Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 25 Februari 2010

Sambutan Maulidur Rasul.



Esok 12 Rabiulawal 1431 bersamaan 26 Feb 2010 kita umat islam akan menyambut Maulidur Rasul.

Seperti tahun-tahun yang lalu kebanyakan masjid-masjid mengadakan banyak program-program sebagai menyambut hari kelahiran Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang telah dilahirkan pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada semua kawan-kawan.

Rabu, 24 Februari 2010

Cara Membaca Yassin Pada Orang Sakit Tenat



Semasa meyusuri cerita-cerita dari satu blog ke satu blog saya terjumpa artikel ini yang mungkin berguna kepada kita. Ianya mengenai Cara Betul Baca Surah Yassin oleh Pakar How To (2008).

Beberapa bulan lepas, Surau DarusSaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra’ Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut ini dicatatkan sedikit sebanyak intipati ceramah yang disampaikan untuk ilmu dan panduan bersama.

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang menghadapi saat sakaratul maut.

Telah menjadi kebiasaan orang Melayu Islam di Malaysia, kita akan mengelilingi orang yang tengah sakit tenat dan nazak dengan masing-masing membaca surah Yaasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (ada yang baca dengan tartil, tetapi ada juga yang baca dengan laju macam nak lumba F1).

Perbuatan sebegini sebenarnya mungkin akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita akan ‘disibukkan’ dengan segala macam gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan (seperti yang diajar oleh ustaz tersebut) ialah

* Lantik seorang yang bacaan al-qurannya paling baik (dari segi tajwid dan fasohah) untuk membaca surah Yaasin, yang lain-lain bolehlah bersama-sama buat semakan bacaan.

* Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah ANAK ataupun SAUDARA TERDEKAT yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang sedang tenat/nazak.

* Merenung wajah orang tengah nazak tersebut sebelum surah Yasin dibacakan. Ini adalah untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan berkat daripada surah yang dibaca itu, boleh membantu memudahkan pencabutan nyawa si pesakit tersebut.

* Membaca 3 hingga 4 ayat Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk mengucap “Laa ila ha illallah”.

* Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 ayat, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.

* Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.



Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi saat-saat getir sakaratulmaut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul dan bukannya semata-mata melalui ikut-ikutan/adat.

Selasa, 23 Februari 2010

Kenapa Kucing Dapat Ikan



Sedang bercerita, tiba-tiba kawan saya tanya

"Hang tau kucing makan apa", kawan saya tanya

"Makan ikan, itu pun dulu sekarang dia makan friskies" jawab saya heran, fasal apa pulak tiba-tiba tanya kucing makan apa, macam tak tau.

"Macam mana kucing tu dapat ikan", kawan saya tanya lagi,.

Walaupun rasa pertanyaan tu bodoh, tapi saya jawab jugak sebab suspen. Ni nak berteka teki ker pulak. Fikir hati saya.

"Tuan dialah beri, takkan dia pergi mancing sendiri atau beli sendiri kat pasar", jawab saya sambil senyum.

"Tau pun hang, macam mana boleh tuan kucing tu terasa nak beri kucing tu ikan", dia tanya lagi.

"Yerlah tuan dia tahulah kucing tu suka ikan", jawab saya terasa diperbodohkan.

"Mesti kucing tu baik kat tuan dia kan, sebab tu tuan dia sayang pada dia, sanggup beri dia makanan kegemaran dia dan tak biarkan dia kelaparan. Jaga dia supaya sihat sentiasa dan lain-lain lagi kebajikan kucing tu. Rasanya kalau kucing tu jahat, tentu tuannya akan biarkan kucing tu kelaparan, silap-silap kena hentam" sambungnya lagi.

Saya angguk. Dia sambung lagi



"Cuba tengok kucing. Ia akan menggesel2kan badannya dengan manja kepada tuannya. Dengan cara tu tuannya akan meyanyangi kucing tu dah tak sanggup melihat kucing tu kelaparan."

Saya masih terpinga-pinga, apa kena mengena kisah kucing dengan aku ni, fikir saya. Kawan saya sambung lati

"Begitu juga kita. Untuk mendapat kehidupan yang baik, mendapat kasih sayang Allah, mengharapkan perlindungan dan keberkatan dari Allah, maka kita kena buat macam kucing. Dekati TUAN kita iaitu ALLAH yang Maha Agung, Maha Pengasih Maha Penyayang kepada seluruh maklukNYA di alam ini. Kita mesti mengenali, mendekati dan cubalah ‘bermanja’ kepadaNYA.

Mudah-mudahan kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka, kesihatan yang baik dan lain-lain hajat kita sebagaimana kucing dapat percuma ikan dengan senang tanpa perlu bersusah payah.

Kita kena ingat walau sekuat mana pun kita bekerja tanpa belas ihsan dan rahmat daripada Allah, kita tidak akan dapat mengecapi kesenangan dan kekayaan. Kita tidak mungkin mendapat rezeki dan keberkatan tanpa izin TUAN kita iaitu Allah.

Jika amalan baik yang kita buat, baiklah balasannya, tapi kalau kita melakukan perkara yang tidak diredhai Allah, Allah akan menghukum kita sebagaimana kucing akan dikejar dan diburu oleh tuannya sekiranya ia mencuri ikan. Walaupun mungkin kucing tu dapat ikan, tapi tuannya tidak redha, marah dan benci padanya."

Panjangnya penjelasan kawan saya tu. Jadi saya buat kesimpulannya bahawa berbuat baiklah kepada Allah dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Isnin, 22 Februari 2010

Semoga Allah Berkati Hidup Kita



Bulan Februari.

Birthday Kak Ju

Birthday Abang Ain

dan last sekali birthday mama

Tahun ni kita raikan hari lahir ketiga-tiga orang ahli keluarga ni sekaligus yer. Jimat belanja. Sekarangkan zaman barang mahal. Lagi pun abah dan mama dah pencen.

Malam Sabtu lepas semua orang ada dirumah, Salam dah cuti, Inah balik cuti hujung minggu, jadi kami ambik kesempatan, dinner bersama-sama. Walaupun tarikh hari lahir orang bertiga ni tidak sama, tak aper, bulannya sama dan berturut-turut minggu.



Wah dah habis makan baru nak ambik gambar. Tak ada kek birthday yer. Tak aperlah kek birthday tak penting, yang penting kita dapat berkumpul satu keluarga. Kak Tie pun ada, Alhamdulillah. Mama doakan semoga Allah lindungi kita selalu dan berkati hidup kita.




Birthday Kak Ju 19 Februari. Mama dan abah doakan semoga hidup Kak Ju sekeluarga diberkati Allah selalu.



Hari ini 22 Februari, hari lahir abang Ain, Happy birthday Dzulkarnain, semoga Allah memberkati hidup Ain dan bahagia selalu, serta murah rezeki.



Posing nampak. Perut dah kenyang, senyum lebarlah.

Berdoa Untuk Ibubapa Allah Memurahkan Rezeki



Besarnya pahala seorang anak apabila dia sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian ibubapanya. Apa lagi jika sanggup bersusah payah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang ketika mereka sangat memerlukan. Kita datang berjumpa dan melihat ibubapa kita pun Allah dah berikan kita pahala (untungnya pada mereka yang masih mempunyai ibubapa di dunia ini).

Seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Sebenarnya besar mana pun kebaikan dan kebajikan yang kita buat untuk ibubapa kita tidak akan terbalas pengorbanan mereka terhadap kita.

Semasa merayau di alam internet saya juga terjumpa nukilan ini dari Blog 'Me, The Muslimah'. Tajuk N3nya ialah Cara Membuka Pintu Rezeki.

"Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata .....

"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibubapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibubapa (walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Di samping di atas kita kenalah juga pastikan kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Jumaat, 19 Februari 2010

Dah Lama Idamkannya



Kata 'Khaula" salah seorang sahabat akrab saya (sahabat bunga kertas) "Pergi rumah 'nenek kebayan' di Alor Star hari tu, 'nenek' masak nasi daging, sedap". Banyak kali dia cerita pasal nasi daging ni bila dia sebut nama 'nenek kebayan'. 'Nenek kebayan' memang pandai masak, saya dah rasa masakannya semasa berkunjung ke rumahnya beberapa tahun dulu.

Semenjak hari tu selalu teringat ingin nak rasa 'nasi daging'. Kebetulan bulan lepas saya ke majlis kahwin seorang kawan yang mengawinkan anaknya. Majlis tu diadakan di salah sebuah hotel di Shah Alam ni. Semasa sambil menunggu tetamu lain datang, saya capai Kad Menu yang diletakkan di atas meja. Tersenarailah lauk pauknya, dan nasinya ialah 'nasi daging'. Dalam hati berkata sendiri "bolehlah rasa nasi daging hari ni".

Bila makanan dah dihidangkan, adalah nasi daging berserta lauk sebagaimana yang diwar-warkan dalam Kad Menu tu. Sedang hati berbunga nak merasa nasi tu, tiba-tiba tetamu sebelah saya kata "oh lain nasi dagingnya, menantu saya orang Kedah selalu buat nasi daging ni. Orang Kedah makan nasi daging dengan air asam. Dagingnya pun nampak. Yang ni tak nampak dagingnya".

"Oh yer ker" jawab saya sambil menjamah makanan. "Mungkin lain caranya".

"Macam mana masaknya" tanya saya

"Macam kita masak nasi minyak jugak, bezanya, masukkan air rebusan daging, saya selalu masak, tapi saya tambah lauknya seperti dalca atau apa-apa yang biasa kita makan dengan nasi minyak" jawab tetamu sebelah saya tu.

"Ohh" saya tutup perbualan dan tumpukan perhati pada pengantin di pelamin.



Hari Rabu minggu lepas, sahabat karib kami yang tinggal di Ampang menjemput kami makan malam di rumahnya. Dia ni orang Kedah.

Rupanya malam tu kami dihidangkan dengan 'nasi daging'. Tapi memandangkan saya tak berapa boleh makan daging, saya tahanlah juga selera terutama untuk memakan supnya, takut nanti darah saya memuncak. Bukan memuncak marah, memuncak tinggi. Bahayaaaaa



Nasi Daging



sup paru lembu



Air Asam



Mungkin Lauk Tambahan - Gulai
Ikan Masin Dengan Nenas


Tak taulah sama ada nasi daging ni sama atau tidak dengan 'nasi daging' yang Khaula kata 'nenek kebayan' masak. Kata kawan saya tu, di Kedah ada rempah 'nasi daging'. Di sini dia reka rempah sendirilah, sebab rempah 'nasi daging' tak ada dijual di sini.

Selasa, 16 Februari 2010

Kenduri Kahwin



Akhirnya kami sampai juga di Air Molek Melaka



Wah ada orang sempat posing tuuu







Suasana Di tempat Kenduri. Best sangat
nampak tetamu yang sedang berteduh bawah pokok tu


Hari Sabtu lepas selepas memeriahkan sama suasana jem di Lebuhraya Utara Selatan sempena Sabutan Tahun Baru China, akhirnya tiba juga kami di Air Molek Melaka. Ada jemputan anak kawan kawin. Pertama kali ke Air Molek. Kata orang makan buah langsat (sesat) berkilolah jugak baru jumpa rumah pengantin. Masa tu jam dah hampir pukul 3 petang. Perut dah lama nyanyi lagu keroncong.

Tak sempat tengok pengantin. Pengantin dah berehat bila kami tiba tetapi tetamu masih ramai.

Lepas makan dan dah bercerita sikit-sikit dengan tuan rumah, mana boleh cerita lama-lama tuan rumah sebok, kami ke Banda Hilir, Melaka sambil cari masjid nak sholat zohor dan asar. Akhirnya kami tiba di Masjid Selat Melaka. Rasanya masjid baru siap, sebab segalanya nampak masih baru.




Masjid Selat Melaka

Masjidnya bersaiz sederhana saja. Ia terletak di persisiran laut selat melaka. Cantik pemandangannya.




Berlatarbelakangkan Laut Yang Tenang


Lepas sholat jamak zohor dan asar kami terus bergerak balik. Berubah betul Banda Hilir sekarang, jauh beza semasa saya dan keluarga datang ke sini beberapa tahun dulu. Hotel-hotel bertaraf bintang tinggi ada dua tiga buah. Shopping Mall pun ada. Tapi sayang kami nak balik sebelum malam dan badan pun dah leteh, jadi tak adalah kami singgah di situ.

Semoga satu hari dapat datang lagi ke sini dalam suasana yang tidak terburu-buru.

Khamis, 11 Februari 2010

Gangguan Syetan Ker



"Ani, ani bangun, bungun buka mata"

Berkali-kali terdengar nama saya dipanggil. Itu suara hasben saya. Berkali-kali saya cuba bukakan mata dan nak gerakkan badan, tapi tak boleh. Saya juga dengar suara hasben saya membaca ayat Kursi ke telinga sambil memanggil nama saya suruh bangun.

Kenapa saya tak boleh buka mata. Kenapa tak boleh gerakkan badan. " Nak mati ke aku ni". Itu yang terlintas di fikiran. Rasa takut tiba-tiba datang. Saya cuba membaca Ayat Kursi, tapi pelik, selepas ayat pertama, saya tak ingat ayat seterusnya. Pada hal ayat Kursi tu memang jadi amalan saya. Saya cuba geleng-gelengkan kepada supaya saya boleh bergerak. Anggota lain memang tak boleh digerakkan langsung.

Di telinga masih terdengar hasben saya membaca ayat-ayat alquran dan memegang dahi saya. Perasan takut makin terasa. Saya takut saya dah nak mati. Saya cuba lagi bukakan mata bersungguh-sungguh, tapi mata saya tertutup balik. Saya tak boleh kontrol mata saya lagi. Saya terus mencuba geleng-gelengkan kepala untuk kembali normal. Selepas beberapa ketika akhir saya boleh bukakan mata. Alhamudulillah, hidup lagi saya.

"bangun ni, bangun, minum air sikit". Saya terus bangun dari berbaring dan duduk di birai katil. Saya capai botol air mineral yang memang selalu saya letakkan ditepi katil. Badan saya menggigil dan berpeluh-peluh. Saya rasa takut sangat, kejadian tadi begitu menakutkan. Masa saya tengok jam lebih kurang pukul 1 lebih.

Saya nak bilik air untuk mengambil wuduk. Saya takut benda tu datang lagi. Tapi saya rasa takut dan seram. Pelik. Saya lawan perasaan tu. Lepas berwuduk saya baca surah yassin. Baru saya tidur. Alhamdulillah tidak ada lagi gangguan.

Saya masih ingat, malam tu selepas balik dari kelas Bahasa Arab di Masjid Negeri kami ke kedai 7 Eleven, beli barang sikit. Dalam perjalanan balik hasben saya sengaja melalui jalan berhampiran Kuil Seksyen 19. Kuil yang menjadi kontroversi baru-baru ni. Tiba berdekatan dengan Kuil tu, kami nampak kawasan Kuil terang benderang. Saya boleh nampak ada seseorang berpakaian serba kuning (tok sami kot) duduk bersandar pada satu tiang di dalam Kuil tu.

"Eh, makin aktif Kuil ni, baik-baik jugak orang sini, kalau jatuh tempat lain mungkin dah terjadi apa-apa pada kuil ni", kata suami saya. Kuil ni terletak di ditengah-tengah masyarakat melayu.

"Eh, jangan cakap macam tu", balas saya. Saya teringat orang kata Kuil hindu ni keras. Maklumlah mereka puja dewa dewi. Dewa dewi tu sapakan.

Tiba dirumah dah hampir 11.00 malam. Selepas selesaikan satu dua urusan, saya terus tidur. Masa tu jam dah hampir 12.30 malam. Ketika hendak terlelap, saya terdengar bunyi grill pintu beranda rumah saya dilanggar sesuatu. Saya terfikir ada orang nak cuba masuk ker. Lepas tu saya terdengar bunyi angin bertiup diikuti dengan bunyi muzik yang orang india tiup untuk main ular tedung.

Tiba-tiba jer saya tak boleh bergerak. Saya pasti saya tidak bermimpi. Saya masih nampak bilik saya yang masih terang benderang sebab saya tak tutup lampu. Saya rasa sesak nafas dan tak boleh buka mata. Saya cuba baca ayat Kursi tapi terlupa. Jalan terakhir saya pekik panggil hasben saya. Saya tak pasti suara saya keluar atau tidak. Masa tulah saya dengar hasben saya memanggil-manggil nama saya dan membaca ayat-ayat alquran. Suami saya kata, dia terdengar suara saya tapi tak jelas dan saya mengeleng-gelengkan kepala sambil mata pejam celik, pejam celik.

Mungkinkah saya diganggu. Entahlah, pada hal sebelum tidur saya dah baca ayat-ayat alquran dan apa yang sepatutnya.

Isnin, 8 Februari 2010

Goreng Daging Rusa Gulai Ayam Kampong


Daging Rusa Goreng Bercili


Hari Sabtu baru-baru ni saya masak daging rusa berlada. Daging rusa ni adik ipar yang bawa balik dari Sabah. Dia memang kerja di sana. Setiap kali dia balik dapatlah kami merasa daging rusa liar ni. Pada saya rasanya tak jauh bezanya dengan daging lembu.


Gulai Lemak Cili Api Ayam Kampong


Kebetualn hari Sabtu tu saya ke Pasir Tani Seksyen 17 lagi. Seronoknya tengok sayur-sayuran yang dijual segar dan hijau (mana yang warna hijaulah). Saya selalu geram tengok sayur-sayur di Pasar Tani. Tapi nak beli macam-macam jenis tak termakan pulak.

Saya ke pasar tani tu kerana nak cari ayam kampong. Dah beberapa hari teringin nak makan gulai ayam kampong masak lemak cili api. Tercapailah hajat saya, kebetulan ada dijual. Harganya RM13 sekilogram. Jadi tengahari tu, masaklah gulai lemak cili api ayam kampong.


Ulam Pucuk Tenggek Burung


Ulam tenggek burung ni juga saya beli di pasar tani. Sayangnya saya tak tumbuk sambal belacan sebagai lawannya sebab Cik Abang saya tu tak boleh makan belacan. Kalau saya tumbuk sambal belacan dia mesti makan, jadi demi kesihatan dia makanlah kami ulam tanpa sambal belacan. Tenggek burung ni kalau cicah dengan budu pun sedap. Tapi budu pun bisa jugak untuk pengidap gout. He he apa nak buat.


Menu Makan Tengahari


Memandangkan hari Sabtu dan Ahad selalunya anak-anak ada dirumah saya akan masaklah mana yang larat. Hari-hari lain tu tinggal berdua, makan atau beli lauk di kedai ajer. Tapi yerlah masak sendiri ni, lauk goreng ikan dengan sayur pun dah cukup berselera.

Jumaat, 5 Februari 2010

Ikan Bakar Di Belakang Istana Negara




ikan-ikan sedang dibakar


Dulu masa masih bekerja di UM saya dan kawan-kawan sering ke sini waktu makan tengahari untuk menikmati ikan bakar. Tempatnya ialah di belakang Istana Negara iaitu berhampiran dengan pintu masuk belakang istana berkenaan. Jelasnya di Jalan Bukit Petaling. Ada beberapa kedai di sini yang menjual ikan bakar iaitu menu utamanya di samping lauk pauk yang lain sebagai sampingan.

Kebetulan semalam hasben saya ada urusan di KL. Saya ikut sekali. Selesai semua urusan dia, kami ke sini. Memandangkan kami tiba di sana lebih kurang jam 11.45 pagi jadi banyaklah tempat yang masih kosong disitu. Kalau datang waktu makan tengahari, penuh dan parking pun susah. Selalunya bila ke sini kami akan makan dikedai yang paling depan.



ikan-ikan yang dah siap dibakar





gaya sipembakar ikan




Kedai faveret


Di sini juga ada dijual sotong bakar, udang bakar dan kerang. Memandangkan hasben saya tak boleh makan 'sea food' sangat jadi semalam kami makan ikan bakar saja beserta dengan air asam boi.

Rabu, 3 Februari 2010

Bunga Wangi Anika Warna



Dulu-dulu saya selalu fikir memberi bunga pada orang sakit adalah kerana bunga adalah satu benda yang cantik dan boleh mengembirakan pesakit.

Kadangkala ada juga terfikir buat apa beri bunga membazir saja, bunga tak boleh di makan lebih baik berikan orang sakit buah-buahan. Kalau orang sakit tu tak boleh makan, anak-anak dan orang lain dalam keluarganya boleh makan.

Jalan terakhir saya akan beri keduanya sekali, bunga dan buah. Boleh makan dan juga boleh mengembirakan.

Pagi tadi di TV dalam program 'Anjakan Paradigma" Datuk Dr. Fadhilah Kamsiah telah membincangkan tentang pentingnya melawat orang sakit selain mengembirakan orang yang sakit kita juga dapat pahala.

Saya tertarik dengan saranan beliau supaya memberi bunga kepada pesakit. Katanya bunga ni banyak fungsinya. Katanya bawalah bunga yang mempunyai ciri-ciri




Warna-warna bunga yang beranika warna

Mempunyai bau-bauan yang wangi
>
Bunga yang cantik


Semua ini InsyaAllah merupakan terapi yang boleh menyihatkan dan mengembirakan pesakit. Allah Maha Kaya semua kejadian makhluknya ada kegunaannya.

Saya ada juga terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa jika kita tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma bunga-bunga wangi seperi bunga melur, mawar dan lain-lin bunga yang wangi kerana ia boleh membangkitkan mood kita. Itulah sebab agaknya ada kawan-kawan cadangkan kita sapu sikit minyak wangi kalau kita rasa 'down'. Rupanya ini rahsianya.

Disamping itu kecantikan bunga juga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik.

Jemput-jemput Bilis & Puding Caramel

Sarapan Pagi



Inilah rezeki sarapan pagi kami berdua pagi ni. Jemput-jemput ikan bilis dengan bawang.

Sesekali teringin nak makan menu nostalgia ni. Asyik makan nasi lemak, roti, mee goreng dan lain-lain jemu juga. Jadi pagi tadi gorenglah jemput-jemput ni. Petang-petang kalau teringin nak makan saya akan masak juga jemput2 ni. Ada kalanya saya masukkan isi ikan (yang dah direbus) ataupun udang. Lebih sedap kalau dimasukkan daun bawang dan daun sup. Wangi.

Kami pun tinggal berdua saja. Apa nak buat tangan dah terbiasa masak banyak, akhirnya untuk 2 orang pun sepinggan jugak. Bukan boleh habis tu.


Puding Caramel



Ini puding caremel pertama masakan Sakinah. Okeylah tu, cantik jugak nampaknya, rasa ta tau lagi.

Hari Jumaat lepas Sakinah beria-beria minta saya ajarkan dia buat puding caramel ni. Selalunya dia tolong-tolong saja bila saya membuatnya. Dia tak pernah buat sendiri.

Akhirnya dapatlah empat loyang kecil puding ni. Cucu saya Izati cukup suka dengan puding ni. berbaloi kalau membuatnya seronok tengok dia makan.

Rupanya sakinah buat banyak sebab dia ingat Salam balik minggu ni sebab puding ni faveret dia jugak. Sayangnya Salam tak balik rumah minggu.

Baguslah ada ingatan pada orang lain bila makan.

Selasa, 2 Februari 2010

Pinggan Mangkok

Dah 2 minggu Salam tak dapat balik rumah kerana dah dekat nak exam. Jadi kamilah ke Asrama dia di UIA Petaling Jaya dan bawa dia keluar makan tengahari. Kebetulan Sakinah pun ada sekali. Dan dah 2 minggu jugalah saya ke Amcorp Mall di PJ.

Hari Ahad baru-baru kami ke Amcorp Mall lagi. Tujuan asalnya untuk makan temgahari di salah sebuah Restoran di situ. Meriahnya Amcorp Mall ni pada hujung minggu. Dengar cerita di pagi Ahad ada pasar tani di kawasan letak keretanya. Tak tahulah betul ker tidak. Kawan-kawan yang beritahu.

Lepas makan kami saja jalan-jalan dan jengok-jengok kedai dan gerai-gerai yang ada di dalam Mall tersebut. Tersinggah kedai jual pinggan mangkok. Belek-punya belek macam serupa dengan koleksi saya di rumah. Harga murah saja. Akhirnya belilah mug ni.


Mug Di Amcorp Mall



Jug dan Cawan Di Nilai3


Saya perhatikan mug yang saya beli di Amcorp Mall ni sama bunganya dengan set terdahulu yang saya beli di salah sebuah kedai pinggan mangkok di Nilai 3. Sebenarnya yang saya beli tu tak boleh dikatakan set sebab saya pilih-pilih mana yang berkenan saja. Mug tersebut dibuat di China dan harganya jauh lebih murah dari set cawan dan satu dua pinggan yang saya beli di Nilai 3. Se yang dibeli di Nilai 3 ini dibuat di Jepun. Harga juga berlainan.

Masa terjumpa di salah satu kedai di Nilai 3 dulu, saya berkenan dengan bunga dan paten set bunga ros ni sebab set pinggan mangkuk ni macam bunga zaman dul-dulu. Saya berhajat juga nak kumpul pinggan mangkuk dulu-dulu seperti set bunga kangkong dan lain-lain tapi susah nak dapat sekarang. Kalau ada pun harganya dah mahal. Jadi terjumpa yang ni saya terus beli serba sikit.



Inilah set permulaan yang saya ada. Set di bawah ni pun salah satu set cawan yang lama yang ada saya simpan.





Inilah almari kecil tempat saya simpan koleksi tu. Dah penuh nampaknya tu, kena beli lain. He he projek 2010 tak tau bujet lulus ker tidak.