Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 9 Disember 2010

Salah Ker Aku


'monk' hisap rokok, sumber google


Hari Ahad minggu lepas, sedang saya makan tengahari bersama hasben disalah sebuah restoran di Kompleks PKNS, saya didatangi oleh seorang Tok Sami (monk) meminta saya memberi sedikit sumbangan. Itu fahaman saya melalui 'body language'nya yang menadah mangkok tu, sedangkan bahasa yang diucap sepatah haram pun saya tak faham.

Saya tak beri pun 'derma' pada dia. Sebab saya tengok satunya dia bukan orang melayu/islam, dia pulak 'monk' melalui pakaiannya. Dia pun pakai pakaian bersih dan elok dan yang paling mustahak saya tak tahu sama ada dia meminta untuk mengisi perutnya atau mengisi tabung 'agamanya'. Jadi daripada hati berkata-kata saya buat keputusan tidak mahu 'beri' sesen pun.

Bukan saya kedekut. Saya pernah beri 'derma' kepada orang yang berpakaian begini bila dia beritahu saya dia lapar. Jadi saya beri kepada 'orang ni' atas dasar kemanusiaan kerana dia lapar, bukan untuk 'tabungnya'.

Ada juga saya terbaca tak lama dulu dalam sebuah akhbar, tapi dah lupa nama surat khabar tu, Persatuan 'monk' Malaysia ada menyebut yang ramai ahli mereka ni mengambil kesempatan untuk meminta 'derma'. Jadi betullah apa yang saya buat.

Yang nak saya ceritakan ialah, selepas melihat saya tidak respon pada si'monk' ni, orang disebelah saya, mungkin sekeluarga, emak bertudung labuh, ayah berkupiah, telah berbisik sesama mereka, yang dapat saya dengar dengan jelas, satu persatu perkataan yang dipertuturkan. Si ibu berbisik kepada anak lelakinya yang paling besar (dalam usia awal 20'an)

"beri, beri, sediakan duit, beri pada orang tu",

Dan saya nampak si anak cepat-cepat sediakan duit beberapa ringgit di atas meja menunggu si'monk' yang masih berada dekat meja saya tu datang ke meja mereka.

Mungkin si'monk' tu nampak reaksi mereka. Dia terus beredar ke meja berkenaan. Tiba jer di meja tu, si anak terus memberi duit yang telah disediakan.

Perbuatan ini menjadikan saya keliru. Tidak wajarkah tindakan saya tidak memberi apa-apa kepada si'monk' tu. Saya tidak mahu memberi kerana tidak mahu bersubahat dengan penggunaan duit yang saya 'dermakan' itu. Saya merasa tidak wajar 'menderma' pada si'monk' ni. Saya tak kedekut atau terkilan kalau 'derma' tu jatuh pada orang 'muslim'. 'Muslim' tu jujur atau tidak dengan alasan yang diberi, biar Allah yang menentukan.

23 ulasan:

a kl citizen berkata...

saya setuju ngan kak ani... kalau dia lapar, belikan makanan je...

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..kakyam sangat setuju dgn Nim dgn tak menderma kepada monk tu..banyak lagi tempat yg baik untuk kita menderma..yg penting utamakan dulu persatuan orang2 islam..lagipun mereka ni bukan islam n pertubuhan mereka kaya2..bukan nak racist tapi berapa keratkah non muslim yg menderma kepada orang2 islam..janganlah nak tunjuk warak kita pada tak bertempat..

Kamsiah berkata...

jgn salahkan diri atau rasa bersalah dgn tindakan kunang2 tu..kalau kita memberi disebabkan rasa 'malu' pd org lain yg turut memberi..ianya tak bermakna jugak,kan..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Niatlah kerana Allah..semoga Allah memberi hidayah kepada mereka untuk tertarik dengan agama Islam.

Cuma kena berhati-hati dan cuba elakkan dari menderma kepada orang bukan Islam yang memusuhi
dan memerangi Islam.

Derma atau hadiah menjadi haram hukumnya, jika diketahui mereka itu akan menggunakan hadiah itu untuk kemaksiatan. (Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adilatuhu, 3/390).

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam cikgu normah,

Itulah beratnya rasa hati nak memberi.

Bukan tak kesian tapi tak tahu tujuan sebenar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Saya tak faham sekarang ni orang agama lain boleh meminta dengan orang agama lain. Dulu rasanya tak begitu.

Kalau nak makan kita boleh beri. Ini kita tak tahu tujuannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Memang betul, tak usahlah menderma kerana 'orang'

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Semoga Abd Razak berada dalam kesihatan yang baik di tahun baru ini.

Saya pernah terbaca blog dia orang ni. Di dalam masyarakat mereka, orang ramai memang 'menderma' untuk memberi orang-orang kuil ni makan. Dan orang-orang yang 'menderma' tu sendiri tidaklah termasuk dalam golongan yang mampu menderma. Apa yang jelasnya mereka sendiri perlu menerima 'derma'. Jadi biar orang sesama agamanyalah menyara mereka.

Tapi kita orang islam pun hendak menderma tak perlu tunggu kayakan. He he.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Semoga sihat dan diredhai Allah.

Kak baru selesai membaca buku ajaibnya sedekah.. persepsi yang ditulis pengarang menyedarkan betapa selama ini kak banyak tersilap dengan cara atau teknik bersedekah.. kak dah tulis sebahagiannya tapi masih dalam peringkat draft.. tak tahu bila boleh postkan..

Jika ikut pengarang ni, sama ada kita nak beri atau tak, bergantung kepada apa yang kita rasa masa kita nak beri tu, kalau kita rasa tak perlu maka jangan beri.. kita ada banyak lagi cara nak bersedekah dan teknik yang betul tapi yang penting bila kita beri kita beri kerana Allah.

Jadi apa yang ani buat tu pada kak betul sebab jika bagipun tak dapat apa-apa. Allahua'lam.

Werdah berkata...

Sambung... malah mungkin berdosa sebagaimana yang dikatakan oleh sdr Abd Razak.

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
sy penah ajukan soalan ni kpd ust sy...

dia jawab seperti ust abd razak tu jugak...

masa nak bagi tu niatkan dalam hati kita, kita ni nak berniat baik...

jika kita dapat tahu mereka ni menggunakan duit tu untuk kemaksiatan, janganlah kita bagi lagi...

stahu sy, mereka ni mesti ada surat kebenaran dari pihak berkenaan untuk mengutip sebarang derma...
dorang tak bole sesuke je kutip derma laa...

sahromnasrudin berkata...

as salam ziarah kak..setuju dengan cara akak nie..teruskan ya

si para para berkata...

err orang kata kalau was-was baik tinggalkan...boleh pakai ke utk keadaan macam tu...

Kunang-Kunang berkata...

Salam Kak Werdah

Saya sebenarnya seorang yang lekas kesihan pada orang. Tapi bila saya memberi saya tengok juga keadaan orang berkenaan.

Mungkin kalau 'non muslim' datang kepada saya tanpa uniform 'seseorang' yang terlibat dalam agama lain, saya tak kisah memberi kalau mereka susah.

Saya teringat cerita Sallehuddin Al Ayubi, dia sanggup memberi ubat dan makanan kepada askar2 'Richard the lion' bila mereka ini kesejukan dan dalam keadaan kesihatan yang teruk walaupun dia tahu mereka ini akan menyerang orang islam. Bantuan ini atas dasar peri kemanusia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

begitulah kita, kalau yang memerlukan atas dasar peri kemanusiaan mungkin saya tak berkira sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Semoga White Rose sekeluarga berada dalam keadaan sejahtera di tahun baru ini.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Si Para-para,

Yer betul tu bila was-was timbul dihati baik jangan lakukannya.

kakpah berkata...

salam. kakpah akan buat sama macam ani buat...

Insan Marhaen berkata...

IM jarang bagi derma kat peminta jalanan. IM selalu bagi kat masjid atau kat NGO yang IM sertai..

banyak kali IM tertipu..

luahfikiran berkata...

SALAM,
MENDERMA TU MEMANG DIGALAKKAN OLEH AGAMA. TAPI KALAU DAH HATI BERKATA2 (JADI TAK IKHLAS PULAK), ELOK DERMA KEPADA ORANG LAIN. DERMA SAHAJA KAT TABUNG SURAU ATAU MASJID

Kunang-Kunang berkata...

Salam Kak Pah,

Terima kasih singgah.

Begitulah, serba salah kita dibuatnya.

Sekarang ni bila kita sedang makan, tak kiralah restoran ker, gerai ker ramai yang datang memohon belas ihsan kita. Nak buat kering hati, tak sampai pulak terutama kalau orang kita sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Derma pada tempat yang IM sebut tu memanglah kan. Yang buat kita susah nak tolak tu yang datang berdepan ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato' LF,

Mungkin kita ni dah diajar bersedekah dan menderma, jadi bila tak beri tu rasa macam tak sedalah sangat. Buat kita rasa serba salah.