Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1423



Assalamualaikum pada semua rakan blogger yang sudi singgah di sini. Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga Allah melimpah rahmatnya kepada kita semua tahun ini sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Maaf andai ada yang tersinggung hati rakan-rakan ketika kita sama-sama memeriahkan blog-blog kita.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dapat saya berblog hari ini setelah agak lama tidak kembali kesini. Banyak berlaku perkara-perkara yang telah tidak memberi ruang kepada saya untuk berblog. Maaf saya pohon pada rakan-rakan blogger kerana sudah lama tidak menziarahi rumah rakan-rakan semua.

Masa berlari begitu pantas. Kini kita berada di hari pertama bulan Muharram 1432H. Bulan Muharam sebagaimana kita tahu merupakan permulaan bagi Kalendar Hijriah. Alhamdulillah syukur di atas pemberian Allah Subhanahuwataala kerana mengizinkan kita bernafas lagi di bulan yang mulia ini.

Nampaknya bertambahlah setahun lagi usia kita. Semakin dekatlah masa kita akan dijemput menemuiNYA. Syukur, Allah masih memberi kita ruang dan kesempatan untuk kita bertaubat, memperbaiki kesalahan yang kita perbuat dan menambah amal sholeh kita sebagai bekal menghadapNYA.

Sedangkan ada antara mereka yang kita kenali dan kasihi sudah tidak ada lagi di bersama kita menyambut Maal Hijrah tahun. Walaupun begitu diingatan masih terpahat wajah sahabat handai, saudara mara yang dekat dan jauh yang telah hidup bersama kami pada tahun-tahun yang lalu. Terbayang diruang mata gurau senda, senyum tangis ketika bersama mereka. Masih terdengar nasihat dan pujukan yang pernah menenangkan hati ketika sedang berduka dan ketika musibah menimpa. Mereka sudah dijemput menghadap Pencipta kita, Allah Suhanahu wa ta’ala. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka ini.

Petang semalam, Alhamdulillah saya diberikan ruang dan kesempatan oleh Allah untuk bersama umat islam yang lain mengaminkan doa akhir tahun dan awal tahun yang dibuat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau yang lebih dikenali sabagai Masjid Negeri.

Selepas sholat asar telah diadakan Forum Perdana yang ahli panelnya terdiri dari orang-orang yang dikenali dalam masyarakat kita. Diforum tersebut ahli panel telah mengingatkan semula tentang peristiwa-peristiwa penting bagi umat Islam terutamanya sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. dari kota Makkah al-Mukarramah ke kota Madinah al-Munawwarah yang akhirnya telah membawa kepada kecemerlangan umat Islam.

Antaranya peristiwa-peristiwa penting yang terjadi dalam bulan Muharam:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.


Selepas sholat isyak dilancarkan program 'Maal Hijrah 1432' peringkat negeri Selangor yang dirasmikan oleh Adinda Sultan Selangor. Acara ini sebenar tidak ada dalam pengetahuan saya. Dan acara kemuncak ialah penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor yang dianugerahkan kepada Yang Mulia Dato' Dr. Harun Din.

Selamat menjalankan ibadat dalam bulan yang mulia ini seperti Sabda Rasulullah SAW;

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa. Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka Allah anugerahkan pahala 10000 ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10000 syuhada (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10000 pahala Haji dan Umrah. Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka Allah melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut. Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram".

Rasulullah saw juga ada bersabda maksudnya “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

14 ulasan:

Insan Marhaen berkata...

sepatutnya sejarah islam juga dijadikan mata pelajaran wajib lulus, tak gitu?

Kunang-Kunang berkata...

Begitulah nampaknya. Anak-anak kita lebih tahun cerita-cerita orang lain dari cerita tokoh-tokoh islam.

Kementerian kena ambikkira ni.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

Selamat tahun baru buat Kak Ani juga, semoga tahun ini lebih baik dari semalam buat kita semua...Ameen.

iBu...gUru berkata...

salam maal hijrah kak ani......

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..apa khabar,kakyam harap nim berada dalam kesihatan n selamat maal hijrah nim..satu info yg baik untuk semua..kakyam terasa sedih pula entah kenapa..mengenangkan umur dah bertambah n bererti kubur sedang menggamit datang..sudah cukupkah amal yg akan dibawa pergi..insyaallah sama2lah kita beribadat seolah2 esok kita akan mati..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Moga kak sentiasa sihat hendaknya..

Selamat menyambut awal muharam..

Werdah berkata...

Salam Ani.

Salam Maal Hijrah.

Semoga Ani sihat dan diredhai Allah.

Begitulah Ani, masa berlalu begitu pantas, tahun berganti begitu cepat.

Semoga kita dapat menambahkan amal baik dengan pertolongan Allah juga..

aby berkata...

salamm k hanim,
selamat menyambut thn hijrah ..
wak pun same, alhamdullillah dpt juge mengaminkan doa awal tahun.

psl tokoh maal hijrah dapat kt ust harun din, memang satu pilhan yg tepat. satu mase dulu, sebagai penyunjung tetap kuliah nye di D syf,
memang aby cukup kenal sifat kemurahan nye dan sumbangan terhadap mengislamkan saudara2 baru ...
semoga same2 kite dapat meningkatkan kefahaman ilmu pd thn baru ni

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikummussalam Ros,

Sama-samalah kita memeriahkan bulan Muharam yang mulia ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibu Guru,

Terima kasih Ibu Guru sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Semoga kita dipanjangkan umat beserta keberkatan darinya yer Kak Yam.

Semoga Kak Yam sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Semoga kita semua di dalam keberkatanNYA dan dikurniakan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki seperti tahun-tahun yang lalu

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Alhamdulillah saya berada dalam keadaan yang sihat. Sakit-sakit biasa tu bertahan jugaklah.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk memudahkan lagi kita beribadat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Semoga tahun baru ini Allah menambahkan lagi keberkatan dalam hidup kita.

Sama-samalah kita mengejar ilmu yang kita ketinggalan selama ini. Semoga Wak sekeluarga bahagia selalu.