Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 22 Disember 2010

Aduhai Harrier....



Wah cantiknya toyota harrier. Saya nak beli ker. Hajat ada, tapi......... Bak kata orang nafsu ada, kemampuan tak ada.

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal kereta toyota harrier. Tapi nak cerita tentang salah seorang pemilik kereta ni.

Bila fikir-fikir rasa kesian. Kesian pada orang yang membuat dan orang yang kena buat (wah macam belajar bahasa pulak).

Alkisahnya, pagi tadi saya ke Pejabat TNB untuk bayar bill eletrik bulan ni. Selalunya saya bayar secara 'online' tapi bulan ni memandangkan lambat sikit bayar, takut kena potong bekalan pulak, jadi saya bayar terus di pejabat TNB, Shah Alam.

Nasib baik disini ada kaunter bayaran 'drive through' (betul tak ejaan ni). Jadi rajinlah juga tolong bayar bill TNB sebab tak perlu turun kereta. Hemm itulah bodi makin tembam ni. Malas nak bergerak. Lagi pun alasan yang samalah. Sakit lutut.

Ok nak sambung cerita yang membabitkan toyota harrier ni. Tadi masa tiba di TNB, ada 3 buah kereta beratur dilaluan 'drive through'. Jadi saya yang ke-4. Bergerak-bergerak akhirnya, saya sudah berada di belakang kereta yang sedang membayar bill. Tiba-tiba saya dengar ada orang hon, saya tengok ke belakang, sebuah kereta toyota harrier hitam sedang menghimpit dan menghon saya supaya lebih kedepan untuk membolehkan dia mencelah 'in between' kereta saya dan kereta volvo di belakang saya.

Pemandunya seorang lelaki melayu berkaca mata hitam. Saya diam jer tak bergerak. Jahat jugak tu. Geram bila orang potong que. Lepas tu kedengaran bunyi hon-hon bertalu-talu dari belakang. Bila kereta depan bergerak keluar dari laluan, saya terus bergerak ke depan menghampiri kaunter bayaran. Ketika itu, saya jeling ke belakang, saya nampak kereta toyota harrier tu meluncur menghimpit di belakang kereta saya.

Sementara menunggu bayaran bill saya selesai, saya terbaca ditingkap kaunter tu satu notis tertulis 'orang yang potong que tidak akan dilayan'. Begitulah lebih kurang. Sebagai orang melayu dan beragama islam saya rasa malu dengan perangai pemandu harrier tu. Tak malunya 'selfish' macam tu. Tak 'gentleman' sungguh.

Bila urusan pembayaran selesai, saya bergerak dari situ. Hon-hon dari kereta yang beratur makin kuat bunyinya. Saya tak tahu apa berlaku selepas itu.............. Saya rasa kerani dikaunter bayaran tu pun tak berani nak 'tidak akan dilayan' tuan punya harrier tu, mungkin free jer kena maki.

Semoga Allah berikan kesedaran dihati hamba Allah itu..........Amin

Saya terus bergerak ke Masjid Negeri untuk mendaftar kelas Bahasa Arab Lanjutan selama setahun lagi yang tarikh tutup pendaftaran pada 24 Disember 2010. Dah penghujung tahun 2010.

11 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

as salam kak..saya pun pernah kena cenggitu..tp kereta Mercedes E240...saya tak berani nak komen banyak nnti mengumpat plak..saya redha je dgn kejadian tue huhuhuhuh

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Sahrom,

Kita bercerita untuk menjadi tauladan, harap2 tidak dimasuk dalam golongan mengumpat. Hii, minta ampun kalau dikira mengumpan.

Payah nak redha kalau kena, tapi bila kita kembali kepada DIA dan menganggap ini sebagai ujian kepada kesabaharan kita mungkin kita sedar manusia tidak serupa.

Bab kata orang 'Biarkan dia asal dia bahagia'.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Ada orang yang macam tu.. selalu bila di kaunter memotong que.. kadang-kadang kalau bukan dalam kereta boleh pula jalan laju je memotong.. dan ada kalanya melanggar kita.. apa lah yang ada di kepalanya kan..

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Kak Werdah,

Kadang2 kita malu sendiri bila terserempak dengan 'scene' begini terutama kalau orang yang melakukannya tu dah dewasa.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Takperlah kak, biarlah kisah tu berlalu tanpa difikirkan lagi..

iBu...gUru berkata...

Asalamualaikum kak ani............. ingat ke saya yg dah vateran ni jer masih merangkak-rangkak belajar bahasa arab. tapi x per kak ani belajarkan sampai ke liang lahat..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Betul tu, semua yang berlaku kita jadikan iktibar agar kita tidak bersikap demikian.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibu Guru,

Menguatkan juga semangat untuk belajar Bahasa Arah tu memandangkan alangkan seronoknya bila baca quran kita faham ertinya. Mesti tak sama dengan baca terjemahannya.

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..tulah akan berlaku bila iman tak ada..tak rasa malu berbuat begitu..menyusahkan orang lain..
syabas Nim kerana tak pernah jemu belajar bahasa Arab..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Saya pun lambat tidur hari ni. Ada hal sikit.

Pada sayalah kak yam susahnya belajar bahasa arab, maklumlah tak boleh nak tanya siapa di rumah, tak ada orang yang pandai bahasa arab. Tapi ingin terus berusaha.

Sekarang ni bila baca bolehlah faham sikit2, bercakap masih terkial2 mencari perkataan. Baru ni periksa kedua2 semester okeylah juga markahnya. Itu yang boleh sambung lanjutan. Orang tua belajar kak yam tak sama dengan orang muda. Slow sikit. Tapi kuatkan semangat.

Ayie berkata...

org mcm tuh memang takde sivik.. apa dia ingat kalau ada kereta besa, rumah besa, bini besa, dia boleh berlagak.. nasib baik dia tak bertemu buku dan ruas.. kalau tak, saje je la gaduh kat situ.. ahahaha