Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 31 Mei 2010

Kisah Ash-habul Fiil



Kisah Ash-habul Fiil atau tentera bergajah sangat menarik perhatian saya betapa Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu. Jika tidak diizinkan sesuatu itu berlaku ia tidak akan berlaku.

Peristiwa bersejarah yang amat penting ini berlaku pada tahun kelahiran Rasulullah s.a.w. (570 masehi) yang dipanggil juga Tahun Gajah. Kisah ini diceritakan oleh Allah kepada RasulNya Muhammad s.a.w. (Surat Al-Fiil) untuk menguatkan semangat perjuangan Nabi dalam menegakkan agama Allah dan juga untuk menyakinkan kepada Rasulullah bahawa pertolongan Allah sentiasa ada disampingnya.

Kisah Ash-habul Fiil

Dinegeri Yaman sebelum Ashamah Al-Najashi (Raja Habsyah) ada seorang Ketua bernama Abrahah, nenek kepada Al-Najasyhi yang sempat hidup pada zaman Rasulullah s.a.w..

Beliau telah membina sebuah gereja yang besar, indah dan lengkap bernama al-Qullays dengan tujuan menarik perhatian orang-orang Arab supaya mengunjungi gereja itu untuk melakukan ibadat Haji dan meninggalkan Ka'bah Baitullah Al Haram yang terletak di Mekah.

Apabila selesai pembinaan gereja berkenaan Abrahah telah mengisytiharkan diayahnya ke seluruh Tanah Arab dan sekitarnya supaya datang menziarah gereja itu. Diayahnya tidak mendapat sambutan. Ini adalah kerana Orang-orang Arab telah turun temurun mengganggap Baitullah itu sebagai rumah suci yang telah dibina bangunannya oleh Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Allah Ismail. Tambahan pula mereka adalah keturunan Nabi Ismail, jadi sudah tentu mereka berasa bangga dengan Ka'bah Baitullah Al Haram itu.

Malah pada satu malam seorang lelaki dari bani kinanah telah membuat air besar didalamnya. Perbuatan itu telah menimbulkan kemarahan Raja berkenaan dan beliau bersumpah untuk meruntuhan Ka'bah Baitullah. Dengan mengekspolitasi peristiwa ini beliau sebenarnya ingin menakluk Mekah dan menghubungkan Yaman dengan Negeri Syam disamping memperluaskan empayar Nasraninya.

Beliau telah menyediakan bala tentera yang besar dengan gajah yang banyak. Ada yang mengatakan bilangan gajah tersebut sebanyak 12 ekor tapi ada pendapat lain mengatakan 1,000 ekor. Tujuannya untuk menimbulkan kegerunan penduduk Mekah. Bila tiba di al-Mughammas tidak jauh dari Mekah, Raja Abrahah telah menghantar utusan kepada pendudukan Mekah mengatakan yang mereka datang bukan untuk berperang tetapi untuk meruntuhkan Ka'bah. Masyarakat Mekah ingin menentang tetapi mereka tidak mampu menentangnya. Jadi mereka bersembuyi di bukit dengan keyakinan bahawa Ka'bah dan penjaganya pasti menjaganya dengan rapi.

Setelah tentera bergajah menghampiri Mekah, Abrahah telah memerintahkan supaya merampas harta pendudukan Mekah antaranya termasuklah 200 ekor unta Abd Muttalib, datuk kepada Rasulullah s.a.w..

Abraham mengutuskan utusan untuk menemui Ketua orang-orang Mekah yang kebetulannya ialah Abdul Muttalib dan memaklum bahawa Raja Abraham hanya ingin merobohkan Ka'bah. Kalau mereka tidak menentang, mereka tidak akan diganggu.

Abdul Muttalib berkata

"Demi Allah, Kami tidak akan memeranginya dan kami memang tidak berdaya untuk berbuat demikian. Ini Baitullah Al Haram yang telah dibina oleh Ibrahim, kalau pun Allah akan mempertahankkannya maka ini memang Rumah SuciNYA. Kalau pun DIA hendak membiarkannya, maka demi Allah kami tidak berdaya mempertahankannya."

Kemudian Abdul Muttalib dijemput menghadap Abrahab. Abrahah telah memuliakannya. Abrahah telah turun dari tempat duduknya dan duduk disamping Abdul Muttalib. Dia pun berkata kepada juru bahasanya

"Tanyakan kepadanya apa hajatnya"

Abdul Muttalib mejawab

"Hajat ku ialah agar kamu mengembalikan 200 ekor unta yang telah dirampas oleh askar-askar mu itu."

Apabila disampaikan kepada Raja Abrahah jawapan Abdul Muttalib itu, beliau berkata kepada jurubahasanya

"Katakan kepadanya, sebelum itu aku sangat kagum denganmu, tetapi setelah engkau berkata begitu engkau telah jatuh pada pandangan ku. Adakah engkau lebih memetingkan 200 ekor unt mu daripada Rumah Suci yang menjadi kebanggaan mu dan agama datuk nenek mu itu."

Abdul Muttalib menjawab

"Aku hanya tuan punya unta-unta itu, tetapi Rumah itu ada Tuan yang akan mempertahankannya"

Kemudian Raja Abrahah menjawab

"Tiada siapa pun dapat menahannya daripada ku"

Jawab Abdul Muttalib

"Cubalah". Kemudian beliau kembali kepada unta-untanya.

Sekembali Abdul Muttalib ke Mekah dia pun memberitahu orang-orang Quraisy supaya masing-masing menyelamatkan diri di pergunungan Mekah, kemudian dia dengan beberapa orang telah berdoa di pintu Ka'bah sambil berpegang kepada besi penyelak pintu Ka'bah memohon agar Allah menyelamatkan Ka'bah Baitullah.

Ketika berdoa Abdul Muttalib berpaling ke belakang, tiba-tiba dia melihat burung dari arah Yaman (dari arah laut), lalu dia berkata

"Demi Allah, sesungguhnya ia adalah burung yang amat ganjil, tidak terdapat di Najd dan juga Tihamah. Setiap seekor burung membawa bersamanya batu-batu kecil di paruh dan di kaki. Dilontarnya baru-batu tersebut. Sesiapa yang terkena akan binasa."

Berbalik kepada kisah Raja Abrahah. Dia akhirnya menjalankan rancangannya dengan memerintah tenteranya menyerang Mekah. Tetapi apabila sampai di hadapan Mekah, gajah-gajah yang dibawahnya telah berhenti tidak mahu masuk. Mereka telah berusaha dengan berbagai cara untuk memaksa gajah-gajah masuk ke Kota Mekah tetapi tidak berjaya. Akhirnya mereka semua telah masuk ke Mekah meninggalkan gajah itu di luar Kota Mekah.

Masa itulah lalu Allah Ta'ala pun menghantar burung-burang yang telah membawa wabak yang telah memusnahkan mereka semua. Melihat keadaan itu tentera-tentera Abrahah termasuk Abrahah sendiri telah melarikan diri ke Yaman. Malangnya mereka beguguran mati terkena lontaran batu tersebut

Oleh kerana peristiwa itu merupakan satu detik yang bersejarah bagi orang-orang Arab maka dinamakan tahun itu dengan "Tahun Gajah" iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sabtu, 29 Mei 2010

Tahniah Kak Ngah......


Ni gambar dari facebook kak ngah


Tahniah Kak Ngah. Tahniah berjaya dapat first class. Che'Ngah tumpang gembira. Semoga Kak ngah terus berjaya mencapai cita-cita seperti yang diidamkan.


Saat yang membahagiakan


Berbaloi rasa penat lelah kita sebagai ibubapa bila anak berjayakan. Segala kepayahan, air mata yang tumpah bila anak bersedih, wang ringgit yang dibelanjakan untuk mereka tidak pernah diminta balas. Apa yang diharap dan didoakan selalu ialah mereka berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

Sekarang ni nampaknya tibalah musim anak-anak dan ibubapa menuai hasil penat lelah selama ini apabila anak-anak berjaya. Ada yang bergembira dapat masuk universiti dan ada yang bergembira kerana anak-anak dah graduate. Alhamdulillah. Sekarang tinggal mencari pekerjaan pula.

Begitu juga dengan keluarga kami, minggu lepas emak saudara sebelah hasben saya datang singgah kerumah. Mereka kemari kerana menghantar anaknya mendaftar di Uitm.

Hari Rabu lepas pula, adik ipar sekeluarga dari Dungun berkunjung kerumah untuk majlis konvokesyen anak keduanya di Uitm. Seronoknya tengok mereka ni dah berjaya.




Seronok berkumpul ramai-ramai



Nanti giliran awak semua konvo pulak yer


Sempena graduation Kak Ngah, malam tu kami ramai-ramai ke sebuah restoran di Seksyen 11 untuk meraikan kejayaan Kak Ngah. Lepas ni Kak Ngah sambung buat Master pulak.

Sayangnya restoran tu penuh sesak mungkin dipenuhi oleh orang-orang yang datang untuk konvokesyen juga.

Makan malam tu Abang Kak Ngah belanja. Baru ni Che'Ngah dapat rasa belanja Abang sejak dah jadi engineer. Kebetulannya tunang Abang pun grad sekali dengan Kak Ngah. Jadi malam tu bolehlah kami saling berkenalan dengan keluarga tunang Abang.

Khamis, 27 Mei 2010

Jalan-Jalan Makan Angin


Sawah Padi Sepanjang Lebuhraya Kedah menuju Perlis


Petang Sabtu 15 Mei baru-baru ni lebih kurang pukul 4.30 petang kami bergerak dari rumah menuju utara. Satu percutian yang tak dirancang memandangkan Sakinah dan Salam dua-dua sedang cuti semester. Susah nak cari masa yang orang berdua ni bercuti panjang bersama. Jadi kali ini kami ambik kesempatan untuk pegi bercuti. Walaupun tak dirancang, sebelum berlepas saya dah booking hotel di Langkawi sebab hajatnya kalau tak ada aral dari Kuala Perlis nak ke Pulau Langkawi. Nak rasa naik Feri pulak.

Tiba di Alor Star lebih kurang pukul 10.00 malam. Bermalam di Hotel Regency. Tak larat lagi nak terus ke Kuala Perlis, lagi pun malam-malam mana ada feri ke Pulau Langkawi.

Hari Ahad keesokannya, selepas sarapan pagi di hotel berkenaan dan selepas kemaskan barang-barang yang dah dikeluarkan pada malamnya, lebih kurang jam 10.00 pagi kami berlepas ke Kuala Perlis. Kami tak nak ke Langkawi melalui Kuala Kedah sebab perjalanan ferinya memakan masa lebih kurang 2 jam sedangkan melalui Kuala Perlis memakan masa hanya lebih kurang antara 45 minit hingga 1 jam.

Di Kuala Perlis selepas selesaikan urusan parking kereta, kami bergerak ke Pulau Langkawi lebih kurang jam 11.30 pagi. Ferinya selesa dan besar.


Suasana dalam Feri ke Langkawi


Tiba di Langkawi lebih kurang jam 12.30 tenghari. Di Jeti kami sewa kereta. Dari situ terus ke hotel yang telah ditempah.


Bergambar di depan Hotel


Memandangkan kebanyakan tempat yang menarik di Langkawi ni dah pernah kami kunjungi sebelum ni, jadi tak adalah excited sangat. Kami banyak berkereta menyusuri Pulau Langkawi hingga ke kampong-kampong melihat perkampongan di Langkawi yang taklah segah nama Langkawi.

Cuma kali ini apa yang saya perhatikan ialah jalanraya dah dibesarkan seolah-olah lebuhraya yang membuatkan kadang-kadang saya terlupa yang ketika itu saya berada di sebuah Pulau.

Beberapa gambar yang diambil ketika di Langkawi.


Tugu Lang Yang Gah







Pemandangan di sekitar kawasan Tugu Lang besar



Tasik Dayang Bunting satu lagenda di Langkawi, gambar diambil dari Hotel


Pada hari pertama di Langkawi, tempat yang mula-mula dituju ialah supermarket yang jual pelbagai aneka coklat di Pekan Kuah. Kata orang kalau ke Langkawi tak sahlah kalau tak beli coklat.

Pada hari kedua kami ke Makam Mahsuri. Wah Dah cantik Makam ni berbanding dengan keadaannya semasa kami ke sana beberapa tahun dulu. Dulu masuk percuma sekarang dah dikenakan tikit RM5.00 seorang.




Bangunan Makam Mahsuri


Di dalam bangunan Makam Mahsuri ini juga ada Muzium kisah Mahsuri disamping kedai cenderamata. Di dalam Muzium dan persekitaran tidak dibenarkan mengambil gambar.






Pemandangan sawah padi yang begitu mempesonakan seolah-olah lukisan di sekitar kawasan Makam Mahsuri


Pada 18 Mei, jam 4.00 petang selepas selesai urusan penyerahan balik kereta, kami belayar balik ke Kuala Perlis. Tiba di Kuala Perlis lebih kurang jam 5.30 petang. Semasa balik Feri yang kami naiki tidaklah seselesa semasa pemergian tempoh hari, Ferinya sangat luas. Saya rasa seolah-olah dalam kapalterbang.




Pemandangan yang cantik ketika melepasi bandar Alor Star di Lebuhraya Utara Selatan.


Dalam perjalanan balik memandang tiba di Taiping dah hampir jam 11.00 malam kami bermalam semalaman di Bukit Jana Golf Resort, Taiping. Keesokannya baru berlepas balik ke Shah Alam.

.
Pemberian Award dari Ummu Masyitah




Terima kasih Ummu sudi memberikan award ini kepada Kak ani. Award Mata Mesra. Yerlah Mata salah satu pancaindera yang penting kepada kita.

Sabtu, 15 Mei 2010

Jasa Yang Sentiasa Dikenang



Sempena Sambutan Hari Guru ni saya nak ucapkan Selamat Hari Guru pada semua kawan-kawan yang menjadi guru. Pada nama yang tidak saya sebut tu, saya minta maaf banyak-banyak besar kemungkinan kerana saya tak tahu kawan-kawan seorang guru.

Jadi Selamat Hari Guru pada kawan-kawan:

Cikgu Tinie
Cikgu Normah (klcitizen)
Cikgu Pak Long
Cikgu Ummu Masyitah
Cikgu Ibu Guru
Cikgu White Rose
Cikgu Jinggo (walaupun jurusan lain sikit)
Cikgu Kak Yam (walaupun dah pencen)
Ustazah Ros Illiyyun
Cikgu Cik An (anismi)
Kak Pah dan Cikgu-cikgunya
Cikgu Khairiah Jelani (Catatan Cikgu Cuti)
Cikgu Azlanlin (warna-warni kehidupan)


Saya juga nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada kak ipar dan adik-adik ipar saya yang disayangi

Cikgu Zaini (dah Pencen)
Cikgu Roslan
Cikgu Zaitun
Cikgu Nawi
Cikgu Zaida
Cikgu Awang Ghani (he he ada nama manja tu)


Untuk dua tiga hari ni saya tak online sebab nak jalan-jalan ke utara. Kalau ada kesempatan InsyaAllah rasa-rasa nak ke Langkawi.

Isnin, 10 Mei 2010

Kenang Daku Dalam Doa Mu



Saya terlewat sehari untuk mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua kawan-kawan yang selalu dan pernah singgah di Blog saya ni. Maaflah yer. Tapi bak kata orang putih "better late than never", jadi saya hendak juga mengucapkan selamat hari ibu pada kawan-kawan. Doa saya semoga anak-anak kita sentiasa ingat dan sayang pada kita. InsyaAllah.

Malam ahad lepas sedang nyenyak tidor, sayup-sayup saya terdengar bunyi telefon. Dalam mata separuh celik, saya capai handset yang diletak berhampiran. Rupanya ada sms, antara terang dan kelabu, saya baca message sms tu

"Selamat Hari Ibu, Mama atie sayang mama, jangan lupa makan ubat ok. Muah"

Terbayang di mata wajah pengirim sms ini. Atie, bekas tunang arwah Iskandar. Kesian dia. Saya selalu doakan semoga dia bertemu jodoh dengan orang yang baik dan bertanggungjawab. Semoga dia hidup bahagia. Setiap kali ditanya tentang kawin, jawapan yang sama pasti "tak dapat cari orang yang serupa dengan arwah". Kami selalu ingatkan dia, tak akan ada orang yang serupa.

Hari Sabtu tu ketika Inah balik ke rumah, dia bawa kotak besar. Tiba dekat saya dia terus hulurkan kotak tu, "mama hadiah untuk Hari Ibu".



"Terima kasih, Alhamdulillah ingat pada mama".

Pagi Ahad semalam seperti biasa saya tergesa-gesa ke Masjid Negeri sebab pagi tu ada kelas Khas Tajwid Intensif diberikan oleh Imam Besar Masjid Negeri. Seperti biasa saya akan tutup handset, tak nak mengganggu majlis kalau-kalau ada panggilan.

Habis kelas, baru onkan handset, wah berderet sms dari kawan-kawan dan juga adik-adik yang mengucapkan selamat Hari Ibu.

Salam juga hantar sms ucapkan "Selamat Hari Ibu Mama".

Satu lagi message saya baca dari Dzulkarnain dan isterinya yang kebetulan balik ke Taiping berjumpa mertuanya juga mengucapkan"

"Salam Mama, Selamat Hari Ibu, semoga hidup mama bahagia dan mendapat rahmat dan kebaikan Allah sokmo"

Tiba di rumah terima call dari zulaikha, dan yang bercakap si kecik eresya. Selepas tanya lebih kurang, terdengar sayup suara dia "Nek Ma selamat Hari Ibu".

Terima kasih duhai anak-anak dan cucu, semoga kalian semua mendapat keberkatan didalam menjalani hidup di maya pada ini.

Sabtu, 8 Mei 2010

Pengertian



Gelodaknya
Payahnya
Jiwa Serabut
Mencari Pengertian
Genggam Sudah Lemah
Hati Makin goyah

Harapan jauh dan jauh
Arah tidak lagi lurus
Rupanya Aku Masih Mencari
Sebuah Pengertian
Meredah Titi Usang

Jumaat, 7 Mei 2010

Pengoda Terhebat



Iblis juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia.

Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu memenuhi perintah Allah SWT supaya memberikan penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga mengingkari perintah Allah SWT. Ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya. Ia menerima ketentuan ini walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.

Justera, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah SWT: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

Perkara ini ada diceritakan dalam al Quran.

"Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekelian malaikat, semuanya sekali melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah SWT brfirman" Hai Iblis. apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?"

Iblis menjawab "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk."

Allah SWT berfirman "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus menerus hingga ke hari kiamat"

Iblis berkata" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepada ku hingga hari mereka dibangkitkan"

Allah SWT berfirman "Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh hingga ke hari masa yang termaklum"

Iblis berkata "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba Mu yang ikhlas di antara mereka".

Allah SWT berfirman "Inilah satu jalan yang lurus yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba Ku tidaklah ada bagi mu kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurut mu dari orang yang sesat."
(Surat al-Hijr: 30-40)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia. Datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya "Sesungguhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah membenci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan keuntungan peribadi sahaja tanpa mempedulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga jika ia bertempat dalam badan atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, gemar kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Semua manusia termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cendekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan. Nabi Adam a.s. dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari taman keindahan (syorga).

Iblis juga memujuk rayu putera Nabi Adam a.s. iaitu Qabil sehingga beliau membunuh saudaranya Habil. Hati Zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu Nabi Yusuf.

Qarun yang kaya raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah Allah SWT sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya tidak mentaati Allah SWT dan melanggar segala perintahNya sehingga sama-sama memasuki neraka.

"Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekelian mereka yang menurutnya (iblis). (Surah al-Hijr: 43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati Allah SWT.

Contohnya, dalam menghadapi orang beribadah, iblis berusaha dengan menampakkan perbuatan yang baik, malah berpura-pura turut bersholat. Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam sholat, tetapi lama-kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit. Ini menjadikan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan.

Kesimpulannya semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis kecuali bagi mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman akan terjerumus ke dalam perangkapnya.

Rabu, 5 Mei 2010

Mengusik Emosi



Pagi tadi buka jer pintu rumah, wah seronoknya. Nampak ada cattleya putih sedang kembang dicelah pasu-pasu orkid di rumah orkid.

Macam mana saya boleh tak perasan dia berkuntum dan kembang. Tak heran sebenarnya. Sekarang ni saya jarang ambik tahu tentang bunga-bunga orkid saya lagi. Takut mati saya siram saja. Zalimnya saya. Makluk Allah yang cantik ni saya dah tak ada masa nak belai macam dulu.

Dengan hati yang gembira lebih kurang 9.05 pagi saya dah tercegat di depan RHB Bank. Saya tengok bank mulakan urusannya pada jam 9.15 pagi. Saya perlu ke bank berkenaan kerana ada urusan ASB. Saya terpaksa pegi awal kesana kerana selepas ini saya nak hantar Salam ke Sekolah Menengah Bukit Jelutung untuk peperiksa MUET.

Tepat jam 9.15 pagi, pintu bank dibuka, kami pun masuk. Beratur untuk ambik nombor. Ada orang bank yang berikan nombor dan borang mana yang perlu. Tiba giliran saya, saya diberi nombor giliran dan borang pengeluaran ASB. Saya beredar dari situ untuk mengisi borang. Selesai isi borang saya duduk di salah satu kerusi menunggu nombor dipanggil. Lebih kurang 15 minit menunggu, nombor saya belum juga dipanggil. Tiba-tiba nombor selepas saya terpampang di papan nombor digital tu (tak tau nak panggil apa).

Saya pelik kenapa nombor saya tak dipanggil. Saya pun bangun untuk bertanya dengan salah seorang pegawai bank yang hensem di situ dengan lemah lembutnya. Maklumlah saya kan warga mas.

Saya tanya pada Pegawai Bank lelaki tu (PBL) "Encik nombor ni dah panggil ker

"Oh nombor ni dah panggil", PBL jawab

Saya tanya "Yer ker, tapi saya tunggu di sini dah dekat 15 minit, tak nampak pun nombor ni naik, macam mana yer"

PBL "Kena ambik nombor baru"

Saya merayu "Aduh nak kena ambik nombor baru ker, saya dah tunggu dari tadi,tak boleh tolong ker panggil balik nombor saya"

Tiba-tiba dengan senyum yang menyindir PBL tu kata "Sebenarnya saya langsung tidak ada kena mengena dengan urusan ASB"

Ya Rabbi!!!. Darah saya went upstairs, bodoh sungguh jawapan itu dan sungguh tidak bertanggungjawab. Dengan suara tak merdu lagi saya bertanya "okeylah kalau awak tak incharge, beritahu saya kaunter mana yang incharge urusan ASB"

Pegawai Bank "Kaunter 6 dan 7"

Saya beredar ke kaunter 6 berkenaan tanpa mengucapkan terima kasih. Seorang pegawai bank perempuan (PBP) bertugas di situ. Kebetulan dia baru saja selesai berurusan dengan pelanggan yang nombornya selepas nombor saya. Saya terus ulurkan slip nombor saya pada dia. Dia jawab "nombor ni dah panggil"

Jawab saya "tapi saya tak dengar, mungkin awak panggil masa saya isi borang"

PBP "Itulah lain kali isi borang dulu baru ambik nombor"

Sekali lagi darah saya went upstairs "bukan saya yang ambik borang, bukan saya yang ambik nombor, tapi orang di kaunter tu yang beri", jawab saya. "Habis sekarang macam mana"

PBL tu jawab "Kena ambik nombor baru, saya tak boleh cek"

Saya jawab balik "Alamak, Saya dah menunggu di luar tadi sejak dari jam 9.05 minit, sekarang awak suruh saya ambik nombor baru?. Sedangkan saya hanya terlepas sorang saja." Pada masa yang sama saya terfikir, apa yang nak dicek, saya belum beri apa-apa pun lagi pada dia, semua benda masih dengan. Sungguh saya tidak mengerti weh.

Dia beria-ria meminta saya ambik nombor baru. Yang nak gelak tu dia boleh kata, "sebenarnya sekarang dah tak ada orang, ambik jer nombor, saya terus panggil". Saya tak nampak logiknya alasan suruh saya ambil nombor baru.

Malas dan takut darah go upstairs lagi saya mengalah. PBP ni walau mana pun berurusan dengan saya dengan baik dan lemah lembut. Setelah selesai saya beredar dengan mengucapkan "terima kasih" kepada PBP.

Ketika saya berurusan dengan pegawai bank perempuan ni, saya nampak pegawai bank lelaki tu memandang ke arah kami. Bila saya pandang dia, dia palingkan mukanya kelain. Saya nampak pegawai bank perempuan tu macam serba salah. Tapi rasanya demi menjaga air muka kawan dia tu atau mungkin penyelia dia, dia terpaksa arahkan saya perkara yang sama.

Selesai berurusan di RHB, saya dan suami balik kerumah kejap menjemput Salam dan hantar dia ke SMK Bukit Jelutung. Beredar dari SMK Bukit Jelutung, kami ke Seksyen 16, nak makan cendol, nak sejukkan hati yang dah 'upset' ni.





Minum Cendol Pak Akob. Cendol Pak Akob ni terletak berhadapan dengan Masjid Tun Uda, Seksyen 16 di Shah Alam ni. Rasanya orang Shah Alam ramai yang tahu tempat ni. Tiap-tiap hari banyak kereta-kereta berhenti untuk menikmati cendol Pak Akob atau makan rojak.

Ada lagi mengubat 'upset'. Semalam White ada berikan award ni kepada saya. Terima kasih White Rose.