Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 29 Mac 2010

Relaks Jap Terapi Mata


Campuran bunga keledang, bunga melor dan ros kampong


Pagi tadi, embun masih tak kering lagi di daunan, matahari pun belum terik, saya dah keluar rumah untuk melawat kawasan. Kawasan rumah jer bukan kawasan pilihanraya.

Hasil dari lawatan tu, nampak pokok bunga keledang memutih bunga, harum semerbak, ambik sikit. Ros pun ada kembang, ambik sikit dan bunga melur pun tak nak kalah, kembang juga putih bersih. Ada yang bunga kelopak berlapis dan melur yang kelopaknya selapis saja. Saya satukan ketiga-tiga tu dalam dalam mangkok. Jadi bunga rampai dalam gambar di atas untuk harumkan rumah. Jimat.


Bunga Kertas Panjat Pokok Palm


Sebenarnya semenjak sakit lutut ni datang balik, saya jarang ambik tahu pasal pokok-pokok bunga di tepi pagar di luar rumah. Kiranya pandai pokok tulah nak hidup. Allahlah yang menyiramnya dengan jirusan air hujan, Alhamdulillah, air free dari Allah. Cuma bila rasa dah lama tak hujan dan kebetulan saya rajin, saya siramlah. Pokok2 ni semuanya ditanam atas tanah, tu yang berani buat macam tu, kalau dalam pasu, malas atau rajin kena siram. Kita yang membelanya kenalah jaga makan minumnya.

Pagi ni terkejut tengok pokok bunga kertas dah panjat pokok palm.

Jadinya, tadi perlahan-lahan berjalan, takut sakit lutut, maklumlah kaki nak pakai lama, saya ambil cutter, potong sikit-sikit mana yang dah berserabut sangat tu. Selain menyakitkan mata, bimbang-bimbang takut ada makhluk lain yang lepak di bawahnya, maklumlah dibawah rimbunan bunga kertas tu sejuk.


Ros Bandar



Ros kampung yang wangi


Jengok-jengok kat tepi paip di penjuru pagar rumah, nampak ada ros-ros kembang. Ros-ros bandar dan kampong ni rajin kembang. Ros kampung tu wangi dan tak berhenti berbunga.

Ahad, 28 Mac 2010

Konvokesyen Orang Dewasa


Konvokesyen di Oditorium SIRIM
Kumpulan Nasyib menyanyi sebelum Majlis bermula


Semalam di pagi Ahad, kami pelajar-pelajar Pengajian Bersijil di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah Alam telah berkumpul di Oditorium SIRIM di Seksyen 2, Shah Alam untuk majlis konvokesyen kami.


Antara yang Akan menerima Sijil Pengajian


Pelajar-pelajar yang menerima sijil di konvokesyen ini adalah terdiri dari pelajar yang lulus dalam pelbagai bidang pengajian seperti Pengajian Talaqi Alquran, Pengajian Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab. Pelajar-pelajar ini terdiri dari peringkat asas, pertengahan dan tinggi.

Kami yang lulus pengajian Bersijil Talaqi Alquran Peringkat Tinggi memakai Jubah Konvokesyen ketika mengambil sijil. Cheeeeh wah. Bukan main lagi.

Geli hati pun ada, dulu semasa masih bekerja di UM matian-matian tak beri pinjam jubah kepada mereka yang bukan nak konvo untuk menerima ijazah. Tapi sekarang apa-apa saja penyampaian sijil, diploma waima pelajar akademi fantsia memakai jubah ketika menerima sijil. Bezanya cuma, pemakaian jubah untuk orang yang bukan menerima ijazah ialah hanya memakai jubah sahaja tanpa selendang dan mortar board.


Ini Mak Chik Penulis Blog ni


Sekarang pengajian guru alquran dah bermula. Kelasnya berjalan di hari Sabtu dan Ahad. Untuk Pengajian Talaqi Alquran pula pada malam Isnin, untuk Bahasa Arab malam Selasa dan Jumaat. Jadi nampaknya tak bolehlah nak jengok blog kawan-kawan dan blog sendiri sekerap dulu. Minta maaflah yer kalau jarang-jarang kak ani dapat singgah tapi akan cuba sedaya upaya.

Pengubat Jiwa Lara


Masjid Terapung Tengku Intan Zaharah Tengah,
Kuala Terengganu


Sekembali dari melawat bapa saudara suami yang sedang sakit di Hospital Sultanah Nurzaherah, Kuala Terengganu hari Rabu lepas, sempat juga kami singgah di Masjid terapung ni di Batu Buruk di waktu zohor.

Kami pulang ke Dungun hari selasa lepas secara emergency apabila mendapat khabar yang bapa saudara suami tidak sihat dan dimasukkan hospital.

Nak dijadikan cerita sebaik kami tiba di hospital lebih kurang jam 1.00 tengahari, rupanya dia dah discharged dan dah tiba di Dungun masa yang sama dengan waktu kami tiba di Hospital. Jadi kami pun berpatah balik ke Dungun untuk jumpa dia di Dungun saja. Alhamdulillah nampaknya dia ada perubahan positif. Mudah-mudahan dia sembuh segera.




Sepanjang perjalanan di Rantau Abang


Setiap kali saya berulang alik dari Dungun ke Kuala Terengganu atau sebaliknya saya selalu kagum dengan kecantikan pemandangan di sepanjang perjalanan ini. Kata orang Hati yang lara boleh terhibur dengan ciptaan Allah yang sangat cantik ni. Sayangnya mungkin kecantikan ini tidak disedari oleh penduduk setempat untuk menghargainya.

Atas urusan yang agak mendesak, kami pulang semula ke Shah Alam hari Khamis esoknya.

Isnin, 22 Mac 2010

Cerita Pagi



Pagi tadi kira-kira jam 8.00 pagi kami ke Restoran di Seksyen 17. Restoran ni memang tempat kegemaran kami. Di sini kadang-kadang saya jumpa kawan-kawan saya. Tapi selalunya suami sayalah yang akan jumpa kawan-kawan sekerja dia sebelum dia pencen. Bekas Pejabatnya berdekatan dengan Restoran ni. Di sini rezeki boleh dikatakan, give and take. Kadang-kadang kami belanja orang sarapan, kadang-kadang orang belanja kami sarapan tanpa sedar. Bila nak bayar casher kata orang dah payah.

Pagi tadi seperti biasa restoran ni penuh dengan pelanggan. Masuk saja ke restoran saya terpandang 2 orang wanita dalam usia 40an. Seorang bertudung nampak jambul dan seorang lagi tanpa tudung. Kebetulan selepas ambik makanan hanya meja bersebelahan mereka saja yang kosong. Kami pun duduk di situ.

Dua sekawan ni asyik bercakap, mula-mulanya saya tak dengar biji butirnya. Lama kelamaan percakapan mereka makin kuat Mereka berbincang dalam bahasa orang putih. Memang nampak merekapun macam orang educatedlah. Akhirnya saya dapat tangkap isi cerita mereka.

Bukanlah saya nak dengar sangat cerita mereka tapi dia orang bercakap kuat. Mula- mula saya dengar mereka berbicang mengenai 'quality'. Suara mereka dah macam orang bermesyuarat. Tegas, yakin dan bersemangat. Tak taulah pulak kalau-kalau mereka sedang meeting secara tak formal di restoran ni.

Masa tu saya terfikir, ini orang SIRIM agaknya sebab bercakap pasal quality, dan kebetulan pun SIRIM dekat juga dengan tempat tu. Tapi akhir-akhirnya mereka bercakap mengenai 'teaching'. Jadi saya ubah fikir cikgu agaknya, tapi terfikir pulak kalau cikgu takkan macam tu punya serius berbincang hal 'quality'. Akhirnya saya pun naikkan sikit tekaan profesyen mereka, mungkin pensyarah UiTM agaknya sebab UiTM pun tak jauh.

Sekarang nampaknya bukan orang lelaki sahaja berbincang (bukan bersembang yer) di kedai kopi atau restoran tetapi wanita juga. Moral ceritanya kalau cerita di kedai kopi atau restoran, jangan cakap kuat-kuat melainkan kalau memang nak suruh orang dengar.

Balik dari sarapan, beli surat khabar, Harian Metro, baca jer muka depan, naka terpampang cerita



Cerita ni berlaku di Ipoh pulak. Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Hilangkah sudah rasa kemanusiaan. Hemmmm, entahlah.

Malam tadi kami hantar Sakinah balik ke Asramanya. Abahnya bimbang dia pandu kereta sendiri waktu malam, dalam hujan lebat pulak tu. Akhirnya abah dia pandu kereta Sakinah dan Sakinah naik kereta yang saya pandu. Hantar dia ke Cheras.

Tiba di rumah lebih kurang jam 11 malam. Tak berapa lama Sakinah hantar sms, bunyinya:

Biarkan Berlalu Semua Kepedihanmu
Lelapkanlah Mata Mu
Biarkan Mimpi Membawa Mu
Kemana Mu Mahu

Selamat Malam
Tidurlah Sayang Ku
Siang Tiba Bercahaya
Bermula Baru Semua Untuk Mu

Gudnite mama abah.


Terkedu hati keibuan buat seketika.



Terima Kasih Wahai Anak
Memahami Erti Nestapa ini
Yang Tak Bisa Ku Bisikkan
Pada Kamu Anak-anak ku

Andai Kudrat ini
Tak Terdaya Lagi
Teruskan Jalan mu anak-anakku
Sendiri
Redah Onak Duri
Hidup ini
Berbimbingkan Redha Ilahi

Jumaat, 19 Mac 2010

Suka Dan Duka



Kelmarin (Rabu) terima panggilan telefon dari adik ipar saya. Dia beritahu anak saudara suami saya dah selamat bersalin anak keempatnya, baby perempuan, berat 3.1 kg.

"Alhamdulillah", spontan saya menjawab.

Dia sambung lagi "tapi babynya meninggal, katanya ada masalah jantung dan paru-paru"

"Innalillah hiwainnailaihirajiuun", sedihnya.

Baby tu lahir hanya untuk ditatap wajahnya oleh ummi dan abinya untuk beberapa jam sahaja. Mesti umminya merasa sedih dengan kembalinya si baby kepada Penciptanya. Tabahlah, itulah ujian Allah pada kita untuk menguji keimanan kita kepada DIA. Si anak akan menanti di pintu syorga.

Saya dengar khabar semasa dalam kandungan lagi kandungan kali ni bermasalah.

"Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu" (Surah At-Talaq:3)

Pada Sabtu lepas, anak saudara saya telah melangsungkan perkahwinannya di rumah adik saya di Ampang. Tahniah, semoga perkahwinan yang dibina kekal abadi.


Bapa Pengantin perempuan menjalankan
sendiri upacara akad nikah



Ketibaan Pengantin



Pengantin Dan Para Jemputan di hiburkan dengan Tarian


Putaran hidup, ada ketika duka, ada pula ketika suka.

Rabu, 17 Mac 2010

Susahnya Nak Ku Lupa



“I can forgive but I can’t forget.”

Begitu pulak bunyinya. Oh susah sungguh nak hapuskan ingatan sakit hati kita tu pada seseorang. Terbayang dimata kita perbuatan buruk dia pada kita. Tiap kali terkenang perbuatannya, sama ada kita akan sedih atau kita akan marah. Rasanya dah berbuih mulut kita kata “aku dah maafkan kesalahan kau”, tapi ingatan masih tebal. Silap-silap haribulan kita ungkit balik kisah yang pernah terjadi.

Jadi kalau macam ni, ikhlaskah pemberian maaf kita itu. Hati seseorang sukar dipaksa. Orang lain tak boleh beritahu kita untuk melupakan sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup kita. Memaaf dan melupakan hanya akan terjadi bila ia datang dari keredhaan kita sendiri.

Dalam pada itu kita kena juga ingat sebagai orang Islam memaafkan seseorang amat dituntut. Allah ada berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Begitulah indahnya ayat-ayat Allah meminta kita memaafkan kesalahan orang.

Bila keadaan ini terjadi rasanya kita harus ingat Rasulullah sendiri memaafkan kesalahan umatnya. Jadi siapalah kita begitu sukar untuk memberi kemaafan.

Rasulullah SAW ada mengajar kita bahawa salah satu adab sebelum tidor setelah kita membaca “4 Qul”, doa tidur dan zikir-zikir yang lain ialah kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita yang terjadi pada hari itu.

Beginda juga ada bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

Semoga kita sama-sama menjadi seorang yang pemaaf.

Ahad, 14 Mac 2010

Terima Kasih



Seronoknya hari ni terima award dari Cikgu Tinie dan Zai. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan. Terharu sangat rasanya sebab baru sangat mengenali Cikgu Tinie dan Zai.

Oh! oh! kena memenuhi syarat dulu yer sebelum mengambil award ni. InsyaAllah akan cuba memenuhinya

Syarat2 / soalan2nya .....:

1. Thank & link the person
that gave you the award.

2. Pass this award onto 15
bloggers you’ve recently
discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know
they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

Jawapannya:

1. Terima kasih Sis Tinie dan Zai, sudi berikan award ni, dah saling mengelink

2. 15 kawan bloggers, kak ani awardkan pada yang berikut dan terima kasih sebab selalu sudi singgah blog akak yang tak seberapa ini:

Purple Crayon - Warna-warna Kehidupan
Cikgu Normah - A Klcitizen
Fzi - Pandangan kasih
Ummu Masyitah - Jurnal Kehidupan
Sifu Mirza
Intan - Between You and Me
Tuan TJ - Diari Alam Dan Kehidupan
Ummuzaid - In my own space
Piewahid - Ulu kumbang
Pak Long - Bicara kehidupan
White RosE
Shidah - Suara Hati Mama
Miecyber's Blog
Ros - Bicara Illiyyuun
Endiem - Koi orang pahang
Thunbergia Laurifolia
Mybabah - Meniti Usia
Syah - Aku Ada Sesuatu
PB - Life Is Drama - This is my drama
Tinta Kasturi


Terlebih jugak sikit. Oky kot yer.

Dan 7 perkara tentang diri saya;

Pertama kali jumpa pendiam sikit sebab tak tau nak cakap apa
Cepat terasa, tapi cuba kontrol
Cepat kesian pada orang, ni yang lemah
Alegik pada semua jenis plaster
Alergik sayur keladi - He he, mesti gatal tekak punya
Kontrol ambik gula dan daging
Sukar lupa bila hati terguris - sedang memperbaiki diri

Nampak syarat dah cukup, jadi saya ambik awardnya yer Sis Tinie dan Zai

Khamis, 11 Mac 2010

Muzium Purba Di Mekah


Masjilharam di Waktu malam, pemandangan
dari Hotel tempat tinggal


Dah lama saya ingin kongsi gambar-gambar semasa kami mengerjakan umrah pada bulan Mac tahun lepas. Tapi bila nak kongsi cerita tu, berdetik pulak dalam hati takut timbul riak tanpa sedar.

Sekarang dah setahun berlalu, perasaan teruja semasa di sana dah berkurang. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah pengalaman dan gambar semasa kami melawat sebuah Muzium Purba di Mekah. Saya tidak tahu dengan pasti nama tempat terletaknya Muzium ini.


Muzium Purba


Muzium ini milik peribadi seorang wartawan arab. Beliau mengumpul artifek-artifek di dalam muzium tu lebih kurang 40 tahun barulah beliau berani membukanya kepada orangramai.

Kami dikira bertuah kerana Travel Agency yang membawa kami ke Mekah kali ini tahu tempat ini. Menurut mutawif yang membawa kami katanya tidak ramai Travel Agency yang tahu tempat ini.

Untuk masuk ke Muzium ini kita dikenakan bayaran sebanyak 10 Rial. Duit inilah digunakan untuk penyelenggaraan Muzium berkenaan disamping wang yang disumbangkan oleh orang-orang berseorangan


Tuan Punya Muzium Sedang Memberi
Penerangan Dalam Bahasa Inggeris


Mana yang tak tahu berbahasa Inggeris tak apa ramai translatornya di antara kami. Inilah artifek-artifek yang sempat saya ambik gambar:






Senjata-senjata Perang Zaman Rasulullah.



Ini Pakaian Askar zaman Rasulullah.


Satu kejadian menarik berlaku ketika kami melihat senjata ini. Semasa berdekatan dengan senjata-senjata ini, Pemilik Muzium itu melarang kami menyentuh senjata berkenaan.

Selepas semua orang lain beredar, anak saya Salam dan Dzulkarnain masih berdiri berdekatan dengan senjata tu. Saya juga berdiri tidak jauh dari situ. Tiba-tiba Salam nampak salah satu senjata tu bergerak-gerak. Dia cuit Abangnya Dzulkarnain menunjukkan senjata tu bergerak-gerak. Sedang mereka memandang senjata yang bergerak-gerak tu, seorang Pembantu Muzium datang dan memberitahu anak saya supaya jangan lagi menyentuh senjata di sini.

Mungkin dia sangka anak saya yang mengoyangkan senjata tu. Salam cepat-cepat datang dekat saya dan beritahu peristiwa berkenaan. Masa tu senjata berkenaan masih bergerak perlahan-lahan. Hakikatnya anak saya tidak pun menyentuh senjata-senjata berkenaan. Angin ker fikir saya tapi dalam Muzium tu dipasang penghawa dingin. Tingkap pun tak nampak. Apa yang pasti Allah Maha Berkuasa. Kami tidak memberitahu sesiapa. Inilah baru beritahu. He he




Pakai Pengantin Zaman Kegemilangan Islam Dulu



Tarbus Pengantin Lelaki



Antara barang-barang di Bilik
Pengantin - Minyak Wangi agaknya


Ada beberapa al quran lama tulisan tangan juga dipamerkan. Batu-batu yang ditulis ayat-ayat Alquran juga ada dipamerkan. Antaranya:


Al Quran Tulisan Tangan Berusia
Lebih Dari 100 Tahun





Batu Bertulis Alquran


Di bawah ini ada gambar-gambar yang sempat diambil semasa di Muzium berkenaan.


Gambar Ketika Mekah Banjir Satu Ketika Dulu



Gambar-gambar Selipar Dan Pakaian Zaman Rasulullah





Radio dan Speaker Lama









Gambar-gambar Keadaan dalam Muzium



Berehat di depan Muzium


Semoga diberi rezeki, kesihatan dan kesempatan untuk berkunjung lagi ke Rumah Allah.

Selasa, 9 Mac 2010

Terima Kasih Daun Keladi Yer Bang





PDA Samsung Hadiah Hari Lahir


Ni nak share kegembiraan saya dapat PDA Samsung dari Cik abang saya. Hadiah sempena hari lahirlah katanya. Hadiah ni diberi selepas 2 hari tarikh sebenar. Ingatkan dah tak dapat hadiah tahun ni selain dinner malam tu. Apa pun hadiah bukanlah segala-galanya. Kasih sayang dan timbang rasa serta cinta yang tidak berbelah bagi itulah hadiah yang paling saya harapkan setiap kali bertambahnya usia ini.

Cik Abang saya kata dia belikan saya PDA supaya senang saya nak berblog kat mana-mana saya berada selagi ada liputi Wi-Fi. He he, sporting jugak dia. Saya tak pasti sama ada dia pernah singgah blog saya.

Sekarang ni liputi Wi-Fi ada di mana-mana waima di masjid. Banyak masjid yang sempat saya singgah sekarang ada Wi-Fi. Yang Jelas masjid Negeri Shah Alam (tempat persinggahan saya yang paling kerap) memang ada.

Sekarang saya masih terkial-kial nak sesuaikan diri dengan PDA ni. Saya tak pernah guna h/phone Samsung sebelum ni, Jadi saya masih belum familiar dengannya. H/Phone saya yang dulu-dulu kebanyakannya jenis NOKIA. Cuma ada sekali saya guna h/phone motorola.


Phone NOKIA yang guna sekarang


Ini pulak H/phone yang saya gunakan sekarang. H/phone ni masih berfungsi dengan baik. Dah 3 tahun saya guna. Kalau ambik gambar cantik. Saya tak payah bawa kamera. Musik pun sedap didengar.

Jadi saya putuskan untuk tidak menghadiahkan h/phone saya ni kepada sesiapa sebagaimana nasib h/phone saya yang terdahulu. H/phone ni anak saya Dzulkarnain dan Salam yang belikan. Dia orang yang tahu hal-hal terkini tentang phone ni. Saya gunakan jer.

Sabtu, 6 Mac 2010

Rindu Terubat Di Alam Mimpi



Dalam tangisan sedih saya peluk erat tubuhnya yang amat saya rindui selama ini. Saya ingin melepaskan rindu saya ini. Saya begitu menderita dalam rindu yang tak ada penghujung ini.

"Mama kita tak kan jumpa lagi di dunia ini", katanya sambil memeluk saya erat.

"InsyaAllah kita akan berjumpa di dunia sana", sambungnya.

"Mama tau, mama rindu sangat dengan Is", balas saya.

Ketika itu saya berada di dalam sebuah perkampongan yang tenang dan cantik. Di sekelilingnya ada pokok menghijau. Bumi yang saya pijak juga menghijau rumputnya.

Saya memandang Iskandar yang baru lepas dari pelukan saya. Anak saya ni nampak sihat. Nampak dia tinggi dan berisi sikit badannya. Dia memakai baju lengan panjang biru kegemarannya. Rambutnya hitam dan lebat serta bersikat rapi. Sambil senyum dia minta izin untuk balik ke tempatnya. Saya angguk sebab saya tahu dia tidak boleh bersama saya lagi, dia ada dunia dia.

Akhirnya kami berpisah, dia menuju ke satu arah dan saya keluar dari kawasan berkenaan. Semasa saya nak keluar dari kawasan itu, ada seorang lelaki yang bukakan pintu pagar perkampungan itu. Sebaik saya keluar dari situ, lelaki tu menutup pintu pagar tu kembali.

Saat inilah saya terjaga. Fahamlah saya, saya temui Iskandar dalam mimpi. Tiba-tiba menangis, saya rasa gembira dan sedih. Gembira kerana terlepas rindu pada Iskandar yang dah hampir 3 tahun meninggalkan kami. Sedih kerana hakikatnya dia dah tak ada bersama kami. Allah melepaskan rindu saya kepadanya melalui mimpi.

Saya tertidur rupanya selepas menunaikan sholat zohor pada hari Jumaat semalam. Semalam selepas menunaikan sholat zohor, saya membaca al quran. Memandangkan suami saya belum balik dari sholat jumaat, saya baring-baring sambil membaca buku. Rupanya saya terlelap.

Semenjak Iskandar meninggal, saya jarang mimpikannya. Apa yang saya ingat, tahun lepas ada sekali saya mimpi berjumpa Iskandar. Mimpi itu berlaku ketika saya terlelap di satu pagi Jumaat. Selepas sholat suboh pagi tu seperti biasa saya akan sambung dengan mengaji alquran. Selepas mengaji saya rasa sangat mengantuk, saya baring dan terus terlelap. Masa tu pertama kali saya mimpikan Iskandar selepas dia tiada.

Saya bermimpi seolah-olah saya berada di satu tempat yang ramai orang. Di antara orangramai tu saya ternampak Iskandar sedang memandang saya sambil tersenyum. Lepas tu saya nampai dia nak beredar dari situ tapi saya memanggil nama dia bertalu-talu sambil melambai padanya dan saya beritahu dia "Is kejap Is, jangan pegi dulu, mama rindu dengan Is".

Dia datang pada saya. Saya peluk dia dan saya kata "Is mama rindu sangat kat Is". Dia jawab "Is pun rindu kat mama" samabil memeluk saya kembali. Saya tanya bagaimana keadaan dia di sana (di alam barzah, sebab dalam mimpi tu kononnya saya tahu dia dah meninggal). Dia senyum sambil jawab "mama jangan bimbang, tak ada apa", dia lepaskan pelukan saya dan kembali ke dalam kumpulan orang ramai sambil memandang saya dan senyum.

Adakan mimpi siang saya ini adalah gangguan syetan kerana mimpi itu terjadi disiang hari. Mimpi pertama di pagi Jumaat, mimpi semalam mungkin ketika orang sedang sholat Jumaat. Tapi ketika dua2 mimpi itu berlaku saya terlelap dalam keadaan masih berwudhuk dan selepas sholat dan mengaji.

Masih terbayang diingatan saya kali terakhir dia bersalam dengan saya selepas sholat maghrib dan ketika itu saya sedang membaca surah Al Mulk. Itulah salam terakhir dia dengan saya sebelum dia keluar dari rumah untuk satu urusan. Pemergiaan terakhir dia yang mana esoknya hanya jenazahnya saya bawa pulang untuk disemadikan.

Masih terdengar di telinga saya selepas bersalam dia beritahu saya "Ma Is Pegi", saya jawab "yerlah" dan terus menyambung mengaji. Dia pulak terus turun dari rumah dengan keretanya. Kereta kesayangannya yang sama-sama berakhir dengan dia.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan memasukkan dia ke dalam golongan orang-orang yang solihin dan shodigin. Amin.

Jumaat, 5 Mac 2010

Yang Tersirat Di Sebalik Selawat



Saya ingin berkongsi coretan dari Blog Genta Rasa Uztaz Pahrol Mohamad Juoi mengenai apa yang tersirat di sebalik selawat.


Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut!

Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!

Ya, semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.

Sebenarnya, bukan sahaja manusia dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.
Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.”
(Al-Ahzab 56)

Bayangkan, tanpa Rasululah alam ini tidak akan diberkati. Kedatangannya adalah untuk memberi rahmat untuk alam ini. Alam itu gelap gelita, Rasulullah adalah penerang kepada penghuni-penghuni dunia. Kata bijak pandai, dunia tidak akan aman, selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak. Dan inilah misi utama kedatangan Rasulullah SAW yakni memberi rahmat kepada alam dengan berusaha memperbaiki akhlak manusia.

Firman Allah:
“Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam.”

Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

Tanpa Rasulullah tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. Ibu-bapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat. Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu.

Baginda berjuang bermula dengan seorang diri. Diseru kaum keluarga terdekat dan sahabat terapat. Daripada Siti Khadijah, kemudian Sayidina Ali serta Sayidina Abu Bakar… Sedikit demi sedikit. Dan 23 tahun kemudian, ada lebih 124,000 para sahabatnya yang bertebaran di Makkah, Madinah dan seluruh jaziratul Arab. Baginda rela kehilangan apa sahaja demi menyelamatkan umatnya daripada kejahilan dan kesyirikan. Daripada cacian, dihalau hinggalah ancaman bunuh – semuanya telah baginda lalui demi perjuangan yang suci.

Jika pada hari ini kita memuja pemimpin yang berjasa… maka siapakah pemimpin yang lebih besar jasanya daripada Rasulullah SAW? Bagindalah yang telah membebaskan kita daripada kesempitan hidup dunia untuk menikmati kelapangan hidup di akhirat. Baginda jualah yang membebaskan kita daripada penghambaan sesama manusia untuk menjadi hamba keoada Allah. Baginda yang mengeluarkan kita daripada ksempitan dunia untuk menuju kelapangan akhirat.

Soalnya, bagaimana kita memperingati jasa-jasanya itu?

Ya, kita mesti berselawat ke atas baginda. Kelebihan solawat telah banyak kita dengar. Namun apakah yang Allah swt benar-benar inginkan daripada selawat kita? Allah swt inginkan supaya hubungan kita dengan Rasulullah swt adalah berterusan. Oleh sebab itu kalimah, “Asyhaduallah ila ha illallah.”diikuti kemudiannya dengan kalimah “wa ashaduanna Muhammadar Rasulullah”. Apabila kita menyebut kalimah ini, rasakan diri kita adalah hamba Allah, lalu seterusnya perlu kita tanyakan bagaimanakah caranya hendak menjadi hamba Allah yang sebenar?

Lalu menyusul pengertian kalimah keduanya: “Wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah.” Iaitu dengan mencontohi Rasulullah saw. Bagindalah individu yang pada setiap masa merasakan dirinya hamba. Ketika menjadi seorang ayah, seorang jeneral, seorang Nabi, malah sebagai pemimpin, baginda tetap merasakan diri sebagai hamba kepada Tuhannya.

Bagaimana rasa diri hamba? Ya, umpama seorang hamba, tentu dirinya tidak layak melakukan sesuatu sesuka hati. Apa yang dilakukan mesti mengikut arahan majikan atau tuannya. Jadi dengan amalan selawat ini, kita berharap menjadi hamba Allah setiap masa,di setiap tempat dan setiap ketika. Maka dengan itu bererti hubungan kita dengan Rasulullah juga adalah hubungan yang berterusan. Sebab kita hendak jadikan Rasulullah ini sebagai teladan bagaimana menjadi hamba Allah sebenar pada setiap masa dan ketika.

Allah swt bukan sahaja menurunkan Islam dalam bentuk ilmu dan ilmiah. Dia juga turunkan Islam dalam bentuk amaliah atau praktiknya, yakni melalui Rasulullah. Jadi Al-Quran itulah dalam bentuk ilmu, Rasulullah itu pula mempraktikkan isi Al-Quran. Jadi inilah yang Siti Aisyah katakan, jika kamu ingin melihat Al-Quran hidup, maka tengoklah peribadi baginda dalam kehidupan seharian. Dan bagi kita umat Islam akhir zaman ini… tidak ada jalan lain untuk ‘melihat’ keperibadian Rasulullah selain melihat sejarah hidup Rasulullah SAW.

Peri pentingnya sirah Rasulullah, ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Kecintaan kepada nabi kamu, kecintaan kepada keluarga baginda dan membaca Al Quran.”

Justeru, generasi Salafussoleh begitu bersemangat mengajarkan anak-anak mereka tentang sirah Nabi Muhammad SAW sehingga diseiringkan dengan pengajaran Al quran. Sebab sirah merupakan penterjemah makna-makna Al Quran secara praktikal. Imam Zainul Abidin bin Husin bin Ali RA berkata:
“Kami mengetahui soal perang-perang Rasulullah SAW sebagaimana kami mengetahui surah-surah yang ada dalam Al Quran.”

Mudahkan mencintai atau mencontohi Rasulullah?

Kita tidak pernah berjumpa Rasulullah. Kita hanya mendengar kisah kehebatan iman dan akhlak baginda sejak di bangku sekolah. Jadi, bagaimana hendak menyemai cinta kepada Nabi Muhammad SAW?

• Menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Apa yang telah disampaikan oleh rasulullah kita terima dan kita terus laksanakan. Semakin cepat kita menunaikan seruannya maka semakin bertambah kecintaan kita terhadapnya. Sayidina Ali misalnya, telah menerima seruan dakwah Rasulullah tanpa harus berbincang terlebih dahulu dengan sesiapapun, hatta ayah-ibunya sendiri.

Tidak ada gunanya mengaku cinta kalau tidak dibuktikan dengan perbuatan. Kata cinta, tetapi sunnah baginda kita cerca atau pinggirkan. Malangnya, inilah sikap kebanyakan umat Islam kini. Mengaku cinta, tetapi bergaul bebas, mendedahkan aurat, makan riba, minum arak, menipu, rasuah. Baginda sangat bencikan riba, tetapi ada dikalangan umat Islam yang masih mengamalkan riba.

• Mencintai apa yang dicintai Nabi.
Apa sahaja yang dicintai oleh nabi Muhammad SAW dari segi cara hidupnya – cara solat, puasa, mentadbir, menguruskan perniagaan, mengatur rumahtangga, makan, minum, pakaian sehingga cara baginda masuk tandas – akan kita teladani.

• Membenci siapa yang membenci nabi.
Siapa sahaja yang memperleceh-lecehkan kedudukan nabi Muhammad adalah musuh kita. Kita tidak akan berkawan apalagi bersahabat dengan mereka yang terang-terangan menghina nabi Muhammad SAW. Tidak kira mereka itu kaya, berkuasa atau ternama sekalipun. Siapa yang membenci Rasulullah itulah musuh kita.

Sebab itu umat Islam tidak akan berdiam diri sekiranya Nabi Muhammad diperlecehkan melalui lukisan, tulisan atau kata-kata.

• Menjaga hadis-hadis Nabi.
Maksud menjaga hadis di sini ialah dengan menghafaz dan mengamalkannya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Samurah bin Jundub RA bahawa dia berkata:
“Di zaman Nabi, aku adalah seorang anak kecil, namun aku turut pula menghafaz hadis dari baginda, sedangkan orang-orang di sekelilingku semuanya lebih tua dariku.”

Ibarat seorang yang sedang bercinta. Kebiasaannya seseorang itu akan mengikut atau menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya. Dia mesti mempunyai rasa suka atau cinta kepada orang itu.Kemudian rasa cinta itu dilahirkan dalam tindakan. Jadi cinta pada Rasulullah itu bukanlah semata-mata dengan kata, tetapi dengan tindakan. Oleh itu, dalam kehidupan ini, setiap tindakan mestilah menunjukkan kecintaan kepada Rasululah. Misalnya, acara mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah.

Majlis Aqiqah dan mencukur rambut diraikan ibu dan ayah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Ia adalah sunnah Rasulullah yang mulia. Ketika anak Rasulullah iaitu Fatimah az-Zahra melahirkan Hassan, Nabi pun berkata:
“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya. Kemudian bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya.”

Seorang ulama Syeikh Dahlawi Rahimullah mengulas tentang hadis di atas dengan katanya:
“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, Bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.”

Setelah ditimbang, berat rambut Hassan adalah sedirham. Sedirham itulah disedekahkan. Kita mungkin antara bayi-bayi kecil satu ketika dulu didendang dengan selawat dan marhaban. Jika anak itu lelaki, diberikan permulaan nama “Muhammad” – Muhammad Rasul, Muhammad Taufik, Muhammad… supaya mendapat keberkatan Allah swt. Lebih-lebih lagi ayah dan ibu mengimpikan anaknya nanti membesar dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw.

Sabda Rasulullah SAW:

“Namakanlah anak-anakmu dengan nama-nama para Nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan nama yang paling benar adalah Harith dan Hamman, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.”

Apabila anak lelaki sudah membesar, diadakan pula majlis berkhatan yang juga diiringi dengan selawat dan puji-pujian membesarkan Allah. Sesetengah masyarakat setempat mengadakan acara tambahan bagi meraikan atau menyemarakkan semangat kanak-kanak. Antaranya acara mandi beramai-ramai di sungai, berarak sambil didukung atas bahu bapa sendiri dan sebagainya. Semuanya dengan tujuan untuk menggembirakan hati anak-anak yang akan berkhatan.

Berkhitan sebenarnya satu perintah. Nabi saw pernah bersabda:
“Termasuk fitrah (kesucian) adalah berkumur, menghirup air ke dalam hidung (ketika berwuduk), mencukur misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan dan berkhitan.”

Apabila usia meningkat remaja, teringin pula berumahtangga. Majlis pernikahan diatur. Termeterailah ikatan janji untuk berkasih dan bercinta selama-lamanya dengan iringan syahadah dan selawat. Ketika itu, kedua-dua pengantin berharap dapat hidup sebagai suami isteri yang bahagia dan harmoni. Rasulullah SAW bersabda:
“Yang lebih utama lagi ialah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang solehah yang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya.”

Jika rumahtangga mencontohi rumahtangga Rasulullah, kehidupan akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan. Sabda Rasulullah SAW:
“Mahukah aku beritahukan sesuatu yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang? Iaitu isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya, dia membuatnya gembira jika ia memerintahkannya, dia mematuhi, dan jika dia pergi, maka dia akan selalu menjaganya.”
Sebaliknya jika kehidupan rumahtangga tidak dipandu iman, kehidupan bagaikan neraka dunia sebelum ke neraka sebenarnya.

Sehinggalah apabila kita mati, kita diajar bagaimana bertalkin di dalam bersolawat untuk Rasulullah. Terbuktilah setiap kehidupan kita dari sejak lahir sehingga kini mesti berhubung dengan Rasulullah saw. Oleh kerana itu jadikanlah berselawat itu teman dalam kehidupan kita.

Kelebihan bersolawat

Pengalaman kita, doa akan cepat dimakbulkan apabila kita memulai dengan berselawat. Kita akan dapat ketenangan hati. Menyebut nama orang soleh (dalam konteks ini Rasulullah SAW) akan mendatangkan rahmat. Dan yang paling penting ialah dengan bersolawat kita dapat keberkatan dan syafaat. Berselawat adalah sumber kepada syafaat. Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:

• syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
• syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan
• syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.
• Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
• Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Selawat juga mengundang keberkatan hidup di dunia. Apabila kita menyebut nama orang-orang soleh, ia mendatangkan rahmat. Rahmat itulahkeberkatan… Bila ada keberkatan, insya-Allah akan ada kelebihan yang berterusan dan berkekalan.

Keberkatan yang sangat diharapkan ialah keberkatan dari segi rezeki. Kedua, dari segi umur kita, ketiga daripada usaha kita dan keempat, dari segi ilmu. Ini bermakna walaupun ada masanya kita hanya mendapat ‘sedikit’ tetapi dengan keberkatan, insya-Allah, yang sedikit itu adan mencukupi. Misalnya, umur walaupun pendek tapi banyak bakti dan jasanya. Inilah yang terjadi kepada Imam Nawawi, Imam Syafie dan Umar Ibn Aziz.

Jumlah kitab karangan Imam Nawawi misalnya, tidak sepadan dengan umurnya. Usianya hanya sekadar 40 an tetapi beliau sangat produktif. Begitu juga Umar Ibn Aziz, yang hanya sempat menjadi khalifah selama 2 tahun tetapi tempoh pendek itu dipenuhi dengan kecemerlangan yang tidak dapat ditandingi oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah yang lain. Inilah pentingnya mendapat ‘umur’ yang berkat.

Manakala ilmu yang berkat pula ialah ilmu yang mampu menyuluh kelemahan diri, menyuluh kebesaran Allah dan menambah amalan soleh kita. Rezki yang berkat pula akan menjadi sumber kekuatan untuk melaksanakan ketaatan, baik ketaatan kepada Allah mahupun khidmat sesama manusia.

Inilah peri pentingnya kita berselawat sebelum berdoa.Tanpa berselawat sekaligus putus hubungan dengan Allah. Bila hubungan kita putus dengan Allah, berbagai-bagai kesusahan akan berlaku. Yang paling kita takuti, hilang keberkatan dalam hidup. Ini akan menyebabkan rezeki kita walaupun banyak tetapi masih tidak cukup-cukup malah melalaikan kita pula.

Umur kita mungkin panjang tapi sayangnya sarat pula dengan dosa. Usaha kita mungkin banyak, tapi tidak dapat meraih kejayaan. Ilmu pun mungkin banyak, tapi menyebabkan kita lalai dan derhaka kepadaNya. Makin tinggi ilmu, semakin ego. Jadi, marilah kita banyak berselawat, justeru ia adalah sumber keberkatan dalam kehidupan!

Khamis, 4 Mac 2010

Cikgu, Esoklah Pulak Kami Dah Penat



Tiba-tiba.........

"Cikgu Dahlah tu, kami dah penat, esoklah pulak"

Alkisah, perkataan ini diucapkan oleh murid-murid di sebuah sekolah menengah nun jauh di Tanah Rancangan Felda.

Terkejut guru itu. Semangatnya sedang berkobar-kobar ingin supaya anak bangsanya berjaya.

Apa kita rasa bila dengar suara macam tu.

Pada saya yang bukan cikgu, saya rasa geram dan kecewa.

Selasa, 2 Mac 2010

Perjalanan Ke Utara

Singgah Di Pulau Pinang Beli Buah Jeruk

Pada hari Jumaat lepas 26 Februari sempena hari Maulidul Rasul dan sempena juga hari lahir saya, kami bergerak ke Utara untuk ke Alor Star menghadiri jemputan walimatulurus seorang saudara dekat.

Dah tiba di Taiping, ada buat usul memandangkan waktu masih awal kita singgah di Pulau Pinang sebab cucu-cucu nak naik feri. Semenjak mereka dah besar ni tak pernah naik feri. Masa kecik-kecik dulu mereka tak ingat. Jadi kami pun terus ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang yang amatlah panjang itu.


Jabatan Pulau Pinang



Pemandangan cantik dari jambatan PP


Inilah pertama kali datang ke Pulau Pinang selepas PKR (DAP) ambik alih pemerintahan. Ketika kami di sana cuaca sangat panas dan kering.




Lambang Pulau Pinang - Komtar


Memandangkan kami ke sana hanya cucu-cucu nak rasa naik feri, jadi kami cuma singgah di Pasar Chowrasta yang terletak berhampiran dengan Komtar. Saya kalau ke Pulau Pinang memang tak sah kalau saya tak ke sini untuk beli buah-buah jeruk.

Semasa saya masih bekerja dulu, kalau datang ke Pulau Pinang untuk seminar atau berkursus, saya akan cuba sedaya upaya ke sini dengan mengambil teksi dan meminta teksi tu tunggu sehingga saya selesai beli jeruk.




Pelbagai jenis buah jeruk salak, betik,
buah pala, kedondong dll.


Sebagaimana dah berjanji kami balik menggunakan Feri. Seronoknya sikecik berdua tu bukan main.



Tiba Di Alor Star



Berbalik kepada nawaitul asal kami ke utara kami terus menuju Alor Star.




Peralatan Menumbuk Padi Di Pamerkan
Di Lobi Hotel


Di Alor Star Kami tinggal di Holiday Villa. Malam tu kami makan malam di kawasan berhampiran stadium di Alor Star.


Air 3 layer. Tak pernah tengok di Shah Alam


Esoknya kami ke rumah pengantin tidak jauh dari Pusat Bandar. Ketika tiba pasangan pengantin baru saja tiba dari rumah pengantin perempuan.




Pengantin dipersembahkan dengan silat dari pendekar-pendekar kecil


Pada malamnya kami dijemput oleh seorang sahabat untuk makan malam di rumahnya.


Bersebelahan pokok inilah kami menjamu selera.
Kebetulan bulan hampir purnama (13 Rabilulawal)


Lokasi rumah sahabat saya ini terletak berhampiran sawah padi. Sayangnya kami ke sana di waktu malam, kalau siang mesti cantik pemandangannya. Malam tu kami menjamu selera ditepi sawah. Banyaknya sahabat saya hidangkan untuk kami. Paling istimewa laksa kuah asam dan kuah lemak disamping nasi goreng, mehun goreng, buah mangga siam yang sangat manis dan lain-lain. Terima kasih banyak-banyak.




Laksa, kuahnya tak nampak, ulam-ulamnya
di dalam bekas sebelah tu





Sesi Fotografi di Lobi Hotel


Pada hari Ahad, selepas sarapan di Hotel berkenaan, kami ke Padang Besar. Jaraknya lebih kurang 80 km dari Alor Star. Niat di hati nak beli orkid sebab kawan-kawan orkid kata di Padang Besar orkid murah.

Tapi tiba disana, tak sanggup nak tunaikan niat, cuacanya teramat panas. Dahlah tersesat sehingga masuk ke kawasan imigresen untuk ke Siam, nasib baik orang imigresen tu faham dilepasnya kami keluar balik.

Sebelum balik saya sempatlah beli 4 biji beg yang diperbuat dari helai-helai plastik untuk menantu perempuan saya dan juga anak-anak. Saya juga beli sedikit kerepek. Kerepek di sini lain rasanya dari kerepek di tempat kita di Shah Alam.


Beg dari plastik keras



Kami disana lebih kurang satu jam lebih, lepas tu terus bergerak pulang ke Shah Alam.