Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 24 Disember 2010

Tahniah Calon PMR 2010



Saya tumpang gembira bila mendapat tahu 30,863 calon PMR mendapat A dalam semua subjek. Wah tahniah!, tahniah pada semua mereka ni.

Nak ucap tahniah juga pada guru-guru yang telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu yang ada untuk melihat anak bangsa berjaya.

Tahniah juga kepada ibubapa di atas pengorbanan dari segala segi, duit ringgit, tenaga dan yang paling penting 'doa' supaya anak berjaya. Berbaloilah nampaknya semua usaha dan doa selama ini.

Kepada anak-anak yang tidak mendapat semua A pun tidak bermakna mereka kurang bijak cuma kadang-kadang masa dan keadaan juga memainkan peranannya. Apa pun semoga terus berusaha dan berjaya dalam SPM pulak.

AWARD DARI SIS TINIE




Award yang cantik di atas tu adalah pemberian Sis Tinie dari Blog Cetusan Minda. Terima kasih Sis Tinie sudi memberikan award yang cantik ni kepada saya.

Sambil tu nak ucapkan tahniah juga kepada Sis Tinie kerana dah ada 200 orang rakan blogger yang mengikuti blog Sis tinie. Blog yang cantik dan banyak petua-petua serta maklumat-maklumat yang berguna sentiasa tertera di blog Cetusan Minda. Begitu juga gambar-gambar yang dimasukkan di blog tersebut juga cantik-cantik belaka. Semoga terus berjaya dan semoga ukhwah antara kita semua berkekalan selama-lamanya.

27 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..saya bangga melihat remaja Malaysia sekarang makin ramai yang cerdik..tahniah utk mereka

Werdah berkata...

Assalamualaikum Ani.

Tumpang seronok bila ada yang berjaya.. namun bagi yang kurang berjaya ini bukanlah satu penamat kepada usaha seterusnya..

Abd Razak berkata...

assalamualaikum kak ani...

moga kak ani sihat hendaknya..

tahniah buat mereka yang berjaya dan saya tumpang gembira

kakpah berkata...

salam ani,
tahniah pada yang cemerlang. yang kurang cemerlang tapi sudah berusaha bersungguh2 tahniah juga.
perjalanan masih panjang. Pmr belum lagi menjadi penentu..

Miecyber berkata...

Tahniah kepada yang berjaya...

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Alhamdulillah, semoga kejayaan mereka di dunia diringi jua dengan kejayaan di akhirat.

Alhamdulillah, Tganu juga merupakan negeri cemerlang PMR pada tahun ini. Semoga kejayaan ini dapat membuka mata mereka yang mempertikaikan kejayaan UPSR semata-mata sebelum ini.

Bagi yang gagal/kurang berjaya, jangan putus asa, teruskan berusaha. Usaha yang gigih pasti membuahkan kejayaan di dunia, jua di akhirat. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Kak hanim yang dah tak ada anak yang menduduki peperiksaan sekolah ni tumpang suka dengan kejayaan anak-anak 'kita' ni.

Semoga mereka menjadi generasi yang cerdik pandai di masa akan datang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akan sihat. Saya Alhamdulillah, gagahkan jugalah kaki ni melangkah mudah-mudahan ia akan membantu.

Tulah Kak Werdah, seronok tengok 'anak-anak' sekarang rajin berusaha dan ibubapa pun banyak memberi mereka galakan. Masa saya dulu, (tak taulah orang lainkan) saya belajar sendiri sahaja, tak ada tuisyen yang membantu, maklumlah kampung.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Kak hanim Alhamdulilah dikurniakan Allah kesihat yang baik semoga Abd Razak juga begitu.

Itulah doa kita, semoga 'anak-anak' kita ini terus berjaya di masa akan datang. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Kak Pah,

Semoga pada yang kurang sikit 'A'nya tu berusaha lebih gigih untuk SPM dan berjaya dengan cemerlang.

Itulah juga harapan kita semoga dalam mengejar kejayaan akademik semoga agama jangan dilupakan.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Yerlah, tahniah dari kita semua untuk mereka yang menduduki peperiksaan PMR ni dan terus berjaya di dalam SPM dua tahun lagi,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Tahniah pada negeri Terengganu. Semoga terus berjaya hendaknya setanding dengan negeri-negeri lain.

Pn Kartini berkata...

Salam my lovely sis..:)

aduhaii..sis...
tinggi pujian dari akak tuuu...
terasa segan pun ada.....
Pe2 thanks yaa sis..sudi terima award dari tini..:)
Moga ukhwah berpanjangan:):):)Take care yaa sis:)

Insan Marhaen berkata...

mudah sangat dengar student dapat 10A yer.. tak macam zaman IM dulu. 3A pun dah hebat..

luahfikiran berkata...

SALAM,
TAHNIAH KEPADA SEMUA. BANGGA DENGAN KEJAYAAN ANAK2, BANGGA DENGAN KEGIGIHAN GURU, BANGGA DENGAN USAHA DAN SOKONGAN IBU BAPA. YANG TAK BERJAYA, JANGAN PULA KECEWA DAN PUTUS ASA. TERUSKAN USAHA

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga berada dalam kesejahteraan.

Kenyataan yang ikhlas pada yang benar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Zaman dah berubah, sekarang banyak kemudahan yang membantu pelajar-pelajar ni disamping kesedaran ibubapa yang sentiasa mengambilberat dan memberi galakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam,

Alhamdulillah 'anak' kita sekarang pun dah banyak yang sedar betapa perlunya mereka berusaha mencapai yang terbaik.

Miecyber berkata...

Ada award untuk Kak Nim
Award

Miecyber berkata...

Kak Nim jangan lupa singgah blog saya yer...D


Bila saya blogjogging $$$$$$.....

Miecyber berkata...

Rodong cuti lagi yak....

Bila saya blogjogging $$$$$$.....

Miecyber berkata...

Selamat tawun bawu.....

Happy New Year 2011

Insan Marhaen berkata...

dah masukkan url anda ke bloglist 2011 IM. terus berkarya, ya..

si para para berkata...

tahniah pada yang telah berjaya.. yang tak berjaya tak lupa..teruskan usaha.. sama sama berusaha... tu baru langkah pertama...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Selamat Tahun Baru juga pada Mie.

Kunang-Kunang berkata...

Salam para-para,

Banyak jalan untuk berjaya semoga mereka jangan berputus asa.