Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 30 Januari 2010

Ya Allah Restuilah



Aduss berpeluh-peluh badan. Sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk. Lagi disoal lagi rasa menggelabah dan menggigil. Tapi kami cuba juga menjawab sedaya upaya dan sebaik mungkin. Tak ada seorang pun antara kami yang mengalah mengatakan tak tahu.

Itulah perasaan kami tadi ketika ditemuduga lebih kurang 2 jam oleh Imam Besar Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam) untuk mengikuti kursus guru alquran. Dari lebih kurang 100 orang pelajar dari kelas Talaqi Al Quran Tinggi di Masjid Negeri tu hanya lebih kurang 18 orang pelajar yang dipanggil untuk temuduga. Saya salah seorang yang dipanggil untuk temuduga. Alhamdulillah, selepas 2 tahun bertungkus lumus.

Tapi ini baru temuduga, berjaya atau tidak belum tahu. Pihak Pentadbiran Masjid berkehendakan pelajar yang betul-betul cemerlang untuk mengikuti kursus ini. Maklumlah nak jadi guru al quran dan kami bukanlah dari golongan yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Kami datang dari pelbagai profesyen dan berbagai peringkat akademik. Jadi satu cabaran yang beratlah kiranya. Terutama nak menghafal surah-surah yang diwajibkan ke atas kami.

Semasa temuduga kami diminta membaca surah AlQamar sorang demi sorang. Surah nilah surah yang banyak huruf Ro'. Ada Ro' tebal dan nipis. Ramai antara kami yang kantoi bab ni. Lepas tu kami diminta memberikan hukum tajwid pada ayat-ayat yang kami baca tu secara spontan dari satu kalimah ke satu kalimah.

Masa tu rasa malu dah tak ada tapi menggigil dan gementar panik.

Kata imam besar tu lagi, kursus ni tough dan memerlukan semangat yang gental. Siapa rasa tak sanggup diminta menarik diri dari sekarang. Tapi saya rasa nak sahut cabaran ni. Saya akan cuba sebaik mungkin. Kebanyakan dari kami yang dipanggil termuduga tu juga adalah mengikuti kelas Bahasa Arab.

Semoga Allah terangkan hati kami untuk mencari ilmu ini dan semoga DIA meredhainya.

Jumaat, 29 Januari 2010

Kunjungan



Bila bercerita tentang temamu dalam islam, saya teringat semasa saya bekerja dulu. Di mana ada seorang kawan sepejabat saya setiap kali datang ofis pada hari Isnin dia nampak letih dan lesu. Macam orang tak cukup rehat. Usianya jauh lebih muda dari saya. Telah mendirikan rumahtangga lebih kurang 5 tahun. Mempunyai 2 orang cahaya mata. 1 lelaki, 1 perempuan. Rumahtangganya bahagia. Itu apa yang saya nampaklah memandangkan dia tak pernah merungut tentang rumahtangganya.

Satu hari saya nampak dia macam tertekan dan sedih, saya tanya dia "tak sihat ker"

"Kak berdosa ker kita kalau orang datang rumah kita, kita layan lebih kurang", soalan saya dijawab dengan soalan juga

"Dalam islam kita disuruh melayan tetamu sebaik mungkin. Itu amat dituntut, kenapa" Tanya saya balik.

Dia mengeluh. "Tapi kak tetamu saya ni saudara mara dan ipar duai saya sendiri"

"Kalau gitu lagilah kena jaga hati mereka tu, apa lagi saudara mara sebelah suami", jawab saya.

Dia nampak terdesak untuk bercerita. Mungkin masalah yang sudah tidak tertanggung.

Dia mula bercerita yang setiap minggu rumahnya akan didatangi tetamu. Tetamu-tetamunya itu adalah adik beradik dan saudara mara sebelah suaminya. Mereka akan datang bertamu tak kira waktu, terutama hari Sabtu, Ahad dan hari cuti apa-apa sajalah. Ini menjadikan dia begitu letih sebab terpaksa memasak dalam kuantiti yang banyak disamping melayan 2 anaknya yang boleh tahan lasak dan menjaga ibu mertuanya yang tidak berapa sihat yang tinggal dengan dia.

Suaminya memang seronok bila mereka ni datang ke rumah mereka. Kebetulan adik beradik dan saudara mara suami ramai tinggal di KL ni. Apa yang menyedihkannya ialah bila saja mendapat khabar adik beradiknya nak datang, semua program yang dirancang terlebih dahulu dengan keluarga akan dibatalkan oleh suaminya. Kiranya rumah dia menjadi tempat mereka lepak setiap hari tidak bekerja.

Dia juga tidak berpeluang bercuti dengan anak-anak dan suami bersendirian. Kemana saja mereka bercuti mesti suaminya akan mempelawa sekali kaum keluarganya ikut. Dan mereka dengan senang hati menerima pelawaan itu sehingga sarat kereta. Pendek kata dia langsung tidak ada privacy. Nampak sangat suaminya begitu mengutamakan keluarganya. Katanya dia dah tak tahan lagi.



Saya beritahu dia, saya bukanlah pandai sangat tentang hal-hal sebegini terutama bila melibatkan rumahtangga orang. Apa yang saya tahu sebagai orang islam apa lagi orang melayu amalan menghormati tetamu amat dituntut. Rasulullah saw sendiri pun ada bersabda yang bermaksud: *Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya.*

Ulama juga sepakat bahawa sifat menghormati dan memuliakan tetamu adalah sifat mulia yang disanjung oleh syariat Islam. Ini kerana memuliakan tetamu dengan memberi bantuan dan menjamu makan akan menghasilkan pahala besar di sisi Allah. Malah orang yang tidak menghormati tetamu samalah seperti tiada menghormati apa yang dianjurkan oleh Allah dan rasul-Nya.

Tapi sebagaimana kita tahu bertamu juga ada adatnya. Tetamu tidak digalakkan bertamu melebihi 3 hari melain tuan rumah yang meminta kita berbuat demikian. Dibimbangkan kehadiran tetamu itu akan menimbulkan rasa kurang senang pada diri orang yang dikunjungi. Bimbang ianya menjadi semacam beban kepada tuan rumah.

Itu saja yang dapat saya beritahu kawan saya tu. Saya nasihatkan dia berbincanglah elok-elok dengan suami tapi ingat jangan sampai bermasam muka. Selebihnya bersabarlah. Semenjak saya bersara saya tak pernah bertemu dia lagi, saya doakan semoga dia rumahtangga dia berbahagia. Dia seorang isteri yang baik cuma mungkin keadaan yang menjadikan dia begitu.

Khamis, 28 Januari 2010

Sebuah Nyanyian



Malam tadi ketika tiba di rumah Zulaikha, anak saya yang sulung, Eresya cucu saya yang kedua berusia 3 tahun lebih beria-ria berdiri tegak di depan saya dan tokbahnya sambil berkata

"Nekma tengok ni"



Dia mula menggoyang-goyangkan badannya sambil menyanyi

"Anak-anak nabi ada 7 orang

3 laki-laki (sambil menunjukkan 3 jari ditangan kanannya kepada saya)

4 perempuan (dengan gaya yang sama menunjukkan 4 jari ditangan kirinya)

Qasim
...lllah
....Is
Siti Fatimah
Siti Rothiah
Siti Zaina
dan Ummi Kalthum


Saya cuba amat-amati nama-nama yang disebutkan dalam lirik pelatnya. Dua tiga nama saja yang jelas.

"nekma tak faham" kata saya.

Dia terus menyanyi lagi supaya saya faham. Akhirnya saya angguk-anggukkan kepala konon-konon saya faham. Kesian pulak tengok dia dok menyanyi dari nada perlahan sehingga sekuat-kuatnya untuk saya faham.

Sejak dia mula masuk tadika ni dah 2 tiga lagu diperdengarkan kepada saya setiap kali saya ke rumah dia atau dia datang ke rumah saya.



Bila mendengar lagu anak-anak nabi ni kadang-kadang saya rasa malu. Saya sendiri tidak berapa arif nama anak-anak Rasulullah SAW melainkan yang selalu disebut-sebut seperti Siti Fatimah. Siti Fatimah selalu diingat kerana banyak kisah Siti Fatimah dengan Nabi kita SAW diceritakan.

Nabi Muhammad SAW mempunyai 7 orang anak. 6 orang anak baginda hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah iaitu 2 orang putera dan 4 orang puteri. Beliau mempunyai seorang lagi putera dengan isterinya yang bernama Mariah Qibtiah.

Putera Baginda dengan Siti Khadijah ialah:

Abdullah bin Muhammad, meninggal ketika masih kecil
Qasim bin Muhammad, juga meninggal ketika masih kecil

Manakala Ibrahim bin Muhammad ialah Putra Baginda dari perkahwinannya dengan Mariah Qibtiah. Ibrahim hanya hidup selama 18 bulan.

Ketika Ibrahim menghembuskan nafas yang terakhir Nabi menyaksikannya sambil menitiskan air mata. Beginda berkata “mata boleh menitiskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.

Ketiga-tiga anak lelaki Baginda meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Tujuan Allah SWT berbuat begini badalah kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah diatas muka bumi ini sesudah Nabi Isa. Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari kiamat.

Baginda mempunya 4 orang puteri hasil perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah iaitu

Zainab binti Muhammad

Putri sulung Rasulullah yang dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’.

Beliau memeluk agama Islam dan ikut berhijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sehingga dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah SAW meminta kepada Abul Ash supaya menceraikan Zainab. Lalu diceraikannya. Setelah Abul Ash masuk Islam, Rasulullah SAW. mengawinkan mereka kembali.


Ruqaiah binti Muhammad

Putri Rasulullah SAW. dari Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat yang berarti “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1)dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab.

Ruqaiah memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya berhijrah ke Abessina (Habasyah ). Kemudian mereka kembali dan menetap di Madinah seterusnya meninggal di kota itu.


Ummi Kultsum binti Muhammad

Putri Rasulullah dari Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang ertinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) ia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab.

Setelah kakaknya Ruqaiyah, isteri pertama Usman meninggal dunia, Ummi Kultsum dinikahi oleh Usman bin Affan. Dia ikut berhijrah ke Madinah.


Fatimah binti Muhammad

Putri bungsu Rasulullah SAW dari Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Beliau tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara.

Beliau telah menikah dengan Ali bin Abu Thalib. Dari perkawinan ini lahirlah Hasan, Husain, Ummi Kultsum dan Zainab. Siti Fatimah meninggal dunia 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah SAW.

Selasa, 26 Januari 2010

Takut Ke Mekah



"Aku takutlah nak buat umrah, nanti Allah jadikan sesuatu pada aku sebagai balasan pada dosa-dosa aku"

Alangkah ruginya bagi mereka yang befikiran begitu. Sedih tiap kali mendengar perkataan itu dari kawan-kawan. Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang serta Maha Pengampun (melainkan kita mesyirikkanNYA) kepada hamba-hambaNya seperti firmannya dalam Surah: Al-Imran, Ayat 135-136:

"Dan mereka yang bila berbuat kekejian atau zalim terhadap siri sendiri, langsung ingat kepada Allah lalu minta ampun dari dosa mereka, mengerti benar-benar bahawa tiada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak merahajalela dalam dosanya, sedang mereka mengetahui. Untuk mereka tersedia pengampunan Tuhan dan syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, kekal mereka didalamnya, sebaik-baik pahala bagi yang beramal."

Rasa takut timbul hasil dari banyaknya mendengar atau membaca macam-macam cerita yang tidak menyenangkan terjadi kepada jemaah semasa berada di Mekah sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji. Jadikanlah cerita-cerita itu sebagai iktibar.

Jadi laksanakanlah umrah atau haji kerana Allah Taala bila berkemampuan. Lapangkan dada dan ikhlaskan hati kita menuju ke tanah suci. Mohonlah keampunan dari Allah swt dan bertaubatlah sebagai persediaan sebelum berangkat. InsyaAllah kita akan dapat merasa betapa nikmatnya beribadat dan bersujud di depan Kaabah.

Isnin, 25 Januari 2010

Kasih Sepanjang Jalan

I Dropped A Tear In The Ocean, And
Whenever They Find It I'll Stop Loving You



Walau Siapa Yang Salah Sebagai Anak Ingatlah Budi Ibu


Anak, ingatlah emak - Tumi

KUCHING 23 Jan. - "Makcik tak pernah berkecil hati pasal anak perempuan makcik walaupun dia tidak mengaku saya emaknya. Dalam hati saya, baik atau buruk, dia tetap anak saya."

Itu kata Tumi Wongsoruju, 52, ibu yang tidak diakui oleh anak perempuan dan menantunya baru-baru ini.

Meskipun diperlakukan sebegitu, Tumi tidak pernah menutup pintu hati untuk menanti kepulangan anak perempuan tunggalnya yang berusia 33 tahun itu bersama menantu serta cucunya yang masih dalam kandungan ke Kuching.

Katanya, dia akan sabar menunggu kepulangan mereka pada bila-bila masa dan sentiasa berdoa agar anaknya itu berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Namun, Tumi memberitahu, apa yang menyedihkan ialah berapa lama lagi dia boleh melihat dunia ini memandangkan usianya yang semakin lanjut.

"Makcik berharap usia ini masih panjang serta sihat tubuh badan, maka dapatlah menunggu dia dan berharap terbuka hatinya untuk mengingati emaknya yang terlalu rindu kepadanya selama ini.

"Anak, ingatlah emak ini... Emak ini sudah tua, entah esok atau lusa siapa akan tahu berapa lama lagi usia emak ini, pulanglah anak," rayu Tumi dengan nada sebak ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya dekat sini hari ini.

Kisah malang Tumi disiarkan dalam Utusan Malaysia kelmarin yang sanggup berhutang untuk datang dari Kuching ke Semenanjung semata-mata untuk bertemu anak perempuannya yang terpisah sejak tiga tahun lalu.

Walaupun berjaya menjejaki alamat rumah anaknya dengan bantuan anggota polis, Tumi terpaksa pulang semula ke Kuching kelmarin dengan hampa, setelah anak perempuannya yang berusia 33 tahun dan menantunya tidak mengaku dia sebagai ibu.

Tumi memberitahu, dia sudah tidak berdaya dan tidak tahu apa lagi cara untuk memujuk anaknya supaya kembali ke pangkuannya.

Jumaat, 22 Januari 2010

Rahsia Pemakanan Genius Islam



Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Penemuan saintifik juga membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

MADU



Madu sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting.

Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

KISMIS



Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

Menghadap Kiblat
Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
Baca doa penerang hati
Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

SUSU



Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa."

CARA MINUM :

Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
Baca “Bismillah” dan doa.

TELUR



Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”.

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

HALIA



Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

LIMAU OREN



Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.

Menurut hadis Nabi s.a.w. Limau.

limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA



Untuk penerang hati.

Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

DAGING BURUNG MERPATI



Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK AYAM


Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

(Maaf saya tak tahu bahan ni)

DAGING AYAM




Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

DAGING BIRI-BIRI



Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

HATI



Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG



Beberapa jenis kekacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM



Untuk meningkatkan kecerdasan.

ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)



Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

(Maaf saya tak tahu bahan ni)

BUNGA KOBIS



Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

BUNGA CENGKEH




Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

LABU



Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal."

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)


Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

(Maaf saya tak tahu bahan ni)

MINYAK SAPI



Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR





Juga membantu meningkatkan akal dan memori



Semoga ianya memberikan kita manfaat.

Khamis, 21 Januari 2010

Shisss !!! Jangan Makan Kobis Bulat



Orang tua-tua selalu pesan supaya kita makan ulam-ulaman. Bagus kata mereka. Makan ulam bagus untuk kesihatan badan. Terutama kalau ulam-ulaman yang boleh dimakan mentah. Sayur-sayuran atau ulam-ulaman yang sering dimakan mentah termasuklah kobis.

Kobis kalau dijelur dan dicicah dengan kicap atau sambal belacan, wah bestnya. Berselera makan. Kobis juga salah salah sayur wajib di letak dalam burger selain timun. Mungkin sebab harganya murah dari daun salad dan tahan disimpan.

"Rumah saya mesti ada simpan kobis", kata adik ipar saya.

"Betul, balas saya sebab kobis ni sayur masa emergency",

Kenapa saya kata sayur masa emergency, sebab kalau tiba-tiba orang datang kerumah, kita goreng sayur kobis dah dapat satu hidangan. Begitu juga kalau tiba-tiba terasa nak goreng bihun di pagi hari sebagai sarapan pagi, paling tidak pun sayur kobis dah ada.



Tapi baru-baru ketika kami sedang makan disatu kenduri, salah seorang dari jiran saya berbisik sesama kami "kobis bulat ni tak elok kita orang perempuan makan", katanya sambil senyum-senyum penuh makna.

Wah apa lagi, kami semua terhenti makan, serentak bertanya "kenapa",

"Kobis ni sejuk tak elok, lagi pun boleh menyebabkan keputihan, nanti cik abang lari", balas jiran tu sambil terus senyum. Geli hati benar dia.

Itulah kisah kobis bulat ni rupanya.

Memanglah keputihan sangat ditakuti oleh semua wanita. Banyak kemudharatannya. Boleh menyebabkan kegatalan dan lain-lain penyakit yang berkaitan.

Memandangkan kobis adalah makanan yang dihalalkan Allah saya rasa cara terbaik ialah bersederhana dalam segala hal termasuk makan kobis. Semoga tubuh badan yg dikurnia oleh Allah sihat senantiasa dan kita tak perlu buang kobis dari menu makanan kita.

Rabu, 20 Januari 2010

Malu?? Sorok Bila Sakit



"Tak payah, tak payah datang, tak payah susah-susah, I tak apa-apa"

Kata Imah (bukan nama sebenar) sambil memusingkan mukanya mengadap dinding enggan melihat saya dan suami yang menziarahnya di hospital.

"Tak derlah menyusahkan, kitakan kawan, dengar awak sakit, kami datanglah ziarah"

Jawab saya ikhlas sambil meletakkan bakul buah-buahan di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Tapi kawan saya ni beria-ria tak nak memandangkan kami walaupun saya dah menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Sedihnya hati, kenapa begitu. Bukankah selama ini dia begitu peramah dan baik dengan kami sekeluarga?

Suami saya mencuit saya sambil memberi isyarat ajak saya keluar dari bilik tu. Saya hairan dan rasa ralat sebab kawan saya tu langsung tak memandang kami bila kami minta diri untuk pulang.

Semenjak peristiwa itu menjadikan saya rasa takut dan bimbang untuk menziarah kawan-kawan apabila mendengar mereka sakit sama ada di hospital atau di rumah. Ia mengajar saya bahawa tak semua orang suka diziarahi bila mereka sakit atas berbagai alasan yang mereka sendiri saja yang tahu. Maklumlah masa sakit, muka tak bermake-up, pakai unifom hospital. Jadi mereka tak mahu kita tengok rupa mereka yang tak secantik ketika mereka sihat.

Saya tak faham, kenapa mesti malu sedangkan kesakitan yang diturunkan Allah itu adalah hikmah pemberian Allah untuk menebus dosa-dosa kita dan semoga kita diberikan Allah pahala­nya.

Rasulullah SAW sendiri mengalakkan kita menziarah orang sakit sebagaimana bersabda Baginda:

“Kalau seseorang Muslim mengunjungi saudaranya sesama Muslim, (seolah-olah) ia berjalan di taman Jannah ( syurga), hingga ia duduk. Bila ia duduk, rahmat Allah akan menaungi dirinya. Di pagi harinya, akan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan dirinya, hingga petang hari. Di petang hari, akan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya, hingga pagi hari.”

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah I/244 dan Sahih Tarmizi I/286 dan dinyatakan Sahih juga oleh Ahmad Syakir.

Dengan kunjungan kawan-kawan dan sahabat handai kita tu mudah-mudahan turut mendoakan semoga kita segera sembuh. Islam sendiri pun ada adat-adat menziarah orang sakit disamping disuruh membaca doa-doa di mana antaranya:



Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.




Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.


(Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.)

Jadi rasanya ada untungnya bila kita sakit kita dikunjungi saudara mara, kawan-kawan dan sahabat handai. Semoga dengan kehadiran mereka ia akan membahagiakan kita di samping itu kita juga boleh merenung kembali tentang ibadat dan amalan-amalan sholeh yang pernah kita dilaku­kan. Ini juga boleh mendo­rong kita menguatkan husnuzzon (baik sangka) kepada Allah SWT. dengan mem­perbanyak zikir kepadaNYA.

Isnin, 18 Januari 2010

Rendang Ayam Pencen/Nasi Dagang


Ayam pencen masak rendang


Pernah tak makan ayam pencen. Di masak apa-apa cara jerlah. Sabtu minggu lepas saya ke Pasar Tani di Seksyen 17 Shah Alam. Kebetulan ternampak ada orang menjual ayam pencen yang dah di layur dan di lumur dengan garam kunyit. Teringin sangat, lalu saya beli, harga RM9.00 seekor. Di Shah Alam ni segala benda mahal sikit. Ada orang beritahu di tempat lain RM6.00 atau boleh dapat RM5.00 saja seekor

Ayam ni saya tak masak minggu lepas sebab tak semua anak-anak ada di rumah. Tapi saya rasa, ayam pencen ni tak boleh dimasak selalu, gas mahal. Memasaknya memakan masa paling cepat 3 jam. Bagi sayalah tu.

Macam-macam orang beritahu petua nak lembutkan ayam pencen ni. Antaranya perapkan dengan halia yang dah diblen, perapkan dengan nenas dan yang paling seronoknya, masakkan sekali ayam ni dengan tempurung kelapa. Saya dah cuba semua cara ini. Saya tak tahulah membantu atau tidak, tapi kesimpulannya saya masih masak berjam-jam.

Dulu saya tak pernah teringin nak beli ayam pencen ni sebab setahu saya dagingnya keras. Tapi berubah pendirian bila seorang kawan beri saya rasa masakannya. Kawan saya masak lemak cili api. Dia berasal dari Negeri Sembilan. Cara kawan saya lembutkan ayam tu ialah dia merebus ayam tu dengan air kelapa terlebih dahulu sehingga air kelapa tu kering, baru dia masukkan bahan-bahan gulai dan santan. Saya rasa sedap sungguh, sebab air kelapa tu manis. Semenjak tu saya suka ayam pencen ni, tapi saya berani buat rendang sahaja.



Pagi Ahad semalam kami bersarapan dengan menu di atas. Mee goreng, keropok lekor goreng, ketupat daun palas goreng, pelik kan dan rendang. Keropok lekor ni sepupu saya dari Terengganu yang bawa bila dia datang ke rumah hari Jumaat baru-baru ni. Cucu saya yang berusia 4 tahun tanya

"Nekma hari ni Hari Raya Ker kita makan ketupat dengan rendang".

Sambil peluk dia saya beritahu dia, saya kata

"kita orang terengganu makan ketupat tak nanti raya. Bila-bila masa saja. Begitu juga dengan nasi minyak, kita makan nasi minyak sebagai sarapan pagi atau hidangan hari raya. Tak payah tunggu orang kawin."

Ahad tu juga, lebih kurang jam 10 pagi saya terima call dari adik ipar dari Bukit Mertajam. Katanya dia dah ada di rumah kakaknya di Taman Manjalara, KL . Dia sekeluarga nak datang ke rumah. Fikiran saya mula ligat berfikir, apa nak hidang makan tengahari untuk mereka. Akhirnya saya masak nasi dagang memandangkan semua barang-barang keperluan untuk memasaknya dah ada. Saya tahu mereka suka makan nasi dagang.



Inilah nasi dagang saya. Rendang ayam pencen masih ada, jadi hidang sekali. Bila saya beritahu adik ipar saya yang rendang tu rendang ayam pencen, dia kata

"Eh sedapnya, ayam pencen pun ada guna, takkan kita manusia ni bila dah pencen, tak berguna lagi".

Dalam maksudny tu. Kami gelak jerlah. Mereka bergerak pulang ke Bukit Mertajam lebih kurang jam 2.30 petang.

Khamis, 14 Januari 2010

Perihal Kubur Berkata-kata



Pagi semalam saya dan suami menjejakkan kaki ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk menziarah kubur arwah anak saya. Dah agak sebulan lebih saya tidak ke sini semenjak saya kurang sihat ni. Alhamdulillah, pokok bunga melor yang saya tanam di atas pusaranya kembang berbunga dan mewangi. Begitu juga dengan pokok bunga pecah periok yang saya tanam berhampiran, merah berbunga.

Nampaknya Tanah Perkuburan ni naik namanya di akhbar-akhbar semenjak kes pembunuhan di Gemenceh. Hinggakan saya sendiri naik takut nak ke sana buat seketika. Nasib baik tempat kejadian itu di kawasan perkuburan yang agak lama iaitu berdekatan dengan pusara ibu saya.

Saya kata takut kerana sekarang rasa ragu tentang keselamatan di sana. Selalunya kami berdua berani ke sana walaupun tak ada orang lain ketika itu terutamanya jika ke sana bukan pada hari Jumaat atau cuti am. Saya rasa tenang dan damai setiap kali ke sana walaupun sekelilingnya berceracak pada nisan. Terasa kesejukan tiupan angin yang lembut dan menyejukkan jika ke sana di waktu pagi.

Bercerita hal kubur saya ingin berkongsi satu kisah. Mudah-mudahan kita dapat pengajaran dari cerita ini.



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.




Ini Sebahagian Dari Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam dimana Jenazah Ustaz Asri, Ketua Kumpulan Nasyib Rabbani juga disemadikan di sini.

Isnin, 11 Januari 2010

Akibat Nak Sihat



Dah tiga hari saya makan sejenis makanan tambahan (food supplement) yang kawan syorkan. Katanya bagus untuk menambah enzim yang dah hilang dalam badan. Katanya lagi bagus untuk orang yang berusia 35 ke atas.

Teruja, terus beli. Bukan nak muda tapi nak sehat. Begitulah kebiasaanya, orang sakit ni, pantang orang kata ubat tu baik ni baik. Terus beli. Harga boleh tahan mahal, lebih kurang RM220.00. Tak aperlah bisik hati, duit boleh cari, janji badan sihat.

Sedih sangat, tiga hari makan, tiga hari badan saya lemah terutama waktu bangun tidor. Bila nak bangun sholat subuh kepala pening bukan main, takut tumbang sholat subuh pun cepat-cepat. Terus sambong baring.

Tapi degilnya saya, hari pertama ambik dah siksa saya ambik lagi hari kedua, dengan anggapan krisis sebelum serasi dengan badan. Menjelang petang badan rasa okey sikit. Semalam hari ketiga saya ambik lagi ubat tu, apa lagi seharian saya tergolek pening. Malam tadi saya tak ambik lagi.

Ingatkan pagi tadi okeylah tak pening. Rupanya tak banyak berubat. Pagi ni lagi sekali saya tumbang, mata berpinar dan kali ini terus muntah. Bimbang sungguh hati saya takut penyakit vartigo saya datang balik. Saya terpaksa ambik ubat tahan sakit dan sapu minyak angin. Alhamdulillah, nampaknya okey sikit.

Nampaknya saya kena berhati-hati di masa akan datang. Mungkin pada orang lain okey tapi pada saya tak sesuai. Kalau pun krisis ubat saya tak sanggup lagi rasanya.

Ahad, 10 Januari 2010

Nasihat Rasul Kepada Fatimah



"Aduh tak larat dah rasanya nak buat kerja-kerja rumah ni"

Itulah yang saya rasakan apabila penat membuat kerja-kerja rumah yang tak pernah kenal habis. Mungkin saya rasa terlalu penat melakukannya atas faktor usia. Bila keletihan macam ni, hati selalu memesan pada diri, Allah akan berikan kita ganjaran atas apa yang kita lakukan dalam rumahtangga kita. Janji kita ikhlas.

Betapa jauhnya diri kita jika dibandingkan dengan Putri Rasulullah yang terpaksa mengerjakan seluruh tugas rumahtangga yang sangat berat ketika itu tanpa pembantu.

Bermula dari kerja menggiling bahan makanan dan membuat adunan roti sehingga rambutnya terkena percikan-percikan tepung atau terkadang terkena debu. Beliau jugalah yang memproses dan memasak adunan roti tersebut. Ini terjadi kerana suaminya tidak mampu mengupah pembantu untuk membantu Fatimah dalam menyelesaikan urusan rumahtangganya.

Suatu hari Fatimah datang menemui Rasulullah S.A.W, dan Fatimah, mengadukan perihal dirinya yang penat dengan memerlihatkan jemarinya yang luka-luka.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah dan Ali

"Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali.” [Ditakhrij Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Kalimah-kalimah ini menjadi bekalan Ali dan Fatimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga akhir hayat mereka.

Saya pernah mendengar satu ceramah katanya kita ibu-ibu patut mengamalkan apa yang diajar oleh Rasulullah kepada Putrinya itu sebelum kita tidur. InsyaAllah pada paginya kita bila bangun dari tidur kita akan merasa bertenaga.

Rabu, 6 Januari 2010

Insan-insan Yang Membahgiakan Saya

Di dalam meniti sisa-sisa usia hati begitu bersyukur dan terhibur dengan kehadiran insan-insan kecil ini. Mereka membesar didepan mata.


Inilah kakak dah siap untuk ke sekolah.


Tadi saya ke rumah Ju di Puncak Alam. Saya nak tengok Izati yang dah masuk tahun satu ke sekolah. Dah 3 harilah dia mula bersekolah. Dengar cerita dari emaknya, dia ok tak menangis.


Adik pun tumpang seronok hantar kakak ke sekolah.


Semasa kakak di sekolah Eresya tinggal sendiri di Taska. Merengek juga nak duduk dengan saya tak nak ke taska, tapi saya tak larat nak jaga dia. Maklumlah lutut ni tak berapa sembuh betul.

Bulan Disember baru-baru ni sebulan saya menjaga mereka berdua ketika Ju dan suaminya bekerja. Masa tu Eresya kurang sihat tak sampai hati nak hantar ke Taska dan Izati pulak dah bercuti dari Tadika. Terhibur juga hati bila mereka di rumah. Tidaklah saya sunyi sangat. Kesian juga bila tengok mereka merengek-rengek nak tinggal dengan saya. Apa nak buat saya pun ada tugas lain yang perlu saya buat untuk bekalan diri saya sendiri.




Khaisah dah 8 bulan sekarang.


Kaisah pun ikut ke rumah mak longnya di Puncak Alam. Nak hantar kak Izati ke sekolah yer.

Semoga mereka menjadi insan yang solehah.

Jering Rebus



Jering Rebus Cicah Kelapa Parut


Saya balik ke Dungun pada 1 Januari baru-baru ni. Sayangnya balik kali ni saya tak ke mana-mana kerana badan tak sihat sangat. Sepanjang berada di sana, saya hanya duduk dan tidor. Tambahan pulak tiap-tiap hari hujan.

Pada hari nak balik ke sini iaitu pada hari Selasa pagi, barulah saya ke pasar di Kuala Dungun. Ke sana pun sebab nak beli keropok keping. Di rumah saya keropok tak boleh tak ada sebab kalau masak mee goreng ker, mee hoon goreng ker, waima nasi goreng mesti ada keropok goreng. Dah kebiasaan orang Terengganu macam tu.

Semasa di pasar saya singgah juga untuk beli ketupat daun palas. Ketupat ni kegemaran anak-anak, mereka makan dengan serunding ayam atau daging. Tak tunggu raya pun. Semasa dok membeli ketupat saya ternampak satu benda berbungkus. Saya tanya kuih aper ni, penjual tu kata "jering rebus".

Dengar saja "jering rebus", saya terus beli dua bungkus. Satu bungkus RM2.00. Ini memang faveret saya, tapi susah nak dapat sekarang ni. Jarang-jarang boleh jumpa orang jual jering rebus di pasar. Di Pasar Payang Kuala Terengganu mungkin selalu ada orang jual. Di Pasar Payang tu segala kuih tradisi terengganu ada dijual.

Jering yang dah direbus ni bukan saja boleh dimakan dengan kelapa parut tetapi boleh juga dibuat kuih. Antaranya kuih putri mandi. Masa kecik-kecik dulu pernah tengok mak saya membuatnya. Jering rebus tu ditumbuk hingga leper, lepas tu dimasukkan ke dalam inti kelapa. Sama macam kita buat kuih puteri mandi dari tepung pulut.

Jering rebus ni ialah hasil dari jering tua yang direbus berjam-jam. Jering tu direbus dalam air yang dicampur dengan berbagai daun-daun termasuk kulit pokok jering itu sendiri. Ini adalah untuk membuang racun jering ni. Menurut kata orang yang tahu kalau tak kena cara merebus jering ni, orang yang memakannya boleh terkena "kapit jering". Kapit jering ni ialah rasa sakit ketika nak buat air kecil dan air kecil tidak boleh keluar, macam tersekat, ada juga orang kata kena "dedas". Yang saya tahu dulu-dulu orang akan cari bomoh atau dukun untuk dapatkan penawar. Sekarang tak taulah pulak.



Orang-orang yang tahu caranya saja akan merebus jering tua ni


Mungkin zaman dulu zaman susah untuk mendapat makanan menjadikan mereka begitu kreatif untuk mencipta berbagai jenis makanan dari segala bahan yang boleh dimakan.

Jumaat, 1 Januari 2010

Sudah Tahun 2010



Malam tadi saya di Pusat fisioterapi di Salam Medical Center. Macam biasalah buat terapi lutut. Semasa di sana ramai yang mengucapkan Selamat Tahun Baru. Ada yang kata tahun baru orang putih. Tak aperlah dah memang kelendar ini yang digunakanpakai.

Sekarang dah pukul 12.12 pagi, 1 Januari 2010. Di luar rumah masih kedengaran dentuman bunga api sempena menyambut tahun baru. Tak pasti tembakan bunga api tu dari mana. Mungkin dari Dataran Shah Alam.

Saya juga ingin mengucapkan selamat tahun baru pada kawan-kawan semua. Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. Semoga di tahun baru ini dimudahkan segala urusan kita. Seperti juga doa pada tahun baru hijrah semoga kita semua dikurniakan iman yang kukuh, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Kalau ikut ramalan sekejap lagi lebih kurang pukul 1 lebih dijangka berlaku gerhana bulan. Saya nak baca dalam akhbar saja esok