Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 15 Disember 2010

Eh Kau Buek Apo!!



Pagi tadi, pagi-pagi lagi kami dah tercegak didepan Pejabat Penghataran Barang KTM di Kelang. Sekembalinya dari situ, Tiba di Shah Alam, kami 4 bercucu singgah di Restoran Jayati untuk sarapan pagi. Semenjak cuti sekolah ni, tiap-tiap pagi Izati dan Eresya dihantar oleh mamanya kerumah saya.

Sedang menikmati makanan tiba-tiba ada orang tepuk belakang hasben saya. Bila hasben saya dongak jer, wah gelak besar dia, terus bangun dan bersalam. Yang perempuan datang kearah saya dan menghulur salam. Mereka berempat semuanya.

Seperti biasa soalan cepu mas pun terkeluar "buat aper sekarang". Jawapan suami saya juga macam biasa "macam nilah, jalan-jalan, makan". Mereka semua gelak, saya sengeh jerlah kerana tak berapa kenal mereka tapi dah agak mesti member hasben saya. Akhirnya mereka duduk di meja bersebelahan meja saya. Sambil makan sambil bertanya khabar kawan-kawan yang lain. Begitulah biasanya. Kadang-kadang ada kisah sedih, ada kawan dah meninggal, kawan sakit tenat dan ada juga kawan ni nak kawinkan anak dan macam-macam lagi cerita sensasi mereka.

Selalunya sesi jumpa kawan lama ni akan berakhir dengan 'siapa belanja siapa'. Selalunya tengok siapa yang selesai makan dulu, selalunya orang itulah yang akan belanja. Itu yang buat suami saya tak sedap nak selalu ke sini, bukan sayang nak belanja orang tapi tak seronok dibelanja selalu.

Mereka belanja kami mungkin kerana kami dah pencen Sedangkan dia orang masih bekerja. Untuk mengelak dibelanja, selalunya kami makan segera dan bayar cepat. Pada masa yang sama belanja mereka pulak. 'Give and take' kata orang putih. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki mereka dan rezeki kami.

Sesi pagi ni berakhir dengan kami pulak di'belanja' oleh mereka. Makan dengan cucu-cucu mana boleh makan cepat. Macam-macam kerenah dan kehendak mereka nak kena layan. Terima kasihlah belanja kami.

Macam lyric lagu Ito ni. Seronok bunyinya bila dia jumpa kawan lama.

11 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

hehehe..itu mmg betul la..tp mmg seronok sembang dgn member yg dh lama tak jumpe kan

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Jumpa kawan lama memang seronok, kak! Banyak perkara yang diceritakan..

aby berkata...

salam k hanim ..
tk lame lg klu kite tanya psl kwn2 lame kite yg sebaya ...
jawapanye, yg ni sakit ni, yg tu sakit tu, yg seorg tu dah bujang balik ...
gitu mase berubah ..
klu dulu bile bertanya khabar,
mesti tanya anak berape,
sekarang dah kurang releven soalan tu ...
gitu la bile jumpe kwn lame,
belanja membelanja tu lumrah ...

white rose berkata...

assalamualaikum kak ani...
wah, berjalan2 dgn cucu2 yaa...

best nyee...

sy ni slalunya yg bawak mak ayah, bkn mak ayah bawak sy...hehehe...

tu la kan, dah jumpe kawan2 lama mesti seronok...mcm2 cerita...

kakpah berkata...

salam ani,
nama pun rezki kan..
semuga yang membelanja dan yang dibelanja murah rezki.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom

Begitulah kita yer, memerlukan kawan-kawan dalam hidup kita dalam peringkat usia apa pun.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Akak sihat. Semoga Abd Razak juga begitu.

Akak selalu jumpa kawan bila ke hospital saja. Kadang2 rindu juga pada mereka ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Wak,

Memang betul apa yang wak tulis. Sekarang bila jumpa orang tanya, berapa orang anak dah lepas (kahwin), juga berapa orang, dah habis belajar semua dan macam-macam soalan yang sesuai untuk orang-orang seusia kami.

Dulu masa muda2 orang tanya berapa orang anak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Jalan-jalan sambal buat kerja.

Cuti sekolah ni tak kemana-mana sebab cucu duduk dirumah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Selalu kena belanja, malu jugak rasanya.

si para para berkata...

kawan lama...banyak benda yang tersimpan nk di luah dan kongsi...
tapi biasanya banyak yg sedih dari gembira...


sape belanja sape..bgus kan... bagi yang dah bekerja, jgn la berkira nk belanja kawan lama.. esok lusa kita jgk yg "merasa"...