Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 23 Disember 2010

Janganlah Marah



Salah ker kalau kita merasa marah.

Marah adalah salah satu dari fitrah manusia. Dari semenjak kecil lagi fitrah ni dah ada pada setiap orang. Perasaan marah bukan tak berguna. Ada gunanya, cuma marah biarlah secara wajar. Perasaan ini sangat berguna untuk menjaga maruah diri, agama dan negara. Kalau orang dah menceroboh maruah kita, keluarga kita, kita masih juga bersabar tanpa rasa marah sikit pun, hai!! silap-silap kita dianggap pengecut dan dayus kerana kita sabar tidak kena pada tempatnya.

Sungguhpun sikap marah tu dah fitrah kita sebagai manusia tapi seboleh-bolehnya kita jangan biarkan marah menguasai diri. Selalunya seorang pemarah mudah sangat tersinggung. Kawan-kawan tersilap cakap atau bergurau pun boleh menjadikan kita marah. Apa yang dibimbangkan, takut-takut perasaan marah yang disimpan akan bertukar menjadi dendam dan akan membawa padah pada kita sendiri dan pada orang yang kita marah.

Kemarahan yang tidak dapat dikawal juga merupakan salah satu sifat tercela pada kita. Rasulullah s.a.w begitu melarang umatnya menghias diri mereka dengan sifat marah. Sabda Baginda, maksudnya "Dari Abu Hurairah bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w "berikan wasiat kepada aku", Sahut Nabi "Janganlah engkau marah". Kemudian orang itu mengulangi beberapa kali, Sabda Baginda "Janganlah engkau marah" - HR:Bukhari.

Hadisnya ini menunjukkan betapa pentingnya mengawal kemarahan. Kita juga boleh kehilangan kawan, rumahtangga porak puranda dan yang paling ditakuti hubungi silatulrahim sesama islam akan terjejas.

Sebolehnya kita kawallah perasaan marah kita tu. Mengawal perasaan marah memerlukan kesabaran. InsyaAllah ianya boleh dikawal dengan mengikuti beberapa cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah. Dari Abu Dzar al-Ghifarri, beliau berkata bahawa, maksudnya Baginda Rasulullah pernah berkata kepada kami, "Apabila marah seseorang kamu yang sedang berdiri, maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya, kalau masih belum juga hilang, maka hendaklah ia berbaring."

Rasulullah juga ada bersabda, maksudnya, "bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu, maka hendaklah ia berwuduk".

InsyaAllah dengan mengikuti apa yang diajar oleh Rasulullah, kita sama-sama mencuba mengawal perasaan marah, tapi bukan menghapuskannya kerana perasaan marah ini juga perlu ada pada kita.

Kita juga kena ingat bahawa setiap kelemahan dan kesilapan yang berlaku pada kita adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah hingga lupa diri.

Kita kena ingat orang lain juga seperti kita tidak suka dimarah kalau pun kita bersalah. Berbanyak-kanlah beristighfar. itulah senjata orang2 mukmin.

8 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak...terima kasih atas peringatan ini..semoga kita dapat mengawal kemarahan kita agar ia tidak berlebih-lebihan

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Biarlah kemarahan seseorang itu kita tangani dengan kelembutan seperti air yang mengalir di atas batu menghasilkan bentuk yang sangat cantik..

Miecyber berkata...

Marah bertempat saya rasa tidak menjadi masalah....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Itulah kata orang marah biarlah bertempat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razal,

Terima kasih doakan akak. Alhamdulillah dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Tekanan hidup menjadikan manusia sekarang ni mudah marah. Banyak2 bersabar ketika berada dalam keadaan yang boleh menjadikan kita marah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Betul Mie, ada kalanya kita kena marah kalau dah orang dan berani pijak kepala kita. Tapi mengikut cara yang wajarlah kan.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

Moga akak sihat sokmo ya!

Setiap orang pasti ada sifat marah. Bezanya sedikit atau banyak sahaja.

Bagi saya, sifat marah ini perlu digandingkan dengan sifat sabar supaya marah yang diumpamakan sebagai api itu mampu disejukkan oleh sifat sabar yang diibaratkan sebagai air.

Marina Monroe berkata...

Salam Ziarah, entry yg menarik utk jadikan amalan. Akak follow blog nih.
TQ.