Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 19 Disember 2010

Mencintai Tak Bererti Kita Memiliki


Janganlah kau angkuh melaungkan
Si dia kepunyaan mu
Atau kau kepunyaan si dia
Kerana hakikatnya
Kita tidak pernah memiliki sesiapa
Walau sekeping hati seorang insan
Tidakkah kau sedar
Hukum alam menyatakan
Mencintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
Berlakon di pentas dunia
Dan bertopeng menutup rahsia
Tetapi hati
Tidak pernah berdusta pada empunya
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
Mungkin si dia melafazkan
Ungkapan cinta pada mu
Tetapi hati dan perasaannya
Tidak pernah berniat begitu
Dia hanya berselindung
Di sebalik sejuta alasan
Dan kau
Begitu jujur dan setia mencintainya
Sehingga terlupa
Hukum alam menyatakan
Mencintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya
"Aku tidak pernah memiliki diri mu"
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku"
Mengertilah
Kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
Kecuali Dia
Dia mengasihi hamba-Nya
Dia memiliki hamba-Nya
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali



Nukiran Blog Tatapan Rohani

19 ulasan:

en_me berkata...

salam tahun baru juger wat akak kunang2 ittewww..

piewahid berkata...

salam kak,
memang betul. yg pastinya, semuanya pinjaman semata2. leka dan alpa menjadikan kita terasa semuanya 'milik kita'

atie berkata...

Salam


Ciantai Ilahi kekal abadi.............

Kamsiah berkata...

salam
perasaan 'cinta' membuatkan kita ingin memilikinya 100%...

aby berkata...

salam k hanim,
kulit dan tulang milek kite,
yg akan di kuburkan ..

seumpama sebuah komputer,
bile software nye diambil,
tingal la hardware nye yg usang ..
boleh di campak kedalam tong sampah .. gitu la kite,
bile roh dah tiade,
tinggal la jasad yg tk membawe makna apa2 selain utk dikubur sahaje ..

Kunang-Kunang berkata...

En_me,

Sama-samalah kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Alhamdulillah dengan apa yang kita miliki walaupun kita bukan tuan yang punya hak 100%.

Didoakan semoga Pie dikurniakan kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Ada pepatah mengatakan:

Jika kita menyintai seseorang, orang itu akan mati

Tapi jika kita menyintai Allah, Allah menyintai kita selamanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Memang kita selalu terlupa semua yang dipinjamkan pada kita, kita kata milik kekal kita.

Bila terjadi sesuatu yang tidak berdaya kita elak, baru kita teringat yang semua yang ada hanyalah berbentuk sementara selagi TUANNYA tidak minta balik.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Wak,

Begitu dalam maksud tersirat daripada coritan wak itu/

Betul wak, semua bukan milik kita, bila kita ke sana hanya amal kebaikan yang kita lakukan sahaja yang kita bawa bersama. Tubuh badan yan cantik lawa semua akan musnah.

Werdah berkata...

Salam Ani

Semoga sihat dan diredhai Allah.

Kita milik Allah.. kita datang tak bawa apa-apa dan kita pergi dengan membawa beberapa helai kain kapan.. tentang cinta kita kepada manusia.. ingatlah akhir nanti daging akan berpisah juga daripada tulang...

Cinta tak bermakna memiliki.. namun jadikan cinta saling memerlukan..

sahromnasrudin berkata...

as salam..semua yang kita miliki harus dikongsi bersama..tidak boleh tamak haloba..harus redha dengan ketentuan-Nya

Miecyber berkata...

Amin....

Kak Nim di tag oleh saya..


http://miecyber.blogspot.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Keegoan kita yang membuatkan kita merasakan yanhg kita memiliki apa yang kita suka.

Kita milik Dia dan semuanya hanya sementara, juga milik Dia.

Buatlah sesuatu yang berdasarkan kehendak dan keredhaanNya.

TQ

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Betul kita datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa tapi kita kembali di sana selain kain kapan kita bawa juga dosa dan pahala.

Dosa dan pahala itulah milik kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Memandangkan apa yang ada itu bukan hal milik kita, kalau kita berlebihan apa salahnya kita kongsi bersama orang yang kekurangan.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Mie,

InsyaAllah akak ke blog mie nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam,

Alangkah bahagianya sesiapa yang ada kesedaran sedemikian kan.

si para para berkata...

cinta itu terpisah....
hanya sejengkal di sebalik tanah.
bertemu bila mati
kekal abadi cinta sejati.