Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 16 Disember 2010

Penawar Dari Makanan

Bila masak kari atau masak asam, terbayang sayur bendi yang segar dan begitu sedap dimasukkan dalam kuah asam atau kuah kari kitakan. Begitu juga bila goreng mee atau bihun sedap kalau dimasukkan daun kucai. Bila masak sayur campur, lobak dan brocoli selalu dicampur sekali bersama sayur-sayur yang lain. Begitu juga dengan strawberi, kita menikmati rasanya yang masam manis, tapi sedikit yang tahu ianya juga berkhasiat.

Rupanya sayur-sayuran dan buah-buah ni selain mengandungi zat-zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan ia juga boleh jadi penawar kepada sesetengah penyakit.

Maklumat ini saya temui ketika mebelek sebuah buku lama yang saya temui dalam almari buku dirumah. Barulah saya tahu rupanya sayur-sayuran yang selain sedap dimakan ni juga boleh menjadi penawar yang baik bagi sesetengah penyakit. Maha Kaya Allah menjadikan semua ciptaanNYA berguna kepada satu sama lain.


Lobak Merak - Bersihkan Sistem Penghadaman


Lobak merah sedap dimakan sebagai ulam atau dimasak. Selain sedap ia juga mempunyai banyak khasiat, contohnya ia baik untuk penglihatan kita. Ia juga baik untuk diet kita seharian bagi memastikan kesihatan kita kekal di tahap yang uptimum. Lobak merah mengandungi serat dan karotena iaitu sejenis vitamin A yang boleh membersihkan sistem penghadaman serta membuang lemak dengan cepat.


Brokoli - Memudahkan Pernafasan


Berdasarkan kajian oleh penyelidikan dari Universiti California, brocoli boleh melindungi saluran pernafasan daripada alergen dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem antikeradangan semula jadi. Ia juga mengandungi vitamin C dalam jumlah yang lebih banyak daripada jeruk. Kandungan kalsium brokoli juga lebih besar dibandingkan segelas susu, dan brokoli juga mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum.


Pisang - Redakan Stress


Pisang boleh meredakan stress. Bila rasa tertekan cuba makan sebiji pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14g gula, sebiji pisang boleh mengenyangkan kita disamping meningkatkan paras gula dalam darah. Ia juga mengadungi 30% daripada jumlah vitamin B6 yang diperlukan tubuh dalam sehari yang membantu otak merembeskan serotonin iaitu hormon yang membolehkan kita menghadapi krisis dengan tenang.


Strawberi - Ubat Luka Dan Kudis


Strawberi selain dari mempunyai rasa yang sedap ia juga boleh digunakan dalam perubatan tradisional . Buahnya yang kaya dengan vitamin C baik untuk menjaga kesihatan kulit. Daunnya boleh direbus dan diambil air rebusannya untuk digunakan bagi mencuci dan mengubati kudis ataupun luka. Daun strawberi yang telah direbus boleh ditampal kebahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.



Kucai - Ubati Masalah Wanita


Daun kucai mengandungi vitamin B, C, korotena dan komponen belerang yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Kucai selain boleh dimakan sebagai sayur daunnya juga boleh ditumbuk lumat dan dicampur air panas lalu diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut


Bendi - Bantu Perkembangan Otak


Bendi mengandungi 2% protin, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.

22 ulasan:

piewahid berkata...

t kasih berkongsi info yg berfaedah ni, kak.

mudah cakap, ketahuilah apa yang kita makan.

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...

waahh...banyak info yg berguna buat sy...

sy ade masalah pengaliran darah...

bolehlah sy nak try minum air panas + kucai tu...
mudah2an perjalanan darah sy kembali stabil...

Miecyber berkata...

Banyak khasiat makanan yang kita makan hari hari rupernyer...

Insan Marhaen berkata...

asal kita dari tanah. maka bahan dari tanah jugalah yang baik untuk tubuh kita.

sahromnasrudin berkata...

as salam kak..semua mende yang Allah cipta tue pasti ada manfaatnya kan..trime kasih atas perkongsian ini

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

yer betul, kita patut tahu apa yang kita makan.

Rupanya benda2 yang disekeliling kita banyak gunanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Cubalah, mana tahu menjadi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Rupanya bukan ulam saja yang berkhasiat kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Bahan2 semulajadi ini memerlukan masa untuk bertindak tidak seperti kita makan ubat2 moden ni. Tu yang buat orang kadang2 kurang percaya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Yerlah semua benda ni kait mengait dan saling membantu antara sama lain kan.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..

Terima kasih atas info ini, Kak!

Pn Kartini berkata...

Salam my dear sis:)

Moga akak sihat2 di sana dan dilindungiNya selalu..Amin..:)

Ada jugak kan sis...apa yang dikatakan baik ..tak elok bagi kata org2 tua..sejuklah ..angin lah...aduhaii:)

Pe2 thanks utk info:)

Werdah berkata...

Salam Ani

Semoga sihat.

Carrot dikisar dengan epal hijau (ambil jusnya) elok untuk buang toksik.. doktor yang nasihatkan kak..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak

Sama-sama. Semoga Abd Razak juga berada dalam kesihatan yang baik

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis sekeluarga berada dalam kesejahteraan.

Sayur2an sejuk ni kalau nak kurangkan sejuk dan angin cuba masak dengan lada hitam supaya panas sikit.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Apa hijau ni banyak khasiatnya yer. Ada orang yang kena stroke, dikukusnya epal hijau dan dimakan sebiji sehari. Nampak berkesan.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani... :)

Begitulah...setiap yang Allah jadikan itu semua ada kebaikannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Setiap ada racun ada penawar. Begitu juga dengan buah dan sayuran ni, ada yang beracun dan ada pula penawarnya.

Kamsiah berkata...

sedit info tambahan
brokoli amat baik dan berkesan menurunkan paras gula dlm darah..so bgyg kencingnya manis sehingga dihurungi semut,amalkan makan brokoli ya

si para para berkata...

btl tu..allah tidak jadi kan sesuatu dengan sia sia...
carilah manfaat daripada semua ciptaanNya.

kunang kunang asal terengganu ke?

Kunang-Kunang berkata...

Salam Kam,

Pertama kali dengar brokoli boleh menurunkan paras gula. Bagus tu, saya ni memang ada kilang gula sendiri dalam badan. InsyaAllah akan saya cuba amalkannya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

Setiap racun ada penawarkan.

Betul Para, saya berasal dari Dungun, Terengganu. Tapi semenjak sekolah menengah tinggal di KL bersama mak dan ayah sebab ayah bekerja di sini.

Kerap balik ke Dungun sebab masih ada saudara mara di sana.