Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 30 Jun 2010

Exam Oh Exam



Aduss, sedang sedap-sedap berehat kejap sambil menonton tv, tiba-tiba h/set saya berbunyi. Member Kelas Guru Mengaji beritahu "Ni, malam exam, tafsir",

"Aah, exam. Ya Allah apa nak jawab. Apa hal lebih dari bidan terjun ni. Mana ada exam bagi notis less than 12 hours ni". Jawab saya,

Terdengar suara dia gelak. "Entahlah tadi orang pejabat Pentadbiran Masjid Negeri beritahu, minta sebarkan perkara ini", tambah kawan saya.

Nasib baiklah kami tak ramai. Masa permulaan kelas dulu kami ada 15 orang. Sekarang tinggal 12 orang. Dan kami masing-masing ada nombor telefon antara satu sama lain. Yang tarik diri 3 orang tu pelajar lelaki. Kami yang perempuan 'maintain'.

Sebenarnya memang kami telah diamklumkan mengenai peperikssan ni, tapi tarikh belum tahu, akan dimaklumkan. Tak sangkalah pulak short notice macam ni. Tawakkal jerlah nampaknya.

Baru berangan-rangan malam ni nak ke rumah Zulaikha di Puncak Alam. Malam ni kat kawasan rumah dia ada Pasar Malam. Kat pasar malam tu saya suka beli nasi kerabu dan pecal. Kedua-duanya saya rasa sedap.

Jadi nampaknya mulai saat ini kenalah saya baca buku tafsir ni. Pulun habislah ni. Dua tiga hari ni asyik ulangkaji bahasa arah komunikasi. Tak tahu bila pulak examnya. Jangan-jangan esok. Kalau esok habis. Baru-baru ni dah lepas exam bahasa arab alquran. Result pun dah dapat, Alhamdulillahlah, lulus cemerlang.

Doakan semoga saya berjaya dalam exam tafsir ni dan lain-lain subjek yang akan menjelang.

Ahad, 27 Jun 2010

Mengubat Hati Yang Sakit



Saya tertarik untuk berkongsi N3 Ustaz Pahrol yang saya copy dari Blog 'Genta Rasa'.

MENGAPA SUKAR UNTUK MENCINTAINYA?

Genta Rasa
27 Jun 2010 pada 1:07 pm (Kemudi Hati)
Tags: cinta, mujahadah, hati, ILAHI

Mengapa begitu sukar mencintai Allah? Ya, benar. Memang sukar mencintai Allah. Walaupun kita tahu bahawa Dialah yang sewajarnya kita cintai. Budi-Nya, kasih-sayang-Nya, nikmat-Nya terlalu banyak untuk dimungkiri. Segala kebaikan Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kita melebihi kebaikan manusia. Sekalipun manusia itulah yang paling baik dengan kita.

Hatta kasih ibu yang sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati kita… kenapa sukar benar mencintai-Nya? Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu lojik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.

Mengapa hati sedegil itu? Untuk mengetahui kenapa, mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Hadapkan ayam goreng, asam pedas, tomyam atau apa sahaja masakan yang enak-enak, tentu mulut kita dapat menikmatinya dengan lazat.

Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit.

Hati yang sakit tidak akan dapat menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Jika perbandingan ini dapat diterima, maka kita boleh mengukur tahap ‘kesihatan’ hati kita.

Rupa-rupanya dalam kehidupan ini ramai manusia (termasuk kita) yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, sebaliknya lebih cinta selain Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia, sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan menderita di akhirat. Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati akibat lebih parah. Kita akan menderita selama-lamanya di akhirat.

Mengapa hati kita sakit?

Hingga dengan itu hati tidak bergetar lagi dengan cinta Allah? Bukankah cinta Allah itu fitrah? Ertinya, cinta Allah itu adalah ‘makanan’ atau ‘penawar’ kepada hati manusia. Sebelum menjawabnya izinkan saya membawa satu analogi. Katalah, ada seorang anak yang sejak kecilnya lagi sudah dipisahkan daripada ibunya yang sejati. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, anak itu dipelihara oleh ibu angkat. Masa berlalu bertahun-tahun. Hinggalah anak itu mencapai usia dua puluhan.

Tiba-tiba, si anak mengetahui rahsia yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja kepada ‘ibunya’ sekarang. Dia pun mencari ibunya yang sejati. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya. Maka di hari pertemuan bersejarah itu (masih ingat program Jejak Kasih?), sianak pun bertemu dengan ibu sejatinya ditemani oleh ibu angkatnya.

Saya ingin bertanya, dan anda boleh menjawabnya… pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh sianak? Ibu sejati yang telah terpisah sekian lama itukah atau ibu angkatnya yang telah memelihara selama ini?

Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati sianak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selama dua puluh tahun berbanding ibu sejati yang baru dikenalinya pada hari pertemuan itu. Walaupun pada lojik dan dari segi rasionalnya, ibu sejati perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan sianak tidaklah begitu. Sayang bukan paksaan. Sayang bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa. Ia datang dengan sendirinya. Kenapa sayang dan cinta sianak tak mahu bertandang walaupun dia patut merasa begitu?

Kenal Allah Dari Alam Roh
Maka begitulah halnya dengan hati kita. Sebenarnya, sejak di alam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita. Firman Allah:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”

Al-A’raf : 172

Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Rob (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintai-Nya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui itu berbeza. Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Tegasnya, cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.

Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia. Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya. Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’. Kita telah terpisah dari Allah. Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu-bapa mereka sendiri. Ibu-bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar

Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal agama mengenal Allah’ tidak diberikan. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah. Hakikat ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw:

“Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Majusi atau Nasrani, seperti haiwan itu melahirkan haiwan yang sama secara utuh. Adakah kamu menemukan adanya kecacatan?”

Riwayat Bukhari

Bermula dari situ perpisahan dengan cinta Allah pun bermula. Makin bertambah usia semakin jauh jarak perpisahan itu. Kekadang oleh corak pendidikan yang diterima. Begitu juga media massa yang didengar dan lihat. Apa lagu yang didengarnya? Apa filem yang ditontonnya? Cinta siapa yang lebih kerap dilihat dan didengarinya? Malang sekali, bukan cinta Allah tetapi cinta selain-Nya.

Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk seperti seorang anak yang dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati, pemikiran, perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada ‘cinta angkat’ itu. ‘Cinta angkat’ itulah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian, di rumah, di sekolah, di dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya. Pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa ‘cinta angkat’ itulah cinta sejati kita.

Mencari Cinta Sejati

Ada orang yang bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dengan tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati. Ada cinta yang lebih hakiki. Itulah cinta Allah. Dia mencari cinta itu, seperti anak angkat yang mencari ibunya yang sejati. Lalu dia menemuinya.

Menerusi pengajian, melalui pembacaan, menerusi lidah para daie, melalui tarbiah para ulama tahulah dia bahawa Allah-lah cinta yang sejati. Namun… semuanya masih di daerah ilmu, bukan di alam rasa. Dia tahu Allah wajib dicintai, tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya… akal tahu, hati tak mahu!

Apa yang perlu dibuat bila hati telah sakit? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yang sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal dari tanah, maka buatnya pun mesti berasal dari tanah. Feram, Natrium, Magnesiam dan lain-lain unsur semuanya dari tanah. Herba juga demikian.

Ubat sakit fizikal yang berasal dari tanah juga berasal dari tanah. Namun hati adalah soal rohani, ia bukan berasal dari tanah. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat kepada Allah.

Hati yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati. Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yang sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang. Menahan daripada makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin, berminyak walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stresss… kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat.

Pengubat Hati

Maka begitulah jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya pahit. Ubat jarang yang manis. Namun, semua itu perlu ditempuh jua. Apakah ubat hati?

• Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi menfaat.
Mula-mula lazimilah menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Kata ulama, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras.

Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Nama-Nya yang baik dan mulia.

• Amal ilmu, dirikan solat.
Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu imam, amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.

Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segalanya itu ke dalam hati. Walau susah sungguh, tetapi paksalah diri.

Sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi ‘penawar’ tentulah lebih mudah kita biasakan apabila dilazimkan. Ingat solat itu penawar. Walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.

Ingat selalu kata-kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. No pain, no gain. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.

• Berpantang
Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi makan ‘racun’. Apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat penyakit darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan?

Atau pesakit kencing manis yang rajin menyuntik insulin tetapi rajin juga minum teh tarik yang manisnya keterlaluan? Penyakit tidak akan sembuh, jika melanggar pantang. Bahkan, sesetengah pengamal perubatan menegaskan berpantang lebih baik daripada berubat.

Begitulah halnya dengan usaha penyembuhan ‘sakit hati’, ada pantang larang juga. Perlu ‘berpantang’ daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu, filem-filem lucah, dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiya sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa – yakni sama-sama ingin mencari cinta Allah.

• Cari perkumpulan yang baik.

Untuk buat baik, perlu ada kumpulan. Untuk buat jahat, perlu ada ‘geng’. Bila ada perkumpulan (dulu dikampus sering dinamakan study group atau usrah), maka tentu ada program. Program yang baik boleh dibentuk sebagai alternatif kepada program yang negatif. Membaca dan mengkaji buku-buku agama, meningkatkan ilmu fardhu Ain, mendengar kuliah tafsir, mendengar nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang baik, program riadah, sukan dan rehlah yang Islamik adalah program-program soleh yang boleh diatur oleh perkumpulan itu.

Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti dan akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’. Masa lapang ini perlu diisi dengan kesibukan belajar dan memperbaiki diri. Dengan adanya program-program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.

Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masakini. Sebelum berpisah renungilah kata Imam Ghazali rhm:
“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.”

Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.

Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…
Kirim Komen

Sabtu, 26 Jun 2010

Quran Saintifik

Hampir seminggu saya tidak dapat menjengok blog saya ini. Bukan saya tak mahu atau pun terlalu sibok tetapi kerana internet saya down lebih kurang 4 hari. Semalam barulah bernyawa balik. Lega sikit rasanya, bolehlah berblog balik.

Pada hari Ahad lepas saya ke Kompleks PKNS Shah Alam,untuk mencari sebuah buku yang direkomenkan oleh Ustaz Bahasa Arab saya iaitu buku di bawah ini. Kata beliau buku ni sangat bagus. Akhir saya beli buku ni di salah sebuah kedai buku di Kompleks tu.



Bukunya bertajuk "Quran Saintifik" ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Rasanya mesti ramai yang kenal dengan Dr. Dabial ni. Beliau seorang doktor perubatan yang mendapat pendidikan di Universiti Iskandariah, Mesir dalam bidang perubatan.

Saya juga beli MP3 beliau. Tapi saya belum mendengarnya. Ustaz saya kata MP3 Tasfiran beliau juga bagus.



Saya dah baca buku ni beberapa bab. Belum habis lagi. Saya nak kongsi sesuatu yang saya rasa antara menarik yang telah saya baca.

Quran Dan Teori Kejadian Alam


Alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah Al –Anbiyak ayat 30 Allah berkata “Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa> kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq) . Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup”

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya kehidupan tidak akan wujud sama sekali.

Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus, iaitu. Ratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataam Arab yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.

Fatah pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.

Berhubung dengan ayat ini , Imam Said bin Jubair berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditingikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini”.

Tafsir oleh Imam Said itu yang dinyatakan lebih daripada 1000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam al Asas fi al-Tafsir, “Tafsiran yang dibuat, sebagai contoh oleh Imam Said bin Ubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini.”. Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.

Teori Big Bang

Teori yang menjadi pegangan umum oleh para sainstis berhubung permulaan alam semesta pada hari ini dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut laporan yang terdapat di lamna web N.A.S.A., dalam segmen Big Bang cosmology di http://map.gsfc.nasa.gov, kejadian alam bermula 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa millimeter sahaja. Sejak daripada tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.

Justeru, kenyataan Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner. Beliau adalah seorang Profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi Dekan di Jabatan Geologi di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat ini beliau berkata “Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuclear 1400 tahun dahulu saya rasa tidak akan mampu mengetahuinya”.

Akhirnya beliau berkata “Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan (quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya.” Hal ini dilaporkan dalam A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, . edisi kedua, Mei 1990

Isnin, 21 Jun 2010

Sayang Yang Tak Pernah Terucap



Sejak beberapa hari kebelakangan ni terutama semalam meriah memperkatakan hal 'Hari Bapa'. TV pun ada drama mengesahkan hal kehidupan bapa. Di Radio pun banyak ucapan selamat hari bapa disiarkan.

Kata Inah pada abahnya pagi semalam "Bah, selamat hari bapa, sori tak sempat beli hadiah, inah belanja makanlah."

Saya senyum, nak belanja abah makan. Duit nak belanja abah makan tu duit siapa. Duit abah jugakkan.

Saya juga ada kenangan manis, indah dan tak kurang sedih ketika ayah masih ada. Saya masih ingat lagi ketika itu mungkin saya dalam usia 6 tahun (sebab belum sekolah) ayah telah ditukarkan bekerja di sebuah tempat yang sangat jauh dipendalaman di Ulu Terengganu. Penduduk di situ majoritinya bersawah, tanam pokok koko, tanam pokok kopi dan tanam pokok gambir.

Cerita yang saya ceritakan ni telah berlaku dizaman akhir 50an. Masa tu banyak kawasan-kawasan pendalaman di Terangganu masih mundur. Kami 3 baradik (pada masa tu) banyak dibesarkan di sekitar Kuala Terengganu. Jadi bila terpaksa tinggal di kawasan pendalaman agak sukar juga.

Saya masih ingat, perigi untuk mandi manda dan sebagai sumber air minuman, terletak nun jauh di lembah di tepi sawah. Mungkin lebih kurang 200 meterdari rumah. Ketika itu emak tidak benarkan kami ke kawasan berumput bila keluar dari rumah, dia benarkan kami bermain di kawasan tidak berumput saja. Sebabnya, di mana ada rumput di situ ada pacat.

Setiap pagi sebelum ayah pergi kerja, ayah akan dukong kami bertiga untuk dibawa ke perigi. Ayah bimbang kami digigit pacat. Saya anak yang sulung akan ayah gendong dibelakang (gendong, kata orang terengganu), 2 adik lelaki saya ayah akan dokong kiri dan kanan. Tiba diperigi, ayah akan letakkan kami di bangku panjang tepi pergi. Selesai mandi, ayah akan bawa kami balik ke rumah dengan cara yang sama. Begitu juga diwaktu petang bila ayah telah balik dari kerja. Ayah akan mandikan kami.

Bukan itu saja yang ayah buat, memandangkan perigi jauh, ayah akan angkat air dari perigi untuk diisi dalam tempayan atau besin hingga penuh untuk memudahkan mak membuat kerja rumah dan masak memasak.

Pada zaman itu, memasak hanyalah dengan cara menggunakan kayu api (dapur kayu, kata orang Terengganu). Ayah akan pastikan kayu api siap tersusun dibawah rumah. Kami hanya tolong angkat kayu tu pada mak bila mak memerlukannya.

Setiap hari Jumaat selesai saja mandi pagi, kami bertiga akan duduk berderet tunggu giliran ayah potong kuku. Hal potong kuku ni ayah lakukan sehingga saya darjah 6 di sekolah rendah.

Saya juga masih ingat, ketika kami tinggal di kawasan pendalaman tu, rumah yang kami sewa tu dikelilingi oleh pokok rambutan di samping pokok-pokok lain. Memandangkan kami tidak mempunyai pokok sendiri, ayah akan memajak sepohon pokok rambutan yang berdekatan dengan rumah untuk kami buat apa yang kami suka dengan pokok tu. Pajakan bermula dari mula rambutan berbuah hingga habis. Ayah bimbang kami panjat dan ambik buah rambutan orang. Mungkin masa tu ayah takut benda-benda yang bukan hak kita masuk ke perut kami. Terima kasih ayah.

Kenangan ini sangat indah dalam ingatan ayah. Ayah memang garang. Tapi dia tidak pernah cuai dengan tanggungjawabnya terhadap kami dah mak. Saya rasa mak sungguh beeruntung mendapat suami macam ayah.

Semoga roh ayah dan mak dicucuri rahmahNYA.

Ahad, 20 Jun 2010

Sepasang Kekasih Lama



Usia Meningkat
Sisanya Meniti Bilah-bilah Senja
Cahaya Syorga Menyegar
Mengganti Anggun Yang Dulunya Megar

Kudratnya Hampir Sirna
Ditelan Rakus Hebat Dunia
Yang Telah Dijanji Akan Binasa

Pasangan Bahagia
Semenjak Mula Bersama
Hingga Menghabis Umur Tersisa

Manisnya
Tangan Dipegang Erat
Langkah Beriringan
Senyum Kendur Memikat
Dengan Renungan Bercahaya

Syahdunya
Kekasih pertama Menjadi Kedua
Kekasih Kedua Pengikat Setia
Dari Rukun Pertama
Hingga Selama Disimpan

Indahnya
Cinta Sesama Manusia
Sepasang Kekasih Lama
Bersandar Pada Yang Esa



Sehibul Anuar Asrani
Sarawak

Isnin, 14 Jun 2010

Perkahwinan Di Baling



Ini kali ketiga saya dan suami ke Baling. Ketiga-tiganya untuk urusan perkahwinan anak saudara lelaki saya.

Jodoh anak saudara lelaki saya dengan gadis Baling yang membawa saya pertama kali ke Baling kira-kira 5 tahun lalu. Masa tu Baling sangat jauh ketinggalan. Jalan-jalan raya sedang diperbesarkan. Tempatnya nun jauh ke pendalaman.

Kali kedua akhir tahun lepas untuk urusan pertunangan anak saudara yang kawin pada 6 Jun baru-baru ni dengan gadis Baling juga. Saya perhatikan Banyak perubahan yang berlaku. Dah ada jalanraya yang cantik. Dan ada hotel di pekan Baling. Dulu hanya ada Rumah Rehat Kerajaan saja. Kali ini rumah pengantin kalau tak salah saya di sebuah kampong bernama Lanai.

Pernikahan dijalankan di Masjid Kampong tu pada hari Sabtu. Hari Ahadnya kenduri.


Ketibaan kamidi Kampong Lanai dalam hujan yang renyai-renyai



Persembahan Silat menyambut ketibaan Pengantin
dan tetamu dari jauh dan dekat


Saya meninggalkan Baling pada hari yang sama. Memandangkan adik saya dan 3 orang anaknya mengikut saya ke Baling, kami sekali lagi menuju ke Pulau Pinang dalam perjalanan balik ke Shah Alam kerana orang 4 beranak ni tak pernah sampai ke Pulau Pinang. Jadi nak rasa naik jambatan Pulau Pinang dan naik Feri. Ikut jerlah.




Batu Peringgi


Memandangkan tiba di Pulau Pinang, hari dah petang, kami bermalam di sana pada malam tu. Keesokan harinya selepas pusing-pusing Bandar George Town termasuk juga sesat jalan, kami balik ke sini melalui Feri pula.

Sebenarnya saya ada nak pastekan beberapa gambar tapi sayanya saya tak dapat uploadkan melalui photobucket, saya nak tahulah apa image uploader yang kawan2 gunakan. Saya perhatikan photobucket sangat slow sekarang ni dan selalu fail bila upload.

Jumaat, 4 Jun 2010

Gambar Bulan Yang Dibelah Oleh Nabi Muhammad


Gambar hiasan


Jom kita kongsi artikel tentang Gambar Bulan Yang Dibelah Oleh Nabi Muhammad s.a.w 1400 tahun lampau yang dihantar ke Facebook saya


"Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan"[QS.Al Qamar : 1) / (1434)

[1434] Yang dimaksud dengan saat di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan “terbelahnya bulan” ialah suatu mukjizat Nabi Muhammad SAW.







Anda kagum pada Amerika bisa ke bulan dan melihat fakta … tapi jangan terlalu berlebihan. Fakta bahawa bulan pernah terbelah telah dipublikasikan oleh NASA-nya Amerika… (lihat gambar diatas)

Tapi mengapa dan siapa yang membelah Bulan tersebut? Subhanallah… Nabi Muhammad SAW punya jawabannya, dan Daud Musa Pitkhok pun seorang peneliti Inggris akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.

bulan-terbelah - Allah berfirman: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”

Apakah kalian akan membenarkan kisah yang dari ayat Al-Qur’an ini menyebabkan masuk Islamnya pimpinan Hizb Islami Inggris ??Di bawah ini adalah kisahnya:

Dalam temu bicara di television bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggeris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah?

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut:

bulan-terbelah - Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ.Cardif, Inggeris bahagian barat, dan para peserta yang hadir bermacam-macam. Ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an.

Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, “Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi [Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah] mengandungi mukjizat secara ilmiah? maka saya menjawabnya:

"Tidak, sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu‘alaihi wassalam sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya,sebagaimana nabi-nabi sebelumnya.

Dan mukjizat yang kelihatan itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah, hadith-hadith Rasulullah, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah ta’alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah membelah bulan. Kisah itu terjadi sebelum Nabi berhijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata:

“Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?” Rasulullah bertanya, “Apa yang kalian inginkan?. Mereka menjawab: Coba belah bulan....”

Maka Rasulullah pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah agar bulan terbelah untuk menolongnya. Maka Allah memberitahu Muhammad agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Maka Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar

“Muhammad,engkau benar-benar telah menyihir kami!

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar bisa saja “menyihir”orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada ditempat itu. Maka mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Maka orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?”

Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali…!! !”

Maka sebagian mereka pun beriman dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah teta....sampai akhir surah Al-Qamar.

Ini adalah kisah nyata, demikian kata Prof. Dr.Zaghlul Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadith nabi tersebut, berdiri seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggeris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan?”

Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab "dipersilahkan dengan senang hati.”

Daud Musa Pitkhok berkata, “Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur’an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur’an itu di rumah, maka surht yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: “Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah…….”

Maka aku pun bergumam. Apakah kalimat ini masuk akal? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran. Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisyen inggeris.

Saat itu ada sebuah diskusi. Di antara presenter seorang Inggeris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa. Padahal saat yang sama dunia sedang mengalami masalah kelaparan, kemiskinan, sakit dan perselisihan. Presenter pun berkata, ”Andai dana itu digunakan untuk memakmurkan bumi, tentulah lebih banyak berguna.”

Ketiga pakar itu pun membela diri dengan proyek antariksanya dan berkata,
“Projek antariksa ini akan membawa dampak yang sangat positif pada banyak segmen
kehidupan manusia, baik segi kedoktoran, industri, dan pertanian. Jadi pendanaan
tersebut bukanlah hal yang sia-sia, akan tetapi hal itu dalam rangka pengembangan kehidupan manusia."

Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakinya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar.

Mendengar hal itu, presenter terperanjat kaget dan berkata, “Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?”.

Mereka pun menjawab, “Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun.

Maka presenter itu pun bertanya, “Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya." Mereka menjawab, “Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!"

Presenter pun bertanya, “Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?”

Mereka menjawab, “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”.

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggeris mengatakan, “Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, “Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!"

bulan terbelah 2. Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah … (aku pun bergumam), “Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur’an dan aku baca surat Al-Qamar, dan … saat itu adalah mulanya aku menerima dan masuk Islam."

Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq

TULISAN TERKAIT LAINNYA :

Oleh: Ali Said

Eksplorasi Bulan ditandai dengan slogan: “One small step for man; one giant leap for mankind“. Peristiwa bersejarah dalam penyelidikan ruang angkasa ini didokumentasikan oleh kamera dan setiap orang sejak itu dapat menyaksikan hal ini. Sebahagian orang menganggap peristiwa pendaratan manusia di bulan sebagai sebuah “hoax” atau kebohongan. Bagi penulis, peristiwa tersebut diyakini kebenarannya. Tulisan ini mencoba mengkaitkan peristiwa pendaratan di bulan dengan mukjizat Nabi dan kebenaran Al-Qur’an khususnya QS 54:1 dari beberapa hal.

Tulisan ini penulis awali dengan penyampaian sebuah kisah tentang masuk Islamnya seorang bernama David

Penggambaran seniman Muslim tentang “Terbelahnya Bulan” oleh nabi Muhammad berdasarkan kisah-kisah dan tulisan Islam

Musa Pidcock yang sebelumnya beragama Katolik. Sebagai catatan, David Musa Pidcock sekarang menjabat sebagai ketua “British Muslims Party”. Cerita masuk Islamnya David Pidcock menjadi bagian penting untuk meyakinkan bahwa pendaratan manusia di bulan bukan sesuatu “hoax”.

Secara ringkas masuk Islamnya David Pidcock dapat dikisahkan sebagai berikut (banyak website yang mengangkat cerita masuk Islamnya David Pidcock yang dikaitkan dengan bulan telah terbelah). Ketika dia (sebelum masuk Islam) sedang meneliti agama-agama yang ada, seorang teman memberinya sebuah Al-Qur’an terjemahan dalam bahasa Inggris.

Ketika dia buka dan kebetulan yang terbuka pertama kali adalah surat Al-Qamar dan membacanya “Hari Akhir sudah dekat dan bulan telah terbelah”. Membaca ayat ini, dia berguman “bulan telah terbelah?” Dia lalu berhenti membaca dan tidak membukanya lagi.

Kemudian pada suatu hari, sementara dia sedang menonton acara televisi BBC, penyiar sedang berbincang-bincang dengan tiga ilmuan Amerika Serikat, dan penyiar menyalahkan Amerika karena telah menghabiskan dana lebih dari milyaran dolar untuk projek ruang angkasanya, sementara pada waktu yang sama jutaan manusia berada dalam kemiskinan.

Ilmuan-ilmuan tersebut mencoba menjelaskan mengapa eksplorasi ruang angkasa begitu penting. Ilmuan tersebut menjelaskan bahwa perjalanan ke bulan menelan dana sekitar 100 milyar dolar. Penyiar berkomentar: “untuk menancapkan bendera Amerika di bulan anda menghabiskan wang sebanyak itu?”. Ilmuan-ilmuan tersebut menyatakan bahawa wang sebanyak itu dihabiskan karena mereka mencoba mempelajari struktur batuan bulan untuk melihat kesamaan yang dimiliki bulan dengan bumi, dan kata mereka, mereka terkejut mendapati sebuah “belt of rocks” yang memanjang dari permukaan bulan menuju ke kedalaman.

Karena sangat keterkejutaanya, mereka berikan informasi tersebut pada ahli geologi, yang juga terkejut, dan berkesimpulan bahawa hal ini tidak akan terjadi kalau bulan tidak pernah terbelah dan menyatu kembali.

"Bulan pernah terbelah"

Dia lalu berguman “Ini pasti sebuah agama yang benar”, dan surat Al-Qamar yang sebelumnya merupakan penyebab bagi dia tidak percaya pada Islam, sekarang surah tersebut sebagai alasan bagi dia memeluk Islam. Bagi sebagian orang yang meragukan (tidak percaya) terhadap peristiwa pendaratan manusia di bulan, mungkin bisa direnungkan pertanyaan penulis berikut: “Mungkinkan Allah memberikan hidayah pada seseorang melalui sesuatu “hoax” (kebohongan) ?”.

Dari satu sisi peristiwa pendaratan manusia di bulan telah memberikan bukti bahawa bulan pernah terbelah yang diyakini merupakan mukjizat Nabi Muhammad seperti yang disebutkan pada kitab Hadith. Di sisi lain peristiwa pendaratan manusia di bulan juga dapat dikaitkan erat dengan Al Qur’an surat Al-Qamar ayat 1 jika dilihat dari beberapa aspek yang terkait dengan fenomena yang terkait dengan peristiwa pendaratan tersebut.

Berikut ini beberapa fenomena menarik yang mungkin dapat memberikan pencerahan kepada pembaca mengenai kebenaran peristiwa pendaratan di bulan yang terkait dengan QS Al-Qamar ayat 1 sebagai berikut:

1. Kata “terbelah” yang digunakan dalam ayat ini (QS 54:1) merupakan terjemahan dari kata “syaqqa”, yang dalam bahasa Arab memiliki beberapa erti, tetapi terjemahan “terbelah” lebih disukai. Kata “SYAQQA” dalam bahasa Arab juga bisa bererti “MENGGALI” atau “MEMBELAH dalam arti bukan membelah jadi dua). Salah satu contoh dalam Al-Qur’an bisa dilihat pada QS 80:25-29 (Surah Abasa) yang artinya:

“Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, Zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu”.

Di sini jelas bahwa bumi tidak dibelah jadi dua. Istilah yang pasti mungkin “gali tanah”. Ketika kata “syaqqa” diertikan sebagai “tergali”, maka ketika 21 kilogram batuan yang digali berhasil dibawa astronot dari bulan menuju bumi dapat dikatakan bahawa bulan telah tergali (terbelah).

2. Peristiwa keberangkatan astronot Amerika dari bulan menuju ke bumi dengan membawa 21 kilogram batuan bulan tercatat pada pukul 17:54:1 (waktu untuk seluruh negara/universal time) atau pukul 1:54:1 EDT. Waktu menit dan detik ini tepat bersesuaian dengan QS 54:1 yang artinya “Hari Akhir sudah dekat dan Bulan telah terbelah”.

3. Peristiwa pendaratan manusia di bulan, khususnya pada saat kepulangan astronot dari bulan menuju bumi yang terjadi pada tahun 1969 M (kalender Masehi) bertepatan dengan tahun 1389 H (kalender hijriyah). Jika kita hitung jumlah seluruh ayat Al Quran setelah QS 54:1 (dari ayat 2 Surat Al-Qamar) sampai dengan ayat terakhir dalam Al-Quran akan ditemukan sebanyak 1389 ayat. Jadi secara tidak langsung Al-Qur’an menyatakan bahwa manusia akan mendarat di bulan pada tahun 1389 H.

"Bulan pernah terbelah"

Sebagai penutup, kiranya tulisan ini dapat menjadikan pembaca bertambah keimanannya. Peristiwa pendaratan di bulan merefleksikan kekuasaan dan keesaan Allah yang tercatat dalam Al-Qur’an dan sekaligus membuktikan bahwa peristiwa pendaratan di bulan yang terkait erat dengan Al-Qur’an bukanlah merupakan sesuatu hal yang kebetulan.

Mengapa? Karena Allah telah menghitung segala sesuatunya secara detil. QS 72 ayat 28 menyatakan

“dan Allah menghitung segala sesuatunya satu per satu (secara detil)” (QS 72:28).

Ditambahkan pula bahawa seluruh rentetan kejadian yang menyangkut projek Apollo karena atas izin Allah. QS 55:33 menyebutkan “Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya tanpa otorisasi”. (catatan: “otorisasi” merupakan terjemahan yang umumnya dipakai oleh terjemahan Al Qur’an berbahasa Inggeris, sementara terjemahan DEPAG adalah “kekuatan”).

Semoga kita dijauhkan dari apa yang disebutkan dalam QS Al-Qamar ayat 2-3 sebagai berikut:

“Dan jika mereka melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus, dan mereka mendustakan dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya”.

Khamis, 3 Jun 2010

Dua Cerita



Puuh, penatnya. Walaupun penat tapi senang hati bila depan rumah dah bersih. Pokok-pokok bunga pun dah saya siram. Saya tak ada bibik. Sebelum ni yang ada cuma 'part time' yang datang seminggu sekali untuk berkemas dan bersihkan rumah. Itu pun dah agak lama berhenti. InsyaAllah minggu depan dapat orang lain. Ringanlah sikit.

Semalam saya pasang grill untuk pintu rumah saya. Pintu ni satu-satunya yang saya tak pasang grill dari semenjak dulu Ini kononnya 'in case emergency' senang keluar. Tak terperangkap dalam rumah sendiri.

Tetapi memandangkan sekarang ni bermacam-macam kejadian jenayah berlaku dan saya pun sentiasa tinggal sendirian di rumah pada waktu siang, saya rasa ada baiknya saya pasang grill. Sehingga maghrib baru siap kerja-kerja pemasangannya. Tu yang baru pagi ni saya bersihkan.



Gambar ni saya ambik dari tempat saya menaip ni. Dari beranda rumah saya ni, saya boleh nampak macam-macam sandiwara yang berlaku di padang permainan kanak-kanak yang berdekatan dengan rumah saya. Jika mereka bercakap pun saya boleh dengar dari sini. Ketika waktu tengahari hari bekerja, kawasan perumahan ni memang sunyi. Jadi adalah kadang-kadang tu individu-individu yang ambik kesempatan berdua-duaan di sini.

Apa yang nak saya ceritakan ialah kisah pada setiap hari Jumaat dimana budak-budak sekolah lelaki yang siap memakai baju melayu bersamping melepak di situ. Mungkin mereka beritahu mak ayah mereka untuk sholat Jumaat di masjid yang berhampiran, Kebetulan rumah saya juga berdekatan dengan masjid. Mereka berkumpul di sini bukan untuk ke masjid tetapi untuk melepak. Ketika orang lelaki lain sedang sholat Jumaat budak-budak sekolah ni akan bercerita sesama sendiri dan bercakap dengan kuat. Mereka bergelak ketawa, mencarut dan sebagainya. Saya boleh mendengar percakapan mereka ni dengan jelas.

Dah lama hati saya bengkak dan sedih melihat fenomina ni. Tapi tau-tau jerlah budak-budak sekarang bukan boleh ditegur. Ada juga saya nampak orang-orang yang nak sholat Jumaat tu meminta mereka ke masjid, tapi tak dipedulikan.


Permainan gelonsor nilah menjadi tempat
yang strategik budak-budak tu lepak.


Dua minggu lepas, sedang mereka ni bergelak ketawa dan orang lelaki lain sedang sholat Jumaat, saya nampak ada sebuah kereta pancuan 4 roda berhenti didepan padang permainan kanak-kanak tu berdekatan dengan tempat budak-budak tu buat lepak.

Kemudian beberapa orang wanita beruniform nampak keluar dari kenderaan tu. Pada masa yang sama saya juga nampak budak-budak sekolah tu bertempiaran lari. Saya heran juga kenapa budak-budak tu lari bila nampak wanita-wanita tu. Lepas tu baru saya perasan bila nampak di kenderaan pancuan 4 roda tu, tertulis JAIS. rupanya kakitangan JAIS datang. Mungkin ada yang report agaknya.

Alhamdulillah, Jumaat minggu lepas tak ada lagi nampak budak-budak tu.

Rabu, 2 Jun 2010

Jalan-jalan Jer

.
Pensil box


Pagi tadi jalan-jalan ke Alam Central dengan sakinah. Sakinah nak ambik cermin mata dia di England Optical. Dia takut nak pegi sorang sebab katanya parking di bahagian basement bangunan Alam Central tu sunyi.

Tiba di sana lebih kurang jam 10.30 pagi. Kedai cermin mata tu belum buka lagi. Jadi kami ke tingkat 3 untuk ke Hot Market sementara menunggu kedai buka.

Memandangkan kaki ni tak berapalah nak sehat sangat, saya jalanlah perlahan-lahan bralih dari satu barang kesatu barang yang dijual disitu. Macam-macam barang yang dijual dari sepit rambut, sikat hinggalah ke pinggan mangkok, gelas serta periok, cerek dan macam-macam barang lagilah.

Teruja juga dengan penyepit rambut yang berbagai bentuk. Beli jugalah. Sakinah pulak beli pensil box.

Dia kata dia berkenan sebab cute sangat. Sampai 3 dibelinya. Hai tak habis-habis perangai budak-budak.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami turun ke tingkat bawah. Kedai cermin mata tu dah buka. Sementara menunggu sakinah di kedai tu saya berjalan ke tempat menjual buah-buahan.

.

.

Saya beli buah mangga ni. Nama mangga ni 'rainbow'. Baunya wangi sangat. Mungkin mangga siam. Harga RM6.80 sekilo. 3 bijinya beratnya 1 kilo lebih. Harga RM9.00. Belum makan lagi tak taulah manis ker tidak.

Memandangkan kaki dah berdenyut-denyut dan sakinah dah selesai urusannya, kami singgah minum sekejap di salah satu restoran di situ.

.

.

Selesai menghilangkan denyut kaki dan dahaga serta perut pun dah kenyang, kami terus balik.

Selasa, 1 Jun 2010

Semoga Rahmat Allah Sentiasa Bersama Mu

Satu pagi pada 1 Jun 1991, saya dengan langkah yang berat menuju ke Hospital Universiti (sekarang PPUM). Inilah tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak UH untuk saya melahirkan anak yang kelima ini.

Memandangkan saya ada 'bad obstetric history' doktor tidak membenarkan saya mengandung bayi berkenaan sehingga tempoh selama 9 bulan 10 hari sebagaimana sepatutnya. Masuk saja 8 bulan 1 minggu saya diarahkan ke hospital untuk buat 'induce'.



Alhamdulillah, sebelum tiba waktu zohor saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1 kg. Saya tidak mengalami 'labour' yang lama selepas diinduced. Tak sempat doktor datang saya bersalin dengan dibantu oleh jururawat dan bidan sahaja. Syukur Alhamdulillah.

Saya masih ingat ketika anak saya itu ditunjukkan kepada saya untuk menyebut jantina bayi berkenaan, saya terperanjat bila melihat anak saya seolah-olah berada dalam satu karung pelastik nipis yang bewarna kehijau-hijauan. Sungguhpun begitu saya dapat melihat jantina anak saya itu dengan jelas.

Ketika saya masih merenung anak saya tu, jururawat ingatkan supaya cepat-cepat menyebut jantina anak saya, sebab katanya dia nak pecahkan sarung tu takut budak lemas. Rupanya dia lahir bersama sarungnya sekali. Itulah kebesaran Allah.

Tapi sayangnya tak beberapa minit selepas tu saya mengalami tumpah darah yang banyak sehingga jururawat yang membantu saya tu menjerit-jerit memanggil doktor untuk memberhentikan darah yang saya sendiri merasakan membuak-buak keluar. Masa tu tangan jururawat tu masih memegang tali pusat yang masih terikat pada uri dalam rahim saya. Sekali lagi Alhamdulillah, Allah masih mahu saya hidup, selepas diberikan satu injeksyen darah berkurangan. Tapi saya masih ditahan di 'labour room' sehingga besok paginya.

Sebenarnya saya mengandungkan Salam dengan engkar kepada nasihat doktor. Memandangkan apa yang saya kata 'bad obstetric history' doktor tidak membenarkan saya mengadung sebab risikonya sangat tinggi. Tapi masa itu saya terfikir siapalah saya nak menentukan anak mana yang harus saya lahirkan dan anak mana yang tidak harus saya lahir. Doktor kata 'the risk is very high', tanpa fikir panjang saya jawab 'I'll take the risk'.

Sekarang Muhammad Nur Salam telah berusia 19 tahun. Nama 'Nur Salam' sempena dengan nama seorang ulamak dari Indonesia yang saya sering mengikut ceramahnya ketika masih belum mengandungkan Salam lagi. Saya memohon izinnya seandainya saya dapat anak lelaki saya akan namakan anak itu sempena nama beliau. Tapi saya tambahkan 'Muhammad' di depannya.

Salam, mama doakan semoga Salam dilindungi Allah selalu dan berjaya dalam apa yang sedang dan akan Salam cita-cita dan usahakan.