/Enakmen Keluarga Islam, ruang dan peluang untuk bernikah secara sembunyi ditutup seraat-rapatnya, setiap permohonan lelaki wajib disampaikan kepada isteri dan disaman supaya isteri hadir memberi keterangan.

Seksyen 23(5):-

Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri-isteri sedia ada, bakal isteri,wali kepada bakal isteri…….

Tujuan dipanggil ke Mahkamah adalah untuk memberi keterangan mengenai permohonan suami tersebut. Sekalipun keizinan isteri bukanlah suatu syarat namun kelayakan dan kemampuan suami akan dinilai dari keterangan isteri atau isteri-isteri. Pembohongan dan penipuan adalah dilarang dalam Islam dalam apa bentuk jua pun.Cumanya syarak memberi kelonggaran jika dalam keadaan terpaksa seperti dipaksa untuk melontarkan kalimah kufur atau bagi mendamaikan antara dua pihak yang berselisih faham(termasuk antara suami dan isteri). Walaubagaimanapun, filem Madu Tiga ini tetap juga menonjolkan ciri-ciri kekeluargaan yang positif sebagaimana hubungan suami isteri seperti dibawah:

- Hak Bersama Suami Isteri - Suami isteri, hendaknya saling menumbuhkan suasana mawaddah dan rahmah. (Surah Ar-Rum: 21)

- Hendaknya saling mempercayai dan memahami sifat masing-masing pasangannya. (Surah An-Nisa': 19 - Al-Hujuraat: 10)

- Hendaknya menghiasi dengan pergaulan yang harmonis. (Surah An-Nisa': 19) - Hendaknya saling menasehati dalam kebaikan. (Muttafaqun Alaih)
Adab Suami Kepada Isteri .

- Suami hendaknya menyedari bahwa isteri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (Surah At-aubah: 24) - Seorang isteri boleh menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. (Surah At-Taghabun: 14)-Hendaknya senantiasa berdo'a kepada Allah meminta isteri yang sholehah. (Surah AI-Furqan: 74) –

Diantara kewajiban suami terhadap isteri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristeri lebih dari satu. (AI-Ghazali) - Jika isteri berbuat 'Nusyuz', maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan:

(a) Memberi nasehat,
(b) Pisah tempat tidur.
(c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (Surah An-Nisa': 34)

'Nusyuz' adalah: Kedurhakaan isteri kepada suami dalam hat ketaatan kepada Allah. - Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Riwayat Tirmidzi)

- Suami tidak boleh kedekut dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya.(Surah Ath-Thalaq: 7)

Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. (Riwayat Tirmidzi) Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk isterinya. (Abu Ya'la)

- Suami wajib menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (Surah An-Nisa': 19) - Suami wajib memberi makan isterinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Riwayat Abu Dawud).

Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, (Muttafaqun Alaih)

- Suami wajib mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)

- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri. (An-Nisa': 3) .
Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada siapapun. (Riwayat al-Nasa'i)

- Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali).
Isteri perlu menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (Surah An-Nisa': 34)

- Hendaknya isteri menyedari bahwa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada isteri. (Al-Baqarah: 228)

Diantara kewajiban isteri terhadap suaminya, ialah: a. Menyerahkan dirinya, b. Mentaati suami, c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan izinnya, d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami e. Menggauli suami dengan baik. (Al-Ghazali) -

Isteri hendaknya selalu memenuhi hajat biologi suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (Riwayat Muttafaqun Alaih) - Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu istri menolaknya (tanpa alasan yang masyru`, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meredhainya. (Riwayat Muslim)

- Isteri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah swt. mengampuni dosa-dosa seorang Isteri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (Riwayat Tirmidzi) –

Perkara sangat penting bagi isteri adalah redha suami. Isteri yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya akan masuk surga. (Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi) -

Kepentingan isteri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: "Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan istri bersujud kepada suaminya. .. (Riwayat Tirmidzi) - Isteri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (Riwayat Thabrani) - Isteri hendaknya senantiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami(Riwayat Thabrani) - Isteri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (ketika suami tidak ada di rumah). (An-Nisa': 34).

Inilah yang cuba disampaikan oleh Tan Sri P.Ramlee dalam filemnya,Cuma bentuk penyampaian adalah dalam genre komidi.Beliau menyedari kelemahan suami dan isteri juga kebaikan dan keburukan pengamal poligami tersebut yang perlu ditangani dan diberi perhatian.

Kesimpulan.

Poligami adalah murni dan dbenarkan dalam syariat dan juga undang-undang. Cuma pematuhan kepada syarat-syarat poligami perlu diberi perhatian. Filem madu Tiga telah mendahului zaman dalam memperkatakan soal ini. Kritikan pedas dan tajam adalah sangat relevan samada ketika filem ini dibuat atau sehingga hari ini. Maka kalau poligami itu sebagai ubat, hanya orang yang sakit sahaja yang memerlukan ubat tersebut. Filem ini ternyata mempunya mesej begitu murni dan cuba mengambarkan dalam kemurnian berpoligami, disebaliknya ada kebobrokan yang perlu ditangani.

Wallahu Taala A`lam

Nota:Ada sumber yang diambil tidak dipamerkan sumber ambilan(lupa url).
Hadis-hadis dirujuk tidak diberikan status/tahrij(InsyaAllah sahih).
Penulis artikel ini(siapa?)mendapat Aras 4-hasil permarkahan
kertas renungan ini heheheheh.


Terima kasih Tuan TJ.

Azan Bilal Masjidilharam

Di kawasan persekitaran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri Shah Alam malam tadi telah berkumandang Azan Maghrib dan Isyak yang dilaungkan oleh Bilal Masjidilharam. Beliau juga ada memberi ceramah pendek dan diterjemahkan oleh orang kita ke dalam Bahasa Malaysia.

Tapi mungkin tak ramai yang tahu cuma pada mereka yang berada di Masjid Negeri sahaja maklum perkara ini. Meremang jugalah bulu roma bila kalimah "Ashadualla Illahaillallah" dilaungkan. Mungkin sistem bunyi masjid negeri tak secanggih sistem bunyi di Masjidilharam, jadi azan yang dilaungkan tu tidaklah seperti apa yang kita dengar ketika kita berada di Mekah. Adalah kelainannya sikit.

Jumaat, 23 Julai 2010

Hari-hari Yang Semakin Pendek





Semalam birthday Eresya. Dah 4 tahun usia dia. Saya cuma belikan dia sebiji kek, saja suka-suka sebagai budak-budak. Selain doa yang diiringi semoga Eresya menjadi insan yang berbahagia dunia dan akhirat. Itulah impian semua nenek rasanya ingin melihat anak cucu berjaya di kedua alam.

Selain Eresya dan Izati yang semakin membesar, Kaisah juga dah pandai bertatih. Dah agak tegap kakinya melangkah. Mulut pun riuh rendah. Seronok mendengarnya walau tak paham apa yang dikata. Itu pun sudah cukup mengembirakan kami di rumah.





Di rumah ini, selain pada hari minggu, sudah tak semeriah dulu. Cuma bila hari minggu kalau Izati dan Eresya datang bermalam di rumah dengan mama dan abahnya, baru riuh sikit rumah ni. Selalunya sakinah dan salam juga balik ke rumah bermula hari Jumaat hingga Ahad kalau mereka tiada kelas. Hari-hari lain rumah semakin sepi.

Itulah kehidupan harian kami berdua buat masa ini. Rumah makin kurang dan kurang penghuninya. Dulu masa anak masih kecik-kecik sibok membuat renovasi rumah supaya semua anak dapat bilik sorang satu. Tapi bila anak-anak dah mula masuk asrama kemudian belajar ke IPT, rumah dah bermula kosongnya. Sekarang bila anak-anak dah membesar, yang dah kawin berpindah ke rumah sendiri, yang belajar duduk di asrama dan seorang dah mengadap Ilahi, bilik-bilik tu semua tinggal sepi.

Kami berdua cuba memenuhi masa-masa sepi itu dengan aktiviti-aktiviti yang dirasakan dapat memberi kami ketenangan dalam menjalani hidup ini disamping mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kesana. Apa lagi bila melihat anak-anak yang semakin meningkat usia dan cuc-cucu yang semakin membesar terasa betapa hampirnya hari bertemua DIA.


Buaian yang dihias cantik terletak
di atas pentas rendah


Pada hari Sabtu lepas saya berkesempatan menghadiri Majlis cukur jambol dan aqiqah cucu seorang kawan rapat. Terpesonanya saya melihat persiapan majlis tersebut. Seolah-olah sebuah Majlis perkahwinan.

Siap dengan tenda (khemah) yang cantik berhias skelop kuning dan pink (cucu perempuan) dipasang di halaman rumah untuk tempat tetamu menjamu selera. Di ruang tamu rumah tersedia sebuah pentas yang diletakkan sebuh buaian bayi yang cukup cantik seolah-olah di atas pelamin.

Saya tidak pernah menyambut hari cukur jambul dan aqiqah cucu-cucu saya sebegini mewah. Pada saya ini terlalu tinggi citarasanya di samping membazirkan duit. Pada saya majlis cukur jambol ni cukuplah dengan tahlil, merhaban dan berzanji. Tapi yerlah terpulanglah kepada cita rasa masing-masing. Itu pendapat saya saja.

Isnin, 19 Julai 2010

Award Dari Kawan

Selepas berapa lama tak masuk ke blog sendiri, semalam bila internet dah okey, seronoknya dapatlah berblog kembali.

Gembiranya bila nampak pesanan dari Sis Tinie dan Endiem untuk mengambil award di rumah masing-masing. Dengan tak malunya terus ke sana. Terima kasih banyak-banyak Sis Tinie dan Endiem.

Dari Sis Tinie




Sekarang saya juga nak panjangkan award dari Sis Tinie ini kepada semua kawan-kawan blog saya pula. Semoga sudi menerimanya.

Dari Endiem




Endiem juga ada memanjangkan award yang diterimanya kepada 10 kawan-kawannya dan salah seorang daripadanya ialah saya. Tapi untuk mengambil award dari endiem kena kerja sikit iaitu

1. Anda mesti memuji si pemberi award

Ini kena beri pujian yang ikhlas dari hatilah. Saya suka dengan N3 yang dibuat oleh saudara Endiem ni. Dia selalu membawa kesah-kesah tentang tempat-tempat yang boleh menarik minat kita supaya teringin ke negeri Pahang. Gambar-gambar yang dipastekan pun cantik-cantik.

Selalu membawa cerita semasa dipersekitarannya. Kadang-kadang cerita tu merupakan kali pertama saya dengar dan mengetahuinya, contohnya tentang keladi kemahang yang dijual di pasar tani. Begitu juga tentang pekan Bera yang selama ini dalam ingatan saya ia adalah sebuah perkampongan orang asli. Rupanya apa yang ada difikiran saya salah belaka. Ia sebuah pekan yang cantik dan membangun.

Followersnya juga dah melebihi 111 orang dan saya percaya akan terus bertambah dari masa ke masa, InsyaAllah.

2. Sila beri award kepada 10 bloggers lain

Seperti juga endiem agak sukar untuk memilih 10 orang kawan yang patut saya panjangkan berikan award ini. Jadi saya minta izin untuk senaraikan kawan-kawan yang di bawah untuk saya panjangkan award ini:

Sis Werdah
Intan RH
Abd Razak
Sis Tinie
Miecyber
Kak Yam
Kak Pah
Pie Wahid
Penjejak Maya
White Rose
Ibu Guru
Ros Illiyyuum
Aby (E Wak)
Shahrom


3. Nak beri tahu semua blogger diatas supaya ambil award ini

InsyaAllah saya akan ke blog kawan-kawan untuk memaklumkannya. Semoga kawan-kawan sudi menerima award ini.

4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.

Ni payah sikit, tak yakin nak isi bakul angkat sendiri.

Sekali lagi terima kasih Sis Tinie dari "Cetusan Minda" dan Endiem dari "Koi Orang Pahang".

Akhiran Kisah "Sedih Pun Singgah Juga"


Warna warninya ikan ini seolah-olah mengambarkan
perjalanan hidup yang beranika rentaknya


Pengakhiran kisah dari N3 dulu tu tak adalah tragis sangat.

Bila tiba saja ke dungun, emak saya terperanjat nampak saya. Mungkin dia terkejut kerana saya berani naik bas sorang diri dengan bawa beg sekolah saja. Sesuatu yang tak pernah terjadi.

Saya ceritakan pada mak apa yang berlaku. Nampak mak sedih. Tapi dari peristiwa itu, ayah saya kecik hati sangat. Dia ungkit-ungkit dengan mak. Dia kata dia tak sangka saudara mak sanggup buat anak dia macam ni.

Mungkin saya rasa tertekan sangat dan lekat dihati hingga sekarang bukanlah sekadar kerja-kerja yang perlu saya lakukan seperti saya ceritakan dalam N3 lepas tapi setiap leteran dan kemarahan yang saya terima setiap kali melakukan sesuatu kerja.
Cuma saya tidak pernah dipukul. Tiap kali balik sekolah saya rasa takut bila tiba dirumah, saya tak tahu apa lagi kesalahan yang saya telah lakukan. Kadang-kadang perkara yang menimbulkan kemarahan tu tidak sepatutnya menjadi kemarahan.

Itu perasaan saya pada usia itu. Tapi sekarang pandangan saya dah lain. Saya rasa kerja-kerja yang diminta saya membantu tu adalah kerana kesempitan hidup. Cuma rasa saya tidak salah kita meminta anak-anak membantu untuk menambah sumber kewangan keluarga tetapi biarlah kerja yang berpadanan dengan kudrat kanak-kanak tu.

Apa pun dari pengalaman tu, saya tahu macam mana atap rumbia dibuat, macam mana rokok daun tu terjadi dan yang paling penting kehidupan dalam suasana yang segala-galanya kurang dan peringatan supaya susah senang selagi terdaya biarlah anak-anak membesar didepan mata kita.

Sabtu, 17 Julai 2010

Sedih Pun Singgah Juga




Pemandangan Sungai Kemaman


Lamanya saya tak dapat berblog. Sama ada membuat N3 baru atau berjalan ke blog kawan-kawan.

Dua hari lepas saya dan hasben baru kembali dari Dungun, Terengganu. Saya ke sana pada hari Isnin dan kembali ke sini pada hari Khamis. Sebenarnya kalau ikutkan hati tak nak kemana-mana sebab akhir-akhir ni kami asyik travel sama ada untuk menunaikan jemputan jemputan perkahwinan anak-anak saudara mara termasuk adik beradik sendiri ataupun jemputan anak kawan-kawan kawin serta anak-anak jiran kawin. Mana yang diluar Shah Alam, Kuala Lumpur dan sekitarnya terpaksalah ponteng kelas hari Sabtu dan Ahad.

Semasa dalam perjalanan ke Dungun, kami berhenti penat sekejap di taman rekreasi Banggol Tinggi (kalau tak salah saya) ia itu berdekatan dengan jambatan Sungai Kemaman. Ini untuk membolehkan cik abang saya tu lelapkan mata sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

Sebenarnya ada sejarah sedih ditempat ini pada saya. Setiap kali saya melalui kawasan ini yang dah jauh berbeza dari satu ketika dulu, saya akan merasa sedih dan sayu. Dulu tempat ini merupakan kawasan hutan bakau. Sekarang pokok-pokok bakau masih ada di sini. Tapi bukan untuk tujuan komersil. Ianya lebih kepada mencantikkan persekitaran.

Di sungai dan tebing sungai inilah satu ketika dahulu tempat sumber rezeki penduduk di sekitar kawasan ini. Bagi yang perempuan, mereka menjahit atap nipah (rumbia) dan membuat rokok daun dari pucuk rumbia. Orang-orang lelaki pula kerjanya ialah menebang daun dan pucuk nipah di kawasan-kawasan yang tumbuh pokok-pokok nipah di sepanjang tebing sungai dengan menyusurinya menggunakan perahu.

Daun-daun dan pucuk-pucuk nipah ni akan ditinggalkan di bangsal-bangsal yang didirikan di tebing-tebing sungai berkenaan untuk diangkut oleh orang-orang perempuan di sebelah petang. Kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang lelaki ni biasanya di waktu pagi. Orang-orang perempuan akan mengambilnya dari bangsal-bangsal yang telah ditentukan kepunyaan mereka ditebing sungai tu dan dibawa ke rumah untuk dijahit menjadi atap dan pucuk nipah.

Nak dijadikan cerita ialah ketika saya dalam darjah 4 saya bersekolah di Kemaman ini. Kebetulan ayah saya ditukarkan ke dungun. Pada masa tu, seorang dari saudara jauh mak saya begitu beria-ria meminta saya tinggal dengan dia buat sementara waktu sebelum ikut tukar bersekolah di Dungun. Saya juga pelik kenapa mak ayah saya setuju. Jadi tinggallah saya dengan keluarga ini yang kebetulan tidak mempunyai anak.

Sejak itulah bermula episod sedih saya. Memandangkan ayah saya makan gaji dengan Kerajaan (walaupun tak kaya) jadi saya tidak pernah merasa kesempitan yang dirasakan oleh keluarga yang saya tumpang ni. Tiap-tiap hari balik dari sekolah isterinya suruh saya cari seludang dan pelepah kelapa untuk dijadikan kayu api. Lepas tu baru saya diberi makan nasi dengan sukatannya dah ditentukan jumlahnya walaupun ayah saya kirim duit tiap-tiap bulan.

Di waktu petang saya diajak oleh si isteri menemaninya mengangkut daun dan pucuk nipah yang telah diberkas dari tebing sungai yang saya sebut di atas. Saya juga kena menjunjung sekali daun nipah tu. Di mana ini semua tidak pernah saya lakukan. Saya selalu menangis di belakang mereka.


Pokok Nipah



Rokok daun (daun Nipah)



Atap Nipah(Rumbia)


Yang paling perit ialah bila ke tebing sungai mengambil daun nipah diwaktu air pasang. Masa itu parit-parit sekeliling tebing akan dipenuhi air. Kami terpaksa mengharung air tu untuk sampai ke tebing tempat terletakkan daun-daun nipah tu. Yang nak diceritakan ialah ketika mengharung parit-parit yang dipenuhi air ini, selain anak-anak ikan yang berenang dalam air, kami juga terpaksa mengharunginya dengan dikelilingi ular-ular yang berenang-renang seperti ikan di dalam parit berkenaan. Ular-ular tu panjangnya dalam sedepa atau kurang. Macam tak percayakan. Itulah kebenarannya.

Setiap kali saya terpaksa menghadapi keadaan ini saya rasa seolah-orang saya nak mati. Saya akan mengigil dan menjerit-jerit takut. Tapi orang-orang tu akan berpesan "tak aper, tak aper ular tu tak bisa, janji jangan pijak dia". Kenangan inilah yang selalu terbayang diingatan saya setiap kali saya melepas kawasan ini dan saya fobia.

Saya tak sanggup lama menghadapi keadaan ini. Mungkin dalam 3 atau 4 bulan. Nak tau apa yang saya buat. Saya lari dari rumah tu ketika saya ke sekolah dengan menaikki bas balik ke Dungun. Sebenarnya saya tak berduit ketika itu, sebab saya hanya diberi 10 sen untuk belanja sekolah.

Memandangkan saya tak berduit nak balik ke dungun saya nekad ke rumah kawan mak saya yang mengenali saya semenjak saya kecik. Pada dia saya ceritakan segala-galanya. Dia berikan saya duit untuk tambang dan hantar saya naik bas balik ke Dungun. Masa tu mana ada telefon. Jadi saya tak dapat nak beritahu mak ayah saya.

Semenjak saya lari dari rumah itu saya rasa tak mahu lagi jumpa saudara mak saya ni. Sekarang mereka suami isteri dah meninggal. Semoga Allah ampunikan mereka. Saya dah lama maafkan mereka. Mungkin kerana kemiskinan menjadikan keadaan ini terjadi.

Apa boleh buat masa tu saya belum faham erti kemiskinan sebab setiap kali celik mata, sudah ada sarapan yang mak siapkan. Balik sekolah walaupun berjalan kaki sudah ada nasi yang mak masak. Duit sekolah memang 10 sen juga. Jadi bila semua ini jadi sebaliknya saya rasa terlalu tersiksa.

Bila saya kenangkan sekarang saya rasa seolah-olah saya bermimpi. Dan saya selalu ingatkan diri saya, kalau boleh saya tidak akan tinggalkan anak-anak saya dengan orang lain selagi saya hidup.