Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 4 November 2010

Tak Betul Ker!!!



Hari ni satu hari yang memenatkan. Hari yang menguji kesabaran dan kelaparan.

Tadi jam 3.30 petang baru saya tiba di rumah. Pagi tadi jam 6.45 pagi saya dah bergerak dari Shah Alam menuju PPUM untuk temujanji dengan doktor.

Tiba di sana seawal 7.30 pagi. Iaitu mendapat nombor 26. "wah boleh balik awal ni". Seronok saya. Tunggu punya tunggu, jam 11.00 pagi nombor masih tak naik. Pelik. Terfikir mungkin doktor saya belum sampai.

Pesakit yang datang kemudian dah ramai masuk jumpa doktor. Dalam dok berkira-kira dan tertanya-tanya tu terdengar nama di panggil. Tak terus menyahut, nak dengar nurse tu panggil nama ayah dulu, takut silap orang. Bila tak ada orang respon, nurse tu panggil lagi nama beserta bintinya. Oh betullah saya.

Rupanya nurse tu nak tunjuk cara-cara menjaga kaki untuk pengidap diabetes. Sambil-sambil tu saya tanya jugak kenapa dah 2 jam lebih menunggu, nombor saya belum naik. Dia kata nanti dia tolong semak. Semak punya semak rupanya folder saya belum sampai.
Sabar jerlah, ujian untuk saya.

Selesai mendengar ceramah nurse tentang penjagaan kaki, nama saya dipanggil untuk jumpa doktor.

Begitu begini, mana menunggu ubatnya, mana membeli ubat yang tak ada di farmasi PPUM,jam dah pukul 1.30 tengahari. Semenjak pagi satu makanan tak masuk dalam perut. Nasib baik tak hypo.

Sebelum balik, di bangunan letak kereta, ada 'food court'. Makanlah juga mengalas perut. Masukkan jer makanan, perut terus buat hal. Cepat-cepat saya tuju ke tandas yang berdekatan.

Ketika nak masuk tandas, ternampak seorang lelaki cina dalam lingkungan usia 40an sedang mencuci tangan di sink tandas berkenaan. Berdetak di hati "eh aku silap ker", saya dongak pada pintu tandas tu, "eh betul, tulis tandas perempuan". Saya terus tunggu di luar tak mahu masuk sebab saya fikir mungkin orang itu sedang membaiki tandas. Tapi smartnya dia berpakaian, orangnya nampak 'educated'. Tak aperlah fikir saya, saya tunggulah sehingga dia keluar dulu.

Tak berapa lama lelaki tu keluar dan bertanya pada saya "eh tak betul ker", saya faham maksudnya, saya tunjuk pada tanda di pintu sambil senyum. Dengan malu-malu dia beritahu saya "minta maaf". Saya angguk.

Selesai urusan di tandas, saya keluar. Saya nampak lelaki cina tadi. Dia mendekati saya dan berkata "puan, saya minta maaf tadi, saya rasa saya dah tengok betul2. malu saya." Saya jawab "tak aper, dah tersilap, mungkin 'skirt' perempuan dalam gambar tu kena kembangkan lagi supaya lebih jelas gambar 'perempuan". Dia angguk dan berjalan beriringan dengan saya sehingga saya tiba ditempat bayar parking kereta dan dia terus menuju ke arah Klinik Keluarga setelah memberitahu saya dia hendak beredar.

Pengajarannya, walaupun 'emergency', masih kena berhati-hati, bukan saja di jalanraya tapi di mana-mana saja.

21 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Ani.

Semoga Ani sihat dan diredhai Allah.

Ya lah kan Ani, memang gambar tu kadang-kadang mengelirukan.. kena tukar kut..

en_me berkata...

kalo orang len dah kena terajang lelaki ittewww.. ikiki

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani...

Saya sendiri dulu tersasul, masuk tandas perempuan kat KLIA ketika nak balik ke Kuching...Bila terdengar suara perempuan di dalamnya cepat-cepat keluar. Confuse ngan gambar tu kak!

ummu berkata...

Salam Kak Anim
Ya Allah lamanya
nasib baik akak tak hypo
akak ada abwa gulu2 dalam beg tak
kut-kut kecemasan,boleh terus capai gula2 tu.saya pernah juga pengsan beberapa kali sebab hypo.dari situ,saya sediakan gula2 dalam beg tangan.

tentang tersalah bilik air,pernah juga saya lihat situasi ni.tapi yang ada buat muka poyo je.kira lelaki dlm kejadian akak ni dia ada juga minta maaf.

saya yg membaca kisah akak pun terasa letih,mesti akak yang mellauinya lagi letih,kan kak.

Pn Kartini berkata...

salam my lovely sis...Kak Ani:)

ehehe..macam2 kan kalau dah 'emergency' tuhh..semua jadi tak nampak..aduhai:)

Moga akak sihat di sana:)

kakpah berkata...

salam ani..
menunggu memang perit. kpah tak suka betul kalau menunggu lama2.

tersalah maasuk tndas? macamana agaknya kalau kita yang tersalah masuk ke dalam tandas lelaki hehe..

Insan Marhaen berkata...

IM pun pernah tersilap masuk tandas.

sahromnasrudin berkata...

salam kak...klu emergency mmg byk kes akan terjadi kan..sy pun pernah tp tandas pejabatn je la..sib bek takde org heheheh
p/s: salam kak..sy nak minta maaf byk2 klu teguran nie tak sesuai..blog akan agak berat sejak akak letak air hujan tue..minta maaf atas teguran ini ya..

mohdandmeriam berkata...

salam nim...kak yam selalu tenguk dua tiga kali kalau nak masuk tandas bimbang terkena tandas lelaki..takut..

white rose berkata...

salam buat kak ani...
smoga kak ani sehat2 selalu...

mak sy kat hospital, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Sebenarnya disamping gambar yang mengelirukan, tulisannya pun kecik sangat.

Kebetulan tandas lelaki dan perempuan letak bertentangan. Nungkin dah ramai orang silap.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam en_me

Begitulah adanya keadaan tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Semoga Abd Razak dan sihat sekarang.

Nampaknya kita kena lebih berhati-hati kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Semoga ummu sihat.

Sebenarnya jarang kena macam ni. Mungkin kebetulan keesokannya hariraya deepavali, jadi ramai sangat pesakit masa tu.

Itulah agaknya lama menunggu. Tuhan Maha Pengasih, nasib baik akak tak hypo.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

He he tulah, nasib baik akak tak terus terpa jer, sempat juga jengok2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalakumussalam Kak Pah,

Saya pernah kena sebenarnya semasa berhenti di R&R Ulu Benam ketik dalam perjalanan balik dari Utara.

Masa saya dalam bilik kecik tu, saya dengar suara orang lelaki, saya tak keluar dari bilik kecik tu, saya tunggu dah tak ada suara, baru saya keluar.

He he, itu yang faham sangat tu bila lelaki tu tersilap.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM

Kena leboh berhati-hatikan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam

Semoga kak yam sekeluarga berada dalam keadaan yang sihat musim-musim hujan ni.

Memanglah Kak yam, kena berhati-hati.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Macam-macamkan boleh berlaku bila dalam keadaan tergesa2 ni.

Terima kasih kerana beritahu akak, kalau tak diberitahu, akak tak tahu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Di PPUM ni sama ada ketika ambik darah atau ketika jumpa doktor memang dia dahulukan pada pesakit yang berusia 70 tahun keatas.

Kejadian hari tu tak tahulah macam mana boleh dia tak ambik folder akak ke klinik sedangkan selalunya tak macam tu.

Ujiannnnnnn.

aby berkata...

salam k hanim,
agaknye papan tanda gamba wanita kt tandas tu skirt nye tk cukup lebar kot. tu yg cine tu ingat ianye tandas lelaki ...Wak plak klu kt stesen minyak yg tandasnye satu utk laki dan satu utk pmpuan, klu laki punye ade org wak masuk jer pmpuan punye klu ianye kosong ...

PPUM .. kadang2 pun wak kesane juge .. urusan kerje...